Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM"— Transcript presentasi:

1 SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM
BIL.2 TAHUN 2009 URUSAN PERTUKARAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA PENDIDIKAN DALAM JAWATAN KUMPULAN , BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Disampaikan oleh : MOHD NASIR BIN ISMAIL UNIT PERKHIDMATAN JABATAN PENDIDIKAN JOHOR

2 APA ITU JAWATAN KUMPULAN ? atau JAWATAN ( POOL )

3 TAFSIRAN Jawatan Kumpulan adalah satu jawatan yang di wujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan anggota sementara menunggu penempatan yang sesuai.

4 TUJUAN DAN LATAR BELAKANG
Bagi membolehkan seseorang pegawai yang menghadapi masalah kesihatan terus mendapat rawatan atau memperolehi cuti sakit yang panjang dan sekolah akan mendapat ganti guru lain serta proses pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah/jabatan terus berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

5 KELULUSAN PERTUKARAN MASUK DAN KELUAR DALAM JAWATAN KUMPULAN
Kelulusan pertukaran masuk ke dalam dan keluar dari Jawatan Kumpulan adalah di bawah bidang kuasa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Permohonan daripada sekolah (samada sekolah harian atau bertaraf PTJ dan PPD) hendaklah melalui Unit Perkhidmatan, JPN Johor selaku urusetia berserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. PEGAWAI HENDAKLAH DISAHKAN DALAM JAWATAN

6 KRITERIA-KRITERIA YANG MELAYAKKAN PEGAWAI DITUKARKAN KE JAWATAN KUMPULAN
Ada 6 Kriteria : 1. Pegawai Yang Menghadapi Masalah Kesihatan 2. Pegawai Yang Menghadapi Sakit Mental 3. Pegawai Yang Telah Diluluskan Cuti Tanpa Gaji 4. Pegawai Yang Berprestasi Rendah 5. Pegawai Yang Telah Disyaki Melakukan Kesalahan Jenayah 6. Pegawai Yang Perlu Ditempatkan Ke Jawatan Kumpulan Atas Kepentingan Perkhidmatan

7 PEGAWAI YANG MENGALAMI
MASALAH KESIHATAN 1 Pegawai yang mengalami sakit berpanjangan melebihi 6 bulan dan sukar sembuh dalam masa terdekat dan mendapat sijil sakit daripada Pegawai Perubatan Kerajaan selama 180 hari atau lebih; Pegawai yang menghidap Sakit Tibi, Kusta atau Barah dan Penyakit Lain yang setaraf dan mendapat sijil sakit daripada Pegawai Perubatan Kerajaan selama 180 hari atau lebih;

8 PEGAWAI YANG MENGALAMI
MASALAH SAKIT MENTAL 2 Pegawai yang menghadapi masalah sakit mental yang menyebabkan kehadiran mereka mendatangkan masalah kepada sekolah / jabatan. Walau bagaimanapun, mereka hendaklah terlebih dahulu disahkan menghidap sakit berkenaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

9 DILULUSKAN CUTI TANPA GAJI
PEGAWAI YANG TELAH DILULUSKAN CUTI TANPA GAJI 3 Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji mengikut pasangan bertugas/berkursus di dalam atau di luar negara mengikut Pekelilling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun selama setahun atau lebih; Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji menjaga anak mengikut Pekelilling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun selama setahun hingga maksima 5 tahun (1,825 hari); Pegawai yang telah diluluskan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian mengikut Perintah Am Bab C dan PP Bil 9 Tahun 1991 selama setahun (360 hari) secara berterusan;

10 4 PEGAWAI YANG BERPRESTASI RENDAH
Pegawai yang berprestasi rendah berdasarkan markah LNPT kurang daripada 60% selama dua (2) tahun berturut-turut dan tidak sesuai diambil tindakan tatatertib berasaskan latar belakangnya; Pegawai boleh diambil tindakan untuk dibersarakan demi kepentingan Perkhidmatan Awam.

11 DISYAKI MELAKUKAN JENAYAH
PEGAWAI YANG TELAH DISYAKI MELAKUKAN JENAYAH 5 Pegawai yang disyaki telah melakukan sesuatu kesalahan jenayah seperti rogol, mencuri, berkhalwat, terlibat dalam rasuah dan sebagainya ; Pegawai yang sedang disiasat atau didakwa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

12 PEGAWAI YANG DITEMPATKAN
ATAS KEPENTINGAN PERKHIDMATAN 6 Pegawai yang pendapat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) perlu ditempatkan ke jawatan kumpulan kerana sesuatu kepentingan perkhidmatan ; Contoh : Pegawai Kaunselor di PPD, Pegawai Khas Menteri dan sebagainya.

13 TATACARA PERTUKARAN PEGAWAI KELUAR DARI JAWATAN KUMPULAN
Masalah Kesihatan- Pegawai telah disahkan pulih daripada penyakit yang dihidapi dan boleh menjalankan tugas oleh Doktor Kerajaan/Lembaga Perubatan. Ketua Jabatan perlu memohon untuk keluarkan dari jawatan kumpulan ke BPSM melalui JPN Cuti Tanpa Gaji – Pegawai telah tamat cuti tanpa gaji dan telah melapor diri bertugas di Jabatan baru. Perlu laporkan ke BPSM.

14 TATACARA PERTUKARAN PEGAWAI KELUAR DARI JAWATAN KUMPULAN
Prestasi Rendah – Pegawai yang telah berjaya menjalani program pemulihan – Ketua Jabatan perlu memohon kepada BPSM melalui JPN untuk keluarkan dari jawatan kumpulan Pegawai Telah Bebas Daripada Pertuduhan Jenayah – Jika pihak berkuasa tidak bercadang meneruskan prosiding kes di Mahkamah dan telah membebaskan tertuduh dari pendakwaan. Ketua Jabatan bertanggungjawab mendapatkan sesalinan keputusan dan melaporkan ke JPN untuk dikemukakan ke BPSM

15 TATACARA PERTUKARAN PEGAWAI KELUAR DARI JAWATAN KUMPULAN
Atas Kepentingan Perkhidmatan – Jika di dapati seseorang pegawai tidak sesuai lagi berada di dalam jawatan kumpulan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan cadangan penempatan semula secara hakiki ke BPSM melalui JPN.

16 URUSAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG DITUKARKAN KE JAWATAN KUMPULAN
BPSM, KPM bertanggungjawab mengeluarkan surat kelulusan pertukaran masuk dan keluar pegawai dalam jawatan kumpulan berdasarkan kriteria kelayakan, gred jawatan dan kekosongan yang ada. Pegawai tidak ditempatkan secara fizikal di BPSM, KPM kecuali diarah berbuat demikian. Oleh itu semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan masih di bawah kawalan Ketua Jabatan di mana beliau bertugas.

17 URUSAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG DITUKARKAN KE JAWATAN KUMPULAN
Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pegawai hendaklah terus disimpan dan diselenggara oleh Ketua Jabatan di mana beliau bertugas. Gaji pegawai yang telah ditukarkan ke jawatan kumpulan – diuruskan oleh Unit Kewangan, JPN Johor menggunakan waran peruntukan kecil yang diturunkan kepada Jabatan oleh BPSM.

18 URUSAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG DITUKARKAN KE JAWATAN KUMPULAN
LNPT pegawai diuruskan oleh Ketua Jabatan di mana pegawai bertugas dan bertanggungjawap mengeluarkan PPG 6 serta menyediakan Kew.8 pergerakan gaji;

19 URUSAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG DITUKARKAN KE JAWATAN KUMPULAN
Bagi memastikan pengurusan pegawai dalam jawatan kumpulan dilaksanakan teratur, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian ke atas perkara-perkara berikut : Kelulusan cuti-cuti sakit boleh diberi dengan syarat mematuhi peraturan sedia ada yang berkuatkuasa; Jika pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak mengemukakan sijil sakit – tidak layak dibayar gaji.

20 Jika pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak mengemukakan sijil sakit – tidak layak dibayar gaji; Tubuhkan Lembaga Perubatan menentukan tahap kesihatan pegawai; Dibersarakan atas sebab kesihatan (Akta Pencen 1980 (Akta 227)

21 GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI YANG MENGHADAPI MASALAH SAKIT BERPANJANGAN, SAKIT TIBI, KUSTA ATAU BARAH DAN SAKIT YANG SETARAF SERTA SAKIT MENTAL YANG DITEMPATKAN KE JAWATAN KUMPULAN, BPSM, KPM

22 Pegawai yang ditempatkan ke jawatan kumpulan boleh dikekalkan di sekolah/pejabat asal beliau bertugas. Sekiranya pegawai ingin memohon bertukar ketempat lain, Ketua Jabatan hendaklah memberi pertimbangan sewajarnya. Sekolah/pejabat baru seboleh-bolehnya terletak berhampiran dengan dengan pusat rawatan penyakit yang dihidapi. Sebarang pertukaran hendaklah dimaklumkan ke BPSM,KPM. Ketua Jabatan hendaklah menghantar laporan kesihatan kepada Ketua Jabatan baru pegawai untuk makluman. Ketua Jabatan bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan dan kebajikan pegawai . Pegawai perlu diberi senarai tugas. Ketua Jabatan boleh menggunakan budi bicara untuk memberi tugasan yang sesuai dengan diri pegawai.

23 Jika seseorang guru boleh mengancam keselamatan murid/pegawai lain, beliau tidak digalakkan diberi tugas mengajar. Sekiranya Ketua Jabatan berpendapat guru berkenaan boleh menjalankan tugas mengajar, beri mereka mengajar mata pelajaran dan kelas yang difikirkan sesuai. Diberi tugas-tugas ringan yang bersesuaian dengan keadaan guru tersebut jika tidak boleh mengajar seperti; i. Bertugas di Pusat Sumber seperti merekod buku, inventori buku dan peralatan atau mengumpul potongan akbar; ii. Membantu sekolah menyelia kebersihan sekolah/kerosakan bangunan/perabot sekolah. iii. Membantu kerja-kerja pejabat dan sebagainya.

24 Ketua Jabatan hendaklah menasihati pegawai untuk mendapatkan rawatan perubatan (dalam tempoh 2/3 tahun setelah diluluskan dalam jawatan kumpulan) untuk mengetahui status kesihatan beliau. Laporan tersebut hendaklah dihantar ke JPN Johor untuk tujuan membuat perakuan status perkhidmatan pegawai. Sekiranya Pegawai Perubatan Kerajaan mengesahkan pegawai telah pulih daripada penyakit yang dihidapi dan boleh menjalan tugas jawatannya, Ketua Jabatan boleh memperakukan pegawai dikeluarkan dari Jawatan Kumpulan.

25 PENGURUSAN DATA JAWATAN KUMPULAN SKIM PERKHIDMATAN GURU DAN BUKAN GURU
BAGI TEMPOH SEHINGGA 31 DISEMBER 2015 BIL SKIM PERKHIDMATAN JAWATAN DAN GRED KATEGORI JUMLAH KESELURUHAN SAKIT BERPANJANGAN SAKIT BARAH SAKIT MENTAL CUTI TANPA GAJI IKUT PASANGAN KESALAHAN JENAYAH KEPENTINGAN PERKHIDMATAN (KAUNSELOR) KEPENTINGAN PERKHIDMATAN (KHAS SECARA PENTADBIRAN) 1 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG54 DG52 2 DG48 5 7 DG44 4 3 15 DG41 28 PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DG38 DG34 DG32 11 DG29 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 1 (AKP) N26 N22 N17 PPM N17 W22 W17 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 2 (AKP) N4 N1 R6 R4 R1 JUMLAH 25 12 10 6 69

26 Sekian, Terima Kasih


Download ppt "SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KPM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google