a)INDUKSI SET/SET INDUKSI Pendedahan untuk membuka minda dan menggerakkan struktur kognitif pelajar. Membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran dengan mudah. Guru memperkenalkan (Advance Organizer) bagi menarik perjatian pelajar.
CARA DAN TUJUAN SET INDUKSI Menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang hendak disampaikan. Menyatakan secara langsung atau tidak had tugas yang akan dijalankan. Memperkenalkan suatu garis panduan sebelum sesuatu pengajaran disampaikan. Memberi makna kepada sesuatu konsep atau prinsip baru. Menimbulkan minat dan menggalakkan penyertaan murid.
MEMBINA ALIRAN FIKIRAN MENARIK PERHATIAN ORIENTASI
MENARIK PERHATIAN Pastikan murid cukup bersedia. Berhenti sekejap dan menunggu sehingga kelas cukup bersedia. Penggunaan suara guru, gerak isyarat, pertembungan mata, media pandang dengar dan pengubahan corak interaksi guru.
ORIENTASI Memilih sesuatu peristiwa, objek, proses atau alat yang dapat merangsang minat. Peristiwa yang tidak berkaitan akan mengganggu tumpuan pelajar. Guru perlu memikirkan cara yang dapat menarik perhatian pelajar dengan menggunakan pelbagai alat yang memberi kesan kepada pelajar.
Mewujudkan Motivasi Diwujudkan dengan cara menunjukan kemesraan dan penuh semangat terhadap perkara yang dipelajari. Rangsang naluri pelajari tentang perkara yang baru. Lakukan aktiviti yang merangsang minat pelajar seperti bercerita, berlakon, menayangkan filem slaid, bermain, menyanyi dan lain-lain.
Struktur Induksi set boleh dilaksanakan melalui tugasan. Guru akan memberitahu had tugas tersebut dan murid-murid kemudiannya melaksanakan tugasan tersebut. Guru boleh menggunakan beberapa soalan yang berkaitan untuk memulakan sesuatu tajuk.
Membuat Perkaitan Dilakukan dengan membuat perbandingan atau menyenaraikan perbezaan aspek yang hendak dipelajari dengan perkara-perkara yang telah dipelajari. Induksi ini lebih berkesan sekirannya menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar Induksi cara ini menyarankan supaya permulaan itu dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa dan minat semasa murid-murid.
Membangkitkan Aliran Fikiran 1.Memulakan Pelajaran dengan sesuatu yang luar biasa -Guru menujukan huruf-huruf dan pelajar memberikan perkataan-perkataan yang dapat dimulakan dengan huruf tersebut - Sebagai permulaan gerak kerja, mengeja, perbendaharaan kata dan lain-lain.
2.Memulakan Pelajaran Dengan Rentak Dan Irama Yang Menarik - Dilakukan dengan cara memainkan rekod pita rakaman atau mendengar pukulan gendang.
3.Memulakan Pelajaran Dengan Menggunakan Satu Set Arahan -Guru boleh memberi satu set arahan dan pelajar diminta memikirkannya. -Mereka diminta menyatakan apa-apa yang dilakukan atau diminta terus melakukan arahan-arahan itu.
4.Memulakan Pelajaran Melalui Pengumuman - Induksi set seperti ini boleh digunakan sebagai alat pengenalan kepada perbincangan tentang kebebasan beragama
5. Menunjukkan Kepada Mereka Satu Objek Dan Menimbulkan Soalan-Soalan Tentangnya. - Contoh: Sebilah kapak sebagai satu pengenalan kepada pelajaran perbalahan suku kaum
6.Memberikan Soalan-Soalan Yang Mencabar - Soalan-soalan begini mungkin menjadi pengenalan kepada satu perbincangan tentang kesusilaan dan pantang larang.
7.Menggunakan Kiasan (Secara bersungguh-sungguh atau berjenaka) 8.Menggunakan satu aliran fikiran yang mengejutkan. Contoh bahaya api kepada manusia.
b)LANGKAH-LANGKAH PERKEMBANGAN - Melibatkan penyampaian isi pelajaran melalui satu prosedur yang teratur rapi dan dengan susunan tertentu.
c)PENYOALAN Merupakan satu kemahiran yang penting untuk mewujudkan interaksi antara guru dan pelajar dengan berkesan Teknik atau rangsangan untuk gerakkan pelajar bina konsep, bentuk gambaran fikiran, nyatakan fikiran dan lain-lain
d)PENGENDALIAN KAEDAH DAN TEKNIK Digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran
e)PERUNTUKKAN MASA Bagi jangka masa pengajaran itu boleh dilakukan seperti berikut :- *pengenalan( set induksi) *penerangan guru *guru dan kelas *gerak kerja kelas
f)PEMERINGKATAN ISI - Dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran harus dilakukan dengan cermat supaya tindakan dapat memberi faedah kepada pelajar.
g) URUTAN Bermaksud susunan sesuatu mengikuti yang lain. Memastikan pengajaran dibina langkah demi langkah, satu mengikuti yang lain secara tertib.
h) CEPAT ATAU LAMBAT PERKEMBANGAN PELAJARAN - Kadar kelajuan penghantaran mesej kepada pelajar
i)MOTIVASI - bertujuan merangsang minat pelajar ke arah bahan, isi pelajaran dan pengajaran guru.
j)KEMAHIRAN MENERANG - Menerang adalah satu proses memberi kefahaman kepada pelajar. - Guru harus memastikan setiap yang diterangkan itu mudah dan cepat - Beberapa perkara perlu diberi perhatian :- a)Kejelasan b)Penekanan c)Urutan d)Maklum balas e)Ilustrasi f)Penyusunan idea atau pemikiran g)Penutup penerangan
k)PENGUKUHAN (peneguhan) - Merupakan satu kemahiran yang digunakanoleh guru bagi mengubah tingkah laku pelajar dengan sempurna - pelajar dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian dalam sesuatu pelajaran