BBM 3206 Unit 7 Keperihalan Keadaan dan Peranan Perlakuan Prof. Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
Pengenalan Ullman (1975) makna dalam bahasa bergantung pada cara penggunaan dalam sesuatu pertuturan Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melatari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.
Peranan konteks Banyak perkataan yang maknanya sangat bergantung kepada konteks. Makna konteks ialah makna yang dihubungkan antara satu pertuturan (perkataan) dengan situasi pertuturan itu diucapkan, ( Hartman & Strok, 1973:138). Contoh: a. Dia terbeli ikan yang sudah busuk. b. Ali busuk hati terhadap adiknya. c. Air matanya jatuh berderai apabila mengenangkan peristiwa semalam. d. Terdapat tiga mata air di dalam perigi itu. e. Ali datang ke majlis itu bersama dengan mata airnya.
Makna dan penggunaan Wittgenstein, “ Jangan melihat kepada makna sesuatu kata itu, lihatlah penggunaan kata itu” (dlm buku Lyons, 1968). Contoh: - “ Ambilkan saya buku nota yang terletak di atas meja itu”. - “ Pandai kau nak berkhutbah dengan aku ya. Kau ni ustaz ke? - “ Janganlah bersedih sangat. Tak akan lari gunung dikejar..”.
Ilmu semantik adalah berkait dengan keseragaman dalam ‘penggunaan’ bahasa yang mungkin wujud dalam proses komunikasi. Jika kita tidak dapat menerangkan sesuatu kata itu dengan maknanya, maka terangkanlah dari segi penggunaannya. Contoh punah, hancur, pilu, sedih,lebur, luluh, kecewa dsb. Punah – binasa atau rosak semuanya, habis semuanya musnah. Hancur- pecah menjadi kecil-kecil/ pecah berderai/ hilang atau tidak ada sama sekali.
Pilu –berasa sangat terharu/rawan atau berasa sangat hiba/sedih Sedih- hati berasa pilu, hiba Hiba- haru/ sedih, pilu, sayu Lebur-hancur/luluh/rosak langsung/jahanam/ teramat dukacita Luluh-hancur menjadi serbuk/ remuk-redam/sedih sekali Kecewa- berasa dukacita kerana tidak tercapai cita-cita atau harapan/kehendak/tidak berjaya atau gagal. remuk- hancur berkecai/luluh rasa hati/sedih sekali
Peranan Perlakuan Bukan Linguistik Makna bukan linguistik – intonasi, nada, mimik muka, isyarat dan sebagainya. Pergerakan anggota semasa mengucapkan sesuatu kata atau ayat boleh juga menentukan makna kata atau ungkapan tersebut. Contoh: “Banyak duit”. “Tak payah basuh pinggan itu”.
Konsep Keperihalan Keadaan Malinowski (1923) mendapati “ujaran akan menjadi bererti jika dilihat dalam konteks penggunaannya”. Ullman (1954) juga berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya. Firth (1957:82) menggunakan konsep keperihalan keadaan dalam kajian linguistik, khususnya bidang semantik.
Menurut Firth, makna adalah sama dengan fungsi, dan gejala makna dapat dilihat dalam setiap peringkat struktur sesuatu bahasa. Firth mencadangkan kategori yang berikut untuk memahami keperihalan keadaan. Menurut Firth, tiga perkara terlibat dalam konteks situasi ialah: a. Peserta dalam pertuturan - Ciri relevan mengenai peserta: orang,keperibadiannya i. gerak ujaran peserta ii. gerak bukan ujaran peserta b. Perkara yang diperkatakan atau objek-objek yang relevan. c. Kesan daripada pertuturan .
Konteks dan makna Konteks lazimnya merujuk kepada situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan. Contoh: “Ahmad! Burung!” Makna yang ingin disampaikan; 1. Halau burung itu Ahmad 2. Ahmad, burung dah masuk jerat 3. Ahmad, burung terlepas
Contoh lain Aspek Fonologi badi, tadi, padi, jadi Morfologi - morfem terikat+morfem bebas jatuh – terjatuh, menjatuhkan, menjatuhi,kejatuhan, Sintaksis- Aku sudah lama di sini.
Duduk Terduduk- terjatuh duduk/ duduk dengan tidak sengaja Berpenduduk –mempunyai penduduk Berkedudukan-mempunyai kedudukan Bersekedudukan-tinggal bersama tanpa bernikah Berdudukan –sedang duduk di atas kerusi/bangku, Kedudukan- tempat tinggal/ tempat letak/tingkatan taraf Kependudukan-segala hal mengenai penduduk di sesuatu tempat/daerah/negeri Mendudukkan- meletakkan/mempersilakan duduk/mendapatkan penyelesaian sesuatu perkara Menduduki- mengambil tempat duduk, Mengeduduki- mendiami atau tinggal/menakluki dan menguasai sesebuah negeri Penduduk- orang yang menduduki sesuatu tempat/daerah/negeri Pendudukan-perihal atau perbuatan menduduki sesuatu daerah/negara
Contoh lain Haus – 1. Haus? 2. Kasut awak sudah haus. 3. Kedua-dua beradik itu kelihatan haus akan kasih sayang ibu mereka.
Penutur Contoh penggunaan kata sapaan dan panggilan – saya, aku, ‘nama’, encik, puan, dan kata panggilan yang lain. Tajuk perbincangan Contoh: pasang: pasang badan, pasang pukat, pasang lampu dsbnya. Kuasa : kuasa membeli, kuasa memerintah… 1. Kuasa aku melayan kerenahnya 2. Tak kuasa aku melayan kerenahnya Kesan pertuturan contoh: “Baguslah” - tiba-tiba berlaku pertengkaran - atau mereka berjabat tangan.
Behaviourisme Malinowski dan Firth- deskripsi sesuatu bahasa itu tidak lengkap sekiranya tidak merujuk kepada konteks keadaan ujaran itu. Bloomfield – mendefinisikan makna sesuatu bentuk linguistik itu sebagai ‘lingkungan keadaan apabila seorang penutur membuat ujaran dan tindak balas yang ditimbulkan oleh pendengar.
Bloomfield (1933) - makna kepada sesuatu bentuk bahasa ialah situasi ketika penutur mengeluarkan ujaran dan tindak balas yang ditimbulkan kepada pendengar. Menurut Bloomfield, rangsangan ® (stimulus) menyebabkan seseorang memberi gerak balas (G) (respons) Makna terdiri daripada pertalian antara pertuturan (yang ditunjukkan dengan g…..r) dan peristiwa praktik R dan G yang terjadi sebelum dan selepasnya. Bloomfield memberi contoh peranan rangsangan dan gerak balas linguistik. “Jill lapar dan ternampak sebiji epal, dan menerusi penggunaan bahasa, Jill menyuruh Jack memetik epal untuknya”. R g……….r G g= bentuk pertuturan kepada Jack r = rangsangan yang melahirkan gerak balas
Konteks Kebudayaan dan Gaya Ciri-ciri konteks dikenal pasti melalui sistem deiksis. Deiksis B. Inggeris Bahasa Melayu Kata Ganti Nama I, we, you Saya, aku, beta Kami, kita Sistem kala Present tense, past tense kata bantu – sudah, belum, selepas, masih Adverba lokasi Here, there This that Kata tunjuk itu, ini, situ, sini Kata adverba – sekarang kelmarin, esok, lusa, tulat dll Status sosial Sir, Madam Tuan, Puan, Yang Berhormat
Latihan Jelaskan takrifan makna menurut behaviourisme dengan contohnya sekali. Jelaskan sistem deiksis yang wujud dalam bahasa Melayu
Sekian, Terima Kasih