INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN Soalan Tutorial Minggu 14: Pada penganalisaan kumpulan anda mampukah Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Meningkatkan Pencapaian Hubungan Etnik di Malaysia ? Disediakan oleh :Nor Amirah binti Ismail Yau Su Han Unit/Ambilan : K3/ Ambilan Januari 2012 Pensyarah : Cik Hasiah Sulaiman
Dasar Pendidikan Kebangsaan Lanjutan kepada Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategi pelaksaan agar dapat dijadikan sebagai garis panduan bagi semua pihak yang terlibat dalam biodang pendidikan. Dokumen ini juga dikenali sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999.
Objektif Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat tang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan pembangunan negara. Menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi semua warganegara Malaysia. Merupakan matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
Strategi yang Digubal untuk mencapai Objektif Menjadikan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama Mengadakan kurikulum sama ada berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersatupadu
6. Menyediakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun 7. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagigkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pedalaman 8. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1978
9. Memperluas pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional yang dijalankan sejak pada tahun 1978 10. Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan pada peringkat universiti 11. Mempertingkst pendidikan kerohanian, disiplin dan moral 12. Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang seumpama bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil 13. Menggalakkan aktiviti kurikulum yang memupuk disiplin dalam pasukan seragam seperti Kadet Tentera, Kadet Polis, Pengakap, Putri Islam, dan lain-lain lagi
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Teras 1 : Membina negara bangsa Teras 2: Membangunkan modal insan Teras 6: Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Teras 3: Memperkasakan sekolah kebangsaan Teras 5: Memartabatkan profesion perguruan Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan
1. Membina Negara Bangsa Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional. Memupuk sifat cintakan seni, warisan dan budaya bangsa. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari.
2. Membangunkan Modal Insan Mengadakan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa dan pelajar. Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Meningkatkan semangat patriotik aktiviti kokurikulum, menanam semangat hormat-menghormati masyarakat pelbagai kaum. Menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan kebudayaan negara.
Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik memantapkan program kurikulum dan sukan. Memperkukuh disiplin pelajar
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Meluaskan program prasekolah. Memantapkan kepimpinan guru besar dan kualiti guru. Mengukuhkan budaya sekolah. Memantapkan kurikulum, program kurikulum dan sukan. Menambahbaikan sistem sokongan. Meningkatkan prestasi akademik. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas mencukupi dan berkualiti.
4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar Membangunkan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap di sekolah luar bandar. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran. Menambahkan bilangan guru terlatih mengikut pengkhususan di kawasan pedalaman. Menambahbaikan sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.
5. Memartabatkan profesion perguruan Menambaikkan sistem pemilihan calon guru. Memantapkan latihan perguruan. Memantapkan kerjaya guru. Menambahbaikkan persekitaran kerja dan kebajikan guru. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia.
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan. Memilih guru dan jurulatih yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi. Memberi lebih autonomi kepada sekolah dalam aspek-aspek seperti pengetua, pihak pengurusan, tenaga pengajar, staf sokongan dan murid.
Mewujudkan sistem akaunabiliti mewujudkan piawaisan dan penanda aras untuk dijadikan contoh kepada negara membangun dan maju. Menjadi Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan. Merintis perubahan dan pembaharuan.
Kesimpulan Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan dan PIPP. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa kedua-kedua dasar dan pelan dilaksanakan dengan mengukuhkan lagi perpaduan serta membina identiti nasional dalam kalangan pelajar di sekolah.
Dalam PIPP teras 3, iaitu memperkasa sekolah kebangsaan. Merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan pelajar-pelajar daripada pelbagai kaum memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Hal ini dapat memupuk semangat perpaduan antara pelbagai kaum.