UNIT 3 Faktor yang mempengaruhi kualiti dan gaya hidup
Di akhir topik ini, pelajar akan dapat; 1 Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi Kualiti dan gaya hidup 2 Menghubungkait faktor-faktor tersebut dengan kualiti dan gaya hidup
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI Kerajaan dan politik Fizikal – Pembangunan Ekonomi Sosiobudaya Penggunaan Lestari
1. Kerajaan & Politik Menjamin kestabilan negara Membuat dasar Kerajaan memainkan peranan penting dalam kualiti hidup sesebuah negara kerana; Menjamin kestabilan negara Membuat dasar Menggubal undang-undang dan menguatkuasakannya. Menjamin peningkatan ekonomi Mengagihkan sumber pendapatan negara dengan adil Merangka program-program pembangunan.
Ciri-ciri penting politik Kestabilan politik Kekuatan pentadbiran awam Kecekapan pemerintah Tanggungjawab kerajaan dalam membangunkan ekonomi Sistem demokrasi dalam memilih pemerintah Kebebasan berpolitik dan kebebasan menyampaikan maklumat Persaingan sihat dengan parti pembangkang Kekuatan tentera Dasar awam yang jelas Hubungan baik kerajaan dan pihak swasta
Perubahan politik dunia Perang Dunia 1- 1914-1922 Perang Dunia 2- 1939-1945 Pencerobohan Palestine oleh Israel pada tahun 1967 Penyatuan Germany pada1990 Runtuhnya Soviet Union in 1991 Pencerobohan Iraq oleh US pada 2003. Penggulingan kuasa di Thailand
Bagaimana politik mempengaruhi kualiti hidup? Setiap rakyat diberi hak untuk mengundi parti pemerintah. Pilihan dibuat berdasarkan manifesto parti tersebut dengan harapan ia dapat direalisasikan. Demokrasi telah dibuktikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan. Sen (1999) telah menyatakan kebuluran tidak akan berlaku di negara yang mengamalkan demokrasi dengan kebebasan media dan pilihanraya secara berkala. Ia selaras dengan pendekatan daya upaya (capabilities) dengan memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan parti yang memerintah. Ini menunjukkan penglibatan rakyat dalam memilih pemerintah akan menentukan kualiti hidup mereka di kemudian hari.
2) Ideologi pemerintah akan mencorakkan pendekatan untuk memenuhi kepuasan dalam hidup penduduk di negara tersebut. Contoh, negara yang berfahaman sosialis atau komunis seperti Republik Cina, Myanmar, Vietnam dan Korea Utara menganggap pembangunan hanya dapat berjalan sekiranya sesebuah negara dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada sistem kapitalis antarabangsa. Negara sistem demokrasi seperti Malaysia, Singapura dan Filipina mendukung modenisasi yang mementingkan pengumpulan modal, pelaburan, industrilisasi dan kemajuan teknologi.
3) Hubungan antarabangsa dengan negara luar boleh menimbulkan konfliks dan peperangan. 4) Kerajaan akan menentukan sesuatu dasar bagi kepentingan negara. Contohnya, dasar pendidikan, dasar kebajikan dsbnya. Melalui dasar ini program- program pembangunan akan dijalankan. 5) Dasar ekonomi yang diperkenalkan akan mempengaruhi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Contoh, Dasar Ekonomi baru. Penstrukturan cukai juga akan dilakukan di bawah dasar-dasar ini.
6) Dasar keterbukaan kerajaan dan kesediaan kerajaan untuk mendengar pendapat rakyat juga perlu dalam meningkatkan kualiti hidup negara. 7) Kerajaan yang jujur dan bersih daripada penyelewengan juga perlu dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat.
2. Pembangunan Perindustrian menyebabkan separuh daripada populasi dunia adalah di ‘bandar’ - Mexico City -24.4 juta; Bombay-16juta Ini disebabkan senang untuk mendapat pekerjaan di kawasan bandar menyebabkan penghijrahan beramai- ramai dari desa ke bandar.
Kadar kepadatan penduduk bandar Pada tahun 2008, lebih daripada separuh penduduk iaitu 3.3 bilion berada di bandar. Pada tahun 2030, dijangka kadar ini akan meningkat kepada 5 bilion. Pertingkatan akan ketara iaitu sebanyak sekali ganda terutamanya negara di Asia dan Afrika di antara tahun 2000 dan 2030.
Kesan pembangunan terhadap kualiti hidup 1.Kerajaan tidak mampu untuk menyediakan kemudahan asas kerana kepadatan penduduk bandar. Contohnya, tempat tinggal, kemudahan air bersih, pungutan sampah, infrastruktur dan sebagainya. 2. Kesesakan di bandar dan kekurangan tempat tinggal membawa kepada penempatan setinggan. Penempatan seperti ini membawa kepada masalah sosial dan jenayah seperti dadah. Keadaan penempatan menyukarkan penguatkuasaan dilakukan.
Masalah kesesakan juga menyebabkan pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Pencemaran yang lebih ketara berlaku di kawasan perindustrian. Kos sara hidup lebih tinggi di kawasan luar bandar seperti kos pengangkutan, sewa rumah dan barangan harian.
Kesesakan lalu lintas juga berlaku di kawasan bandar Kesesakan lalu lintas juga berlaku di kawasan bandar. Ini menyebabkan pergerakan terbatas terutamanya sekiranya perkhidmatan pengangkutan awam adalah rendah. Kos sara hidup yang tinggi dan kesesakan boleh menimbulkan tekanan perasaan dan membawa kepada masalah psikologi dan gangguan fikiran.
Cabaran urbanisasi Walaupun urbanisasi meninggalkan kesan yang negatif terhadap kualiti hidup, ia tidak boleh dielakkan. Sejarah membuktikan tidak ada kemajuan tercapai tanpanya pembangunan bandar. Oleh itu cabaran kepada kerajaan untuk memastikan pembangunan haruslah terancang dengan mengambil kira faktor kualiti hidup masyarakat setempat.
3. Ekonomi Pertumbuhan ekonomi adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup. Cth: Peningkatan pendapatan mengurangkan kadar kematian bayi, memanjangkan jangka hayat, merendahkan pencemaran (terdapat percanggahan pandangan), mengurangkan masalah politik, gender dan etnik, dan meningkatkan kualiti institusi (bebas rasuah dsb.) Cabaran utama pembangunan adalah untuk membasmi kemiskinan (Bank Dunia, 1992)
Negara KNK per Kapita Pekali Gini Malaysia 1990 RM 5616 0.442 Malaysia 2000 RM 8177 0.443 Malaysia 2002 RM 13 708 0.461 Malaysia 2008 0.492 Japan 2008 0.249 USA 2008 0.467 Singapore 0.425 South Africa 0.578
Kadar kemiskinan Data Bank Dunia menganggarkan bahawa kadar kemiskinan tertinggi adalah satu kawasan di Saharan Africa (49.7%) , South Asia (49.0%), Timur Tengah dan Afrika Utara (33%).
Kesan kegawatan ekonomi terhadap kualiti hidup. Masalah kekurangan pekerjaan. Ramai tenaga buruh diberhentikan kerja dan sukar mendapatkan pekerjaan baru. Ini berpunca daripada kejatuhan pasaran produk, penutupan kilang/syarikat, kos pengeluaran tinggi, penyusunan organisasi, projek tertangguh dan banyak lagi. Ada juga kes di mana bilangan jam bekerja dikurangkan. Ini menjejaskan pendapatan isi rumah.
Memberi kesan kepada corak perbelanjaan isi rumah Memberi kesan kepada corak perbelanjaan isi rumah. Perlu berjimat dengan tidak membeli atau membeli barangan yang lebih murah. Ini memberi kesan kepada gaya hidup. Mendorong proses migrasi ke tempat lain bagi mencari peluang pekerjaan atau terpaksa pulang ke desa bagi mengurangkan kos. Ini memberi kesan kepada pertukaran gaya hidup.
Terpaksa mengurangkan aktiviti sosial bersama keluarga dan beribadat kerana terpaksa berjimat dan membuat kerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan. Ini menyebabkan hubungan kekeluargaan akan renggang. 5. Kegawatan ekonomi boleh menyebabkan jenayah berleluasa kerana desakan hidup dan kos sara hidup yang tinggi. Antara jenis kecurian ialah kecurian wang, pecah masuk rumah, kenderaan, hasil ternakan dan pertanian.
4. Sosiobudaya Manusia tidak boleh hidup tanpa interaksi dengan orang lain. Faktor sosial ini termasuklah kehidupan bekeluarga, persahabatan, kejiranan, kesefahaman bangsa, penglibatan kemasyarakatan, rekreasi dan riadah. Budaya ialah tingkahlaku, fahaman, kepercayaan, nilai dan simbol yang dipegang dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang akan datang. Contoh, budaya Malayu, Cina dan India.
Budaya Simbol-perkataan dan perbuatan yang digunakan dan membawa sesuatu maksud. Upacara/ adat- cara beribadat, perkahwinan Nilai- baik-buruk, betul-salah Meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia.
Kesannya terhadap kualiti hidup 1. Faktor keluarga adalah perlu agar anak-anak dapat dibesarkan dalam suasana yang harmoni. Mendapat pendidikan yang baik agar mempunyai masa depan yang cerah. 2. Penglibatan masyarakat adalah perlu agar ada semangat tolong-menolong semasa kesusahan. 3. Nilai-nilai agama dan ketimuran adalah perlu dipegang dan disemai agar dapat melawan arus dan cabaran teknologi dan globalisasi.
Penggunaan Lestari
Konsep kelestarian (Agyeman et al., 2002) Adil dan saksama Kualiti kehidupan yang lebih baik untuk semua orang Hidup dalam limitasi ekosistem sokongan Kini dan pada masa akan datang Kelestarian “kelestarian'... tidak boleh semata-mata bermaksud keperihatinan “hijau” atau “persekitaran”
Mengapa Pembudayaan Penggunaan Lestari? 2. Tujuan penggunaan utk meningkatkan kesejahteraan hidup. Namun, banyak perlakuan penggunaan yg tidak lestari yg memberi kesan negatif kepada kesejahteraan hidup. 1. Kepesatan peralihan perlakuan kepenggunaan & kesan buruknya ke atas kelestarian. 3. Tahap kemusnahan yg telah berlaku kepada kehidupan manusia sama Ada dari segi fizikal, sosial, ekonomi, psikologi dan spiritual. 4. Tahap kesedaran, pengetahuan, kemahiran, dan amalan penggunaan lestari masyarakat Malaysia adalah rendah. Ini bertitik tolak daripada nilai dan sikap yang dipegang.
Mengapa Pembudayaan Penggunaan Lestari? 5. Semua peringkat pengguna mempunyai kuasa dan potensi mempengaruhi keputusan penggunaan sendiri mahupun orang lain. 6. Pendidikan sama ada melalui latihan formal, tidak formal dan sosialisasi adalah kaedah mendidik pengguna yang berkesan.
Pendekatan ke arah kelestarian Strong Sustainability Atau Deep Ecology Mengurangkan permintaan terhadap bumi, mengubah penggunaan untuk menyesuaikan dengan sumber yang ada berbanding menyesuaikan sumber yang ada dengan apa yang diminta. Moderate Sustainability (Gabungan) Memperkembangkan sumber yang ada, pada masa yang sama mengurangkan permintaan ke atas stok sumber Weak Sustainability Atau Shallow Environmentalism Menambahkan stok sumber (memperbaharui, mencari ganti, guna sumber dengan lebih berkesan, penyelesaian teknologi kepada masalah sumber yang semakin berkurangan atau pencemaran.
Jejak Ekologi (Ecological Footprint) Untuk mengukur sejauh mana sumber semula jadi diperlukan oleh manusia. jumlah tanah yang produktif dan air yang diperlukan untuk membekalkan sumber makanan, minuman, tempat tinggal dan lain-lain bagi kegunaan setiap manusia dan keupayaan bumi menyerap kembali bahan buangan yang dijanakan. Jika penggunaan sumber asli dan penjanaan bahan buangan semakin meningkat, maka semakin besarlah ukuran jejak ekologi (Era Hijau, 2007).
Penempatan miskin di Kibera Nairobi, Kenya, kedua terbesar di Afrika dan ketiga di dunia.
Penempatan miskin di Mumbai, India Penempatan miskin di Mumbai, India. 55% daripada penduduk Mumbai tinggal di penempatan seperti ini. Mumbai adalah negara yang terbesar mempunyai penempatan penduduk seperti ini.