BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
EDU TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK 5: ASAS GRAFIK
Advertisements

Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
PENULISAN JURNAL TAKLIMAT PRAKTIKUM 12/20/ /20/2017
CIK NIZATULEDAYU BINTI JAMAI
KOMPUTER/MEDIA GRAFIS
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EDU3105
Asas Grafik.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
PENGENALAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN FUNGSI OHP PENGENDALIAN OHP
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
SUB TOPIK TEMA HASIL PEMBELAJARAN ISI PELAJARAN ISI KANDUNGAN LATIHAN.
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
a)INDUKSI SET/SET INDUKSI
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
SCLM 5103 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
PRINSIP ASAS GRAFIK EDU 3105.
EDU 3105 OHP dan transparensi
KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN.
APA ITU JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
KAEDAH FONETIK ( “BIG BOOK”)
SISTEM FAIL DAN DOKUMENTASI.
PENDIDIKAN SENI VISUAL
DISEDIAKAN OLEH : ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD KELAS 4.12/A
TAKLIMAT KURSUS GURU PKJR TAHUN 2 &
ALAT-ALAT TANGAN TAKRIFAN MENYUSUN TANDA
AHLI KUMPULAN : NANTHINI KANAPATHY SANTINI SURASHKUMAR
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
MEDIA UNJURAN.
REKA BENTUK VISUAL.
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
OHP dan transparensi.
SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
KAJIAN TEMPATAN APA ITU KERJA KURSUS
5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran
LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1
MEDIA PENGAJARAN Topik 3: Pensyarah; Dr. Sajap Maswan
ASAS GRAFIK.
Asas Grafik.
RUPA Salin dlm buku nota.
Interaksi Dalam Bilik Darjah
PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
REKABENTUK PENGAJARAN
EDU 3053 TOPIK 5: ASAS GRAFIK PENSYARAH:
PENGKATALOGAN DISEDIAKAN OLEH: Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2D DAN 3D.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
REKA BENTUK GRAFIK.
OLEH : NUR HAMIZAH BINTI A. HAMID NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN
UNIT 6: PENGURUSAN GRAFIK
BAB 5 KEMAHIRAN MAKLUMAT.
KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (SEJARAH SEKOLAH RENDAH ) 2016
REKA BENTUK VISUAL.
PENYEDIAAN BAHAN PAMERAN
Elemen Pengajaran yang Baik
Bab 3 Lukisan Teknik.
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
Nama Ahli Kumpulan: Siti Khadijah binti Zaidi Norharah binti Abd Hamid
ASAS GRAFIK Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.  Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan.
MENERAPKAN DASAR-DASAR MENGGAMBAR TEKNIK OLEH : KUSTENDAR, S.T TEKNIK GAMBAR OTOMOTIF SMK AL-IHSAN PAMARICAN.
Transcript presentasi:

BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

BBM dalam 2D dan 3D yang tidak menggunakan kuasa elektrik dalam persembahan Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah: a. Gambar b. Grafik c. Carta d. Peta f. Poster g. Kad imbasan

GAMBAR / GAMBAR FOTO Gambar sama ada dalam bentuk hitam atau putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.

PANDUAN Untuk alat bantu mengajar gunakan gambar foto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Semasa digunakan, letak gambar foto di atas alas atau pemegang atau kaki diletakkan di atas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap. Hadkan jumlah gambar foto yang bakal digunakan pada satu- satu masa. Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar foto yang dipamerkan.

GRAFIK Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan interpretasi mengenai mesej yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschah Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personality seseorang.

PANDUAN Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

CARTA Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu.

JENIS-JENIS CARTA Carta Organisasi Carta Klasifikasi Carta Masa Carta Jadual Carta Urutan

CARTA ORGANISASI Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaiaan pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

CARTA KLASIFIKASI Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

CARTA MASA Carta masa mengambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

CARTA JADUAL Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku. JADUAL PENGGUNAAN PSS MENGIKUT SUBJEK BAGI 2007 MINGGU TARIKH   SUBJEK CATATAN 1 3/1/2007 - 5/1/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5 2 8/1/2007 12/1/2007 BAHASA INGGERIS 3 15/01/2007 19/01/2007 4 22/01/2007 26/01/2007 5 29/01/2007 2/2/2007 6 5/2/2007 9/2/2007 7 12/2/2007 16/02/2007 8 19/02/2007 23/02/2007 9 26/02/2007 2/3/2007

CARTA URUTAN Carta urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah- langkah satu persatu.

GRAF Gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting. Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan tahap fahaman atau penerima murid.

JENIS – JENIS GRAF Graf Bar atau Batang Graf Gambar atau Piktograf Graf Bulat atau Pie Graf Garisan

GRAF BAR Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, ini adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

GRAF PIKTOGRAF Dalam garaf ini data-data ditukar menjadi gambar atau simbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit nilai seiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.

GRAF BULAT / PIE CHART Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf jenis ini adalah untuk diterjemahkan jika data nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

GRAF GARISAN Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis di tulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.kemudian titik-titik disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf gariasan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.

GRAF GARISAN

POSTER Satu rekabentuk bergambar yang biasanya simbolik dan menyatakan tujuannya dengan cara yang paling tepat serta ringkas. Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu.

Bahan 3D atau Tiga Dimensi BAHAN TIGA DIMENSI (3D) Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar.

Akuarium dan terrarium BAHAN – BAHAN 3D Realia Model Diorama Akuarium dan terrarium Boneka ‘Mobile Topeng

REALIA 1) Realia Asli merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Realia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

Spesimen Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati dalam bentuk bahan awetan. Contohnya kutu daun dan udang.

MODEL Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Model dan Model Olok-Olok: PECAHAN JENIS MODEL Model dan Model Olok-Olok: Bahan 3D yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi.

MODEL BERSKALA Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih Kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai Benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang

MODEL OLOK-OLOK Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh:model enjin keretapi dan neraca.

MODEL KERATAN RENTAS Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Ianya selalu digunakan dengan meluas dalam subjek sains. Contohnya: kulit manusia / daun

DIORAMA Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Contoh: pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

DIORAMA

AKUARIUM & TERRARIUM Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

BONEKA @ PATUNG Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral

JENIS – JENIS BONEKA Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah Boneka sarung Tangan Boneka Lidi Wayang Kulit Boneka Bertali Topeng

BONEKA SARUNG TANGAN Sarung tangan boleh digubah menjada bahan dan anggota boneka. Jari dimasukkan ke dalam sarung tangan untuk mengerakkan anggota boneka

BONEKA LIDI Diperbuat dari bahan keras @ tebal. Lidi panjang diletakkan pada badan boneka @ anggota Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi laun digoyangkan

WAYANG KULIT Rupa boneka dilukis pada kulit tebal, diwarna dan dipotong Lidi halus diletakkan pada anggota boneka Dimainkan di belakang skrin putih

BONEKA BERTALI Boneka bertali atu “marionette” diperbuat dari bahan keras seperti plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambung kepada bahagian- bahagian boneka

TOPENG Topeng boleh diperbuat dari kertas. Sesuai dalam situasi main peranan dalam subjek Bahasa dan Pendidikan Moral