Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
SEJARAH BAHASA INDONESIA
Advertisements

Materi 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA
BAB I Kompetensi Dasar: Mahasiswa dapat menjelaskan tentang sejarah perkembangan dan eksposisi perkembangan bahasa Indonesia Bahasa Indonesia berasal.
1. PENGENALAN TAMADUN MELAYU
PINTU MASUK DAN SALURAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Sejarah Perkembangan dan Problematika Bahasa Indonesia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN MALAYSIA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
PENYEBARAN BAHASA MELAYU  .
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA
BAHASA TULISAN DAN SISTEM AKSARA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
FALSAFAH BAHASA MELAYU
PGA103.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa melayu yang sudah mempunyai aksara atau tulisan tersendiri berbanding dengan bahasa Melayu praklasik.
Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
PENGENALAN.
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
ASAL-USUL BAHASA DAN BANGSA MELAYU
BBM 3104 Kuliah 7 M4 Kitab Penulis Zaman Acheh
Bab 7.
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5
KONSEP TAMADUN MELAYU.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Dr. Hirman Mohamed Khamis
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Disediakan oleh: Dr. Mohd Daud
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati.
BBM 5201 PEMBANGUNAN BM Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Bin Daing Melebek
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
Universitas Negeri Jakarta
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
KEGEMILANGAN MELAKA.
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
1. KETERANGAN BERDASARKAN ILMU BAHASA LINGUISTIK Bahasa melayu termasuk rumpun austronesia. Kata Malaya dan Melayu sering dikacaukan dengan kata “mlaya”
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA N. AINI PUSPITASARI.
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Transcript presentasi:

Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

Asal usul perkataan Melayu Pertama kali timbul dalam tulisan Cina (644-645 M) Dikatakan orang Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China berasal daripada perkataan Malaya – kependekan perkataan “Himalaya” yang bermaksud tempat bersalji Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari/mengembara. Hal ini dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan

Asal usul bangsa Melayu Berasal daripada golongan Austronesia di Yunan Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto berpindah ke Asia Tenggara pada zaman Batu Baru – 2500 SM Keturunannya orang asli di Semenanjung Malaysia, Dayak (Sarawak), Batak (Sumatera) kumpulan kedua Melayu Deutro berpindah ke AT pada zaman Logam – 1500 SM keturunannya orang Melayu di Malaysia Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam Menduduki kawasan pantai dan lembah di AT Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto

Definisi bahasa Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bahasa berfungsi untuk menyampaikan maklumat, menyatakan perasaan, suruhan/ larangan Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi

Golongan-golongan bahasa Nusantara yang penting: Jawa : bahasa Sunda, Madura, Jawa Kalimantan : bahasa Iban, Melanau, Kayan Sumatera : bahasa Melayu, Aceh, Minangkabau, Batak, Lampung, Orang Laut Filipina : bahasa Tagalog, Sulu, Palau, Tombulu, Iloko, Nikol, Bisaya Kemboja : bahasa Cam

Perkembangan bahasa Melayu Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno

Salah satu bahasa daripada bahasa Nusantara digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat BM yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa

Agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu - BM banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada penggayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) bahasa Melayu Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan pada ketika itu BM juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan

Bukti dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava iaitu: Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. (Kurun ke -9) BM telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Sriwijaya, sekaligus meluaskan penyebaran ke tanah jajahan takluknya.

Ciri-ciri BM Kuno Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (bulan - wulan) Tidak wujud bunyi e pepet (dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan BM Kuno ke BM Klasik

Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan BM Kedatangan Islam ke Tanah Melayu - mengubah sistem BM terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan

Terdapat tiga batu bersurat yang penting: (kurun ke-14) Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)-ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pada abad itu

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting : zaman kerajaan Melaka zaman kerajaan Acheh zaman kerajaan Johor-Riau BM telah berkembang dengan pesatnya pada zaman Melaka kerana: pengaruh politik Melayu membolehkan BM disebarkan dengan mudah BM digunakan sebagai bahasa penyebaran agama Islam yang tinggi darjah kebudayaannya tulisan Jawi dan perbendaharaan kata daripada bahasa Arab membolehkan perkembangan BM dalam bidang kesusasteraan

Antara karya sastera yang penting ialah Sulalatus Salatin, Undang-undang Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Hanafiah Selepas kejatuhan kerajaaan Melaka (1511), pusat perkembangan BM berpindah ke Aceh Di Aceh, BM digunakan dalam penulisan sastera tasawuf, syair sufi, falsafah dan karya ketatanegaraan Tokoh penulis yang penting: Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nurudin al-Raniri, Abdul Rauf al-Singkel

Hamzah Fansuri: Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Perahu, Syair Syarab al-Asyikin Syamsuddin al-Sumaterani: Mirat al-Mukminin, Miratul Iman, Syarah Rubai Hamzah Fansuri Syeikh Nuruddin al-Raniri: Siratul Mustakim, Asrar al-Insan, Bustan al-Salatin Abdul Rauf al-Singkel: Mirat al-Tulub

Satu bukti tentang tingginya martabat BM dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)

BM seterusnya berkembang ke Johor-Riau BM seterusnya berkembang ke Johor-Riau. Pusat perkembangannya di Pulau Penyengat Tokoh penulis yang penting: Raja Ali Haji – Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa (1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865) dan Tuhfat al- Nafis (1865)

Ciri-ciri BM Klasik Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif. Menggunakan bahasa istana - tuanku, baginda, bersiram, mangkat  Kosa kata arkaik dan jarang digunakan - ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)  Banyak menggunakan kata pangkal ayat- sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang: pendepanan predikat Banyak menggunakan partikel `pun' dan `lah'

Syahadan adapun raja Bentan itu perempuan Permaisuri Iskandar Syah namanya. Suami baginda itu sudah hilang, ada anaknya seorang perempuan terlalu amat baik rupanya tiada bertara pada zaman itu, Wan Seri Beni namanya. Adapun akan baginda itu raja besarlagi pada zaman itu ialah yang pergi ke benua Siam. Bagindalah yang pertama nobat maka diturut oleh segala raja-raja yang di bawah angin ini. Setelah Permaisuri Iskandar Syah mendengar khabar itu maka baginda pun menitahkan Perdana Menteri yang bernama Indera Bupala dan Aria Bupala menjemput Sang Sapurba. Tatkala itu kelengkapan Bentan empat ratus buah kapal banyaknya.

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

dikatakan bermula pada abad ke-19. hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman BM moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk BM klasik. Sebelum penjajahan British, BM mencapai kedudukan yang tinggi berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum

Perancangan Bahasa Melayu Perancangan taraf Perancangan korpus bahasa/bahan Perancangan strategi

Perancangan taraf Pemilihan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 menguatkuasakan pelaksanaan BM sebagai bahasa rasmi BM sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Laporan Rahman Talib – kelulusan BM sebagai syarat wajib memasuki skim latihan perguruan Dasar BM di universiti tempatan – wajib dapat kepujian BM di peringkat SPM

Perancangan Korpus Bahasa Pengekodan perkamusan Pengekodan ejaan Pengekodan peristilahan Pengekodan tatabahasa Pengekodan sebutan

Perancangan strategi 3 bentuk strategi untuk mencapai matlamat menjadikan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara: Memberikan nilai kepada BM - nilai sentimen, nilai pentadbiran, nilai ekonomi, nilai sosial Menubuhkan badan pelaksana (DBP, Institut Bahasa) Kempen bahasa

Perubahan aksara penulisan BM sehingga kini Tulisan yang mula digunakan ialah pallava (India) Timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut: tulisan Rencong tulisan Pallava tulisan Kawi tulisan Jawi tulisan Rumi

Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu

Weinreich (1968), menyatakan terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesuatu bahasa meminjam perbendaharaan sesuatu bahasa yang lain. keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep baru dalam bahasa – sukar untuk mencari perkataan yang sama dalam bahasa natif (asli)

kerap menggunakan perkataan asing bagi mengatasi masalah homonim (bunyi sama, maksud lain) untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat.

Bahasa Sanskrit Imbuhan awalan : maha-, pra-, panca-, eka-, dwi- Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit Fenomena semula jadi - bumi suria bhumi surya Bahasa, pembelajaran, kesusasteraan sastera bahasa sastra bhasa Sifat/keadaan sempurna mesra sampurna misra Imbuhan awalan : maha-, pra-, panca-, eka-, dwi- Imbuhan akhiran : -wan, -wati, -man, nita Bunyi pinjaman : sy (syurga), swa (swasta), dwi (dwibulanan)

Bahasa Arab Bidang contoh Agama Tauhid, umrah, sah, imam, fardhu Ilmu Kamus, hafaz, riwayat, sejarah Benda/ kejadian Haiwan, wajah, sifat Hukum/ peraturan Hakim, adil, zalim, insaf

Bahasa cina Nyonya Angpau Samseng Popia Kongsi camca

Pengaruh Portugis B.Portugis B.Melayu menteiga Mentega Limao Limau Dado Dadu Sapato sepatu

Bahasa Inggeris B.Inggeris B.Melayu Book Buku Lamp Lampu Ball Bola Cheque Cek Mind minda