LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN
Advertisements

Manfaat Untuk Sukarelawan YPEM
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
REKA CIPTA PROSES MEREKA CIPTA.
Ini Pilihan Kami.
KAJIAN TINDAKAN KERTAS CADANGAN Oleh En. Zamri Bin Abd. Aziz.
KAJIAN TINDAKAN SEJARAH. KAJIAN TINDAKAN SEJARAH.
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
PEMBUKTIAN HP NILAI,SIKAP,ETIKA DAN PROFESIONALISM SET 3
Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan
KAJIAN TINDAKAN MEMBINA KABEL RANGKAIAN BERASASKAN HUKUM ALAM OLEH
LAWATAN/KEMBARA SEJARAH
PENGURUSAN PELANGGAN.
Perkembangan Sosial.
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
KOMUNIKASI.
KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN
NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME
PROGRAM KEBAJIKAN AMSA NAMA: JAMUNA VIJAYAKUMARAN NO MATRIK: A
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
Nama: Wee Siew Peng Nombor Matriks: A147611
Integrasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Program Anak Muda NADI Malaysia
MAKLUMAT KURSUS Kursus : PENGAJIAN ISLAM Kod : MPU2313
PEMBENTANGAN PROJEK ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR A AJK POST CENDERAMATA.
PROGRAM KEBAJIKAN AMSA NAMA: ABIGAIL BATHSHEBA A/P DEVET
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
Program Anak Muda NADI Malaysia
HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
APA ITU KEPENGAKAPAN Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD
EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan
Hubungan Etnik ZT1042 DR ABDUL SALAM YUSSOF /
HHHC9401 – KEMAHIRAN NILAI , SIKAP , ETIKA DAN PROFESIONALISME
PROJEK : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH : FEBRUARI TEMPAT : KUALA SELANGOR, DARUL EHSAN TEMA : MAHASISWA ASPIRASI.
SET 46 HHHC 9201-KEMAHIRAN KOMUNIKASI
MEMBERI FOKUS KEPADA PELANGGAN
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
Interaksi Dalam Bilik Darjah
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
SMK SUNGAI PUSU, KM 11 JALAN GOMBAK, KUALA LUMPUR
PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK GXEX 1411
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Edup 3033 Murid dan pembelajaran
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Maklumat Pelajar NAMA : MUHMAD REDZUAN BIN ZAINAL NO. MATRIK : A145686
Projek pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung atau susur gajah di
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
TAKLIMAT MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM U1/ U2/U3/U4
PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELSAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK
PENGENALAN RINGKAS PROJEK
Topik 7 Berdikari Definisi Nilai Kata Kunci
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
AKTIVITI PENGAJARAN MIKRO PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK21)
KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
Memahami tingkah laku manusia
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
EDU 3044 Penyelidikan Pendidikan
Transcript presentasi:

LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014

PENGENALAN/LATAR BELAKANG Program Jelajah Amal 2014 Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Bakti Al-Kausar ini dijalankan sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan ukhuwah yang lebih erat dalam pertalian silaturahim antara mahasiswa/i dan para peserta. Program ini juga bertujuan memenuhi spesifikasi tugas yang harus digalas oleh mahasiswa/i sekali gus merealisasikan misi Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu “Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan”. Selain itu, program ini dijalankan bertujuan untuk melahirkan perasaan belas kasihan dan rasa simpati dalam kehidupan seharian yang mencabar akal dan minda generasi muda pada era globalisasi dunia kini. Di samping itu, program ini dilakukan untuk mempraktikkan hasil-hasil pembelajaran yang telah dipelajari di dalam kursus umum ZZZT 1052 Pembangunan Diri I

KAEDAH KAJIAN (1) Survey Melakukan survey di kawasan berdekatan UKM untuk memilih rumah anak - anak yatim di kawasan Bangi atau Kajang dan kami berjaya mendapatkan kebenaran daripada Rumah Bakti Al-khausar, Bangi sebagai peserta program kami. Semasa mengadakan lawatan ke Muzium Negara, kami telah mengedarkan borang soal selidik tentang Sejarah Tanah Melayu kepada anak-anak yatim untuk mengetahui tentang pengetahuan mereka mengenai Tanah Melayu.

(2) Sasaran Kami mendapatkan anak - anak yatim dari Rumah Bakti tersebut seramai 25 orang, iaitu 15 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta perempuan. Anggaran umur para peserta antara 7 tahun hingga 16 tahun. (3) Latar Belakang Para peserta dari rumah anak - anak yatim ini majoritinya adalah anak yatim serta golongan fakir miskin.Selain itu, peserta juga haruslah berstatus agama Islam yang terdiri daripada perempuan atau lelaki.

(4) Kelulusan - (1) Kelulusan JPPEL Kami mendapatkan kelulusan daripada pihak JPPEL terutamanya dalam urusan sijil, cenderamata, serta urusan pengangkutan iaitu tempahan bas UKM. - (2) Rumah Bakti Al-Khausar, Bangi Kami menghantar surat serta membuat panggilan melalui telefon ke Rumah Anak Yatim di sekitar Bangi atau Kajang untuk mendapatkan kelulusan membawa anak - anak yatim tersebut bagi menyertai program kami. Kami selalu berhubung melalui sistem pesanan ringkas(sms) untuk sentiasa update segala maklumat.

- (3) Muzium Negara Kami membuat panggilan telefon 2 minggu lebih awal untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak mereka untuk melakukan aktiviti di sana. (4) Taman Metropolitan Kepong Kami membuat insiatif untuk pergi ke Dewan Bandaraya Kuala lumpur 3 (DBKL 3) untuk mendapatkan kelulusan mengadakan “Amazing Race”.

HASIL KAJIAN

Pada akhir projek ini, kami akan mencapai hasil pembelajaran berikut:   Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Daripada program ini, kami dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dengan anak-anak yatim. Berkomunikasi dengan anak-anak yatim yang berumur lingkungan 7 hingga 16 tahun amatlah menyeronokkan bagi kami kerana mereka seolah-olah sudah pandai berdikari seperti orang dewasa serta mereka memberi kerjasama yang cukup bagus kepada kami. Oleh itu, wujudlah komunikasi dua hala antara kami.

Selain itu, Pelajar berupaya mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dan dapat menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan saintifik. Kemahiran ini dapat kami pertingkatkan semasa mengawasi anak-anak yatim ketika berada di Taman Metropolitan Kepong dan Muzium Negara. Hal ini sangat sukar bagi kami sebagai fasilitator untuk menjaga dan mengawasi mereka di tempat awam. Oleh itu, kami membuat keputusan dengan hasil perkongsian idea daripada semua ahli fasilitator dengan mempertanggungjawabkan dua orang fasilitator kepada 5-6 orang anak-anak yatim dalam setiap kumpulan. Tambahan pula, sebelum program ini berlangsung, kami mengumpul idea-idea daripada setiap fasilitator untuk mencipta pelbagai permainan yang sesuai untuk aktiviti “Amazing Race” yang diadakan di Taman Metropolitan Kepong seperti “Bila Orang Pelat Jumpa Orang Buta” dan ianya amat menarik perhatian mereka.

Pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam memimpin diri sendiri dan orang lain serta mampu bekerja secara berpasukan.Kami sebagai fasilitator dapat meningkatkan kemahiran ini kerana daripada sebelum, semasa dan selepas program kami akan sentiasa dapat memberikan kerjasama yang baik serta setiap masalah yang kami hadapi, kami sentiasa akan berbincang untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan perjumpaan yang kerap diadakan, kami dapat menjana pelbagai idea yang bernas bagi menambahbaikkan program kami ini. Daripada segi kepimpinan, kami dapat melatih dan meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam diri mahupun memimpin orang lain. Kami juga dapat membina keyakinan diri untuk mengendalikan program seperti ini.

Tambahan pula, pelajar berkebolehan mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat dan menjadikan proses pembelajaran sepanjang hayat sebagai cara pembelajaran mereka. Dari segi pengurusan, kami dapat meningkatkan cara untuk mengurus diri sendiri, masa, orang lain malah menguruskan sesuatu program. Mengurus dan berpogram bukanlah sesuatu yang mudah. Bak kata pepatah “Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat”. Oleh itu, pengurusan yang baik ialah dengan hasil perbincangan dalam ahli kumpulan yang dapat menghasilkan perlaksanaan aktiviti yang terbaik. Dan semestinya, mengurus dan berprogram bersama anak-anak yatim merupakan sesuatu pengalaman yang tidak mungkin dapat kami lupakan kerana ia memberi sesuatu nilai yang sangat berharga kepada kami sebagai fasilitator.Seterusnya, kami dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dengan nilai-nilai yang kami peroleh daripada program ini. Ini kerana pembelajaran seperti ini kita tidak akan dapat peroleh di dalam dewan kuliah ataupun kelas tutorial

Hasil borang selidik di muzium negara

MAKLUM BALAS PESERTA

KESIMPULAN

Kesimpulannya, banyak yang kami pelajari daripada kekuatan dan kelemahan diri kami. Pengalaman baru yang dapat kami perolehi dengan menjadi fasilitator Dapat mengenali anak-anak yatim yang perlukan kasih sayang yang lebih daripada masyarakat sekeliling

CADANGAN

Program khidmat masyarakat seperti ini perlulah diperbanyakkan lagi. Program ini perlu mempunyai penanda arasnya sendiri.