AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa
BERIMAN KEPADA KITAB ALLAH
PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI Allah s.w.t. menurunkan kitab kepada beberapa utusanNya. Memahami tujuan kitab diturunkan. Keistimewaan al-Quran.
PENGERTIAN BERIMAN KEPADA KITAB ALLAH Beriman kepada Allah: Ertinya: percaya sepenuh hati bahawa Allah telah menurunkan kitab suci kepada para Rasul. Erti kitab-kitab Allah: Wahyu-wahyu Allah yang diturunkan kepada para rasul lalu dibukukan menjadi kitab suci.
BERIMAN KEPADA KITAB ALLAH Kitab-kitab yang diturunkan Allah ada banyak sekali. Yang wajib kita ketahui ada 4. KITAB TAURAT KITAB ZABUR KITAB INJIL AL-QURAN
KITAB TAURAT Diturunkan kepada Nabi Musa a.s Isinya : Hukum syarak dan keimanan / akidah yang menjelaskan kedatangan Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
KITAB TAURAT Firman Allah Ta’ala: “ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab taurat di dalamnya petunjuk dan cahaya yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh Nabi-Nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendea mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya ” (al-Maidah:44)
KITAB ZABUR “ Dan kami berikan Zabur kepada Daud” (al-Israa’:55) Diturunkan kepada Nabi Daud a.s Isinya : Doa, zikir, nasihat dan berbagai hikmah. Mengenai syariat dan keimanan, maka Nabi Daud a.s dan umatnya diperintahkan untuk mengikuti syariat Nabi Musa a.s Firman Allah Ta’ala: “ Dan kami berikan Zabur kepada Daud” (al-Israa’:55)
KITAB INJIL Diturunkan kepada Nabi Isa a.s Isinya : Tauhid kepada Allah s.w.t, berita akan munculnya Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang menyempurnakan kitab Taurat.
KITAB INJIL Firman Allah Ta’ala: “ Dan kami iringkan jejak mereka (Nabi-nabi Bani Israel) dan Isa putera Maryam, membenarkan kitab yang sebelumnya, iaitu kitab Taurat, dan kami telah memberikan kepadanya Kitab Injil, sedang didalamnya petunjuk dan cahaya, dan membenarkan kitab Taurat. Dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-orang yang bertakwa ” (al-Maidah:46)
AL-QURAN Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w Kitab yang terakhir untuk Nabi yang terakhir. Isinya : Menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu, sehingga menjadi kitab yang sempurna dan cukup menjadi pedoman bagi manusia hingga akhir zaman.
AL-QURAN Firman Allah Ta’ala: “ Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab dan a-Quran adalah ukuran untuk menentukan kebenaran terhadap kitab-kitab yang lain itu. ” (al-Maidah:48)
BERIMAN KEPADA KITAB ALLAH Diantara empat kitab-kitab yang diturunkan Allah, hanya al-Quran sahaja yang dijanjikan Allah akan dipelihara. Kitab Injil dan Taurat yang ada sekarang ini telah diubah oleh pengikut Nabi Musa dan Nabi Isa .a.s
HIKMAH DITURUNKAN KITAB SUCI Manusia mempunyai pedoman hidup yang pasti dan jelas. Manusia menyembah Allah, mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Manusia mengetahui bahawa adanya kehidupan selepas kehidupan dunia, iaitu kehidupan yang kekal. Dimulai dengan hari kiamat , perhitungan amal manusia kemudian penentuan syurga atau neraka.
HIKMAH DITURUNKAN KITAB SUCI Mendorong manusia berbuat baik untuk mendapatkan keredaa Allah dan balasan syurga, sekali gus takut utk berbuat jahat dan balasan seksaan di neraka. Sebaga penghibur hati dengan perasaan optimis dengan mengutamakan harapan kepada Allah daripada kemewaan dunia.
PERBEZAAN AL-QURAN DENGAN KITAB LAIN Kitab terakhir dan ditujukankepada sekalian umat tanpa mengira bahasa dan bangsa. Kitab-kitab lain diturunkan khas untuk satu bangsa sahaja. Al-Quran sebagai pedoman bagi seluruh manusa hingga hari Kiamat, tidak diganti atau diubah. Al-Quran ialah mukjizat rasulullah s.a.w yang terbesar dan bukti kebenaran ajaran yang disampaikan dan bukti kerasulannya.
PERBEZAAN AL-QURAN DENGAN KITAB LAIN Manusia tidak mampu menandingi ayat-ayat didalamnya walaupun mereka bekerjasama. Semua ahli syair dan sastera Arab tidak mampu mendatangkan ayat-ayat sehebat al-Quran. Tiada sesiap berani tampil kemuka menandingi keistimewaan al-Quran kerana takut akan mendapat cemuhan. Musailamah al-Kazzab, Tulaihah cuba meniru al- Quran tetapi tidak berjaya.
PERBEZAAN AL-QURAN DENGAN KITAB LAIN Keistimewaan al-Quran tidak hanya terletak pada keindahan bahasa, tetapi juga isi kandungannya yang memberitahu tentang sesuatu kejadian sebelum terjadi, sejarah umat-umat terdahulu, ilmu kedoktoran, ilmu falak dan lain-lain.
PERBEZAAN AL-QURAN DENGAN KITAB LAIN Keistimewaan al-Quran tidak hanya terletak pada keindahan bahasa, tetapi juga isi kandungannya yang memberitahu tentang sesuatu kejadian sebelum terjadi, sejarah umat-umat terdahulu, ilmu kedoktoran, ilmu falak dan lain-lain.
AL-QURAN SEBAGAI PEDOMAN DAN DASAR HUKUM Dalam kehidupan seharian manusia. Hukum Ibadah Hukum jual beli dan hutang piutang Pernikahan Hubungan Internasional Ayat-ayat yang menunjukkan hukum dan aturan hidup dan kehidupan manusia sesuai dengan peranannya sebagai pedoman dan dasar hukum.