PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 TINGKATAN 1 TINGKATAN 3 PLBS
APAKAH PLBS ? PLBS ialah proses pentaksiran lisan yang dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam ataupun di luar bilik darjah
Apakah mata pelajaran yag terlibat dalam PLBS ? Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi sekolah menengah
APAKAH MATLAMAT PLBS ? PLBS bermatlamat untuk melahirkan murid yang terampil bertutur dalam pelbagai situasi serta mempunyai kemahiran dan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan
MENGAPAKAH GURU YANG MELAKSANAKAN PLBS ? Guru dapat mengetahui tahap pencapaian lisan murid yang sebenar Kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran tinggi Proses penambahbaikan ataupun pemulihan kualiti lisan dapat dijalankan secara berterusan
APAKAH PERANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA ( LPM ) ? Pihak LPM menyediakan garis panduan pelaksanaan PLBS dengan membekalkan setiap sekolah buku Manual Pengurusan dan Pengendalian PLBS. Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah akan memainkan peranan bagi menentukan garis panduan tersebut dilaksanakan
APAKAH YANG DITAKSIR DALAM PLBS ? Aspek yang akan ditaksir dalam PLBS berdasarkan empat konstruk ; Kosa kata dan tatabahasa Sebutan, intonasi dan nada Fasih dan bermakna Bertatasusila
BAGAIMANAKAH GURU-GURU BOLEH MENJALANKAN PENTAKSIRAN LISAN SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ? Guru-guru boleh merujuk kepada pakej aktiviti yang dicadangkan dan model pentaksiran dalam manual PLBS. Pakej aktiviti ini ialah senarai aktiviti yang disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran
BAGAIMANA DENGAN MODEL PENTAKSIRAN ? Terdapat 5 model Pentaksiran PLBS iaitu ; Model Individu Model Individu – Pendengar Model Individu – Penggalak Model Kumpulan ( berpasangan ) Model Kumpulan
APAKAH PAKEJ AKTIVITI YANG DICADANGKAN INI SELARI DENGAN SUKATAN PELAJARAN ? Ya, pakej aktiviti yang dicadangkan selari dengan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Walau bagaimanapun guru-guru boleh membuat pengubahsuaian semasa pengajaran dan pembelajaran.
BERAPA KALIKAH MURID AKAN DITAKSIR ? Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan semasa pengajaran dan pembelajaran sehingga murid mencapai tahap kemahiran yang memuaskan.
ADAKAH PLBS DIJALANKAN DALAM WAKTU YANG KHUSUS ? Tidak, PLBS adalah sebahagian daripada pedagogi pengajaran
BOLEHKAH PLBS DILAKSANAKAN DI LUAR WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Boleh, contohnya semasa perhimpunan sekolah dan aktiviti kokurikulum.
APAKAH BENTUK PELAPORAN PLBS Penyataan pencapaian murid dalam PLBS akan dilaporkan dalam buku rekod / kad pencapaian murid berdasarkan kriteria penskoran yang ditetapkan.
APAKAH PLBS AKAN MENAMBAHKAN BEBAN TUGAS GURU ? Tidak, kerana PLBS ; Bukan suatu ujian Akan membolehkan berlakunya proses penambahbaikan pembelajaran Bahan pentaksiran telah disediakan
APAKAH LANGKAH KAWALAN BAGI MEMASTIKAN PLBS BERJALAN LANCAR Pentadbir sekolah akan memastikan pelaksanaan PLBS berjalan sebagaimana yang dihasratkan.
PELAKSANAAN PERINGKAT SEKOLAH MESTI BERMULA 14 Julai 2003