Pusat Penyelidikan Hortikultur Tanaman Rumput Turf dan Penutup Bumi Oleh Zulhazmi Bin Sayuti (Pegawai Penyelidik) Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI.
Pengenalan Rumput turf adalah nama yang diberikan kepada beberapa jenis rumput daripada famili Poacae
Pemilihan Rumput Turf Pemilihan adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: Kegunaan kawasan Ciri-ciri istimewa yang dikehendaki Di mana hendak ditanam Jenis dan keadaan tanah Modal dan masa untuk menanam dan menjaga
Jenis Rumput Turf 1. Rumput Karpet Tropika (Axonopus compressus 2. Rumput Seranggoon (Digitaria didactyla) 3. Rumput Zoysia (Zoysia matrella) 4. Rumput Bermuda (Cynodon dactylon) 5. Rumput Cintipede (Eremochloa ophiuroides) 6. Rumput Saint Augustine (Stenotaphrum secundatum) 7. Rumput Improved Bermuda - Tif dwarf - Tif way - Tif green - Tif fine
PENANAMAN RUMPUT TURF Penanaman dengan Biji Benih Cara taburan biji benih Semburan biji benih (Hydroseeding) Penanaman secara pembiakan tampang (vegetatif) Sodding Plugging Sprigging Stolonizing
CARA PENANAMAN MENGUNAKAN CEBISAN
CARA PENANAMAN MENGGUNAKAN KETULAN
Cara menanam rumput mengunakan plug.
Cara penanaman mengunakan kepingan rumput (sodding)
Penyelenggaraan Rumput Turf Penyelenggaraan Harian Memotong rumput Menyiram Menanam semula Mengawal rumpai
Penyelenggaraan Harian Memotong rumput Penting untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rumput Teknik pemotongan yang betul. Pemotongan sempurna mengambilkira 3 perkara: i. Ketinggian pemotongan ii. Jenis mesin rumput iii. Daun rumput.
Ketinggian Pemotongan Jenis rumput Tinggi Potongan Kekerapan seminggu Bermuda 1.3 – 3.0 3 Seranggoon 1.3 – 2.5 2 – 3 Zoysia 1.3 – 3.8 1 – 2 Karpet 2.5 – 5.0 1 Centipede St. Augustine 3.5 – 6.5 Paspalum
Mesin-mesin pemotong rumput Ada 3 jenis mesin pemotong rumput: i. Jenis ril
ii. Jenis berputar
iii. Daun Rumput Daun-daun rumput yang telah dipotong jika ianya halus dan sedikit hendaklah dikumpulkan dan boleh juga dibiarkan untuk dijadikan baja apabila berlaku pereputan. Jika terlalu tebal dan teksturnya kasar maka hendaklah dijadikan sungkupan pada pangkal-pangkal pokok.
Menyiram Perlu dilakukan setiap hari jika musim panas Penyiraman dalam bentuk ‘mist’ Penyiraman sehingga air masuk beberapa sentimeter dalam tanah.
Penyelenggaraan Bulanan Pembajaan Pembaikan sistem pengairan bawah tanah Mencakar Mengandam
Penyelenggaraan Bulanan Pembajaan: Jadual Pembajaan Kadar pembajaan - Jenis rumput - Kesuburan tanah Baja NPK seimbang 14:14:14 dan 15:15:15
Cara Membaja Baja dalam bentuk larutan, butiran atau bentuk debu. Siram lepas membaja, elakkan dari lecuh daun. Semburan dau 1-2 minggu sekali. Pengunaan ‘fertilizer spreader’ untuk pembajaan yang sekata. - Baja debu - baja butir Menabur baja dengan tangan hendaklah dengan cermat dan teliti.
Kawalan Rumpai Pengawalan Boleh dilakukan dengan 2 cara: Fizikal – tenaga manusia (untuk kuantiti rumpai sedikit) Kimia – racun rumpai (untuk kuantiti rumpai yang banyak).
Penyelenggaraan Suku Tahunan Pengudaraan ‘Top dressing’ ‘Dethatching’
Penyelenggaraan Suku Tahunan Pengudaraaan Disebabkan kepadatan tanah Ketulan dipecah atau dikeluarkan terus dan dibuang. Seelok-eloknya dilakukan sebelum membaja dan pengapuran. Operasi akan dapat : - Mengurangkan kepadatan tanah - Menyenangkan perkembangan akar - Membolehkan air, udara dan baja meresap ke dalam tanah.
Membuang jejerami (Dethatching) Operasi membuang rumput yang berbatang- batang dan lapisan rumput yang telah mati. Boleh meningkatkan semula kesuburan tanah. Untuk mengurangkan timbunan jejerami terbentuk, taburan pasir perlu dilakukan.
Menabur Tanah (Top dressing) Menabur tanah atau pasir dilakukan untuk: Mengantikan tanah Meratakan kawasan. *Sebaik-baiknya hendaklah dilakukan serentak dengan Penyelengaraan yang lain: - Pengudaraan - Pembajaan - Pengairan - Menabur tanah.
Kawalan Penyakit dan serangga. Rumput taman yang selalu diserang penyakit dan serangga perosak biasanya persekitarannya berkeadaan begini: Pengudaraan tanah tidak elok Saliran/pengairan tidak betul Terlebih menyiram air Pembajaan tidak cukup atau terletak Pemotongan rumput yang tidak betul.
Kawalan Penyakit dan Perosak Serangga perosak boleh dikawal secara biologi, secara kimia (racun Serangga) dan juga membersihkan kawasan tanaman. Kawalan secara biologi akan menentukan musuh semulajadi serangga perosak mengawal bilangan mereka ditahap yang selamat. Racun serangga boleh digunakan untuk mengawal serangga perosak. Racun kulat digunakan untuk mengawal penyakit kulat. Kedua-dua jenis racun boleh digunakan secara bergilir-gilir bagi mengawal penyakit dan serangan serangga perosak
Contoh-contoh penyakit dan serangga Rhizoctonia solani Selalu menyerang rumput taman jenis Bermuda dan Zoysia yang dalam keadaan basah dan pembajaan Nyang tinggi.
Penyakit Dollar Spot (Sclerotini homeocarpa) Penyakit disebabkan oleh kulat yang menyerang rumput Kekurangan air dan nitrogen.
Serangan ulat perosak Army Worms (Spodoptera exiqua)
Penutup Bumi Penutup bumi adalah tumbuhan kecil (bukan anak pokok) selain daripada rumput yang mempunyai ketinggian kurang dari 0.45 m dan boleh menutupi permukaan tanah. Ianya tumbuh menegak atau merayap.
Antara Spesies Penutup bumi yang biasa digunakan: Pandanus sp. Cuphea sp. Portulaca sp. Altenanthera spp.
Kerja-kerja penyelenggaraan 1. Penyiraman Penyiraman secara am: Penyiraman dilakukan sebaik sahaja tanaman ditanam Jumlah air mencukupi sekurang- kurangnya 15 cm basah ke dalam tanah. Kuantiti air siraman hendaklah bebas dari bahan kimiayang boleh merosakkan pokok
Penyiraman Penutup Bumi: Perlu disiram sebaik sahaja ditanam. Hindarkan penyiraman diwaktu panas terik untuk mengelakkan kelecuhan pada daun. Kaedah penyiraman secara `springkler’ sesuai untuk tanaman penutup bumi di kawasan yang luas.
Pembajaan: Tujuan pembajaan ialah membekalkan bahan nutrein yang tidak mencukupi di dalam tanah. Terdapat berbagai bentuk baja iaitu: Baja butir (baja lengkap) Baja cecair (disembur terus pada daun atau dilarutkan dalam air) Baja hablur (perlu dilarutkan ke dalam air) Baja debu (digaul bersama-sama dengan tanah campuran/tabur terus di atas tanah) ‘Slow release fertilizer’ (baja perlepasan perlahan)
Kebersihan/merumput Kawasan landskap hendaklah dibersihkan daripada sebarang kekotoran Seperti dahan kering, daun dan rumpai supaya kawasan kelihatan menarik Penutup bumi Kerja-kerja merumpai biasanya dilakukan secara manual Sungkupan Sungkupan dilakukan bergantung kepada keluasan permukaan yang ditanam dengan tanaman hiasan penutup bumi. Selain daripada mengelakkan berlakunya pengewapan air berlebihan ianya juga dapat mengawal penutup bumi dari bersaing dengan rumpai.
Pemangkasan Tujuan pangkasan Pemangkasan dilakukan dengan tunas-tunas liar, dahan yang tumbuh tidak teratur dan dahan-dahan tanaman yang telah rosak. Tujuan pangkasan Merangsang pertumbuhan tunas dan bunga. Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman, iaitu mengatur penerimaan cahaya matahari, pengudaraan dan kelembapan. Meninggikan nilai astetik tanaman Membuang percabangan atau dahan yang mengganggu aktiviti manusia Pangkasan penutup bumi. Perlu dipangkas apabila telah mula keluar daripada kawasan yang ditentukan.
SEKIAN TERIMA KASIH