KAJIAN TEMPATAN APA ITU KERJA KURSUS KERJA KURSUS MERUPAKAN BENTUK PENILAIAN OLEH PIHAK SEKOLAH BAGI PENINGKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM BIDANG GEOGRAFI
PENILAIAN KERJA KERJA KURSUS MERANGKUMI PENILAIAN TERHADAP SEMUA TUGASAN YANG DIJALANKAN OLEH PELAJAR SEPANJANG MENYIAPKAN KERJA KURSUS. PEMBERIAN MARKAH BERDASARKAN PROSES DAN HASIL KERJA KURSUS
TEMPOH KAJIAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 2 DIJALANKAN DALAM TIGA PERINGKAT IAITU; 1.KAWASAN KEDIAMAN PELAJAR 2.KAWASAN SEKOLAH PELAJAR 3.KAWASAN MUKIM ATAU DAERAH TEMPOH KAJIAN ANTARA 6-8 MINGGU, DIHANTAR SECARA INDIVIDU, BERTULIS TANGAN DAN MENGGUNAKAN KERTAS SAIZ A4
MENYEDIAKAN KAJIAN (a) Persediaan (b) Pengumpulan maklumat Memahami kehendak tajuk tugasan Menentukan kawasan kajian Mendapatkan peta kawasan kajian Menyediakan borang pemerhatian /borang soal selidik (b) Pengumpulan maklumat Membuat pemerhatian/lawatan di lapangan kajian Bertemu bual dengan responden Membuat bancian Menggunakan soal selidik Mengukur dan mengira
(c) Penyediaan laporan kerja kursus Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan selepas mengumpulkan maklumat di lapangan kajian. Membuat rujukan lanjut di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan yang diperlukan. Menyusun dan menganalisa segala data dan maklumat yang diperoleh mengikut format kerja kursus. Menyediakan grafik yang sesuai bagi data yang releven seperti jadual,graf,carta, dan rajah.
MUKA DEPAN CONTOH KERJA KURSUS (a) nama matapelajaran (b) tajuk tugasan (c) nama penuh pelajar (d) nombor kad pengenalan pelajar (e) nama dan alamat sekolah (f) nama guru penilai (g) tandatangan guru penilai (h) tarikh
SENARAI KANDUNGAN BAGI MENYATAKAN KANDUNGAN LAPORAN DALAM BENTUK HALAMAN. SENARAI INI MESTI DILETAKKAN SELEPAS MUKA DEPAN
BAB 1: OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian terdiri daripada dua, iaitu objektif am dan objektif khas. Dalam sebuah laporan, pelajar dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya dua objektif am dan dua objektif khas
PENGHARGAAN DITUJUKAN KHAS KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBANTU PELAJAR SEPANJANG PROSES MENYIAPKAN LAPORAN. CONTOHNYA IBU BAPA, PENGETUA, GURU MATAPELAJARAN, RAKAN-RAKAN, RESPONDEN DAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
BAB 2 : KAEDAH KAJIAN Dalam bab ini, pelajar dikehendaki menyenarai dan menghuraikan dengan jelas sekurang-kurangnya tiga kaedah yang telah digunakan semasa menjalankan kerja kursus. Contohnya kaedah kajian seperti pemerhatian, perbincangan, soal selidik, dan rujukan.
BAB 3 : KAWASAN KAJIAN Pelajar mestilah menghuraikan dengan jelas kawasan kajian dari beberapa aspek seperti a) kemahiran geografi iaitu arah, jarak,kedudukan, dan saiz b) sosio budaya iaitu sejarah atau latar belakang kawasan kajian c) ciri fizikal iaitu tujuan pelajar memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian d) ciri istimewa iaitu faktor yang menyebabkan pelajar memilih kawasan tersebut sebagai kawasan kajian Dalam bahagian ini juga, pelajar mestilah melampirkan sekurang-kurangnya satu peta makro dan satu peta mikro tentang kawasan kajian.
BAB 4 : LAPORAN KAJIAN Mengandungi huraian dan perbincangan tentang tugasan. Pelajar mesti menghuraikan secara terperinci dibantu dengan grafik yang sesuai dengan tugasan
BAB 5 : RUMUSAN Merumuskan secara ringkas tentang kajian yang dijalankan serta mengemukakan cadangan, pengalaman dan kepuasan semasa kajian
RUJUKAN Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga bahan rujukan yang digunakan dan termasuk nama pengarang, judul rujukan, penerbit dan tahun
LAMPIRAN Melampirkan semua bahan yang berkaitan dengan kerja kursus yang tidak dibincangkan dalam bab laporan kajian seperti foto, catatan aktiviti dan sebagainya