MODEL KELAKUAN ORGANISASI.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
JTW101 Pengantar Pengurusan
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENGURUSAN ANTARABANGSA
Jenis-Jenis Organisasi
DAN REKABENTUK ORGANISASI
PEMBANGUNAN DIRI UNIT 4.
KEPIMPINAN.
PERUBAHAN ORGANISASI.
Kepuasan Kerja.
KEPIMPINAN & KEBERKESANAN ORGANISASI
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
PENGURUSAN ORGANISASI
BAB 8 KEPIMPINAN.
LAWATAN/KEMBARA SEJARAH
BAB 7 Struktur Organisasi dan Rekabentuk
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
Unit 1: Pengenalan bidang komunikasi dan teori komunikasi
REKABENTUK ORGANISASI
Teori Oraganisasi dan Pengurusan Sekolah
Memahami tingkah laku manusia
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
MEMBUAT KEPUTUSAN.
Bab 3: Pengurusan PenyepaduanProjek
KOMUNIKASI.
Bab 3: Pengurusan PenyepaduanProjek
Kepuasan Kerja.
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Hasil Pembelajaran Kursus/ Objektif Kursus
MODUL 7 KAUNSELING.
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
Latihan dan Pembangunan
Memahami tingkah laku manusia
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
DINAMIK KUMPULAN.
Komunikasi: Alat Pengurusan Krisis
KONFLIK DALAM ORGANISASI
Apa itu inovasi ?.
Interaksi Dalam Bilik Darjah
Hubungan majikan dan pekerja
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
TUMPUAN PEPERIKSAAN AKHIR
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
KEBERKESANAN ORGANISASI
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Kepuasan Kerja.
FAIL MEJA.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
UJIAN PERSONALITI.
Latihan dan Pembangunan
Konsep-Konsep Penting dalam Pembangunan Kerjaya
BAB 4(b) PERANCANGAN MELALUI OBJEKTIF
Kaedah Penaksiran dan Pemarkatan Rubrik
MANAGEMENTE3007 UNIT 7.
TUMPUAN PEPERIKSAAN AKHIR
Teori Komunikasi Keorganisasian KOC3232PJJ
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
BUDAYA ORGANISASI.
Memahami tingkah laku manusia
Transcript presentasi:

MODEL KELAKUAN ORGANISASI.

Model Kelakuan Organisasi . . . . Model di bentuk bagi memudahkan penyampaian dan kaitan antara satu pembolehubah dengan pemboleh ubah yang lain. Unsur-unsur yang mungkin mempengaruhi gelagat pelakuan di dalam sesebuah organisasi.

Definisi Model . . . Satu contoh yang direka bagi memudahkan sesuatu perkara di sampaikan kepada golongan sasaran mengurangkan salah faham. Boleh di gambarkan daripada yang paling mudah hinggalah yang paling kompleks.

Rangka Model Kelakuan Organisasi. Peringkat Sistem Peringkat Kumpulan Peringkat Individu

* Dikaji dari segi personaliti, nilai, sikap dan kebolehan. Peringkat Individu: * Dikaji dari segi personaliti, nilai, sikap dan kebolehan. Peringkat Kumpulan: * Dikaji bagaimana individu berinteraksi dan bekerjasama dengan ahli kumpulan bagi mencapai objektif organisasi. Peringkat Sistem: *Memahami bentuk sistem organisasi yang menjadi pengerak dan penyelaras aktiviti individu terhadap organisasi.

Komponen Model . . . Objektif: Asas pembentukan model, menerangkan matlamat individu memasuki organisasi. Pembolehubah: Elemen yang memberi kesan terhadap objektif diperingkat individu, kumpulan dan sistem, bersandarkan kepada… Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah Penyederhanaan Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah Tidak Bersandar… Andaian atau penyebab kepada pembolehubah bersandar seperti: Personaliti Nilai Sikap Pembelajaran Dorongan Gaya Kepimpinan * Sukar diubah kerana ciri ini adalah sebahagian dari dari individu hasil dari latar diri, pengalaman dan gaya kepimpinan.

Pembolehubah Penyederhanaan… Struktuk Gaji Suasana kerja :, yang menjadi pendorong kepada: kenaikan pangkat produktiviti iltizam kerja pencapaian kepuasan kajian

Pembolehubah Bersandar . . . Produktiviti. Kecekapan menyelesaikan masalah. Iltizam kepuasan kerja. *Hasil dari gerak balas dari pembolehubah tidak bersandar

Hubungan Perkaitan Pembolehubah . . . Perkaitan pemboleubah menunjukkan satu kolerasi yang berhubungkait mengikut keutamaan matlamat yang ada pada individu. Segala hasil di dalam model organisasi adalah berdasarkan kaitan yang tersirat. Pemboleubah berubah dari masa ke semasa berdasarkan matlamat semasa individu iaitu dari tidak bersandar kepada bersandar dan sebaliknya.

Matlamat Individu dan Organisasi . . . Individu Organisasi Matlamat Bersama Rajah diatas menunjukkan matlamat individu diselaraskan dengan matlamat organisasi sehinggakan seluruh matlamat individu menjadi matlamat organisasi.

Jenis Model . . . 4 Jenis model yang mempengaruhi amalan sesebuah organisasi: MODEL AUTOKRATIK MODEL PENJAGAAN MODEL SOKONGAN MODEL SAMA TARAF

Model Autokratik . . . Model yang terawal. Amalan adalah berdasarkan kuasa. Hukuman menanti jika tidak ikut perintah. Ancaman sebagai sebagai alat mengawal pekerja.

Teori Markxist . . . Pemerintahan birokrasi dianggap sebagai saluran golongan berkuasa menggunakan penggaruh mereka keatas kelas sosial yang lain bukan untuk kebajikan dan kepentingan umum untuk terus mengekalkan status quo. Lebih menumpukan kepada kuasa autoriti dan merupakan alat golongan kapitalis dalam membentuk organisasi yang tersusun dan efektif. Merupakan satu alat pengawalan yang kuat melalui kekerasan, paksaan, kerahsiaan maklumat yang penting daripada ahli-ahli.

Model Penjagaan . . . Pengurus cuba mewujudkan keadaan memberi kepuasan kepada pekerja. Mendapat sokongan ahli psikologi kerana pekerja yang berpuas hati menyebabkan produktiviti bertambah. Pakar perhubungan industri berpendapat model ini dapat memberi keselamatan dan kestabilan dalam pekerjaan. Kejayaan model ini bergantung kepada sumber ekonomi organisasi Model ini menyebabkan pekerja lebih bergantung kepada organisasi berbanding individu tertentu.

Model Sokongan . . . Pengurus sebagai pemotivasi kepada pekerja. Telah diutarakan oleh Mayo dan Roethliberger di Western Electric Company dari tahun 1930-1940an. Para pekerja berpendapat bahawa mereka bekerja dalam persekitaran sokongan dan mewujudkan produktiviti. Interpretasi model ini telah dikembangkan lagi olehEdwin A Fieishman dangan mengambilkira faktor penyeliaan.

Rensis Linkert pula telah memperkenalkan penyeliaan berorientasikan pekerja. Namun kajian Linkert menyatakan pekerja yang gembira tidak semestinya pekerja yang gembira. Berorientasikan pengurusan di mana dalam model ini sikongan pengurusan memberi impak kepada prestasi pekerja. Namun setiap ciri-ciri di dalam model ini akan berubah apabila lebih banyak yang mereka ketahui tentangnya.

Model Sama Taraf . . . Model ini masih dalam kajian sains kelakuan oleh Likert, Kahn, Katz dari Universiti Michigan. Lebih tertumpun kepada organisasi yang bercorak profesional intelek, fleksibel dan saintifik. Lebih menitik beratkan sumbangan pekerja kepada organisasi dan merasakan kepentingan mereka di dalam organisasi. Begitu juga kepada ketua, bukan hanya sebagai orang atasan tetapi juga sebagai penyumbang. Pada model ini pekerja percaya mereka dan ketua bergabung tenaga bagi mencapai objektif organisasi.

Kesimpulan Kepada 4 Model ini . . . Organisasi tidak boleh tertumpu hanya kepada sesuatu model sahaja. Model yand paling sesuai perlulah di adaptasi daripada keadaan semasa dan persekitaran organisasi. Pada hari ini organisasi lebih cenderung kapada model yang bercorak demokratik.

Pengelasan Model . . . Aplikasi model di atas boleh dilihat dari beberapa kaedah: Kaedah model subjektif dan objektif Kaedah model statik dan dinamik Kaedah model fizikal dan abstrak Kaedaj model normatif dan deskriptif

Model Subjektif dan Objektif . . . Pengurus yang mengendaikan individu tertentu mampu melakukan kerja tersebut tanpa menemuduga mengamalkan corak model subjektif berbentuk penggunaan intuisi. Model Objektif Sebaliknya jika pengurus mengamalkan sesuatu secara formal, pada kebiasaannya model itu adalah objektif yang lebih berbentuk analisis sistem.

Model Statik dan Model Dinamik . . . Model yang menjaga kestabilan status quo atau kepentingan sesuatu perkara. Model Dinamik Model yang bergerak seiring peredaran masa atau kelakuan personalnya dan disesuaikan berdasarkan keadaan dan permintaan semasa.

Model Fizikal dan Model Abstrak . . Model yang berbentuk fizikal seperti prototaip, sample dan sebagainya. Model Abtrak Satu kenyataan sebenar tetapi telah diringkaskan dengan mudak berdasarkan simbol-simbol yang dipersetujui.

Model Normatif dan Model Deskriptif . . . Suatu model yang menerangkan dengan jelas dengan apa sepatutnya terjadi, dengan menerangkan tindakan yang sepatutnya diambil bagi menghasilkan keputusan yang terbaik. Ia lebih berdasarkan teori-teori yang sedia ada sebagai garis panduan. Model Deskriptif Sementara model deskriptif menyatakan apa sebenar jika model normatif terjadi. Lebih mengambarkan tentang aktiviti yang sebenarnya.

14 Prinsip Pengurusan Henry Fayol Pelopor kepada pendapat normatif dengan teori pengurusan moden . . . 1) Pembahagian buruh Fayol percaya penyertaan buruh ke tugas pengurusan lebih berkesan berbanding jika di hadkan hanya kepada kerja teknikal seperti apa yang dipercayai oleh Adam Smith.

2) Autoriti Fayol berpendapat autoriti dan tanggungjawab perlu ada seiring namun kedua-duanya tetap tidak sama. Namun ada pendapat yang mahu hanya autoriti tetapi tidak tanggungjawab

3) Disiplin Menurut beliau disiplin di peringkat bawahan perlu ada namun jika terdapat kelemahan pemimpin juga harus dipersalahkan, kemungkinan cara tadbir pemimpin mempunyai kelemahan yang perlu diatasi.

4) Arahan Bersekutu Fayol percaya prinsip ini adalah sebagai peraturan yang mana setiap pekerja perlu ada seorang ketua sahaja berbanding dengan konsep Frederick Taylor yang menyarankan agar seorang pekerja boleh menerima arahan daripada lebih dari seorang ketua, yang mana ianya akan menimbulkan konflik pengarahan yang pelbagai.

5) Pengurusan Bersekutu Penumpukan kepada satu objektif bagi semua operasi dengan segala usaha diselaraskan kepada matlamat yang sama.

6) Mengenepikan Kepentingan Individu Memberi keutamaan di atas kepentingan organisasi berbanding kepentingan individu yang berbeza.

7) Imbuhan/Penghargaan kakitangan Setiap tugas di sudahi dengan penghargaan kepada ahli organisasi. Penganugerahan bagi setiap misi yang berjaya dilaksana. Mengelak imbuhan yang berlebihan yakni tidak setimpal dengan keputusan yang didpati.

8) Pemusatan Arahan yang datangnya dari satu sumber pancaran kuasa namun masih bergantung kepada kualiti pengurusan dan ahli organisasi dan tidak semua organisasi boleh melaksanakan konsep ini.

. 9) Hieraki (Rantaian Skalar) Masalah perhubungan yang berlapis yakni dari satu peringkat ke peringkat yang lain menyebabkan masalah “red tape” yang menyumbangkan kepada kerja menjadi lambat. Fayol tidak bersetuju kepada keadaan ini dan telah membentuk prinsip “Gangplank” bagi mengatasi keadaan ini.

REDTAPE vs GANGPLANK A A B E C F B C D D G “redtape” “gangplank”

REDTAPE: Komunikasi dari orang bawahan kepada ketua dan seterusnya dari ketua kepada orang bawahan yang lain yang mana orang bawahan yang berada pada level yang bawah tidak dibenarkan menyampai sesuatu maklumat kepada rakan sekerja pada level yang sama tanpa kebenaran ketua. GANGPLAK: Komunikasi dari satu level kepada level yang sama dibenarkan tetapi masih mengekalkan tatacara komunikasi yang formal melalui saluran yang sepatutnya.

10) Aturan Berpusat kepada satu tempat untuk semua dan semua berada pada tempatnya bermaksud pekerja perlu berada pada tempat yang betul sejajar dengan minat dan kebolehannaya.

11) Ekuiti Prinsip kesakmaan dan kemesraan terhadap orang bawahan di organisasi bermaksud kepada budaya mesra kakitangan agar kehadiran mereka amat dihargai.

12) Kastabilan Kakitangan Komitmen jangka panjang kakitangan terhadap organisasi yang ditujukan lebih kepada kakitangan yang mana kestabilan dapat mengawal pusing ganti pekerja agar prestasi syarikat akan lebih berkesan.

13) Berdaya Usaha Fayol berpendapat orang bawahan perlu di beri peluang untuk merangka kerja mereka sendiri dan menjalankan rancangan, walaupun ini menimbulkan sedikit kesukaran.

14) Espirit de Corps Fayol berpendapat semangat kesatuan untuk memupuk kerjasama dalam organisasi bagi memantapkan lagi sesebuah organisasi “all for one, one for all”

Kekuatan Model Normatif Model ini berbentuk teori dan praktik kerana menerangkan secara keseluruhan konsep rangka kerja praktik kerana kerja dapat dilakukan mengikut teori. Kelemahan Model Normatif Model ini tidak begitu tegas, cuma menyatakan tentang fungsi pengurusan secara abstrak sahaja.

Model Deskriptif Lebih menumpukan kepada aktiviti atau perkara sebenar yang dilakukan oleh individu. Mengandungi aktiviti-aktiviti berikut: Aktiviti Personal (Minum pagi, hantar anak ke sekolah dll) - Mempengaruhi kerja yang dilakukan kerana kehidupan sosial, keluarga dan kepentigan diri mempengaruhi nilai matlamat dan amalan terhadap organisasi. Aktiviti Interaksi (Bertegur sapa dengan pekerja atau pegawai, mesyuarat) - Masa pengurusan lebih tertumpu kepada berhubung dengan orang lain kerana menurut Mintzberg 80% tertumpu kepada interaksi.

Aktiviti Pentadbiran (Aktiviti kerja seperti menyelesaikan masalah kakitangan, lawat tapak projek dll) - Tidak banyak masa ditumpukan pada pengendalian dasar peraturan, belanjawan dan pentadbiran personal kerana dilakukan oleh orang bawahan. Aktiviti Teknikal (Kerja berhubung dengan fungsi teknikal seperti jurutera, akauntan dan penyelidikan) - Dilakukan oleh mereka yang khusus dalam bidang ini namun seorang pengurus yang bijak perlu juga tahu dalam semua bahagian supaya lebih mudah untuk berkomunikasi dengan orang bawahan.)

Kesimpulan . . . Kegunaan bentuk model kelakuan organisasi tidak mutlak kerana terdapat pelbagai pembolehubah yang berkait antara satu sama lain dan ianya hanyalah sebagai garis panduan bagi sesuatu perkara dan eleman yang difikirkan penting pada ketika itu supaya aliran kerja lebih terancang dan tersusun.