BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Advertisements

Disediakan oleh: Kumpulan 3
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
PGA103.
Topik 3 Sistem pemerintahan dan pentadbiran (Minggu 7 – Minggu 9)
Sistem& Struktur Pemerintahan
Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari.
SKP 2204 HUBUNGAN ETNIK BERSEMUKA KE-2 DKAP C
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DEMOKRASI BERPARLIMEN OLEH: Dr. Ku Hasnita
Kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
WARISAN KESULTANAN MELAYU
DSKP SEJARAH.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pakatan Murni Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. Setiap.
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
RAJA BERPERLEMBAGAAN PENGENALAN KESEIMBANGAN
KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENGAJIAN AM
KULIAH 10 FEDERALISME : HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI
TOPIK 1 PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
Dalam Perlembagaan Malaysia
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
SISTEM DAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA MGD 2113
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
PAS PENGENALAN AM.
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
KULIAH 10 FEDERALISME : HUBUNGAN KERAJAAN PUSAT DENGAN NEGERI
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN.
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
UNIT 3: HAK ASASI DAN KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)
ANITA A/P PARAMASVARAN
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DATIN DR. SARVINDER KAUR
KULIAH 6 SISTEM PEMERINTAHAN III: DEMOKRASI BERPARLIMEN
DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI
Transcript presentasi:

BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN Undang-undang tertinggi - menentukan bagaimana pemerintahan sebuah negara mesti dijalankan. Menerangkan & memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu. Perlembagaan Persekutuan mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu - Suruhanjaya Reid. Jun 1956 – Februari 1957 - menyiapkan laporan perlembagaan Jun 1957 - dibahaskan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan. 31 Ogos 1957 - Perlembagaan Persekutuan mula dikuatkuasakan.

PERKEMBANGAN DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN Setiap perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa. sikap, fahaman dan kehendak rakyat berubah dan keputusan mahkamah. pindaan Perkara 10 Perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. empat perkara yang dilarang bagi perbincangan umum, dianggap sensitif, seperti soal kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara 2. Sebagai Rujukan TUJUAN PERLEMBAGAAN 1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara 2. Sebagai Rujukan 3. Mewujudkan Kestabilan Negara - perlembagaan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.

4. Mengawal Perjalanan Kerajaan - tindak-tanduk pemimpin mestilah berdasarkan perlembagaan bukan bertindak mengikut sesuka hati. - perlembagaan dapat menjamin agar pemerintah tidak berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.

5. Mengekalkan Keamanan Perubahan pucuk pimpinan yang berlaku selepas proses pilihan raya tidak akan menyebabkan sebarang kesan ke atas negara mahupun corak pemerintahan. 6. Perlembagaan menjamin keamanan sesebuah negara.

1. Perlembagaan Panjang dan Pendek JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN 1. Perlembagaan Panjang dan Pendek Contoh: Perlembagaan India sangat panjang, Perlembagaan Amerika Syarikat adalah pendek - tujuh perkara. Malaysia sederhana panjang - 183 perkara. 2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis Perlembagaan bertulis - terdapat dalam bentuk dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak dalam akta-akta yang lain seperti terdapat di United Kingdom.

3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden Dalam sistem perlembagaan berparlimen, hubungan antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan adalah rapat. Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan kuasa agak jelas seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan Filipina. 4. Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar (flexible) Ketat sekiranya sukar dipinda kerana memerlukan majoriti sokongan yang sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar sekiranya ia boleh dipinda dengan hanya memerlukan majoriti kecil sahaja. (simple majoriti).

5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya dibuat dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan jelasnya membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri.

2. Unsur-Unsur Tanggungjawab CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut: 1. Kekal Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim. 2. Unsur-Unsur Tanggungjawab Pemerintah bertanggungjawab ke atas rakyat. Rakyat berhak mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.

3. Pilihan Raya Rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya 3. Pilihan Raya Rakyat memilih wakil mereka melalui pilihanraya. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan rakyat. 4. Pembahagian Kuasa Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. 5. Terbuka Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar rakyat tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam negara.

(ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA (i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku. (ii) Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. - Perkara mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar. - Jadual menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu. (iii)Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi berparlimen - Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan.

(iv) Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Perkara 159 memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Undang-undang yang berlawanan dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya. Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa doktrin itu diamalkan di England, iaitu kuasa menggubal undang-undang, pemerintah dan kuasa kehakiman.

Menentukan kuasa-kuasa perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Memperuntukkan kebebasan asasi. menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam negara itu.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga penjajah Inggeris. Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu, antaranya ialah perlembagaan. unsur pemerintahan Inggeris yang telah diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan – unsur moden Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan agama Islam dikekalkan - “unsur-unsur tradisi” iaitu amalan pra-British.

Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Empat unsur sistem pemerintahan Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara; 1. Pemerintahan Beraja Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu. Malayan Union – menguntungkan orang bukan Melayu Raja hilang kuasa dengan perlantikan Edward Gent sebagai gabenor Jus soli – menghapus hak turun temurun sebagai penduduk asal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengekalkan kedudukan – gabenor tukar kepada Pesuruhjaya

Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. 2. Agama Islam Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu beragama Islam dan amal cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam bahasa Melayu. Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan dan kerajaan. Kerajaan mempunyai kuasa memperuntukkan perbelanjaan pembangunan dan kemajuan berkaitan agama Islam, seperti perbelanjaan mengurus, membina masjid, dan sekolah agama. Sesuai dengan negara demokrasi, agama lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk menyebarkannya kepada penganut agama Islam.

3. Bahasa Melayu Tanah Melayu dihuni oleh sebahagian besar penduduknya oleh orang Melayu. Sebagai bahasa Lingua Franca (perantaraan) kepada pedagang semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah ditulis dalam tulisan jawi. 1946, Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan dalam mesyuarat tetapi minit mesyuarat mestilah ditulis dalam bahasa Inggeris.

1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara. 1957, kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur antara kaum semasa mencapai kemerdekaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai pengantar di sekolah-sekolah

4. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila melihat jumlah pendatang semakin ramai. Mereka berjaya menguasai ekonomi negara dan ini memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang. Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam perlembagaan supaya pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah diberi kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung. Sabah dan Sarawak bila menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Kuota kemasukan dalam sektor awam dan kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, kemudahan mendapat lesen dan permit perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak boleh mengganggu atau menarik balik apa-apa keistimewaan kaum lain untuk diberi kepada peribumi.

PERANAN UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang Melayu setanding dengan kaum lain. Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu membolehkan kerajaan membantu orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri. Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan mereka yang hilang semasa penjajahan Inggeris. Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi perdagangan yang menguntungkan.

Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama. Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Raja sebagai lambang tempat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi. Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam perlembagaan Malaysia telah dipersetujui bersama oleh komponen parti Perikatan semasa merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan yang diberikan kepada kaum buka Melayu, sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan M.I.C untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam perlembagaan. Persetujuan dan tolak ansur ini dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo. Untuk memelihara keharmonian kaum di negara ini, orang ramai dilarang mengungkit atau memperkatakan perkara yang telah dipersetujui melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda.