Majlis Sukan Negara(MSN) & Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Disediakan oleh: KOID KOOI SHEN LOO CHUAN HENG LOO XIAN KIM LOU LILIAN TEOW CHER HAN
MAJLIS SUKAN NEGARA (MSN)
1. SEJARAH MSN Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi – Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (Kementerian Belia Dan Sukan). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanah air, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini.
Carta Organisasi MSN
1.1 MATLAMAT MSN Selaras dengan Dasar Sukan Negara Bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.
2. LOGO Logo ini dicipta dengan menggabungkan elemen-elemen bulatan, garisan, bentuk, huruf dan titik-titik. Hasil dari gabungan ini lahirlah sebuah logo yang kukuh, ringkas, seimbang dan progresif.
3. VISI “Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia”
4. MISI Memastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.
5. OBJEKTIF Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet . Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan. Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa. Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi . Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan)
6. PROFIL MENTERI Belia&Sukan Nama : YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek Tarikh Lahir : 10 Disember 1958 Pengerusi Majlis Sukan Negara(MSN)
7. KETUA PENGARAH MSN Nama : YBhg. Dato' Zolkples Embong Tarikh lantikan: 25 April 2007 hingga sekarang
8. KEMUDAHAN Majlis Sukan Negara mempunyai pelbagai jenis kemudahan sukan seperti padang trek, padang bola sepak, gimnasium, dewan dan banyak lagi. Kemudahan-kemudahan ini sentiasa dijaga rapi dan diberi peluang bagi penggunaan orang ramai.
9. PROGRAM MSN Elit Pelapis Paralimpik Kejurulatihan
a) PROGRAM ELIT Melahirkan atlit berorientasikan pencapaian prestasi cemerlang di temasya-temasya peringkat antarabangsa. Pelbagai aktiviti dan kemudahan disediakan bagi memastikan tahap persaingan mereka sentiasa di tahap tertinggi.
Program Elit 2011-2014 ke Arah Sukan Komanwel dan Asia 2014. Ditubuhkan sebagai persediaan para atlet negara bagi menghadapi persaingan di Temasya Sukan Komanwel ke – 20 di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia ke – 17 di Incheon, Korea pada tahun 2014 kelak. Matlamat penubuhan - Mengenalpasti dan mewujudkan kumpulan atlet yang ramai bertaraf antarabangsa. - Memenangi pingat - Meraih kejuaraan di kejohanan-kejohanan sukan peringkat Dunia.
19 jenis sukan akan terlibat dalam Program Penyediaan Atlet Elit 2011 – 2014. Jenis-jenis sukan tersebut dibahagikan kepada Kumpulan Sukan Taraf Olimpik serta Dunia, Kumpulan Sukan Taraf Asia serta Komanwel dan Kumpulan sukan-sukan lain. KUMPULAN SUKAN SUKAN OLIMPIK / DUNIA Akuatik-Terjun, Badminton, Berbasikal, Menembak, Memanah, Skuasy, Tenpin Boling KOMANWEL / ASIA Angkat Berat, Bolasepak (L), Boling Padang, Gimnastik, Hoki (L), Karate, Pelayaran, Sepaktakraw (L), Wushu LAIN-LAIN Akuatik-Renang, Olahraga, Taekwondo, Tinju
PROGRAM PELAPIS Majlis Sukan Negara telah mengambil langkah pro aktif di dalam menyediakan kumpulan atlet pelapis dengan menyelaraskan beberapa program latihan sedia ada di pelbagai peringkat Memperkenalkan pendekatan baru yang berteraskan pencapaian (performance base) dan sains sukan. Melalui Program Pelapis ini, pihak Majlis telah melaksanakan program di peringkat kebangsaan, serantau dan negeri.
Dibahagi kepada 3 jenis pelapis, iaitu : - Pelapis Kebangsaan - Pelapis Serantau - Pelapis Negeri
PARALIMPIK Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan tertinggi bagi sukan OKU seperti juga sukan bagi atlet normal. Penganjuran Sukan Paralimpik adalah syarat wajib bagi negara-negara yang ingin membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.
PROGRAM PENYEDIAAN ATLET PARALIMPIK 2011 - 2014 Bertujuan untuk mencapai kejayaan di Paralympics Asian 2014 yang akan diadakan di Incheon, Korea Selatan. Matlamat penubuhan adalah sama dengan matlamat penubuhan Program Elit 2011-2014 ke Arah Sukan Komanwel dan Asia 2014.
12 Jenis sukan terlibat dalam Program Penyediaan Atlet Paralimpik 2011 – 2014. Memanah Powerlifting Boccia Lawan pedang Olahraga Renang Ping pong Badminton Pelayaran Tenpin boling Tennis Berbasikal
KEJURULATIHAN SKIM PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (NATIONAL COACHING LICENSING SCHEME) Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) ditubuhkan bagi memastikan jurulatih yang mempunyai kelulusan di bawah SPKK dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut.
Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan (LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di negara ini. Perlaksanaan Skim Pekerjaan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) berkuatkuasa pada 1 Julai 2006. Wujud satu skim gaji dan elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan.
Konsep SLKK ini telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Jurulatih yang bertauliah di negara ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.
10. PERKHIDMATAN MSN HAL EHWAL ATLIT: Kebajikan Atlit ditubuhkan pada 1 November 2005 sebagai satu unit khusus untuk menjaga kebajikan para atlit. Nama unit ini ditukarkan kepada Unit Pendidikan dan Kerjaya Atlit pada bulan Mei 2006. Kemudian, Unit Pendidikan dan Kerjaya Atlit dinaik taraf menjadi Cawangan Hal Ehwal Atlit pada bulan Mei 2007 selaras dengan penstrukturan semula Majlis Sukan Negara.
OBJEKTIF Menggalakkan penglibatan dalam Sukan Berprestasi Tinggi seperti badminton, renang,bola tampar, berkayak dan hoki. Untuk mewujudkan persekitaran yang menarik dan kondusif. Bagi menyakinkan ibu bapa atlit. Mempromosikan pakej-pakej bantuan yang berkaitan dengan kebajikan, pendidikan dan juga kerjaya. Untuk memastikan kebajikan atlit elit, paralimpik dan pelapis terjaga.
Jenis perkhidmatan: Skim Insentif (SHAKAM, SGAR, SIKAP, SHAKAR…) Insurans Kauseling dan Kerjaya (Kelas Pembangunan Kendiri) Jati diri & Bina Insan Kebajikan (Skim Kehilangan Pendapatan, Skim Bantuan Bencana, Skim Bantuan Perubatan dan Khairat Kematian)
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) [Olympic Council of Malaysia]
Sejarah MOM 1953 Pada 13 November 1953, pelopor Majlis Olimpik Malaysia iaitu Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (PMOM) telah mendaftarkan diri di bawah Akta Pertubuhan sebagai badan bukan kerajaan. 1954 PMOM telah mengadakan perjumpaan pertama pada 24 April 1954. PMOM juga menjemput semua persatuan sukan kebangsaan untuk menjadi ahlinya supaya mereka dapat menyertai acara multi sukan.
1954 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengiktiraf PMOM secara rasminya pada 26 Mei 1954. Hal ini membolehkan Malaya mengambil bahagian dalam 2nd Asian Games di Manila dan sukan olimpik di Melbourne, Australia(1956). 1963 Dengan pembentukan Malaysia, PMOM menukar nama kepada Olympic Council of Malaysia (OCM) atau Majlis Olimpik Malaysia pada 5 Mei 1963.
Pada 1950-an, persatuan-persatuan sukan kebangsaan mulai ditubuhkan di Malaysia sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik 1956. Kebanyakkan persatuan sukan seperti Malaya Swimming Association(1956) ,Malaya Weight Lifting Association(1956) berdaftar di bawah Persekutuan Majlis Olimpik Malaya/ MOM.
Persekutuan Majlis Olimpik Malaya sebagai Agensi Pentadbiran Pusat Sehingga 1963 Kerajaan Persekutuan Majlis Olimpik Malaya / MOM Persatuan Sukan Kebangsaan Persatuan Sukan (Negeri) Kelab&Sekolah-sekolah
Struktur Pentadbiran Sukan Malaysia Carta Struktur Pentadbiran Sukan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Secara ringkasnya, MOM Ditubuhkan pada 5 Mei 1963. Nama lama: Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (PMOM).
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Menerajui persatuan-persatuan sukan kebangsaan dalam menganjurkan sukan yang besar dan berada di bawah naungan Majlis Olimpik Antarabangsa. Sebelum ini, peruntukan kerajaan kepada persatuan-persatuan sukan disalurkan melalui MOM.
Selepas 1964, peranan MOM dikurangkan hanya kepada badan penyelaras dan pemilihan atlit. Mempunyai kuasa yang terhad terhadap persatuan sukan kebangsaan kecuali semasa acara sukan SEA, Komanwel dan Olimpik berlangsung.
Peranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Mengambil bahagian dalam pertandingan Pencarian atlit-atlit Menghantar atlit untuk bertanding di luar negara.
Peranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Kursus kejurulatihan Menguasai peraturan-peraturan sukan di Malaysia
Peranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Bekerja rapat dengan MSN Menghantar penyertaan ke aktiviti IOC
Peranan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Membangunkan dan melatih atlit, jurulatih dan pegawai Menentukan taraf ujian kelayakan untuk pemilihan di kejohanan sukan,para atlit dan pegawai.
Objektif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Menjalinkan hubungan dengan badan Olimpik negara lain. Memajukan dan menggalakkan pembangunan prestasi sukan yang tinggi di Malaysia.
Objektif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Menjadi sebuah agensi yang bebas sepenuhnya dan tidak dipengaruhi oleh faktor politik, agama dan ekonomi. Menganjurkan sukan seperti sukan Olimpik, sukan Komenwel dan sukan Asia Tenggara. Menyelaraskan semua organisasi badan sukan yang terdapat di Malaysia.
Pentadbiran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 12 pegawai terdiri daripada Presiden Timbalan Presiden 5 Naib Presiden Setiausaha Kehormat 2 Penolong Setiausaha Bendahari Kehormat Penolong Bendahari
Putera Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar MOM beroperasi dan berpusat di sebuah pejabat. Lembaga Eksekutif MOM terdiri daripada 12 orang pemegang jawatan utama. President MOM dan Ahli Jawatankuasa IOC Putera Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar
Barisan Struktur MOM Barisan atas yang mempunyai kuasa tertinggi mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan. Mesyuarat antara ahli MOM dijalankan 3 bulan sekali. Ahli MOM mempunyai hak suara ke atas pengurusan MOM.
Barisan Struktur MOM Lembaga Eksekutif yang terdiri daripada 12 pemegang jawatan utama iaitu presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seterusnya. Lembaga Eksukutif (Terdiri daripada pemegang jawatan, pengarah bagi Akademi Olimpik Kebangsaan dan wakil daripada KBS,MSN dan ISN)
Soalan Yang manakah yang berikut bukan merupakan objektif Majlis Sukan Negara? A Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet . B Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan. C Menganjurkan sukan seperti sukan Komanwel dan sukan Asia Tenggara. D Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi .
2. Manakah yang berikut merupakan program Majlis Sukan Negara? Elit Pelapis Paralimpik Kejurulatihan A I , II dan III B I, II dan IV C II , III dan IV D I, II, III dan IV
3. Nyatakan 5 jenis sukan terlibat dalam Program Penyediaan Atlet Paralimpik 2011 – 2014. Memanah Olahraga Pelayaran Ping Pong Renang
4. Nyatakan 5 jenis perkhidmatan yang terdapat dalam MSN Skim Insentif (SHAKAM, SGAR, SIKAP, SHAKAR…) Insurans Kauseling dan Kerjaya (Kelas Pembangunan Kendiri) Jati diri & Bina Insan Kebajikan (Skim Kehilangan Pendapatan, Skim Bantuan Bencana, Skim Bantuan Perubatan dan Khairat Kematian
5. Nyatakan 5 peranan Majlis Olimpik Malaysia. Mengambil bahagian secara aktif dalam pertandingan, sukan antarabangsa yang diiktiraf oleh International Olympic Commision (IOC). Mencari atlit-atlit yang berkebolehan untuk mewakili negara. Menghantar atlit untuk bertanding di luar negara. Membuat kursus kejurulatihan untuk para jurulatih tempatan. Menguasai peraturan-peraturan sukan di Malaysia berhubung dengan Pergerakan Sukan Olimpik dan sukan yang tertakluk di bawah naungan IOC.
Video
Sekian, terima kasih.