Jenis-Jenis Organisasi
Jenis-Jenis Organisasi Organisasi Formal Pembahagian tugas digambarkan dengan jelas dan unit serta sub-unit disusun mengikut hierarki. Saluran2 komunikasi jelas. Individu tahu tentang kedudukan dan tugas. Menggunakan pendekatan logikal atau rasional dengan menegaskan pengkhususan tugas, prosedur-prosedur kerja yang sama dan rangkaian arahan yang tersusun.
Kelemahan organisasi ini – Memberi sedikit peluang atau tidak memberi peluang langsung kepada individu meluahkan pandangan tentang objektif dan tujuan organisasi. Keperluan psikologikal kakitangan tidak dipenuhi secara terancang tetapi secara kebetulan. Menyebabkan pengasingan kumpulan dan tidak merangsang kakitangan menjadi kreatif.
Organisasi Informal Organisasi informal sebenarnya wujud bersebelahan dengan organisasi formal. Wujud kerana keperluan-keperluan individu dan kumpulan yang tidak boleh diabaikan. (gagal dipenuhi oleh organisasi formal) Barnard (1968), berpendapat bahawa struktur yang ketat mendatangkan kesan yang tidak baik. (cth. Situasi kecemasan) Penting untuk pucuk pimpinan dan operasi organisasi; melicinkan pengaliran kakitangan dan sumber kerana melintasi autoriti dan tidak terikat dengan struktur yang ada. Membantu menyelesaikan tugas dengan lebih cepat. Kelemahan organisasi ini; wujud kumpulan pendesak yang bertindak sebagai alat pengawal kepentingan kumpulan.
Kategori dan Bentuk Organisasi Formal Struktur Garis Str. Garis-Staf Str.Jawatankuasa Str. Bulatan Organisasi Str. Matriks Informal
Struktur Garis dan Struktur Garis-Staf merupakan struktur asas. Struktur Jawatankuasa, Struktur Bulatan dan Struktur Matriks adalah tambahan kepada struktur asas dan bertujuan melicinkan pencapaian objektif.
Struktur Garis Dipanggil struktur bertungsi (Dhillon & Reiche: 1985), struktur tradisional (Horine, 1991) atau struktur skala (Chruden, 1984). Dalam struktur ini, garis struktur adalah jelas dari paras atas ke paras bawah. Setiap individu dalam organisasi bertanggungjawab kepada seorang ketua sahaja. Struktur ini biasanya terdapat di sekolah. Ia adalah rigid.
Kelebihan Dan Kelemahan Struktur Garis Sesuai untuk persekitaran yang stabil. Mewujudkan pembangunan kepakaran. Memerlukan koordinasi dalaman yang minimum. Memerlukan sedikit kemahiran antara individu. Sumber digunakan sepenuhnya. Tindakan sumber dihapuskan. Pengagihan tugas yang sama rata. Pengawasan yang senang kerana keseragaman kakitangan. Kelemahan Hierarki menyebabkan keputusan dibuat dengan lambat, terutama dalam organisasi besar. Kerjasama antara kakitangan dari unit lain sukar didapati. Kadangkala konflik wujud antara jabatan. Menyebabkan kelewatan penghasilan kerja kerana tugas mengikut giliran hierarki. Tidak bersifat inovatif. Penyelarasan antara jabatan agak sukar.
Contoh organisasi berbentuk garis
Struktur Garis-Staf Jabatan mengurus kegiatan atau fungsi kakitangan dibawah ketua jabatan yang tidak mampu diurus oleh ketua jabatan. Diketuai oleh pegawai eksekutif Organisasi garis-staf membekalkan autoriti garis (berkait pencapaian objektif organisasi) dan autoriti staf (usaha menolong pengurus2 staf seperti ketua jabatan untuk menumpukan perhatian mereka kepada hal-hal untuk mencapai objektif organisasi. Autoriti garis membenarkan individu untuk mengarah kakitangan bawahan. (termasuk ambil tindakan disiplin jika langgar arahan)
Autoriti staf adalah kuasa membantu, membimbing dan memberi perkhidmatan kepada kakitangan tetapi tidak termasuk mengarah orang lain. Contoh masalah di IPG/SEK
Kelebihan dan Kelemahan Struktur Garis-Staf Salah faham peranan; peranan memberi arahan dan peranan menasihat. Salah faham autoriti; autoriti garis dan autoriti staf. Latar belakang berbeza antara staf sokongan dengan staf lain; tiada kerjasama erat. Kelebihan Pengkhususan tugas berlaku. Menggalakkan kerjasama antara kakitangan Individu saling mempelajari antara satu sama lain. Pengagihan tugas kakitangan dan bukan kakitangan; kurangkan tindanan tugas dan tambah keberkesanan tugas.
Organisasi Berbentuk Jawatankuasa Wujud dalam organisasi yang besar. Jawatankuasa digunakan secara meluas sehingga wujudnya organisasi jawatankuasa. Merupakan sekumpulan kakitangan dalam organisasi yang ditetapkan secara formal. Ditubuhkan bertujuan berbincang, menyelesaikan masalah tertentu atau untuk melaksanakan satu-satu aktiviti. Jawatankuasa ini boleh bersifat tetap atau sementara sahaja.
Kelebihan dan Kelemahan Struktur Jawatankuasa Individu sebagai ahli jawatankuasa menyumbang pengalaman dan pengetahuan. AJK lebih faham tentang masalah operasi organisasi; sebagai AJK menimba pengalaman tentang masalah dan proses membuat keputusan. Individu sebagai AJK berpeluang memberi pendapat dan memahami serta menghargai pendapat orang lain, pentadbir dan kakitangan lain. Keputusan AJK dicapai melalui kompromi menyebabkan keputusan lemah dan lambat dicapai. AJK perlu mempunyai minat dan pengetahuan untuk menjalankan tugas atau menyelesaikan masalah. Jika tidak, mesyuarat menyebabkan pembaziran masa. Membentuk JK yang tidak perlu.
Organisasi Berbentuk Bulatan Organisasi yang kompleks, tidak wajar seorang ketua pakar dalam semua bidang. Perlunya kepakaran dari kakitangan lain. Struktur ini menekankan penglibatan demokratik dan bukan autokratik. Organisasi bentuk ini dalam teori pentadbiran telah lama digunakan untuk menyelesaikan perasaan negatif di kalangan kakitangan.
Kelebihan Dan Kelemahan Struktur Bulatan Memupuk sikap positif terhadap pentadbiran. Bentuk mengalir keluar dalam arah berlainan menghapuskan gambaran bahawa seseorang itu terletak di paras bawah yang kurang penting. Hasil kerja meningkat kerana individu yang menjalankan tugas betul-betul berpengetahuan dan berpengalaman. Sukar mendapat kerjasama jika kepakaran beberapa orang kakitangan adalah jauh lebih dari rakan sejawat lain; pengagihan kerja tidak sama rata. Tidak menggalakkan pembangunan kemahiran kerana sentiasa bergantung pada pakar-pakar yang ada. Tidak motivasi untuk beruaha kerana semua orang sama kedudukan.
Organisasi Struktur Matrik Struktur ini menggabungkan organisasi struktur fungsi dan organisasi struktur matlamat. Struktur ini sesuai untuk organisasi yang tidak begitu besar dan organisasi yang mengaplikasikan pendekatan penyelesaian projek.
Pendekatan struktur organisasi ini menafikan beberapa prinsip pengurusan, antaranya: Pengurus projek atau pesyarah mempunyai t/jwb yang lebih berbanding autoriti. Konsep ini bercanggah dengan prinsip pengurusan yang menekankan tanggungjawab dan autoriti yang sama. 2. Kakitangan yang terlibat dengan pencapaian matlamat mempunyai lebih daripada seorang ketua dan ini bertentangan dengan prinsip pengurusan yang menetapkan bahawa seorang ketua adalah untuk seorang kakitangan.
Kelebihan dan Kelemahan Meningkatkan peranan pengurusan tengah. Terdapat tenaga mahir yang berlebihan apabila projek atau kursusu dikurangkan. Melibatkan semua individu dalam membuat keputusan dan menegaskan kerjasama sepasukan. Autoriti yang jelas adalah perlu untuk meningkatkan kerjasama. Membenarkan pengawasan yang lebih berkesan. Memerlukan kemahiran antara individu. Mengatasi halangan-halangan yang wujud dalam organisasi yang mementingkan hierarki. Menggalakkan perebutan kuasa. Memberi peluang kepada pihak pengurusan atasan untuk menumpukan perhatian terhadap hal-hal perancangan. Mensyuarat berkemungkinan lebih banyak daripada tindakan. Membangunkan kemahiran-kemahiran kakitangan.
Organisasi Berbentuk Matriks