TANDAS KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
PENGENALAN Tandas bermaksud sistem paip yang tujuan utamanya adalah bagi menyingkirkan bahan buangan manisia iaitu kencing dan bahan najis. Daripada pemerhatian, tandas–tandas awam di Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur, kebanyakannya tidak dijaga dengan baik. Lantai-lantai yang kotor, paip yang tidak boleh digunakan menyebabkan pelajar tidak gemar untuk menggunakan tandas-tandas tersebut. Tandas yang kotor bukan sahaja membawa imej buruk sesebuah tempat, malah ia juga akan menyebabkan berlakunya masalah masalah kesihatan. Kebersihan tandas haruslah dijaga bagi mengelakkan pembiakan kuman. Sebagai contoh, kuman-kuman di tandas seperti E. Coli, Shigella, Camphylobacter dan Staphylococuc. E Coli boleh menyebabkan cirit birit kepada pengguna. Kebersihan sesebuah tandas itu merupakan salah satu faktor bagi pengguna untuk menggunakan tandas tersebut.
Faktor Tandas Kotor Kurang pendidikan Pendidikan kebersihan tandas seharusnya diterap dari rumah. Pembentukan sikap Memikirkan perasaan orang lain, bermoral dan lebih empati. Kebersihan diri Orang yang pembersih akan mengutamakan kebersihan diri dan persekitarannya. Pihak pengurusan tandas Kurang pantauan, tidak mempunyai jadual tetap bagi membersihkan tandas.
Pelbagai kempen telah dijalankan baik di peringkat sekolah, universiti dan kerajaan Malaysia sendiri namun tahap kebersihan tandas awam masih rendah. Mengapakah hal ini terjadi?
Perlunya menyemai semangat kepunyaan (sense of belonging) dalam diri setiap rakyat Malaysia. ‘Sebuah negara maju bukan sahaja memiliki infrastruktur berteknologi tinggi dan canggih malah pemikiran masyarakatnya juga perlu seiring dengan kemajuan negara.’ - Anonymous
Sikap pengguna: Punca utama tandas awam menjadi kotor Mentaliti rakyat harus diubah.Kefahaman bahawa tandas ialah tempat yang kotor dan kita tidak perlu melakukan apa- apa berkenaan dengannya. Menerima kenyataan bahawa kebersihan tandas awam perlu dijaga setiap masa walaupun ia adalah tempat dianggap kotor. Ketika inilah ibu bapa, sekolah dan universiti memainkan peranan mereka. Anak–anak dilatih daripada kecil supaya rajin membersihkan dan menghias tandas di rumah dan didikan ini diteruskan lagi di peringkat sekolah dan universiti. “Tandas awam mencerminkan peribadi individu dan adalah pelik jika mereka boleh meninggalkan amalan penggunaan tandas yang betul di rumah jika ia sudah sebati dalam diri,” kata Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid
Sekiranya kita adalah orang yang bertanggungjawab membersihkan tandas tersebut, adakah kita sanggup membiarkannya dalam keadaan kotor atau membiarkan orang lain mengotorkannya? Tepuk dada tanya diri.
JADUAL& AKTIVITI BERSAMA PERANAN IBU BAPA JADUAL& AKTIVITI BERSAMA SEMANGAT KEPUNYAAN PUJIAN PERLUKAN KESEDARAN DIDIKAN DARI RUMAH
Kerajaan Program tandas angkat: membenarkan tandas awam dijadikan sebagai tandas angkat kepada badan-badan korporat yang sudah pasti akan menjaga tandas itu dengan lebih baik selaras dengan imej koprorat mereka juga. Mengadakan kempen kesedaran penjagaan tandas awam secara besar-besaran. Menaik taraf tandas awam degan mengkaji secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membina sesebuah tandas awam.