UNIT 2.2 PENGLIBATAN DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI (M.S 44-45) Aktiviti memucang-mucang dapat dilihat dalam majlis perkahwinan orang Melayu Brunei Salah satu cara untuk mengeratkan hubungan baik sesama manusia bagi mengukuhkan perpaduan ialah melalui :- Sikap berkasih sayang Hormat-menghormati -
Sikap ini sering dilihat melalui aktiviti majlis-majlis keraian seperti:- -perkahwinan -makan tahun -pindah rumah dll Kita perlu mengetahui dan mengenali majlis-majlis keraian bagi sesebuah masyarakat setempat supaya dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang saling faham-memahami dalam kehidupan berbudaya antara satu puak dengan puak yang lain
Jika kita mewujudkan sikap ini maka tidak akan timbul perasaan prasangka dan merendahkan atau membenci kebudayaan dan cara hidup orang lain. Jika semua orang memahami budaya puak-puak atau kaum-kaum lain sudah pasti akan mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup bersatu padu dan harmoni Di samping itu, rakyat dan penduduk NBD akan aman, sejahtera dan makmur
MAJLIS PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI (M.S Majlis perkahwinan adalah salah satu contoh yang dapat menggambarkan cara kehidupan berbudaya dalam sesebuah masyarakat Melayu Brunei bagi mengukuhkan kasih sayang melalui dua insan iaitu lelaki dan perempuan Melalui perkahwinan ini juga ikatan kekeluargaan menjadi besar yang mana pengantin lelaki akan menjadi keluarga pengantin perempuan. Begitu juga pengantin perempuan akan menjadi keluarga pengantin lelaki
Tambahan lagi jika berlaku perkahwinan campur antara satu puak dengan puak yang lain Misalnya, puak Melayu Brunei berkahwin dengan Puak Melayu Tutong atau Puak Melayu Belait berkahwin dengan Puak Melayu Kedayan dll lagi
ADAT-ADAT YANG TERDAPAT DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI DI NBD Dalam perkahwinan masyarakat Melayu Brunei, adat-adat yang diadakan di NBD lazimnya dilakukan secara tersusun dan teratur iaitu bermula dari adat :- 1)Merisik 2)Meminang 3)Pertunangan 4)Akad nikah
5)Bersanding 6)Majlis berambil-ambilan 7)Mulih tiga hari atau mulih tujuh hari
PROSES PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI Merisik Meminang Majlis Bertunang Majlis Malam Berbedak dan Berinai Majlis Akad Nikah Menghantar Berian Majlis Bersanding Majlis Berambil-ambilan Majlis Mulih Tiga Hari
Merisik meminang Majlis Bertunang
Majlis Malam Berbedak dan Berinai Menghantar Berian Akad Nikah Majlis Malam Berbedak dan Berinai
Majlis Berambilan-ambilan Majlis Bersanding Majlis Berambilan-ambilan Majlis Mulih Tiga Hari
BAGAIMANA BENTUK MAJLIS PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI (M.S 48) Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu Brunei, besar kecilnya acara yang diadakan adalah bergantung kepada kemampuan masing-masing. (ikut budget) Asalkan acara ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tidak membazir Contohnya, pada masa sekarang ramai yang menjadikan majlis perkahwinan mereka berlangsung secara ringkas dan sederhana
Caranya dengan menyatukan Majlis Menghantar Berian dan Majlis Akad Nikah manakala Majlis Berbedak disatukan sehari dengan Majlis Bersanding yang sengaja dibuat pada hari yang sama pada hari persandingan Semua acara ini adalah tidak salah asalkan tertib bagi setiap acara dan terpelihara mengikut hukum Islam dan adat resam orang-orang Melayu Brunei
Dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu Brunei amalan bersederhana dalam melangsungkan perkahwinan acara perkahwinan adalah satu langkah yang amat bijak dan digalakkan. Sekurang-kurangnya kita tidak membazirkan tenaga dan wang ringgit Sebenarnya dalam apa-apa sahaja acara yang dibuat sama ada majlis yang besar atau kecil sesuatu majlis perkahwinan itu sebenarnya tetap memerlukan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran untuk menguruskannya/dilaksanakan
Jika hal/perkara tersebut dilakukan secara bersendirian tanpa bantuan orang lain tentu kerja-kerja perkahwinan itu akan terasa berat dan banyak untuk diuruskan. Oleh itu, kita sebagai saudara-mara, jiran atau kawan, perlu memberikan sumbangan kepada orang-orang yang mengadakan majlis perkahwinan itu
CARA UNTUK MEMBERIKAN BANTUAN ATAU PENGLIBATAN DIRI DALAM MAJLIS PERKAHWINAN (M.S 49) Terdapat pelbagai cara untuk memberikan bantuan atau penglibatan diri dalam sesuatu majlis iaitu:- a)Memberikan sumbangan kewangan seangkat-angkat hati b)Memberikan bantuan tenaga (seperti menyambut tetamu, mengangkat hidangan, menyusun kerusi, membersihkan kerusi meja, mengutip sampah sarah dsbnya
C)Memberikan cadangan, pendapat yang bersesuaian supaya majlis tersebut berjalan lebih baik dan lancar d)Pada malam berjaga-jaga janganlah membuat kekacauan e)Datanglah lebih awal atau pada masa yang ditetapkan f)Selesaikan majlis barulah beredar pulang g) Pakaian mestilah bersih dan sesuai dengan majlis yang dihadiri
CARA BANTUAN YANG LAIN IALAH DENGAN: Selain itu kita juga mesti menadahkan tangan bagi memberkati majlis perkahwinan dengan mendoakan kebahagiaan pengantin
CARA BANTUAN YANG LAIN IALAH DENGAN: Membantu memberi buah tangan (campur) kepada tetamu yang hadir datang dalam majlis perkahwinan pengantin
Melalui bantuan dan sumbangan yang diberikan itu tadi tentu akan dapat meringankan bebanan pihak yang menganjurkan sesuatu majlis di samping itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama yang lain
NAMA DAN JENIS PERHIASAN YANG DIPAKAI OLEH PENGANTIN MASYARAKAT MELAYU BRUNEI (M.S 49-50) Pada lazimnya pengantin lelaki dan perempuan masyarakat Melayu Brunei akan memakai perhiasan sebagai pelengkap pakaian pengantin Perhiasan tersebut merupakan pakaian tradisi Melayu Brunei. Ada empat jenis. Antaranya ialah:-
Cucuk sanggul Panding serbang kaus