PENTADBIRAN NEGERI & KERAJAAN TEMPATAN Slide show: pelajar skp2101 sem 2 09/10 Edited by: Dr. Ku Hasnita Ku Samsu
Apakah peranan menteri besar, ketua menteri , dan Dewan Undangan Negeri ?
Menteri Besar dan Ketua Menteri Jawatankuasa MB/KM diwujudkan mengikut Perlembagaan Negeri. MB/KM dilantik oleh Raja/Sultan/YDPN sepertimana peruntukan PP dari ahli parti yang memenangi majoriti dalan pilihanraya negeri Sebelum merdeka Raja/ Sultan mempengerusi MMK dan menerima nasihat MMK jika bersetuju, tetapi selepas pindaan Perlembagaan Julai 1992, kuasa Raja/ Sultan /YDPN terbatas kepada ‘bertindak atas nasihat ’ MB/KM. Selepas Julai 1992, MB/KM adalah pengerusi MMK . Sekiranya MB/KM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN, beliau mesti meletakkan jawatan bersama seluruh anggotanya melainkan jika DUN dibubarkan oleh Raja/ Sultan / YDPN atas permintaan MB/KM.
Dewan Undangan Negeri Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan. Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran. Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia.
Samb.. Adun berkuasa membuat Undang-Undang Negeri yang ditentukan oleh Perlembagaan setiap negeri Ahli DUN – dipilih melalui pilihanraya DUN, 3 orang ahli tidak rasmi (S/U Kerajaan Neg., Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri ) Ahli tidak rasmi ini tidak terlibat dalam perbahasan rang undang-undang dan tidak berhak mengundi Rang Undang –Undang hanya diluluskan setelah mendapat perkenan Raja/Sultan/ YDPN Bidang kuasa DUN termaktub dalam Perkara 71, 74 dan 77 PP DUN dipengerusikan oleh seorang Yang Dipertua yang dilantik di kalangan ahli Dewan itu sendiri
Jentera Pentadbiran Negeri terdiri daripada Pejabat S/U Kerajaan Negeri, Pejabat Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Personal Awam Negeri , silakan puan menjelaskan jentera-jentera in dengan lebih jelas.
Jentera Pentadbiran Negeri Pejabat S/U Kerajaan Negeri Diketuai oleh S/U Kerajaan Negeri – pegawai utama negeri, ketua perkhidmatan awam negeri dan penasihat pentadbir utama kepada MB atau KM. Bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri serta mengarah dan menyelaraskan semua jabatan dalam kerajaan negeri termasuk Pejabat Daerah . Pejabat Kewangan Negeri Bertanggungjawab mentadbir urusan kewangan negeri dari segi dasar kewangan , perolehan pendapatan , anggaran belanjawan dan urusan kewangan antara Persekutuan dan negeri untuk pembangunan rakyat. Diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri Penasihat Undang-Undang Negeri Bertanggungjawab menasihati MB/KM dan MMK dalam soal perundangan dengan diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Negeri
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Berfungsi merancang, menyelaras dan menilai pembangunan ekonomi negeri. Bertanggungjawab menyediakan dokumen perancangan pembangunan dan anggaran kewangan Unit Ekonomi Negeri kepada Unit Ekonomi Pusat untuk disusun sebagai Rancangan Pembangunan Kebangsaan. Personal Awam Negeri Tugas pentadbiran kerajaan negeri dikendalikan oleh Perkhidmatan Tadbir Negeri (PTN) bagi Sabah, Sarawak dan bekas NNMTB. Bagi Sabah dan Sarawak perlantikan dan urusan perkhidmatan kakitangan awam negeri diuruskan oleh Pejabat Perjawatan Negeri. PTN bertanggungjawab kepada S/U Kerajaan Negeri dan dibayar gaji pleh kerajaan negeri Bagi negeri bekas NNS dan NNMB urusan pentadbiran negeri dijalankan pleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Pegawai Tadbir Am (PTA) yang dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. PTD dan PTA adalah terikat dengan undang-undang Persekutuan.
Sila terangkan Pentadbiran Daerah serta tugas-tugas yang dijalankan dalam pentadbiran tersebut?
Pentadbiran Daerah Digunakan oleh kebanyakan negara bagi mentadbirkan wilayah yang jauh dari pusat bandar serta yang mempunyai wilayah yang luas, Sistem pentadbiran bervorak disentralisasi kuasa atau pengagihan kuasa seperti:-
Devolusi Kuasa membuat keputusan dalam daerah @ wilayah diserahkan kepada badan yang mentadbirkan wilayah tersebut (pihak kuasa tempatan) Dikonsentrasi Kuasa membuat keputusan berkaitan dengan pentadbiran diberikan kepada suatu unit atau organisasi dengan keizinan pentadbiran pusat seperti pentadbirandaerah @ jajahan
Pejabat daerah Tugas utama ialah menguruskan soal tanah dan pembangunan daerah Diketuai oleh seorang pegawai daerah Dibantu oleh sekurang-kurangnya dua orang penolong pegawai daerah Merupakan orang perantaraan antara kerajaan negeri dengan penduduk
Memimpin dan memajukan Majlis Mesyuarat tempatan Penyelarasan tugas antara agensi-agensi dlm daerah dilakukan melalui Jawatankuasa Penyelarasan Rancangan Pembangunan Kawasan Dewan Undangan Negeri (JAPRUN) Tugas-tugas lain ialah:- Menghantar maklumat mengenai pembangunan ekonomi daerah kepada Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri Memimpin dan memajukan Majlis Mesyuarat tempatan Mempengerusikan Lembaga Bandaran serta bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Pelesenan.
Apa pula yang dikatakan Pentadbiran Mukim dan Pentadbiran Kampung, dan apakah perbezaannya???
Pentadbiran Mukim Daerah akan dipecahkan kepada Mukim Ketua Mukim ialah Penghulu @ Penggawa (Kelantan) Merupakan kakitangan perkhidmatan awam Dilantik oleh kerajaan negeri melalui S/Jaya Perkhidmatan Awam Negeri Menerima gaji bulanan Mempunyai surat tauliah lantikan.
Tugas utama penghulu @ penggawa:- Sebagai orang perantaraan antara kerajaan negeri dengan penduduk mukim Berkaitan dasar kerajaan, masalah penduduk terutamanya soal tanah. Merupakan ahli JAPRUN dan penasihat kepada JKKK.
Pentadbiran Kampung Mukim mengandungi beberapa buah kampung Diketuai oleh seorang ketua kampung. Perlantikan dibuat olah kerajaan negeri melalui pegawai daerah Diberi elaun dan bukan kakitangan perkhidmatan awam negeri. Suatu institusi kepimpinan tradisional yang ditaja oleh kerajaan.
Ketua Kampung bertanggungjawab bagi :- menjaga keamanan kampung Menyelesaikan masalah peringkat kampung Menjadi penghubung antara orang kampung dengan Pegawai Daerah dan pembantu kapada Penghulu.
Jadual 11.1 (Peringkat Pentadbiran) Negeri Bahagian Daerah/ Jajahan Mukim/ Daerah kecil Kampung Sem. M’sia - Pegawai Daerah Penghulu Ketua Kampung Kelantan Pegawai Jajahan Penggawa Melaka Tok Sidang Sarawak Residen, dibantu oleh Temenggung (ketua suku masyarakat) Pegawai Daerah (dibantu Pemanca @ ketua masyarakat) Pegawai Perkhidmatan Tadbir Negeri Sabah Pegawai Daerah (dibantu oleh K.Derah @ K. Suku Kaum) Ketua Anak Negeri
Apakah tujuan penubuhan kerajaan tempatan?
Kerajaan Tempatan Ditubuhkan bagi tujuan untuk memberikan autonomi kepada penduduk setempat bagi mentadbir wilayah mereka sendiri. Ia melibatkan keahlian bandar dimana penduduk tempatan yang berfungsi membuat keputusan dan tindakan yang berkaitan dengan hal ehwal mereka sendiri. Kerajaan tempatan di semenanung merujuk kepada kerajaan : a) Kawasan bandar b) Luar bandar atau merangkumi kedua-dua kawasan ini. - Disifatkan peringkat ketiga dalam struktur persekutuan di Malaysia yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. - Berada di bawah kawalan kerajaan persekutuan menerusi Bahagian Kerajaan Tempatan,Kementerian Perumahan dan KerajaanTempatan.
Apakah punca penyusunan semula kerajaan tempatan ditubuhkan?
Penyusunan Semula Kerajaan Tempatan 1965- Suruhanhanjaya Siasatan Diraja(Suruhanjaya Anti Nahappan) diwujudkan kerana kelemahan dan ketidakberkesanan perjalanan kerajaan tempatan terutamanya dari segi kewangan. Perubahan terhadap pentadbiran tempatan yang dicadangkan oleh suruhanjaya ini tidak dilaksanakan kerana persekitaran yang tidak sesuai pada masa itu. 1976- Akta Kerajaan Tempatan telah digubal bagi menyusun semula kerajaan tempatan dan hanya dua pihak yang berkuasa iaitu: a) Majlis Perbandaran – kawasan bandar b) Majlis Daerah – kawasan luar bandar Terdapat tiga jenis penguasa tempatan di Malaysia iaitu: a) Majlis Bandar Raya b) Majlis Perbandaran c) Majlis Daerah
Siapakan yang terlibat dan apakah yang terkandung dalam struktur pentadbiran kerajaan tempatan?
Struktur Pentadbiran Kerajaan Tempatan KETUA EKSEKUTIF Majlis Bandar Raya = Datuk Bandar Majlis Perbandaran & Majlis Daerah = Yang Dipertua Dibantu oleh jawatankuasa yang diketuai oleh ahli majlis Dilantik oleh Kerajaan Negeri-tidak melebihi 3 tahun, YDP Majlis Daerah diisi oleh Pegawai Daerah Bilangan ahli Majlis Bandar Raya & Majlis Perbandaran - tidak < dari 8org dan tidak > dari 24org Bilangan ahli Majlis Daerah - tidak < dari 8org dan tidak > dari 12org Pegawai tadbir utama ialah Setiausaha yang bertanggungjawab dalam semua urusan pentadbiran.
Apakah syarat yang tetapkan untuk melantik ahli majlis penguasa tempatan?
Pelantikan Ahli Majlis Penguasa Tempatan Orang yang bermastautin di kawasan penguasa tempatan itu sendiri Ada pengalaman dan pengetahuan dalam urusan kerajaan tempatan Barasal daripada sesuatu bidang perkejaan,perdagangan atau perindustrian Mampu untuk mewakili semua kaum di kws penguasa tempatan itu
Terdapat berapa jeniskah kerajaan tempatan & apakah kriteria yang perlu ada untuk setiap jenis?
Jenis Kerajaan Tempatan KRITERIA Dewan Bandar Raya @ Majlis Bandar Raya Pusat pentadbiran sesebuah negeri Penduduk melebihi sejuta orang Hasil pandapatan tahunan melebihi RM20juta Majlis Perbandaran Pusat pentadbiran sesebuah daerah Jumlah penduduk melebihi 100,000 orang Hasil pendapatan tahunan melebihi RM5juta Majlis Daerah Sesebuah pecan yang terletak di luar Bandar Hasil pendapatan tahunan lebih kurang RM5juta
Penguasa tempatan mempunyai beberapa fungsi Penguasa tempatan mempunyai beberapa fungsi.Apakah fungsi utama tersebut?
Fungsi Penguasa Tempatan Mempunyai dua prinsip utama iatu : Ultra-Vires – berfungsi mengikut tugas & tanggungjawab yang ditetapkan oleh undang2 iaitu berpandukan bidang kuasa & tugas yang disenaraikan oleh undang2. General Cometence – boleh menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat penguasa tempatan itu mampu membiayai kegiatan tersebut Fungsi utama penguasa tempatan ialah: Mengawal pembangunan tanah & bangunan dalam kws pentadbirannya. Memberi perkhidmatan sanitari & pembersihan spt mengutip sampah,mencuci longkang & memotong rumput. Mengaja & mengawal keselamatan awam,mengurus pasar & gerai serta mengutip cukai spt cukai pintu & “parking” Membina & menyelenggara kemudahan awam & rekreasi spt taman awam, kolam renang,padang permainan Membina,menyelenggara & membaiki jalan2 awam, parit & salur air
Bagaimanakah sumber pendapatan dikenakan terhadap penguasaan tempatan?
Sumber Pendapatan Penguasa Tempatan Cukai tafsiran yg dikenakan keatas harta dalam kawasan pentadbirannya Geran kewangan drpd kerajaan persekutuan terutama dlm bentuk Pemberian Pelancaran, Pemberian Tahunan & Pemberian Projek2 Kecil seperti membina pasar Kadar sewa & bayaran lesen spt lesen perniagaan, kadar sewa keatas harta negeri,hasil yang dikutip oleh Perbendaharaan & pampasan oleh mahkamah Semua caj @ keuntungan drpd perdagangan, perkhidmatan & perusahaan yang dikendalikan oleh pengusaha tempatan Semua bunga yang ddilaburkan oleh pengusaha tempatan & semua pendapatan yang dikutip drpd harta tak alih dan harta alih pengusaha tempatan Hasil lain pengusaha tempatan drpd kerajaan,persekutuan, negeri @ mana2 badan berkanun @ mana2 punca lain dlm bentuk pemberian & sumbangan.
Hubungan Kerajaan Tempatan Dgn Kerajaan Persekutuan & Negeri Hubungan kerajaan tempatan dgn kerajaan persekutuan adalah melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dikendalikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa keatas kerajaan tempatan dalam urusan penggubalan undang2, anggaran belanjawan tahunan,penjawatan,geran kewangan dan pinjaman kerajaan tempatan. Di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN),terdapat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan yang berfungsi menyelaras segala kegiatan kerajaan tempatan.
Majlis negara ditubuhkan kerana hubungan kerajaan tempatan & kerajaan persekutuan serta negeri. Apakah fungsi utama majlis ini?
Fungsi Majlis Membentuk kerajaan tempatan dari masa ke semasa melalui perbincangan & perundingan dgn kerajaan persekutuan & negeri Memastikan proses pembentukan kerajaan tempatan itu mestilah berpandukan dasar2 negara Menasihati kerajaan persekutuan dan negeri berkaitan dengan hal ehwal perundangan dan lain2 berhubung dengan kerajaan tempatan.
SEKIAN TERIMA KASIH