PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PEMBANGUNAN POLITIK MATLAMAT Pembinaan Negara Bangsa. METODE Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas seperti Dasar Pendidikan Nasional, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara dan pemupukan semangat nasionalisme. UKURAN PENCAPAIAN Diukur secara kualitatif dan kuantitatif. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Negara Bangsa Suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan/kerajaan dan warganegara/bangsa SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Kualitatif : a. Ukuran kejayaan dasar-dasar nasional b. Melalui perbandingan dengan negara lain Kuantitatif : a. kekerapan konflik b. kekerapan pilihanraya c. kebebasan bersuara SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PROSES PEMBANGUNAN POLITIK Perbezaan Struktur Politik Perubahan Struktur politik yg bersifat feudal kepada struktur politik yang berpegang kepada prinsip trias politica. Sekularisasi budaya politik. Perubahan dari politik feudal yg tidak memisahkan antara agama dgn negara kpd pemisahan Penyertaan rakyat dalam politik. Rakyat berhak menentukan pemimpin mereka (amalan demokrasi) SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM SUATU SISTEM POLITIK Parti-parti politik Majlis perwakilan rakyat atau parlimen Perlembagaan Negara Pilihanraya SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PELAKSANAAN MODENISASI & PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA Sebagai negara baru, Malaysia mengambil model modenisasi di Eropah Barat. Dari segi pembangunan politik, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam membina sebuah Negara Bangsa kerana: Migrasi Penjajahan Gabungan wilayah yang berbeza Gabungan etnik yang berbeza SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Kemajmukan Etnik Dalam Proses Politik Di Malaysia…… Pada tahun 2006, jumlah penduduk di Malaysia lebih kurang 26.6 juta: Melayu – lebih kurang 55% Cina – lebih kurang 25% India – lebih kurang 7% Oleh itu, berlandaskan bancian, penduduk Malaysia dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-beza. Mereka dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan dan agama serta aspek demografi. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SEMENANJUNG Umumnya dominasi Melayu adalah jelas secara keseluruhan tetapi dominasi ini berbeza dari segi kekuatannya berasaskan wilayah. Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai komposisi yang seimbang kerana tiada satu etnik mempunyai jumlah penduduk majorit Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mempunyai penduduk Melayu yang lebih ramai berbanding beberapa negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor. Cthnya, di Kelantan, penduduk Melayu lebih daripada 90%, sementara peratusan yang tinggi juga terdapat di Terengganu dan Perlis. Negeri-negeri seperti Melaka, Johor dan Selangor, jumlah penduduk Melayu adalah kurang walaupun ianya masih dominan, iaitu melebih 51% daripada jumlah penduduk negeri-negeri berkenaan. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SARAWAK Di Sarawak, kemajmukan lebih tinggi berbanding demografi penduduk di Semenanjung. Di Sarawak, tidak terdapat satu kelompok etnik yang majoriti secara mutlak. Dari 2.181 juta (2004), Dayak, Melayu & Melanau (73.2%), Cina (26.6%), India (0.2%) Iban merupakan kelompok etnik terbesar. Mereka mewakili lebih kurang 44.3%. Bidayuh terdiri daripada 181,500 (8.3%) dan Orang Ulu 128,800 (5.9%). Orang Ulu merupakan kategori yang mewakili lebih kurang 20 etnik kecil seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Punan/ Penan, dan lain-lain. Sebagai satu perkelompokan, ketiga-tiga etnik ini merupakan 44.3% daripada penduduk Sarawak. Melayu terdiri daripada 505,800 (23.2%) dan Melanau 124,400 (5.7%). Kelima-lima kelompok etnik ini juga merupakan kelompok bumiputera dan sebagai kelompok bumiputera mereka mewakili 73.2%. Cina terdiri daripada 578,600 (26.6%) sementara India adalah 4,300 (0.2%). SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SARAWAK Hampir semua etnik sama ada Iban, Bidayuh, Orang Ulu adalah penganut kepercayaan tradisional atau Kristian dan sebilangan kecil Islam. Dahulunya penduduk luar bandar tapi sekarang berjaya dlm sektor perdagangan atau komersial di bandar2 utama. Melayu juga ramai tinggal di perkampungan terutama di Kuching, Kota Samarahan dan Sibu.(ramai terlibat dgn pertanian) Yang tinggal di bandar terlibat dgn sektor awam SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SABAH Tidak terdapat kelompok yang terbesar dari segi saiz penduduknya. Empat kelompok bumiputera dan Melayu adalah tidak jauh berbeza dari segi peratusan. Kadazandusun merupakan etnik terbesar dengan jumlah 519,800 (24.8%) dan ini diikuti oleh “bumiputera lain” sebanyak 431,800 (20.6%), Bajau 386,100 (18.5%) dan Melayu 360,500 (18.5%). Kadazandusun, Bajau, Murut dan “bumiputera lain” merupakan penduduk luar bandar, sementara Cina menduduki bandar-bandar utama di negeri berkenaan. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Demografi politik Dewan Rakyat adalah kuasa tertinggi di parlimen. Dominasi Melayu dlm politik negara jelas & nyata Sejak p/raya 1994 dan 2004 D.Rakyat ada 219 wakil Pada p.raya 2008 ada 222 kerusi ditawarkan. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Samb… Kerusi majoriti sebanyak 189: iaitu Melayu Semenanjung ada 125 kerusi & 34 kerusi Bumiputera Sabah Sarawak (kesemuanya 159), 30 kerusi Cina dan 33 kerusi plural (bukan majoriti)=222 Tiada satupun kawasan parlimen di Malaysia yg mempunyai majoriti pengundi India !!! SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PILIHANRAYA 2008 : MP ISLAM 132 MP BUKAN ISLAM 90 BEBAS B IS : 2 82 ISLAM : 43 PR B.ISLAM : 39 137 ISLAM : 88 BN B.ISLAM : 49 SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
TABURAN KERUSI MENGIKUT PARTI (BN) UMNO : 78 MCA : 15 MIC : 3 PBB : 14 SUPP : 6 GERAKAN : 2 UPKO : 4 JUMLAH :137 PBS : 3 SPDP : 4 LDP : 1 PBRS : 1 PRS : 6 PPP : 0 SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
TABURAN KERUSI MENGIKUT PARTI ( PEMBANGKANG) PKR : 31 DAP : 28 PAS : 23 SAPP : 2 BEBAS : 1 JUMLAH : 85 SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERATUSAN UNDI BN : 50.28% PR : 49.71 UMNO 29.59% PKR 18.5% MCA 10.2% PAS 14.05% MIC 2.21% DAP 13.72% GER 1.99% BN SWK 4.14% BN SBH 1.62 SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PENGLIBATAN RAKYAT TEMPATAN DLM POLITIK & PENTADBIRAN ERA PENJAJAH: Penglibatan rakyat tempatan terhad SAAT AKHIR ERA PENJAJAH: Rakyat mula dilibatkan di peringkat yg paling rendah SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PENGLIBATAN SECARA MELUAS Bermula Selepas Jepun menyerah kalah & Inggeris kembali ke Tanah Melayu. Inggeris memperkenalkan Malayan Union (MU) iaitu gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 negeri selat. Ciri-cirinya : Pemusatan kuasa di tgn kerajaan Pusat Raja2 Melayu tiada kuasa kecuali dlm hal agama & adat. Hak kerakyatan yg bebas berdasar prinsip jus soli SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION Penubuhan UMNO, MCA & MIC Semua parti2 ini ditubuhkan bagi memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Akhirnya bergabung membentuk PERIKATAN SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 akibat penentangan terhadap perlaksanaan Malayan Union. UMNO adalah hasil gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu.(lebih 40 pertubuhan) Tujuannya adalah bagi memelihara kepentingan dan memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
MALAYAN INDIAN CONGRESS (MIC) Ogos 1946 John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini. MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
MALAYAN CHINESE ASSOCIATION (MCA) Feb 1949 Tan Cheng Lok adalah presiden pertama. Tujuan penubuhan parti ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina. Pesaing utama parti ini adalah Democratic Action Party (DAP). SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK UMNO-MCA-MIC telah bergabung bagi membentuk Parti Perikatan. Pada pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Ini merupakan petanda bahawa Tanah Melayu sudah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
INDEPENDENCE OF MALAYA PARTY Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah ahli-ahli UMNO menolak cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua rakyat Tanah Melayu. Percubaan Dato’ Onn utk memupuk kerjasama dan perpaduan etnik Ia adalah sebuah parti multi-etnik. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Tujuan penubuhannya adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam di Tanah Melayu. Ditubuhkan oleh para ulama dari kalangan Melayu yang mana suara mereka ditolak dalam UMNO SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK PARTI SEMANGAT 46 Merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tngku Razaleigh Hamzah. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembalikan semangat Melayu tahun 1946 yang didakwa telah hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, parti ini telah dibubarkan setelah kegagalannya dalam pilihan raya Parlimen 1994. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK PARTI KEADILAN RAKYAT Hasil gabungan PKN dan PRM Parti berbagai-bagai kaum. + = SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SARAWAK SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK UNITED PEOPLES’ PARTY (SUPP) Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang terawal di Sarawak. Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang Cina. Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial sebagai langkah awal untuk pemerintahan sendiri. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI KEBANGSAAN SARAWAK (SNAP) Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan Skrang- Saribas. Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI PESAKA ANAK SARAWAK (PESAKA) Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah. Parti ini mewakili etnik Dayak dari Rejang. PARTI NEGARA SARAWAK (PANAS) Pimpinan Abang Haji Mustapha. Mewakili etnik Melayu dan Melanau. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI RAKYAT JATI SARAWAK (BERJASA) Juga mewakili etnik Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang. Mereka beranggapan PANAS tidak mewakili mereka. Parti ini dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SARAWAK CHINESE ASSOCIATION (SCA) Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana. Semua parti di atas bergabung membentuk Parti Perikatan, kecuali SUPP. Masyarakat di Sarawak terpisah kepada beberapa parti yang berasaskan etnik dari bahagian-bahagian tertentu. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK DAYAK SNAP PESAKA MELAYU DAN MELANAU BERJASA PANAS CINA SUPP SCA SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Selepas tahun 1970,SUPP yang diterima baik oleh masyarakat Cina Sarawak, telah menjadi teman pilihan bagi Melayu dan Melanau untuk menubuhkan kerajaancampuran selepas pilihan raya umum tahun 1969/71. Bagi masyarakat Melayu pula, PANAS dan BERJASA telah pun bergabung membentuk Parti Bumiputera yang dipimpin oleh Abd Rahman Yakub dan Abd Taib Mahmud. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Pada pertengahan 1970-an, parti PESAKA pula bergabung dengan Parti Bumiputera membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). PERMAS (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak) ditubuhkan dan dipimpin oleh Abd Rahman Yakub,Salleh Safaruddin, Sharifah Mardiah dan Bujang Ulis. Mereka mendakwa kepentingan mereka telah diketepikan oleh PBB. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SABAH SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
UNITED KADAZAN NATIONAL ORGANIZATION (UNKO) Diketuai oleh Donald Stephens (kemudian dikenali dengan Tun Fuad Stephens). Tujuan penubuhannya adalah untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera bukan Islam. UNITED SABAH NATIONAL ORGANIZATION (USNO) Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau, Suluk dan lain-lain. Diketuai oleh Tun Dato’ Mustapha Dato’ Harun. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
SABAH CHINESE ASSOCIATION (SCA) Ditubuhkan bagi memelihara kepentingan orang-orang Cina di Sabah. UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO, SCA kemudiannya bergabung bagi membentuk sebuah parti Perikatan. Pakatan ini berjaya memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk kerajaan negeri Sabah yang pertama. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI BERSATU RAKYAT JELATA SABAH (BERJAYA) Sebuah parti berbilang etnik dan dianggotai oleh Bumiputera Islam dan bukan Islam. Walau bagaimanapun, jelas kelihatan bahawa parti ini dimonopoli oleh Bumiputera Islam. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PARTI BERSATU SABAH (PBS) Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat tentangan terhadap kepimpinan Harris Salleh dari parti BERJAYA. Sebuah parti multi etnik, walaupun jelas didominasi oleh bumiputera Bukan Islam. Jatuh pada 17 Mac 1994. Akibat kejatuhannya, proses politik Sabah mengalami perbahan yang besar. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK UMNO berjanji, sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina. Beberapa parti politik baru tertubuh seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS). SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PEMUPUKAN HE SECARA FORMAL ASAS-ASAS PENTING POLITIK MALAYSIA Kewujudan Kontrak Sosial 1948 & semasa penggubalan perlembagaan. Perjanjian Malaysia 1963 SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
KONTRAK SOSIAL 1948 Satu persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris. Kontrak Sosial 1948 Ia berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap elemen-elemen yang termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1946. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
PERKARA-PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipersoalkan. Perlembagaan 1948 mengasaskan konsep raja berpelembagaan. Hak istimewa Melayu tidak boleh dipersoalkan. Hak ini telah mengutuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan menjamin peranan mereka daripada semua aspek Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bagi mereka yang lahir sebelum, semasa dan selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka, melalui kuat kuasa undang-undang. Hak kerakyatan juga boleh di pohon Islam ialah agama Persekutuan , tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang sekatan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain tidak dihalang penggunaan, pengajaran dan pembelajarannya. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Peruntukan-peruntukan dalam kontrak sosial tersebut menjamin peranan dan ketuanan Melayu dalam proses politik negara. Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka dari Inggeris. Ia dilihat sebagai hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu kerana semua pihak iaitu Melayu, Cina dan India mendapat sesuatu dari proses rundingan dan persetujuan yang telah dicapai. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK PERJANJIAN MALAYSIA 1963 Merupakan satu lagi persetujuan yang telah dicapai di antara para pemimpin Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura semasa mereka sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Perjanjian Malaysia tidak mengubah kontrak sosial yang telah dicapai di antara Melayu dan bukan Melayu. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Perjanjian Malaysia mengandungi semua tuntutan Sabah, Sarawak dan Singapura yang dipersetujui dan dimaktubkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Tidak semua perkara yang dituntut oleh ketiga-tiga negeri tersebut diterima dan dimaktubkan dalam Perlembagaan. Dua puluh perkara merupakan suatu dokumen yang mengandungi tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Sabah sebagai syarat negeri itu bersetuju menyertai Malaysia. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Antara tuntutan tersebut ialah: Agama: Tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri. Bahasa: Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa. Perlembagaan: Penggubalannya patut melibatkan semua negeri. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Imigresen: Imigresen adalah kuasa pusat tetapi soal keluar masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri Bumiputera Sabah: Mendapat hak istimewa seperti Melayu. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
TUNTUTAN YANG DIPERSETUJUI DALAM PERLEMBAGAAN Jadual ke 9, senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam Senarai 2A (Senarai Negeri). Jadual ke 9, senarai tambahan kepada Sabah dan Sarawak dalam Senarai 3A (Senarai Konkuren). Jadual 10, bahagian 4 dan 5 Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak (dalam peruntukan kewangan) Perlindungan-perlindungan khas bagi Sabah dan Sarawak SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
HUBUNGAN ETNIK SELEPAS PENUBUHAN MALAYSIA Usaha menggalakkan hubungan etnik selepas rusuhan etnik 1969 amat mencabar. Walaupun DEB telah dilancarkan bertujuan untuk memupuk suatu bentuk hubungan etnik, namun cabaran dan rintangannya tidak berkurangan. Ketegangan berasaskan etnik timbul dari masa ke semasa. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia….. Peristiwa Kampung Medan yang berlaku awal 2000an menunjukkan perpaduan antara etnik yang telah dibina selama ini masih tidak mantap. Perpaduan dan integrasi etnik berjaya dalam bidang politik di mana ia dapat membawa semua etnik utama ke dalam proses politik dan pentadbiran. Namun kejayaan dalam bidang politik ini tidak dapat diterjemahkan kepada bidang lain terutama dari segi kemasyarakatan dan ekonomi. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia….. CTU 553 - PEMBANGUNAN POLITIK Hubungan Etnik Selepas Penubuhan Malaysia….. Proses perpaduan dan integrasi memerlukan penglibatan langsung Kerajaan dengan dasar-dasar bersifat top-down. Dalam konteks ini, DEB dan dasar-dasar yang selanjutnya merupakan suntikan daripada Kerajaan yang cuba mewujudkan perpaduan. Kesemua dasar yang dirangka oleh kerajaan menyediakan peluang supaya semua etnik berada dalam satu dimensi fizikal yang sama, sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan atau perkhidmatan awam. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK SAFNAZ ABDUL SAMAT
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK KESIMPULAN Malaysia adalah sebuah negara berbilang etnik. Tiada satu golongan etnik yang dapat menegakkan kerajaan sendiri kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik. Kerjasama ini penting supaya tiada kelompok dianiayai semata-mata kerana percaturan kuasa dan politik sempit. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK
BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK Malaysia kini sudah mencapai kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi antaranya hasil daripada penyatuan etnik. Kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskan kestabilan politik. Oleh itu, survival Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung kepada integrasi yang kukuh dan berpanjangan. SAS/CTU 553 BAB 5 - PEMBANGUNAN POLITIK