FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: husniyah@putra.upm.edu.my Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Kuliah Tajuk Jam 1. Pengenalan 1 Konsep Pengurusan Sumber Aspek-aspek Pengurusan Sumber 2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4 Nilai, moral dan etika Alam sekitar Globalisasi Migrasi penduduk Teknologi komunikasi dan pengangkutan Identifikasi supranasional
Kuliah Tajuk Jam 3. Prinsip dan Teori Perubahan 8 Teori perubahan organisasi Teori Kurt Lewin Tahap perubahan 4. Kesan Persekitaran Berubah 6 Individu dan keluarga Organisasi Masyarakat
Tajuk 2 Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran
Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran Faktor dalaman: Nilai, moral dan etika Faktor luaran: Alam sekitar Globalisasi Migrasi penduduk Teknologi komunikasi dan pengangkutan Identifikasi supranasional
Faktor-faktor Perubahan Dalaman Faktor dalaman: Nilai, moral dan etika Nilai merupakan sesuatu yang berguna dan memberi makna kepada seseorang pengurus, begitu juga dengan moral dan etika iaitu tatacara Nilai, moral dan etika empengaruhi keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pengurus Melalui nilai, moral dan etika yang dikenalpasti, penetapan matlamat mudah dilakukan dan dapat menangani perkara yang akan dihadapi Ia memberi panduan dan arahan kepada aktiviti pengurusan
Faktor-faktor Perubahan Dalaman Peranan nilai dalam perubahan Nilai mempengaruhi perbezaan keluarga atau organisasi dalam keupayaan untuk menghadapi peristiwa yang berlaku Setiap keluarga atau organisasi mempunyai pandangan dan cara berbeza apabila menghadapi peristiwa yang sama Contoh: Individu yang mementingkan nilai ekonomi akan mengutamakan nilai ekonomi berbanding dengan nilai sosial dalam memilih barangan keperluan yang baharu
Faktor-faktor Perubahan Luaran Alam sekitar Alam sekitar merupakan sesuatu persekitaran semulajadi yang dapat mempengaruhi pengurusan sumber – interaksi dua hala Faktor luaran ini penting dalam menjalankan tugas sebagai pengurus dalam keluarga dan organisasi Kesan yang diberikan terhadap alam sekitar hasil dari pengurusan sumber oleh individu dapat menyebabkan individu perlu melalui perubahan bagi mengelak kesan tidak baik kepada alam sekitar. Contoh penggunaan air dan tenaga – jangka pendek dan jangka panjang
Faktor-faktor Perubahan Luaran Alam sekitar (samb.) Sebaliknya juga keadaan tertentu alam sekitar dapat mempengaruhi atau mengubah cara pengurusan sumber individu. Contohnya, alam sekitar tercemar menyebabkan penggunaan pendingin udara di rumah; perubahan cuaca, perubahan infrastruktur Keadaan alam sekitar yang berubah kepada keadaan yang semakin kurang baik menyebabkan individu atau pengurus perlu membuat perubahan kepada penggunaan sumber
Faktor-faktor Perubahan Luaran Globalisasi Globalisasi menyebabkan keadaan di mana penggunaan barangan mahupun perkhidmatan tidak dapat dibezakan tempat penggunaannya Individu di mana-mana bahagian dunia boleh menggunakan barangan atau perkhidmatan yang sama Produk atau perkhidmatan yang terhasil di sesuatu tempat di dunia akan boleh digunakan oleh individu di pelbagai tempat di dunia Dengan itu, perubahan perlu dilakukan dalam pengurusan sumber oleh pengurus bagi memenuhi kehendak individu di pelbagai tempat di dunia
Faktor-faktor Perubahan Luaran Migrasi penduduk Berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dalam organisasi Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan sesuatu organisasi menyebabkan kekurangan sumber manusia dalam organisasi. Perubahan perlu dilakukan di mana terdapat kekangan dalam pemilihan sumber manusia Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan sesuatu organisasi menyebabkan terdapat pilihan yang lebih luas dalam sumber manusia. Perubahan terhadap pengurusan sumber boleh berlaku di mana sumber manusia terbaik dapat dipilih
Faktor-faktor Perubahan Luaran Migrasi penduduk (samb.) Berkaitan juga dengan pengurusan sumber lain dalam organisasi yang saling berinteraksi dengan penduduk yang migrat Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan sesuatu organisasi menyebabkan organisasi itu mengubahsuai penggunaan sumbernya dengan tidak lagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang digunakan oleh penduduk berkenaan Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan organisasi menyebabkan organisasi itu menggunakan sumbernya bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan baru untuk kegunaan penduduk berkenaan
Faktor-faktor Perubahan Luaran Migrasi penduduk (samb.) Berkaitan dengan pengurusan sumber oleh individu dalam keluarga Migrasi penduduk keluar dari kawasan pengurusan sesuatu keluarga boleh menyebabkan individu sebagai contoh menggunakan sumber kewangannya bagi memperoleh perkhidmatan di taman asuhan berbanding mendapatkan pembantu rumah Migrasi penduduk ke dalam kawasan pengurusan sesuatu keluarga boleh menyebabkan individu sebagai contoh menggunakan sumber kewangannya bagi memperoleh perkhidmatan pembantu rumah berbanding mendapatkannya di taman asuhan
Faktor-faktor Perubahan Luaran Teknologi komunikasi dan pengangkutan Kecanggihan teknologi komunikasi mungkin tidak memerlukan organisasi untuk mengadakan operator bagi mengendalikan sistem berkenaan Sumber manusia boleh dikurangkan oleh pengurus Urusan perniagaan boleh dijalankan dengan lebih cekap dengan itu menjimatkan sumber dan boleh digunakan bagi tujuan lain yang menguntungkan Sumber masa juga boleh dijimatkan dengan teknologi komunikasi yang cekap
Faktor-faktor Perubahan Luaran Teknologi komunikasi dan pengangkutan (samb.) Pengangkutan yang cekap dan cepat dapat mengurangkan penggunaan sumber wang, masa Ini dapat menjimatkan kos kenderaan, pemandu, pekerja pengangkutan Keadaan ini juga boleh menyebabkan produk dihasilkan dengan lebih banyak disebabkan lebih banyak produk dapat dipasarkan dengan pengangkutan cekap dan cepat, dengan itu penggunaan sumber mentah bagi produk berkenaan dipertingkatkan
Faktor-faktor Perubahan Luaran Identifikasi supranasional Supranasional atau budaya nasional yang terhasil dari gabungan pelbagai budaya menyebabkan penggunaan produk mahupun perkhidmatan yang berbeza dari budaya asal- budaya yang merentas rantau (region) bukan sekadar budaya nasional sesuatu negara Organisasi perlu mengubahsuai penggunaan sumber bagi penghasilan produk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi citarasa kelompok dengan budaya yang baharu ini