BBM 3104 Kuliah 9 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
Kandungan Teks undang-undang Berkaitan dengan adat-istiadat diraja Undang-undang Islam kuasa raja dan pembesar undang-undang jenayah undang-undang awam adat istiadat raja dan pembesar
Pergolongan sastera undang-undang Kumpulan adat Temenggung Kumpulan adat perpatih
Aspek yang difokuskan Penyebaran undang-undang Sejarah undang-undang Perbezaan undang-undang a. corak pemerintahan b sistem perkahwinan c penceraian d pembahagian harta e pelaksanaan hukuman
Sifat Umum Sastera Undang-undang Tidak sama dengan kod undang-undang pada hari ini. Hanya sebagai digest- R.J. Wilkinson Berguna dari sudut undang-undang, filologi (analisis saintifik tentang rakaman bertulis dan teks sastera) dan budaya Kajian melibatkan a. Corak persembahan b mitos asal usul c. kedudukan raja d Diskriminasi dalam menjatuhkan undang-undang e. Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu
Corak persembahan Menghampiri sifat sastera tradisional. bermula dengan bismillah dan selawat serta pujian kepada nabi dan Allah. Contoh undang-undang Inderagiri, Undang-undang Riau, Adat Temenggung dsb.
Mitos Asal-usul Asal-usul keturunan dan pembukaan sesebuah negara Contoh HKM – tokoh Iskandar Zulkarnian HK Pahang dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan- Raja Nusyirwan Adil dari Parsi Sejarah Melayu dan Misa Melayu- Iskandar Zulkarnian Tuhfat al Nafis- Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis. Hikayat Acheh- Iskandar Zulkarnian dgn Dewa Visynu Kaitan tokoh- menaikkan imej pengasas dalam kalangan rakyat dan raja.
Kedudukan raja Raja sebagai tonggak hieraki dari segi keturunan dan kepercayaan Pakaian dan adat istiadat Kuasa melantik pembesar Peribadi raja Konsep setia dan derhaka Konsep daulat dan tulah berkaitan dengan ‘divine king’ dan perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba “ SM ms 19. Maka sembah Demang Lebar Daun ” Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak”
Konsep daulat dan tulah SM m.s 20 Maka titah Sang Sapurba,” Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu hamba kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah”
Diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman Keistimewaan kepada golongan atasan atau golongan bangsawan Seseorang yang melakukan kesalahan ke atas pembesar akan dijatuhi hukuman yang lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan dengan orang biasa.
Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu Isinya bercampur aduk Pengaruh Islam lebih menonjol Undang-undang HKM dianggap sebagai Undang-undang Melaka lengkap (proper) oleh Liaw Yock Fang (LYF) Ph.S.van Ronkel- HKM ada sedikit hukum Islam tetapi LYF –HKM ada 44 fasal dan banyak hukum Islam.
sambungan HKP lebih banyak mengandungi undang-undang Islam jika dibandingkan dengan HKM R.O. Winstedt dan J.E Kempe membahagikan undang-undang HKP kpd: Fasal 1-Fasal 23- memperlihatkan pewarnaan Hindu Fasal 24-Fasal 60- terjemahan secara langsung hukum Islam mazhab Syafie Fasal 68-92 – campur aduk undang-undang Islam dengan unsur-unsur tempatan
sambungan HKM bersifat campur aduk sumber Hindu dan Islam. Contoh; “ adapun pada hukum kanun, disuruh berlawan berselam air atau minyak atau timah. Maka disuruh ayat al-Quran pada tembikar kuali itu….(m.s 133).
Undang-undang Islam Pengaruh Islam lebih menonjol dalam teks Itqan al-Muluk bin Ta’dil al Suluk (Terengganu) dan Thamarat al-Muhimmah (Riau) Itqan al-Muluk bin Ta’dil al Suluk- mengandungi 53 fasal menceritakan zaman pentadbiran Sultan Zainal Abidin III Thamarat al-Muhimmah karya Raja Ali Haji (Riau)- mengandungi 3 bab dan 17 fasal membincangkan konsep raja dan kerajaan daripada pandangan Islam. Mengikut Raja Ali Haji, muncul raja atas 3 sebab, iaitu a) bai’ah- daripada ulama, b) istikhlaf –sebab penggantian dan c) taghlab – sebab paksaan dan kekerasan.
Thamarat al-Muhimmah Bab 2 membincangkan tugas-tugas kadi dan tertib di makhmah. Bab 3 membincangkan aspek pembersihan diri dari segi rohani dan jasmani.
Undang –undang perhambaan Undang-undang terletak di tangan golongan yang kuat Dlm HKM – ada kategori hamba: Hamba pinjam - jika mati hamba yang dipinjam tanpa izin tuannya - dikehendaki bayar sepenuhnya - jika mati hamba yang dipinjam dengan izin – dibayar sepertiga harga Hamba raja lebih tinggi dpd kalangan hamba sendiri. tidak boleh dipalu. Merdeheka akan dihukum masuk ulur dan abdinya dikerat lehernya. Bagi hamba perempuan- mas kahwin digandakan, orang merdeheka akan masuk ulur atau dibuang negeri.
sambungan Hamba berhutang – isteri akan mewarisi sepertiga sahaja hutang jika sipiutang meninggal dunia. Di Perak, bayaran menebus diri ialah $25. atau 100 bidur Dua sistem – sistem mengiring (menyerah tenaga dan khidmat kpd tuannya) dan sistem berbelah –menyerah sebahagian khidmatnya kpd tuannya.
Perhambaan di Perak Abdi – Batak, Sakai dan Habsyah Hamba raja Hamba berhutang Hamba berhutang disebabkan perkahwinan dgn perempuan berhutang Anak isteri hamba berhutang Hamba atas tuduhan-tuduhan yang tidak mengikut undang-undang
Kelemahan Sastera Undang-undang Kurang membincangkan pembahagian harta Bercampur aduk melalui fasal 6 HKM (rujuk m.s 143-144) Undang-undang lain yang bercampur aduk – Undang-undang Kedah
Gaya bahasa “ Naskhah undang-undang Melayu lama itu misalnya dapat menunjukkan kepada kita gaya penulisan atau gaya bahasa pada suatu zaman dalam sejarah kesusasteraan Melayu” –Mohd Taib Osman
Gaya bahasa Gaya bahasa sastera kitab, contoh penggunaan ‘fasal’ ‘hukuman’ dsb Ayat panjang dan berbelit-belit. Ada pengaruh Inggeris terutama HKM dan HKP yang ditulis pada abad ke-16 dan ke-17 Terdapat unsur bahasa Sanskrit dan Arab Lebih bersifat konotatif lantaran adanya penggunaan metafora, pantun dan perumpamaan. Contoh dalam undang-undang Adat Perpatih. Undang-undang Minangkabau terdapatnya gabungan bahasa prosa dan puisi
Contoh : penceraian dalam Adat Perpatih Dalam Adat Perpatih, selain menggunakan hukum syarak dalam proses perceraian, terdapat proses tertentusebagai tambahan yang dipanggil sebagai bersuarang. Suami akan mengadakan jamuan kecil dan menjemput keluarga daripada kedua-dua pihak dan di sinilah segala permasalahan akan dibincangkan: Kok kusut diselesaikan Kok keruh dijernihkan, dan bersama mencari yang jernih.
Sekiranya berlaku juga penceraian, soal pembahagian harta adalah seperti dalam teromba yang berikut: Ada pertemuan dinikahi Habis pertemuan diceraii Cari bahagi, Dapatan tinggal, Pembaca kembali Sekutu belah Suarang beragih
Kitab Undang-undang Melayu Terbahagi kepada tiga 1. Kumpulan Adat Perpatih 2. Kumpulan Adat Temenggung 3. Undang-undang yang berlandaskan Islam
Contoh undang-undang Hukum Kanun Melaka Undang-undang laut Melaka Undang-undang Pahang Undang-undang Kedah
Penutup Undang-undang Melayu lama dikatakan satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Menunjukkan gaya penulisan dan gaya bahasa pada zaman kesusasteraan Melayu lama Bahasa perlambangan dan ibarat digunakan untuk menyatakan undang-undang. Ini menyerlahkan lagi bahawa unsur keindahan dan kiasan bahasa merupakan salah satu ciri hasil sastera Melayu lama