BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
ASAS PENULISAN BBU.
Advertisements

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
PENGENDALIAN MESYUARAT
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
MODUL 4 – PENDEKATAN PENULISAN SKRIP RANCANGAN TUTURAN
PENGUCAPAN UMUM.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
PENGENALAN KOMSAS Pengajaran unsur sastera bermula pada 1987 (KBSM)
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran
PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
Selamat berpartisipasi
MENU Tutup KONSEP BENTUK PENGUCAPAN AWAM TUJUAN CARA PROSES PENUTUP.
Jenis-jenis Wacana Lisan
EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
PENULISAN MINIT MESYUARAT
PENGENDALIAN MAJLIS RASMI
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
BAHASA MELAYU TAHUN 7 (BCAT 1)
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
KULIAH M14 BAHASA MELAYU TINGGI PENYAJIAN LISAN (BBM3401)
PENGUCAPAN AWAM.
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
Komunikasi Lisan.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
BAHAGIAN VI URUSAN SURAT KERAJAAN PENDAHULUAN
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BAHASA MELAYU TAHUN 3 Tajuk: Negeri Melaka
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
UNIT 5 MENGATUR BAHAN UCAPAN
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Hubungan Etnik ZT1042 DR ABDUL SALAM YUSSOF /
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
Jenis-jenis Wacana Lisan
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK
PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK GXEX 1411
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
Penyajian Tulisan Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.
Perjumpaan Bersemuka Pertama Semester Kedua Sesi 2010/2011
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PANDAN
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
TEKS PIDATO.
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF (BBK 3410)
Transcript presentasi:

BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA Dr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9 KETRAMPILAN MEMBACA Memindahkan tulisan kepada suara Memahami maklumat bertulis JENIS MEMBACA Mekanis Membunyikan dengan lantang huruf-huruf yang disusun menjadi kata Untuk didengar dan dinilai Latihan melafaz bunyi huruf Latihan intonasi, jeda, mora, tanda baca Mentalis Membaca secara senyap untuk memahami isi dan maklumat Membaca secara pantas Untuk diri sendiri

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9 GANGGUAN MEMBACA Tunanetra Tunakerna Tunawicara Tunaaksara Gangguan artikulator Sumbing Rongak Sengau Ketebalan/kelembutan lidah

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9 Bacaan Intensif Aktiviti membaca secara giat untuk memperkembang kebolehan meneliti, melafaz, memahami dan mentafsir bahan yang dibaca Mengenal penggunaan bentuk kata, susunan ayat, laras bahasa Menghayati unsur-unsur estetika; gaya bahasa, intonasi, kefasihan Membaca secara senyap @ lantang dan pantas Memahami, mentafsir, menilai dan mengulas bahan yang dibaca Di bawah pengawasan guru kelas, fasilitator, jurulatih vokal Dilaksanakan pada peringkat awal menguasai kemahiran membaca

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM9 Bacaan Ekstensif Aktiviti membaca sebagai minat, hiburan; menikmati isi bacaan Di luar pengawasan Bahan bacaan umum dan pelbagai Sudah mencapai kemahiran membaca yang tinggi; memahami diksi, bentuk ayat, gaya bahasa, laras bahasa, perkataan pinjaman, istilah Memperkaya pengetahuan bahasa Mempertingkat kemahiran dan ketrampilan berbahasa Mendalami ilmu bersifat khusus Menguasai pengetahuan am Membina daya kreativiti, daya fikir

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 KETRAMPILAN MENULIS Kebolehan mengatur huruf-huruf menjadi kata yang bermakna, menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis, mengarang ayat menjadi wacana yang berwibawa Bermula sebagai kemahiran bersifat mekanis menyusun huruf, kata dan ayat Berkembang menjadi kemahiran mentalis menyusun idea menjadi wacana Bahasa diujarkan oleh pena dan bukan artikulator Mencapai khalayak yang tidak terbatas Melangkau ruang dan batas waktu, tempat, sosiobudaya

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 PERSIAPAN MENULIS Fizikal Sihat tubuh badan Mental Mood/angin Rasional, emosional, tekanan Intelek Rujukan maklumat Peta minda Organisasi teks Perancangan masa Perkakasan Komputer, mesin taip, buku nota/kertas kajang, pen/pensil, perakam audio Seting Di mana-mana sahaja Nota/rakaman lintasan idea Dalaman Ruang khusus/bilik

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 PRA PENULISAN Latar belakang penulis Minat Bakat Tujuan Memberitahu, mendidik, memujuk, menghibur, tuntutan ilmu, wang, pengiktirafan Ilmu bidang Ilmu asas, Ilmu bantu Genre Kreatif Cerpen, Novel, Drama, Puisi Nonkreatif Kritikan, Berita, Rencana, Buku, Laporan, Tesis, Iklan

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 Sasaran khalayak Am Penulisan berita, rencana Khusus Ahli/peminat/usia/SES Sastera, akademik, perniagaan, hiburan, sukan, agama, politik, sains, buku teks

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 SEMASA MENULIS Buat catatan rangka teks Kenyataan tesis (Isu yang ingin ditonjolkan) Tujuan menulis Isi-isi utama Konsentrasi wacana Kecondongan Sesuai dengan kehendak penerbit dan selera pembaca Nada Neutral Tulisan memberitahu/menjelaskan Positif Penggunaan diksi yang menyenangkan pembaca Negatif Penggunaan diksi yang menggusarkan pembaca

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 Pendirian Pegangan disampaikan secara konsisten dan meyakinkan Bahan Isi utama Isi sampingan Huraian & Contoh Gaya persembahan Bercerita, bersyarah

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 PASCAPENULISAN Penyuntingan Isi Tersusun Tambahan Tujuan dicapai Diksi sesuai Tertakluk kepada Akta Hasutan Baiki mesej Permudahkan persembahan Teknikal Format penulisan Judul, pendulu, tubuh, penutup, rujukan Ejaan, tanda baca, ayat, perenggan

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM10 Atur huruf Saiz dan jenis fon Pembacaan pruf Susun atur halaman Hiasan Pencetakan

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11 PENDEKATAN PENULISAN Pendedahan Memindah idea penulis secara berkesan kepada pembaca; memberitahu, menyatakan Penulis mesti pakar/berpengalaman Khalayak tidak tahu dan perlukan penjelasan Subjek baru dan tidak kontroversi

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11 Penerangan Memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada khalayak; imej, sensasi Subjek telah diketahui oleh khalayak tetapi perlukan gambaran yang lebih luas Memasukkan butiran faktual; gambar, imej, dan fakta-fakta tepat Dikembangkan dengan butiran impresionistik; melalui gambaran secara lisan

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM11 Penceritaan Penyampaian idea yang tertumpu kepada peristiwa dan watak; cerpen, novel, autobiografi, sejarah, diari Disampaikan mengikut turutan plot; pengenalan > peruncingan > klimaks > peleraian Penggunaan sudut pandangan; orang pertama, orang kedua, orang ketiga/serba tahu Memasukkan permainan emosi

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM12 Pemujukan Penulisan yang berusaha mengubah pemikiran, kepercayaan, perlakuan, pendirian khalayak Mengambil kira pendirian, sikap, nilai, pengetahuan, sensitiviti khalayak Pemujukan rasional – menggunakan fakta, logik, bersifat objektif; rencana Pemujukan emosional – menggunakan emosi; iklan

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM12 Penghujahan Menyampaikan idea bersifat provokatif/ kontradik dan mempertahankannya dengan bukti, data, contoh demi penjelasan dan penerangan Bermula dengan satu idea utama/tesis/ kenyataan/dakwaan yang dikembangkan dengan bukti khusus Bermula dengan idea yang lain/ bercanggah/tidak selari dengan pandangan pihak lain Berusaha meyakinkan khalayak atau pihak yang dilawan berhujah; secara rasional, jelas, waras dan logik

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM13 BAHASA DALAM PENULISAN ~Penulisan Formal~ Diksi/ejaan baku Kata umum, istilah, kata pinjaman, makna denotatif/tersurat Nahu gramatis Penggunaan imbuhan, pola ayat dasar Ayat kompleks/majmuk Huraian, hujahan, analitikal Kesinambungan wacana Organisasi perenggan, bab, subbab, penanda wacana, objektif, rasional Gaya bahasa Terhad Khalayak massa Cth: teks ucapan, surat rasmi, teks pengacara, laporan berita, minit mesyuarat, rencana, tesis, disertasi, kertas kerja

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM13 ~Penulisan Tidak formal~ Diksi bebas Kolokial, slanga, ringkas, peralihan kod, dialek Tidak perlu gramatis Difahami walaupun salah guna imbuhan – ada persefahaman antara pelaku bahasa Ayat selapis Ayat ringkas – ada persefahaman antara pelaku bahasa Kesinambungan wacana Tiada kawalan, boleh emosional – ada persefahaman antara pelaku bahasa Gaya bahasa Pelbagai kelompok dan jenis Khalayak eksklusif Cth: surat peribadi, diari, iklan, sms, karya kreatif, notis

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 KEMAHIRAN MENAFSIR “Kenapa berbahasa?” >keperluan biologis >tuntutan sosial >perkongsian budaya >mendapat maklumat >meningkat ilmu >meningkat pengetahuan >menjadi bijaksana >mengaplikasi >manfaat individu @ kelompok

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Apa yang perlu difahami? Wacana Perlu kenal pasti topik, pelaku, motif, prinsip. Jenis bahasa Dialek geografi, dialek sosial, dialek temporal Latar penggunaan bahasa Formal, tidak formal, kolokial, istana. Diksi Denotasi, konotasi, istilah, kata pinjaman, slanga. Gaya bahasa Perulangan, pertautan, perbandingan, pertentangan.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Kuasa nonverbal Memberi makna kepada bahasa Mempengaruhi tafsiran Gestur dan postur Grafik dan gambar Susun atur huruf dan saiz Media perantara Emosi Daya intelek Daya fikir

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 ~Contoh Teks Pengacara~ MAJLIS PERASMIAN SEMINAR MELAYU MAHAWANGSA ANJURAN FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI DENGAN KERJASAMA GABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA) 18 – 19 JULAI 2006 (KETIBAAN KETUA MENTERI MELAKA, NYANYIAN NEGARAKU DAN PUTRA GEMILANG) (Para hadirin dipersilakan berdiri untuk menghormati ketibaan KM, menyanyikan lagu Negaraku dan Putra Gemilang) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka, merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor, HEP dan Alumni, Universiti Putra Malaysia yang mewakili Naib Canselor, UPM. Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Hj. Rosli Talif, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Hj. Ismail Hussein, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, Penyelaras Unit Dokumentasi Warisan Melayu dan Peribumi, FBMK, merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar. Tetamu-tetamu kehormat, timbalan-timbalan dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, ketua-ketua jabatan, para sarjana dan pembentang kertas kerja, para peserta seminar, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Sirih berlipat bersama pinang, Pinang berasal Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini dalam Seminar Melayu Mahawangsa anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, atas kesudian melapangkan masa untuk bersama-sama di majlis ini. Dengan berkat kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri, Seminar yang bertemakan Rekayasa Citra Melayu Sebagai Mahawangsa ini menjadi lebih bermakna lagi. Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat dan para pembentang kertas kerja, serta para hadirin dan hadirat sekalian kerana bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Tetak buluh panjangnya tujuh, Buat menjolok sarang penyengat; Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon supaya berkat.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Dr. Mohd. Fauzi Jumingan untuk membacakan doa. Dipersilakan. (BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI) Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mohd. Fauzi Jumingan atas bacaan doa itu tadi. 2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI) Dayung sampan dulu-duluan, Singgah berlabuh di Tanjung Jati; Ucapan sebagai alu-aluan, Mari tuan sama-sama amati. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Hajah Halimah Hassan, selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Seminar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Halimah Hassan atas ucapan itu tadi.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 3. (UCAPAN TNC) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian, Kapal berlabuh di Kuala Rengit, Semat jerami di Sungai Muar, Tuan umpama bulan di langit; Dapat kami menumpang sinar. Seterusnya kita ikuti pula ucapan sambutan Timbalan Naib Canselor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN TIMBALAN NAIB CANSELOR DAN APABILA SELESAI) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas ucapan itu.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 4. (UCAPAN PERASMIAN KM MELAKA) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Para hadirin sekalian, Dari Melaka pergi ke Serdang, Singgah sebentar di Bukit Serindit; Tuan umpama bintang gemilang, Titipkan amanat barang sedikit. Kita tiba ke puncak acara. Majlis dengan penuh rendah hati mempersilakan Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (UCAPAN KETUA MENTERI, PUKULAN GONG DAN APABILA SELESAI) 5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA) Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Melayu Mahawangsa ini.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Air laut tenang-tenangan, Tanam selasih tepi perigi; Cenderamata tanda kenangan, Terima kasih sekalung budi. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad kerana sudi menyampaikan cenderamata. Seterusnya dipersilakan pula Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Rosli Talif untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Azali Muhamad. (Penyampaian cenderamata)

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 6. (PENUTUP) Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan para hadirin sekalian. Ibarat berjalan dah sampai di halaman, Ibarat berenang dah sampai di tebing, Ibarat terbang dah hinggap di dahan, Ibarat mendaki dah sampai di puncak. Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasa Seminar, majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azali Muhamad atas kesudian untuk bersama-sama kita pada pagi ini. Terima kasih kepada semua tetamu kehormat, hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan Seminar Melayu Mahawangsa ini.

KETRAMPILAN BERBAHASA@msyM14 Akhir kata, Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Yang baik itu ketentuan Allah, Yang cela itu kelemahan diri. 7. (PENGUMUMAN KM MENINGGALKAN MAJLIS) Para hadirin sekalian, majlis seterusnya mempersilakan Puan Hajah Halimah Hassan untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat Datuk Seri dan Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor untuk menyaksikan pameran Melayu Mahawangsa di Bangunan Sanggar Bahasa dan Komunikasi. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Majlis turut mempersilakan tetamu-tetamu kehormat dan seluruh para hadirin untuk menyaksikan pameran di ruang berkenaan. Dipersilakan. Msy/fbmk/180706