U. Mohamad Zahir Bin Kasir Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan USUL AL - TAFSIR KULIAH KETIGA U. Mohamad Zahir Bin Kasir Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan
Nasikh & Mansukh / Al Naskh Definasi: Dari sudut Bahasa Arab al-Naskh ialah penghapusan dan pemindahan. Dari sudut istilah al-Naskh ialah: Pemansuhan hukum satu dalil Syara' atau lafaznya dengan satu dalil dari al-Quran dan al-Sunnah. Maksud pemansuhan hukum ialah pertukaran hukum dari wajib kepada mubah atau dari mubah kepada haram dan seumpamanya. Maksud atau lafaznya ialah lafaz sesuatu dalil Syara' kerana al-Naskh itu boleh terlaksana kepada hukum sahaja atau lafaz sahaja atau kepada hukum serta lafaz sebagaimana yang akan diterangkan kelak. Kata kunci: pemansuhan hukum
Nasikh & Mansukh / Al Naskh - al-Naskh (pemansuhan) diterima dari sudut akal kerana pemerintahan dan hukum adalah di tangan Allah yang merupakan Tuhan pencipta dan pemilik. Allah berhak mensyariatkan untuk hamba-hambaNya apa sahaja menurut hikmat dan rahmatNya Di samping itu, hikmah dan rahmat Allah menjurus ke arah pensyariatan perkara yang diketahui Allah akan memberi manfaat kepada agama dan dunia mereka. Manfaat-manfaat ini pula berbeza menurut keadaan dan masa. Pada sesuatu masa atau tempat, satu hukum adalah lebih bermanfaat untuk hamba dan pada masa atau tempat lain satu hukum lain adalah lebih bermanfaat. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kata kunci: berdasarkan hikmah Allah
Nasikh & Mansukh / Al Naskh - قوله تعالى: )مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا)(البقرة: الآية106) Maksudnya: Ayat mana saja yang Kami mansuhkan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau yang setanding dengannya. 2 - قوله تعالى: )الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُم)(لأنفال: من الآية66) (فَالْآنَ بَاشِرُوهُنّ)(البقرة: الآية187) فإن هذا نص في تغيير الحكم السابق. Maksudnya: Sekarang Allah telah meringankan kepadamu. 3 - قوله صلّى الله عليه وسلّم: "كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها"(25) فهذا نص في نسخ النهي عن زيارة القبور. Maksudnya: Maka sekarang campurilah mereka
Perkara yang tidak boleh dimansuhkan Pengkhabaran. Ini kerana al-Naskh hanya berlaku pada hukum. Sekiranya salah satu daripada dua berita dimansuhkan, ini bermakna salah satu daripadanya adalah bohong sedangkan pembohongan adalah mustahil berlaku dalam berita-berita Allah dan RasulNya Dikecualikan daripada perkara ini apabila hukum itu datang dalam bentuk berita, di sini ianya boleh dimansuhkan. Example please!!!
Perkara yang tidak boleh dimansuhkan Hukum-hukum yang merupakan maslahah/manfaat pada setiap zaman dan tempat seperti Tauhid, dasar-dasar Iman, dasar-dasar ibadat, kemuliaan akhlak seperti benar, kehormatan diri, budiman, keberanian dan sebagainya. Perkara-perkara ini tidak boleh dimansuhkan. Begitu juga dengan larangan terhadap semua perkara keji pada setiap zaman dan tempat seperti syirik, kufur, kekejian akhlak seperti menipu, sombong, bakhil, penakut dan lain-lain. Ini kerana semua aspek Syariat adalah demi membawa manfaat kepada hamba dan menolak kefasadan daripada mereka. Example please!!!
Syarat-syarat al-Naskh Tidak dapat dijamak antara dua dalil. Jika dapat dijamak, naskh tidak dibenarkan kerana dengan jamak kedua-dua dalil dapat diamalkan. Dapat diketahui kelewatan tarikh dalil yang nasikh (yang memansuhkan) samada dengan nas, pemberitahuan sahabat atau tarikh. Dalil yang nasikh mestilah sabit. Jumhur mensyaratkan dalil tersebut hendaklah lebih kuat daripada dalil yang mansukh (yang dimansuhkan). Di sisi mereka, walaupun hadith ahad sabit, ianya tidak boleh memansuhkan hadith mutawatir. (Walaubagaimanapun) pendapat yang rajih (lebih kuat) ialah tidak mensyaratkan dalil yang nasikh itu lebih kuat. Ini kerana perkara yang dimansuhkan ialah hukum dan kesabitan hukum tidak disyaratkan melalui jalan mutawatir.[5] Example please!!!
Bentuk-bentuk al-Naskh Apa yang dimansuhkan hukumnya dan kekal lafaznya. dua ayat al-Musabarah (sabar teguh dalam menentang musuh) iaitu firman Allah Ta’ala (al-Anfal 8:65) & (al-Anfal 8:66) إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ)(الأنفال: الآية65)، نسخ حكمها بقوله تعالى: )الْآنَ خَفَّفَ اللَّهُ عَنْكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفاً فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ) Apa yang dimansuhkan lafaznya dan kekal hukumnya. كان فيما أنزل الله آية الرجم، فقرأناها وعقلناها ووعيناها ورجم رسول الله صلّى الله عليه وسلّم ورجمنا بعده، فأخشى إن طال بالناس زمان أن يقول قائل: والله ما نجد الرجم في كتاب الله، فيضلوا بترك فريضة أنزلها الله، وإن الرجم في كتاب الله حق على من زنى، إذا أحصن من الرجال والنساء، وقامت البينة، أو كان الحبل، أو الاعتراف. Apa yang dimansuhkan hukum dan lafaznya seperti naskh (pemansuhan) sepuluh kali susuan yang terdapat dalam hadith 'Aisyah (yang telah dikemukakan di atas)
Jenis-jenis al-Naskh Naskh al-Quran dengan al-Quran. Contohnya dua ayat al-musabarah. (sabar teguh dalam menentang musuh Naskh al-Quran dengan al-Sunnah Masalah khilafiyah Naskh al-Sunnah dengan al-Quran Contohnya naskh menghadap Baitul Maqdis yang sabit dengan sunnah dengan menghadap Ka‘bah yang sabit dengan firman Allah (al-Baqarah 2:144) - Maksudnya: Palingkanlah mukamu ke arah al-Masjid al-Haram dan di mana saja kamu berada, palingkahlah mukamu ke arahnya Naskh al-Sunnah dengan al-Sunnah وَنَهَيْتُكُمْ عَنْ الأَشْرِبَةِ فِي الأَوْعِيَةِ فَاشْرَبُوا فِي أَيِّ وِعَاءٍ شِئْتُمْ وَلاَ تَشْرَبُوا مُسْكِرًا
Hikmah al-Naskh Terdapat beberapa hikmat al-Naskh seperti berikut: Terdapat beberapa hikmat al-Naskh seperti berikut: Memberi keutamaan kepada manfaat hamba-hamba dengan pensyariatan perkara yang lebih bermanfaat untuk mereka dalam agama dan dunia. Pengubahsuaian Syariat sehinggalah ke tahap sempurna. Menguji golongan mukallaf (yang bertanggungjawab) dalam kesanggupan dan keredhaan mereka menerima perubahan satu hukum kepada hukum lain. Menguji golongan mukallaf (yang bertanggungjawab) dalam perlaksanaan kesyukuran sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih ringan dan kesabaran sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih berat
Am & Khas Definasi Am Definasi Khas Dari sudut Bahasa Arab al-‘Am ialah yang merangkumi. Dari sudut istilah al-'Am ialah: Lafaz yang merangkumi seluruh individunya tanpa had tertentu. Definasi Khas Dari sudut bahasa al-Khas (khusus) ialah lawan kepada umum. Dari sudut istilah al-Khas (khusus) ialah: Lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu yang spesifik (tertentu) samada peribadi atau bilangan, seperti Kata Nama Khas, Kata Nama Isyarat dan Kata Nama Bilangan. Kata kunci: lafaz umum
Bentuk-bentuk lafaz yang membawa erti umum Lafaz yang memang menunjukkan keumuman seperti kullu (semua), jami‘ (seluruh), kaffah (semua), qatibah (semua) dan 'ammah (semua). Asma' al-syart (kata nama syarat). Asma' al-istifham (kata nama pertanyaan). Ism al-maushul (kata nama sambungan). al-Nakirah fi siyaq al-nafy aw al-nahy aw al-syart aw al-istifham al-inkari ( kata umum dalam konteks pengingkaran/ kata umum dalam konteks syarat) Al-Mu'arraf bi al-idhafah mufradan aw majmu'an (kata sandaran) Al-Mu'arraf bi Al al-istighraqiyyah mufradan aw majmu'an (kata nama yang menjadi khas kerana bersambung dengan alif lam yang membawa maksud menyeluruh samada satu atau jamak/plural.) Example please!!!
Beramal dengan al-'Am (Umum) Wajib beramal dengan keumuman lafaz al-'Am sehinggalah sabit pengkhususannya. Ini kerana nas-nas al-Quran dan al-Sunnah wajib diamalkan berdasarkan tuntutannya sehinggalah ada dalil lain yang menyalahinya. Sekiranya terdapat dalil umum berkenaan sabab (punca) yang khusus, wajib beramal dengan keumuman dalil umum itu. Ini kerana pengajaran adalah berdasarkan keumuman lafaz dan bukannya kekhususan sabab (punca) kecuali sekiranya terdapat dalil yang mengkhususkan dalil umum itu kepada keadaan yang menyerupai keadaan sabab (punca) dalil umum itu. Di sini dalil umum itu dikhususkan kepada keadaan yang serupa dengan sababnya (puncanya)
Khas / Takhsis Definasi al-Takhsis (Pengkhususan) Dari sudut bahasa al-Takhshish (pengkhususan) ialah lawan kepada al-ta’mim (menjadikan umum). Dari sudut istilah al-Takhshish (pengkhususan) ialah: Pengeluaran sesetengah individu al-'Am. al-Mukhassis (pengkhusus) ialah pembuat al-Takhshish (pengkhususan) iaitu Syara'. Lafaz ini juga digunakan untuk dalil yang mengkhususkan. Kata kunci: lafaz khusus
Dalil yang mengkhususkan terbahagi kepada dua jenis: Al-Mukhashshish al-Muttashil (yang bersambung) iaitu apa yang tidak berdiri dengan sendiri. Al-Mukhassis al-Munfashil (yang berasingan) iaitu apa yang berdiri dengan sendiri.
Jenis-jenis al-Mukhashshish al-Muttashil (Pengkhusus yang bersambung) Al-Istitsna’ (pengecualian): Dari sudut Bahasa Arab Al-Istitsna’ (pengecualian) ialah mengembalikan sebahagian objek kepada sebahagiannya yang lain seperti simpulan tali. Lafaz al-Istitsna' (pengecualian) mestilah bersambung dengan al-Mustatsna minhu (perkara yang dikecualikan daripadanya) samada secara menyeluruh mahupun secara hukum sahaja
Jenis-jenis al-Mukhashshish al-Muttashil (Pengkhusus yang bersambung) Al-Mustatsna (benda yang dikecualikan) tidak boleh melebihi setengah al-Mustatsna minhu (benda yang dikecualikan daripadanya). Sekiranya seseorang berkata, “Dia berhak menerima dariku sepuluh dirham (ini al-Mustatsna minhu) kecuali enam dirham (ini al-Mustatsna),” pengecualian ini tidak sah dan dia mesti memberinya sepuluh dirham. Al-Syart (kenyataan berkait): Al-Sifah (sifat) Ayat yang mengelirukan
Al-Mukhassis al-Munfashil (Pengkhusus yang berasingan) Pengkhususan dengan pancaindera. Pengkhususan dengan akal. Pengkhususan dengan Syara'. مثال التخصيص بالحس: قوله تعالى عن ريح عاد: )تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا)(الأحقاف: الآية25) فإن الحس دل على أنها لم تدمر السماء والأرض. ومثال التخصيص بالعقل: قوله تعالى: )اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ )(الزمر: الآية62)، فإن العقل دل على أن ذاته تعالى غير مخلوقة. ومن العلماء من يرى أن ما خص بالحس والعقل ليس من العام المخصوص، وإنما هو من العام الذي أريد به الخصوص، إذ المخصوص لم يكن مراداً عند المتكلم، ولا المخاطب من أول الأمر، وهذه حقيقة العام الذي أريد به الخصوص.
Contoh-contohnya وأما التخصيص بالشرع، فإن الكتاب والسنة يخصص كل منهما بمثلهما، وبالإجماع والقياس. مثال تخصيص الكتاب بالكتاب: قوله تعالى: )وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلاثَةَ قُرُوءٍ)(البقرة: الآية228) خص بقوله تعالى: )يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا)(الأحزاب: الآية49) ومثال تخصيص الكتاب بالسنة: آيات المواريث؛ كقوله تعالى: )يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلادِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْن)(النساء: الآية11) ونحوها خص بقوله صلّى الله عليه وسلّم: "لا يرث المسلم الكافر ولا الكافر المسلم"(15) . ومثال تخصيص الكتاب بالإجماع: قوله تعالى: )وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً)(النور:الآية4) خص بالإجماع على أن الرقيق القاذف يجلد أربعين، هكذا مثل كثير من الأصوليين، وفيه نظر لثبوت الخلاف في ذلك، ولم أجد له مثالاً سليماً. ومثال تخصيص الكتاب بالقياس: قوله تعالى: )الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَة)(النور: الآية2) خص بقياس العبد الزاني على الأمة في تنصيف العذاب؛ والاقتصار على خمسين جلدة، على المشهور.
Definasi Tafsir “Tafsir” dari sudut bahasa diambil dari perkataan al-fasr yang bermaksud menyingkap sesuatu yang tertutup. Tafsir dari sudut istilah ialah penerangan tentang makna-makna al-Quran. )كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ) (ص:29) ولقوله تعالى : (أَفَلا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا) (محمد:24( - Maksudnya: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai akal fikiran Maksudnya: Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran ataukah hati mereka terkunci? Kata kunci: menyingkap makna-makna al-quran
Sumber-sumber Tafsir 1) al-quran al-karim 2) Hadits Nabi Muhammad S.A.W 3) Ijtihad ulama’ dan pengambilan sumber yang betul dari adat kebiasaaan dan sebab penurunan. 4) Ahli kitab ( orang-orang yahudi dan nasrani yang terdahulu yang telah masuk islam) cth ka’ab al-ahbar, abdullah bin salam ********Ilmu tafsir ini mula dibukukan pada zaman tabi’in (zaman pembukuan) cthnya tafsir sufyan bin uyainah
Tadabbur Ayat-ayat Allah Para salaf (generasi terdahulu) telah merintis jalan yang wajib ini. Mereka mempelajari lafaz-lafaz dan maksud-maksud al-Quran kerana dengan ini mereka dapat beramal dengannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala. Ini semua adalah kerana tidak mungkin untuk beramal dengan sesuatu yang tidak diketahui maksudnya. Penerangan al-Quran kepada manusia merangkumi penerangan lafaz dan maksudnya. Dengan ini, tafsir al-Quran adalah salah satu daripada perkara yang Allah Ta‘ala ambil pengakuan para cendekiawan supaya menjelaskannya.
Tujuan pelajari Tafsir Tujuan pengajian tafsir ialah membenarkan berita-berita al-Quran, mengambil faedah daripadanya dan melaksanakan hukum-hukumnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah Ta‘ala. Semua ini bertujuan membuahkan perlaksanaan ibadah kepada Allah Ta‘ala berdasarkan ilmu yang jelas. Kata kunci: membenarkan berita al-quran/ mengambil iktibar
Para Sahabat Yang Terkenal Di Dalam Ilmu Tafsir Sekumpulan para sahabat amat dikenali dalam ilmu tafsir. al-Imam al-Suyuti menyebut bahawa di antara mereka ialah: empat para khulafa’ (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali). Riwayat tafsir daripada tiga khulafa’ pertama tidak banyak kerana mereka sibuk dengan urusan pemerintahan dan kurangnya keperluan untuk mencatat ilmu mereka pada zaman itu, kerana ramai orang yang mengetahui ilmu tafsir. Di antara mereka yang terkenal dalam ilmu tafsir ialah: Abdullah bin Mas‘ud dan Abdullah bin Abbas. Eloklah jika kita membaca riwayat hidup Ali dan mereka berdua.
Para Tabi’in Yang Terkenal Dalam Ilmu Tafsir Terdapat banyak tabi‘in yang terkenal dengan tafsir. Di antara mereka ialah: Penduduk Mekah yang merupakan pengikut Ibnu Abbas seperti Mujahid, Ikrimah dan Ata’ bin Abi Rabah. Penduduk Madinah yang merupakan pengikut Ubai bin Ka‘b seperti Zaid bin Aslam, Abu al-Darda’ dan Muhammad bin Ka‘b al-Qurazi. Penduduk Kufah yang merupakan pengikut Ibnu Mas‘ud seperti Qatadah, ‘Alqamah dan al-Sya‘bi.
Ahli Tafsir Yang Masyhur Imam Tabari (310 h) Imam Zamakhsyari (538 h) Imam Fakhruddin ar-Razi (606 h) Imam Ibnu Kathir (774 h) Imam Qurthubi Imam Alusi Imam Syaukani
Tafsir Tabari Nama: Jami’ul Bayan fi Tafsiril Quran Bi-ma’sur – sahabt, tabien Imam Tabari akan mengemukakan semua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang beliau hendak tafsirkan. Selalu juga mendatangkan sanad yang sempurna daripada tabien seperti Mujahid dan ad-Dahhak.
Tafsir Ibn Kasir Nama kitab: Tafsir al-Quran al-Azim Tafsir al-Quran dengan al-Quran Hadis2 marfu’ Pendapat & pemahaman sahabat Keistimewaan Tafsir Ibnu kasir – memberi peringatan terhadap cerita2 israiliyat yang tertolak atau mungkar.
Tafsir ar-Razi Nama kitab: Mafatih al-Ghaib Kedoktoran, logika, filsafat dan hikmah Terkeluar dari makna-makna al-Quran ‘tidak memiliki ruhaniah tafsir’ “di dalamnya terdapat segala sesuatu selain tafsir itu sendiri”= beliau menyelitkan ilmu-ilmu lain dalam kitab tafsir.
Tafsir Imam Qurtubi Nama kitab: Al-Jami’ li ahkamil Quran Tafsir ini sangat luas dalam mengkaji ayat2 hukum dan masalh2 khilafiah. Banyak menyebut asbabun nuzul dan menukil tafsir ulama2 lain (page 520)
TafsirIbn Hayyan al-Andalusi (Abu hibban) Nama kitab: Bahrul Muhit Lebih fokus wajah2 I’rab dan isu2 nahu dalam al-Quran. Lebih dekat ke kitab nahwu daripada kitab tafsir Amat istimewa sebab nahwu sangat penting dalam memahami bahasa arab
Tafsir2 Kontemporari Tafsir Fizilali Quran – Syed Qutb Tafsir Maudhudi Tafsir Azhar-Hamka Tafsir Misbah al-Munir – Quraish Shihab Tafsir Munir-Dr Wahbah Zuhaili
Sentuhan Minggu Hadapan Mukjizat Al Quran dari sudut bahasa Kaedah yang berhubung dengan pentafsiran Pembahasan tentang terjemahan al Quran Perbezaan antara terjemah dan tafsir