BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 AKHLAK ISLAMI BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
Kamu akan pelajari Larangan menderhakai kedua orang tua. Perintah menghormati dan memuliakan kedua-duanya. Pentingnya menyambung silaturahim dia antara ahli keluarga yang dekat dan jauh. 2007 KBM 2 FIQH BAB 4
Larangan Derhaka Kepada Orang Tua 1: Tidak Menderhakai Kedua Ibu Bapa Larangan Derhaka Kepada Orang Tua Derhaka kepada kedua orang tua tergolong dalam dosa-dosa besar sesudah larang mempersekutukan Allah s.w.t. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Larangan Derhaka Kepada Orang Tua وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً (24) 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
ERTI FIRMAN ALLAH “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
ERTI FIRMAN ALLAH (sambung) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”. (Surah Al-Israa’, Ayat 23 & 24) 2007 KBM 2 FIQH BAB 4
Larangan Derhaka Kepada Orang Tua 2: Tidak Menderhakai Kedua Ibu Bapa Larangan Derhaka Kepada Orang Tua Derhaka kepada kedua orang tua tergolong dalam dosa-dosa besar sesudah larang mempersekutukan Allah s.w.t. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Ayat tadi menyimpulkan kita: Cara pergaulan bagi anak terhadap ibu bapanya. Dilarang menderhakai atau menyakiti hati dan perasaan mereka dengan perkataan dan perbuatan yang kurang elok. Menderhakai ibu bapa menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam neraka. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Contoh penderhakaan terhadap orang tua adalah: Tidak menuruti perintah mereka (kecuali yang dilarang Allah) Menengking atau mencaci-maki mereka Menunjukkan perbuatan yang kurang sopan Mengasari mereka secara fizikal Menyakiti hati dan perasaan meraka Berlaku sombong terhadap mereka 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Pengertian Derhaka Kepada Orang Tua “Sesuatu perbuatan yang menimbulkan sebarang bentuk gangguan kepada orang tua sama ada sedikit atau banyak atau menentang mereka dalam hal yang mereka suruh atau melarang mereka dengan syarat ianya bukan suruhan yang dilarang Allah”. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Perintah Berbuat Baik Kepada Orang Tua Kenapa? Islam agama fitrah iaitu menekankan agar kita berbuat baik kepada kedua orang tua. Perlakuan ihsan kepada mereka menunjukkan rasa syukur seseorang terhadap pemberian Allah s.w.t. Mentaati mereka kerana tanpa mereka kita tidak mungkin hadir kedunia ini. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Perintah Berbuat Baik Kepada Orang Tua Limpahan kasih sayang mereka serta pengorbanan dalam membesarkan dan mendidik kita. Mereka mengajarkan kita apa itu Islam untuk pegangan hidup kita. Mereka menanggung setiap kebimbangan dan kecemasan sejak kita dilahirkan sehingga dewasa. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Perintah Berbuat Baik Kepada Orang Tua وَاعْبُدُواْ اللّهَ وَلاَ تُشْرِكُواْ بِهِ شَيْئاً ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” (Surah An-Nisaa’, Ayat 36) 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Perintah Berbuat Baik Kepada Orang Tua رِضىَ الرَّبِّ فيِ رِضىَ الواَلِدَيْنِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فيِ سَخَطُ الواَلِدَيْنِ “Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat dari Tirmizi) 2007 KBM 2 FIQH BAB 4
Contoh adab yang baik kepada orang tua adalah: Mentaati mereka dalam setiap perintah dan menjauhi segala larangan mereka selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah. Menghormati mereka dan bersikap lemah lembut terhadap mereka. Menjaga adab bercakap, adab berjalan dan sebagainya. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Contoh adab yang baik kepada orang tua adalah: Menjaga keperluan mereka sesuai dengan kemampuan. Menjaga silaturahim dengan keluarga mereka dan orang-orang yang rapat dengan mereka. Mendoakan mereka berdua agar diberi kebaikan di dunia dan di akhirat walaupun setelah mereka meninggal dunia kerana doa anak yang soleh akan sampai kepada ibu bapanya. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Tidak Memutuskan Hubungan Keluargaan Kekeluargaan adalah salah satu inti atau asas masyarakat yang mempunyai hak-hak tertentu. Kita akan dapat ketenteraman dan keamanan apabila bersama mereka. Islam mengutamakan dan kepentingan terhadap saudara-mara yang dekat. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Tidak Memutuskan Hubungan Keluargaan Perbuatan memutuskan hubungan kekeluargaan dilaknat oleh Allah dan termasuk dalam dosa besar yang akan dibalas di dunia dan di akhirat. Anjuran menyambung hubungan silaturahim akan melimpahkannya rezeki yang banyak dan memanjangkan umurnya. 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Tidak Memutuskan Hubungan Keluargaan Faktor penyebab Islam menggalakkan perhubungan silaturahim kerana ia sesuai dengan kejiwaan manusia yang memerlukan dan mengharapkan kebaikan dan kasih sayang antara satu sama lain. Hubungan yang rapat akan mengurangkan beban kehidupan dunia. Kezaliman dalam memutuskan silaturahim akan menyebabkan sikap dengki dan benci 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4
Menjaga Akhlak Terhadap Keluarga Dari perbentangan tadi, bagaimana pula kamu dengan keluarga kamu? Sekian 2007 KBM 2/AKHLAK/BAB 4