Strategi Membina Ayat untuk Pelajar PEMBINAAN AYAT Strategi Membina Ayat untuk Pelajar
Teknik Membina Ayat Kenal pasti jenis golongan kata perkataan tersebut: Kata Nama – huraian, kenangan, pedalaman Kata Kerja – melalui, mempertingkat, berbantalkan, mencampuradukkan Kata Adjektif – menyeronokkan, mentah, peka Kata Tugas – sementara, oleh itu Soalan yang diberikan boleh berbentuk perkataan atau frasa Contoh frasa: menimbulkan masalah, membina keyakinan
Teknik Membina Ayat Jadikan perkataan/frasa tersebut sebagai kata fokus dan fikirkan seberapa banyak perkataan/frasa yang boleh dikaitkan dengannya. Ini disebut sebagai “Semantic Webbing”. Gunakan PANCAINDERA kamu. Gunakan 5W 1H jika boleh.
Berpakaian koyak-rabak ‘Semantic Webbing’ Kemiskinan (KN) merana Sampah masyarakat dihina Berpakaian koyak-rabak
Bina Ayat Dasar Dahulu Teman-teman Raihan sering menghinanya kerana dia hidup dalam kemiskinan
Pengembangan Ayat Teman-teman Raihan yang kaya-raya itu sering menghina Raihan yang berpakaian koyak-rabak kerana hidup dalam kemiskinan.
Memaparkan (KK Transitif)) ‘Semantic Webbing’ Memaparkan (KK Transitif)) surat khabar kelakuan berita Memalukan
Ayat Dasar Surat khabar memaparkan berita tentang kelakuan segolongan remaja.
Pengembangan Ayat Surat khabar pada pagi ini memaparkan berita tentang kelakuan segolongan remaja yang amat memalukan masyarakat Melayu kita.
‘Semantic Webbing’ mentah belum masak daging Tidak suka Sushi
Ayat Dasar Alimah tidak suka makan daging mentah seperti Sushi.
Pengembangan Ayat Alimah tidak suka makan daging mentah yang belum dimasak seperti Sushi, sejenis makanan orang Jepun kerana rasanya aneh.
Peringatan Tidak boleh menambah imbuhan, menggandakan atau menggunakannya dalam bentuk peribahasa atau kata majmuk. Contoh: Air – air mata (salah) Tingkat – tingkatkan anak - anak-anak
Peringatan Ayat yang dibina haruslah terdiri daripada SATU ayat sahaja. Pelajar yang membina dua ayat tidak dapat markah. Contoh: Daging yang mentah itu dimasak oleh ibu. Daging itu baru dibelinya di pasar pagi tadi. (SALAH) Dia terpaksa membuat pengakuan terhadap kesalahannya, dia patut menerima hukuman ringan.
Peringatan Ayat yang kamu bina haruslah menggambarkan maksud ayat tersebut. Contoh: Alimah tidak suka makan daging mentah yang belum dimasak, seperti Sushi, makanan orang Jepun.
Peringatan Pastikan ayat kamu tiada kesalahan ejaan atau tatabahasa.