Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BUDAYA ORGANISASI.
Advertisements

K E P I M P I N A N Pemimpin ialah orang yang pimpin - pandu - bimbing
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
Jenis-Jenis Organisasi
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
KEPIMPINAN.
PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA JABATAN SUMBER MANUSIA
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
PERUBAHAN ORGANISASI.
NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Ini Pilihan Kami.
BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MEMPUNYAI PRESTASI TINGGI ATAU PUNCAK
PENCERAPAN KLINIKAL.
Kepuasan Kerja.
KEPIMPINAN & KEBERKESANAN ORGANISASI
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN
PENGURUSAN ORGANISASI
BAB 8 KEPIMPINAN.
Perkembangan Sosial.
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
DSKP SEJARAH.
PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN
MENGENAL PASTI HALANGAN PERKEMBANGAN
Pendekatan Kepimpinan
Kepuasan Kerja.
TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Definisi Pengelolaan , Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan serta Skop Pengurusan Pendidikan Jasmani 5 PISMP BC/PJ/RBT_1.
MODUL 7 KAUNSELING.
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
DINAMIK KUMPULAN.
Apa itu inovasi ?.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) BAGI PERKHIDMATAN AWAM
Interaksi Dalam Bilik Darjah
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DR. NOR AZURA BINTI ADZHARUDDIN
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Kepuasan Kerja.
KEJURULATIHAN.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
Kaedah Penaksiran dan Pemarkatan Rubrik
PENDIDIKAN KERJAYA PROF. MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan.
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
Definisi Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Memimpin merupakan satu tindakan.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
BUDAYA ORGANISASI.
KEIBUBAPAAN DAN ANAK REMAJA
Memahami tingkah laku manusia
Transcript presentasi:

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan Kepimpinan Ahli Kumpulan GOH CHIEW CHEH LOW PIU KIAH NG WEI WEI TIONG LI YAU WOO SET MEI

Pengenalan

Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin” Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi.

Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan merupakan suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif yang dirumus secara kolektif.

Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi. Kepimpinan sentiasa aktif.

Kepimpinan mengambil prinsip-prinsip, kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.

Pandangan islam dan barat tentang definisi kepimpinan

Pandangan Islam Pandangan Barat Setiap individu yang mukallaf (orang yang dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan Allah atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa dan mempunyai akal [akil baligh] serta telah sampai seruan agama [syariat Islam] kepadanya) berperanan sebagai pemimpin. Kepimpinan sebagai proses mempengaruhi tindak-tanduk individu atau kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat bagi situasi tertentu.

2. Kepimpinan Islam mengekalkan keadilan dan kesaksamaan masyarakat yang menjadi kewajipan bagi memberi ruang kepada pembangunan dan penyerlahan potensi diri. 2. Sebarang kegiatan yang melibatkan seseorang merujuk orang lain supaya bekerja dengan rela untuk mencapai matlamat kumpulan.

Konsep Kepimpinan

Konsep Kepimpinan Manusia sebagai pemimpin/khalifah. Sekecil pemimpin ialah ia memimpin dirinya sendiri. Kepimpinan mempunyai sejarah yang sangat lama, termasuklah konsep kepimpinan dari Perspektif Islam dan konsep kepimpinan dari konsep kepimpinan dari Perspektif Islam . konsep kepimpinan dalam Islam berasaskan amanah san taqwa manakala dari perspektif Barat kepimpinan dilihat sebagai fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.

Konsep kepimpinan dari Perspektif Islam Kepimpinan dalam Islam berasaskan kepada amanah dan taqwa. Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh seorang hamba Allah dan seorang khalifah Allah di bumi untuk membawa manusia lain kepada matlamat hidup berasaskan kehendak Allah s.w.t. Contoh kepimpinan Islam :- Nabi Muhammad s.a.w. Yang mana Firman Allah yang bermaksud: Dan kami jadikan mereka pemimpin (lelaki) berdasarkan pilihan kami dan kami berikan mereka inspirasi untuk melakukan perkara ibadah, melakukan sembahyang seperti yang ditetapkan dan melakukan amal jariah dan secara berterusan mereka hendaklah setia kepada Kami sahaja. ( Anbiyaa’ 21: 73).

Konsep Kepimpinan Barat Kepimpinan menurut Barat pula adalah berorientasikan keadaan/situasi yang berubah-ubah. Memberi fokus kepada matlamat tertentu dalam aspek kehidupan dunia sahaja (sekular). Elemen-elemen penting dalam kepimpinan berdasarkan kepada kuasa dan pengaruh semata (ada kuasa semua boleh buat).

Ciri-ciri

Kuasa dan pengaruh Mengikut prinsip dan kadar. Akhlak yang baik Berkemanusiaan Adil dan saksama Kematangan emosi

Kemampuan mental. Sihat dan berkemampuan Kemahiran berkomunikasi yang baik Kematangan Kekuatan motivasi Berkemahiran sosial yang baik Berkemahiran pengurusan

Jujur dan amanah Menghormati orang lain Pantas, Cergas dan Proaktif Berfikiran mendidik dan Mendorong Sedia membantu dan Bertimbangrasa Daya Imiginasi, Kreatif dan Inovatif Tegas, Arahan Jelas dan Bijak mengawal serta mengarah manusia

Kompetensi Kepimpinan

Kompetensi Kepimpinan Penjelasan Kecerdasan Emosi Keupayaan pemimpin untuk mengerti dan melahirkan perasaan, menyerap emosi ke dalam pemikirannya, memahami dan berhujah dengan emosi, serta mengawal emosi Integriti Pemimpin mempunyai sikap berterus terang dan mengotakan apa-apa yang dikata Bertenaga Mempunyai ciri-ciri memotivasi dalaman yang mendorong pemimpin mencapai matlamat Motivasi Kepimpinan Pemimpin memerlukan kuasa sosial untuk mencapai matlamat pasukan dan organisasi Keyakinan Diri Kepercayaan kendiri pemimpin terhadap kemahiran kepimpinan dan keupayaan dalam mencapai objektif Kecerdasan Keupayaan kognitif pemimpin untuk memproses maklumat yang banyak Pengetahuan tentang Perniagaan Pemimpin memahami persekitaran organisasi untuk membuat keputusan secara gerak hati

Kemahiran – kemahiran yang Harus Ada pada Seseorang Pemimpin Kemahiran Teknikal kecekapan dan kefahaman tentang satu aktiviti khusus, terutamanya yang melibatkan kaedah, proses, prosedur atau teknik. melibatkan pengetahuan yang khusus, kebolehan menganalisis dengan menggunakan alat-alat, dan teknik dalam bidang-bidang yang khusus.

Kemahiran Kemanusiaan keupayaan seseorang bekerja sebagai ahli pasukan dan membangunkan usaha sama dalam kalangan ahli pasukan yang dipimpinnya. Hal ini bererti seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dari aspek perhubungan awam; memahami diri sendiri dan orang lain serta boleh bekerjasama bersama-sama dengan mereka dengan lebih baik

3. Kemahiran Konseptual Kebolehan seseorang melihat suatu usaha secara menyeluruh termasuk mengenali fungsi-fungsi berlainan dalam organisasi yang berkaitan antara satu sama lain dan memahami perubahan yang berlaku pada satu fungsi akan mempengaruhi fungsi yang lain.

Peranan Pemimpin

menetapkan matlamat menyusun mengarah dan menyelaras mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Runtuhkan segala halangan Menggunakan semua sumber tenaga kerja anda, segala kemahiran mereka, segala masa yang mereka ada untuk keberkesanan organisasi. Wujudkan perspektif dan asas pengetahuan (Budaya ilmu)

Wujudkan Organisasi Pembelajaran yang berteraskan rohani dan jasmani Bertindak Proaktif Mengurus perubahan Membuat tinjauan dan pemantauan berterusan Merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan

Kepimpinan yang Berkesan

Mewujudkan strategi / pendekatan yang rasional Memastikan sokongan dan kerjasama semua ahli Memberi dorongan / motivasi

Memastikan kawalan yang berkesan Memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki Penerusan budaya kerja cemerlang Penyelesaian masalah yang efektif

Prinsip Kepimpinan

Prinsip Kepimpinan (Perspektif Barat) Memahami diri anda sebagai pemimpin. Menguasai kemahiran teknikal. Mencari peluang untuk menjalankan tanggungjawab. Berupaya menyelesai masalah dan membuat keputusan dengan cekap. Memberi contoh yang boleh diikuti. Fahami anggota pasukan. Pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu. Wujudkan hubungan manusia berasaskan rasa hormat satu sama lain. Pastikan anggota faham akan langkah-langkah mencapai matlamat. Memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan. Menggunakan secara maksimum kebolehan anggota sebagai sebuah pasukan melalui semangat kekitaan yang tinggi.

Prinsip Kepimpinan (Perspektif Islam) Kepimpinan bagi orang Islam begerak dalam paradigma yang berteraskan kepercayaan dan sepenuh penyerahan kepada Pencipta, yakni Allah S.W.T. Sarjana Islam melahirkan prinsip kepimpinan dalam Islam seperti berikut: 1. Kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah. 2. Kepimpinan adalah pelaksanaan amanah yang menpunyai kesinambungan dengan tradisi kepimpinan para Anbiya dan Rasul. 3. Memberikan, memperlihatkan dan berkongsi hala tuju ataupun wawasan dengan organisasi dan pengikut mereka. 4. Mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka. 5. Berperanan wujudkan daya mapan organisasi untuk jangka panjang. 6. Mempunyai nilai-nilai murni kepimpinan seperti keyakinan, keadilan, pengorbanan, petah dan tegas membuat keputusan.

FUNGSI TERHADAP INDIVIDU Fungsi Pemimpin FUNGSI KUMPULAN FUNGSI TERHADAP INDIVIDU FUNGSI TUGASAN FUNGSI TUGASAN Memahami tugas dan merancang pelbagai rancangan bg menyelesaikan tugas secara menyeluruh FUNGSI KUMPULAN Pemimpin adalah contoh kepada kumpulan FUNGSI TERHADAP INDIVIDU Pemimpin mengawal individu dalam kumpulan

9 PRINSIP KEPEMIMPINAN DALE CARNEGIE

PRINSIP KEPEMIMPINAN 1 : KALAU ANDA HARUS MENCARI KESALAHAN, Mulailah Dengan Pujian dan Penghargaan yang Jujur PRINSIP KEPEMIMPINAN 2 : MENGKRITIK NAMUN TIDAK DIBENCI, Beritahu Kesalahan Orang Lain Dengan Cara Tidak Langsung PRINSIP KEPEMIMPINAN 3 : BICARAKAN KESALAHAN ANDA DULU SEBELUM MENGKRITIK ORANG LAIN

PRINSIP KEPEMIMPINAN 4 : TAK SEORANG PUN YANG SUKA DIPERINTAH, Ajukan Pertanyaan Sebagai Ganti Memberi Perintah  Langsung PRINSIP KEPEMIMPINAN 5 : BERI KESEMPATAN ORANG LAIN UNTUK MENYELAMATKAN MUKA PRINSIP KEPEMIMPINAN 6 : BAGAIMANA MEMACU ORANG LAIN MENUJU SUKSES, Pujilah Peningkatan Sekecil Apa Pun dan Pujilah Setiap Peningkatan. Jadilah “Tulus Dalam Penerimaan Anda dan Murah Hati Dalam Penghargaan Anda.”

PRINSIP KEPEMIMPINAN 7 : BERI ORANG LAIN REPUTASI BAIK UNTUK MEREKA PENUHI PRINSIP KEPEMIMPINAN 8 : BUATLAH KESALAHAN TAMPAK MUDAH DIPERBAIKI PRINSIP KEPEMIMPINAN 9 : BUAT ORANG LAIN SENANG MENGERJAKAN HAL YANG ANDA SARANKAN

Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan banyak bergantung kepada kepercayaan dan andaian seorang pemimpin terhadap orang–orang yang ada di bawah organisasinya.

Gaya Kepimpinan sebenarnya melibatkan perkara berikut: Berkait rapat dengan proses membuat keputusan Keadaan memilih atau memaksa Kepatuhan atau penentangan Lingkungan kuasa mengikut penerimaan Keberkesanan organisasi dan aktiviti

Membina budaya kerja cemerlang Mewujudkan budaya ilmu Mewujudkan perancangan strategik Pembinaan pasukan / kolegialiti Pemimpin merupakan pengurus berkesan

Gaya Kepimpinan Demokratik Autokratik Laissez – faire

Kepimpinan Autokratik Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik mempunyai misi dan visi yang jelas terhadap organisasi. Pemimpin jenis ini tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia harus dilakukan. Kebiasaannya, pemimpin autokratik akan membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung.

Jenis kepimpinan ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang memerlukan keputusan dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin tersebut lebih berpengetahuan daripada subordinat dalam sesuatu perkara. Gaya kepimpinan autokratik lebih fokus kepada work-centered. Pemimpin hanya mengeluarkan arahan dan memastikan arahan tersebut dilaksanakan tanpa memberikan penjelasan.

Ciri-ciri Cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan. Mereka suka mendominasi. Terdapat kuasa mutlak di mana setiap orang bawahan mesti menerima akibat daripada keputusan yang dibuat sama ada baik atau buruk.

Lebih banyak memberi arahan dan sentiasa menentang sebarang bentuk pujian atau kritikan membina. Sentiasa memaksa pengikut membuat sesuatu tanpa mengambilkira keperluan individu. Tidak prihatin pada perasaan pengikut, oleh itu mereka selalunya tidak digemari. Pengikut melakukan sesuatu kerja atas dasar takut (motivation by fear).

Kesan kepimpinan autokratik Orang bawahan mempunyai motivasi rendah Orang bawahan bekerja sungguh-sungguh semasa ada ketua sahaja Interaksi sehala Orang bawahan terlalu bergantung kepada ketua Suasana tegang

Kepimpinan Demokratik Pemimpin demokratik akan menunjuk ajar dan memberi panduan kepada orang-orang bawahannya. Mereka juga akan melibatkan diri dan memberi ruang kepada subordinat untuk menyatakan pendapat masing-masing.

Namun demikian, berbanding dengan gaya kepimpinan autokratik, kumpulan organisasi yang bekerja di bawah kepimpinan demokratik kurang produktif tetapi sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih berkualiti.

Ciri-ciri Lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara bersama dengan pemimpin. Penglibatan pemimpin dalam proses kerja dapat menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa ahli-ahlinya. Mengambil kira semua pandangan majoriti. Mementingkan keputusan bersama. Paling berkesan.

Kesan kepimpinan demokratik Ahli dapat membina disiplin Menggalakkan semangat kerjasama, hormat dan hubungan yang mesra Ahli lebih bermotivasi Ahli sentiasa bekerja keras walaupun semasa ketiadaan ketua. Semangat kekitaan yang tinggi Interaksi 2 hala

Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan) Pemimpin laisez faire jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan.

Kepimpinan ini mungkin boleh berjaya sekiranya subordinat mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Walau bagaimanapun ia biasanya akan mengakibatkan subordinat terbabit mempunyai motivasi yang rendah.

Ciri-ciri Pemimpin tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Melibatkan penyertaan pemimpin yang sedikit sekali. Memberikan sepenuh kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin memberi kebebasan untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.

Subordinat bergantung kepada diri sendiri sepenuhya tanpa penjelasan daripada pemimpin. Subordinat perlu bersedia untuk bertanggungjawab membuat keputusan. Subordinat perlu mempunyai toleransi yang tinggi untuk melaksanakan kepelbagaian tugas.

Subordinat perlu berupaya untuk memahami dan mengenalpasti objektif organisasi. Subordinat perlu mempunyai pengalaman untuk berhadapan dengan sebarang masalah dan mampu menyelesaikannya.

Kelemahan Tidak realistik dan tidak matang apabila berhadapan dengan situasi di mana perkembangan pesat sedang berlaku dalam bidang kualiti dan keberkesanan, inovasi dan teknologi.

Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas. Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan.

Kesan kepimpinan laissez-faire Wujud masalah disiplin Kualiti kerja sangat kurang Kadar motivasi kendiri sangat rendah Interaksi antara ketua dan ahli bebas atau tidak ada sempadan langsung. Semangat kekitaan sangat rendah.

Perbandingan antara Gaya Kepimpinan

Berkesan apabila.. Tidak berkesan apabila… Subordinat tidak memberi respon kepada gaya kepimpinan yang lain Kerja perlu dikoordinasikan dengan jabatan lain Pengurusan organisasi berada di tahap yang rendah. Autokratik Subordinat mula merasa takut dan tertekan Subordinat mahukan pendapat mereka didengar dan diambilkira Motivasi subordinat rendah dan masalah tidak hadir ke tempat kerja.

Laissez faire Demokratik Berkesan apabila.. Tidak berkesan apabila… Pemimpin dan subordinat sama-sama menunjukkan komitmen yang tinggi. Demokratik Perlu membuat keputusan dengan pantas. Subordinat mempunyai kepakaran dan pengalaman yang tinggi. Subordinat berminat untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan cemerlang. Subordinat berbaloi untuk dipercayai. Laissez faire Subordinat merasa kurang yakin dengan ketidakhadiran pemimpin. Pemimpin tidak boleh memberikan maklumbalas mengenai prestasi kerja subordinat. Pemimpin tidak pandai berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan oleh subordinat

Jenis Kepimpinan

Kepimpinan penyertaan Kepimpinan arahan Kepimpinan penyokong Kepimpinan penyertaan Menetapkan objektif latihan Ramah dan mudah ditemui Berkongsi tanggungjawab dengan atlet Berorientasikan kerja dan menekankan pembangunan kemahiran Bertimbang rasa Ahli kumpulan berpeluang menentukan matlamat sendiri Mengabaikan perasaan dan pandangan atlet Memberikan perhatian kepada atlet dan menggalakkan mereka memberikan pandangan Berbincang untuk menyelesaikan masalah dan perbezaan pendapat Mengagihkan tanggungjawab kepada setiap atlet Memberikan nasihat secara berterusan Berkongsi kejayaan dan kegagalan Mementingkan prestasi sukan Mementingkan suasana harmoni dalam pasukan Mendelegasikan autoriti Mengawal atlet dengan ganjaran dan denda Menggunakan ganjaran positif dan bukan denda Mementingkan hierarki autoriti

Teori Kepimpinan

Teori Tret Teori Tingkah laku Teori Kontigensi Teori Kontemporari TEORI KEPIMPINAN

Teori Tret Ia berasaskan kepada pendapat bahawa pemimpin adalah dilahirkan dan bukan dididik. Pemimpin sememangnya dilahirkan untuk memimpin. Sifat –sifat pemimpin yang berkesan adalah: Bijak Berkeyakinan diri Bermotivasi tinggi Berpengetahuan berintegriti Emotional intelligence

Teori Tingkah Laku Berdasarkan kepada tingkah laku atau tindakan yang dimainkan oleh pemimpin. Kontra kepada teori tret – pemimpin berkesan boleh dilatih. Kajian Universiti lowa oleh Kurt Lewin : Kajian ini berhubung dengan gaya kepimpinan yang mana tiga gaya kepimpinan yang dikenal pasti ialah : Autokratik, Demokratik, dan Laissez-faire.

Teori Kontigensi Kepimpinan yang berkesan mestilah fleksibel. Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut situasi. Gaya A tak mungkin boleh digunakan dalam situasi B. Terbahagi kepada 3 model : Kontigensi Fiedler Kepimpinan Bersituasi Laluan Matlamat

Kepimpinan Bersituasi Laluan Matlamat Kontigensi Fiedler Kontigensi Fiedler 1. Kepimpinan beroreintasikan tugas 2. Kepimpinan berorientasikan hubungan Kepimpinan Bersituasi Kepimpinan yang berkesan adalah menurut kepada kematangan/keupayaan pengikut. Laluan Matlamat Cara pemimpin mempengaruhi pengikut untuk mencapai matlamat

Teori Transaksi & Transformasi Teori Kontemporari Teori Karismatik Teori Transaksi & Transformasi Teori Kognitif Terbahagi kepada beberapa teori kecil seperti disebelah…

Teori Transaksi & Transformasi Teori Karismatik Teori Transaksi & Transformasi Teori Kognitif Teori Kognitif Pemimpin perlu menggunakan sumber kognitifnya seperti kecerdasan, kecekapan teknikal, pengetahuan dan kepakarannya dalam apa sahaja situasi Teori Karismatik Penonjolan unsur karisma dalam kepimpinan seperti keyakinan diri yang tinggi, berpengaruh dan bersungguh Teori Transaksi & Transformasi Transaksi - pemimpin mengambil peluang daripada hasil rundingan antara organisasi dengan pengikut (manipulasi yang membawa keuntungan peribadi). Transformasi - pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat, membawa perubahan radikal dan keputusannya adalah mutlak.

Soalan

1. Berikut yang manakah menunjukkan ciri gaya Kepimpinan Autokratik? Pemimpin jarang melibatkan diri dalam proses kerja dan membiarkan subordinat membuat keputusan. Pemimpin mengambil kira semua pandangan majoriti. Pemimpin membuat keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain ataupun tiada langsung. Pemimpin membuat keputusan mengikut keputusan majoriti.

2. Berikut yang mana satu bukannya kelemahan pemimpin yang mengamalkan Kepimpinan Laissez-Faire? Pemimpin banyak bergantung kepada subordinat, tidak menetapkan matlamat yang jelas. Pemimpin tidak membantu subordinat untuk membuat keputusan. Pemimpin tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia. Pemimpin cenderung untuk memimpin dan menggunakan kuasa secara paksaan.

3. Berikut yang manakah bukannya ciri-ciri kepimpinan yang berkesan? Memastikan kawalan yang berkesan. Menafikan sumbangan yang diberikan oleh subordinat. Menghasilkan wawasan yang jelas. Memastikan pencapaian matlamat yang dikehendaki.

Sekian Terima Kasih