EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA NORDIN TAHIR JAB. ILMU PENDIDIKAN
PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT TAJUK 4 PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT Nordin Tahir, JIP
Falsafah Pendidikan Barat Essentialisme Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Perennialisme Progressivisme Falsafah Pendidikan Barat Moden Eksistensialisme Rekonstruktivisme Nordin Tahir, JIP
Essentialisme (William C. Bagley, 1874-1946) Essentialisme berpunca daripada realisme dan idealisme. Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan. Memandangkan essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik. Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran. Nordin Tahir, JIP
Guru dianggap sebagai berwibawa dalam bidang mata pelajaran dan pengajaran. Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan membuat keputusan mengenai kurikulum tanpa banyak input daripada pelajar. Guru juga bertanggungjawab untuk mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru dianggap sebagai contoh teladan. William Bagley (1874-1946) merupakan seorang ahli essentialis yang terkenal. Nordin Tahir, JIP
Perennialisme (Jonson et al., 1969) Perennialisme berpunca daripada realisme. Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi. Fokus perennialisme adalah pada perkembangan peribadi. Oleh sebab manusia ialah manusia, maka mereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitan dengan manusia dahulu, bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik. Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebih dahulu, dan bukannya tajuk-tajuk vokasional. Kurikulum perennialis adalah berpusatkan kandungan dengan penekanan pada bahasa, kesusasteraan, matematik, seni dan sains. Nordin Tahir, JIP
Progressivisme (John Dewey, 1915) Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak hendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan. Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan antara disiplin, dan aplikasi masalah manusia. Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan projek. Nordin Tahir, JIP
Ahli progressivis menganggap peranan guru sebagai pembimbing untuk penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik. Kebanyakan ahli progressivis bersetuju dengan pendekatan induktif yang menggalakkan pelajar untuk memberi penjelasan sendiri dan pemahaman fenomena. Dengan cara ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan baru yang dibentuk ke dalam bidang kajian yang lain. Nordin Tahir, JIP
Eksistentialisme Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahli eksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid. Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus. Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan. Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen, kaedah, dan media yang menerangkan emosi, perasaan dan pengertian dalaman. Nordin Tahir, JIP
Rekonstruktionisme Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme. Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan. Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsi utama sekolah, termasuklah seperti yang berikut: i) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada krisis budaya, dan ii) Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan menyelesaikan masalah-masalah ini. Nordin Tahir, JIP
Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu nasional dan internasional. Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan. Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi umat manusia. Nordin Tahir, JIP
Idealisme Salah satu falsafah tertua di dunia (Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G. Berkeley, Immenual Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge) Bertentangan pendapat antara mereka Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia penting dalam kehidupan Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan Ia merupakan satu sistem yang memberi penekanan kepada kepentingan fikiran, jiwa dan kerohanian Nordin Tahir, JIP
Persoalan Metafizik (Realiti) Dalam Mazhab Idealisme Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal, atau dalam bentuk fikiran dan bukan material Unsur terpenting dalam kehidupan ialah kerohanian manusia dan semua kewujudan boleh diperturunkan kepada kerohanian. Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal, tetapi mereka menganggap kewujudan alam fizikal tidak nyata secara muktamadnya. Nordin Tahir, JIP
Semua benda hanya satu anggapan atau satu sari pemikiran Semua benda hanya satu anggapan atau satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua benda hendaklah diperturunkan kepada fikiran atau kerohanian. Van Scottes et al (1979) berpendapat kepentingannya tentang akal dan idea, maka tumpuan dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea. Idealis menganggap manusia mempunyai akal dan jasad, atau jasad, akal dan roh. Nordin Tahir, JIP
Kanak-kanak adalah sebahagian daripada alam kerohanian mutlak, dan mempunyal tujuan kerohanian yang perlu dipenuhi mengikut kebolehan dan keupayaan mereka. Pendidikan mestilah berusaha memupuk kekariban antara pelajar, unsur-unsur kerohanian tabii dan memberi penekanan dalam keharmonian antara manusia dan alam jagat. Nordin Tahir, JIP
Idealis mempercayai dua konsep yang penting iaitu kebebasan dan rasionaliti, dan perkaitan antara mereka. Kebebasan : Amalan kehendak dalam membuat keputusan sendiri dan mesti diikuti dengan tanggungjawab terhadap akibat yang mungkin timbul hasil daripada tindakan yang dilakukan. Rasionaliti : Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea adalah satu kemungkinan dalam diri kanak-kanak. Nordin Tahir, JIP
Persoalan Epistemologi (Kebenaran) Dalam Mazhab Idealisme Pengetahuan boleh diperolehi dengan cara seIain daripada kaedah saintifik. Ia boleh diperolehi melalui keimanan, keautoritarian, taakulan dan intuisi. Plato: Pengetahuan sebenar adalah hasil pemikiran taakulan. Pengetahuan lebih baik dikeluarkan daripada pelajar sendiri berbanding dengan mencurahkannya kepada mereka. Nordin Tahir, JIP
Persoalan Aksiologi (Nilai) Dalam Idealisme Nilai dan etika adalah mutlak. Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan cantik, secara asasnya tidak berubah daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain atau daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain. Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi sebahagian daripada tabii alam ciptaan Tuhan. Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai yang tidak berubah Nordin Tahir, JIP
Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai, maka manusia hanyalah dianggap berakhlak apabila mereka hidup mengikut kehendak Tuhan. Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft dan Haas (1979) menganggap nilai sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah persekolahan mestilah menggambar dan memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang dianggap oleh masyarakat sebagai berguna dan berharga. Nordin Tahir, JIP
Apabila kerohanian diberi perhatian yang lebih, dunia ini akan menjadi lebih rasional dan sempurna dan kejahatan akan hilang sedikit demi sedikit. Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya mereka yang melanggar atau tidak memahami sepenuhnya susunan moral alam jagat ini. Nordin Tahir, JIP
Ammenuel Kant: Apabila seseorang pelajar berkelakuan kurang baik, guru mungkin bertanya tentang kelakuan pelajar itu.Tetapi pernahkah guru bertanya diri sendiri sama ada dia telah menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh pelajarnya? Idealis secara umumnya bersetuju bahawa pendidikan tidak hanya memberi tekanan kepada perkembangan akal sahaja, tetapi juga perlu menggalakkan pelajar memberi tumpuan kepada semua benda yang mempunyai nilai yang kekal. Nordin Tahir, JIP
Sekian, Terima Kasih NORDIN TAHIR JAB. ILMU PENDIDIKAN Nordin Tahir, JIP