PENGERTIAN TATABAHASA,

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
Advertisements

Nor Asiah Ismail Ayat.
LOKAL BAHASA INDONESIA A
OLEH : Nima Lestari BAB II UCAPAN DAN EJAAN OLEH : Nima Lestari
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Linguistik sebagai Ilmu:
Pengertian Tatabahasa,
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
HAKIKAT BAHASA DAN LINGUISTIK : SATU PERBANDINGAN
LINGUISTIK SEBAGAI ILMU:
Jenis-jenis Wacana Lisan
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK DAN BAHASA:
Lima Dimensi Pembelajaran Bahasa Kedua
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
(PENGERTIAN, TEORI, CIRI, PROSES DAN TAHAP)
PERKAMUSAN DEFINISI Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata.
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
PEMBIDANGAN LINGUISTIK
Pendekatan Stilistik Kuliah 5-6
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
PROSEDUR KLOZ.
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
NOTA 3 BBM 5201 PEMBANGUNAN BAHASA MELAYU: PENDEKATAN STRUKTURAL
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
BBM 3411 KETRAMPILAN BERBAHASA
Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa:
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
BAHASA MELAYU TINGGI BBM3401
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
Kuliah 1 : Hubungan Bahasa dan Sastera
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

PENGERTIAN TATABAHASA, UNIT 1 PENGERTIAN TATABAHASA, TATATINGKAT BAHASA DAN JENIS TATABAHASA

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: * memberikan pengertian tatabahasa * menerangkan tatatingkat tatabahasa * menyenaraikan jenis tatabahasa dan mengenal pasti cirinya

TATABAHASA Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur jati yang ideal

PENDAPAT TENTANG TATABAHASA Sistem bahasa yang mengandung morfem dan penyusunan morfem. Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang berasaskan fungsi dan tindak balas Pernyataan jelas tentang ikatan asas yang dibenarkan Alat untuk menghasilkan ayat yang betul dan tidak terbatas Sistem rumus yang terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas Proses penglahiran idea (buah fikiran, gagasan) dan penyusunannya rumus = seperangkat simbol yang terdiri daripada huruf, atau huruf dan angka yang menunjukkan komposisi sesuatu bahan

Berdasarkan pendapat tentang tatabahasa ini, secara umumnya dapat dirumuskan bahawa tatabahasa itu ialah: > pernyataan umum tentang sifat nalar (buruk baik) dan tidak nalar yang terdapat dalam bahasa > pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan atau proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat); nahu > aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus bahasa > kumpulan kaedah tentang struktur gramatikal bahasa

PENGERTIAN TATABAHASA SECARA KHUSUS Seperangkat (paradigma/paradigm) pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun Salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa Etika berbahasa, betul - salah, tepat - kurang tepat, baik – tidak baik bahasa yang digunakan ketika berbahasa. Contoh: > Pakaiannya anggun > Pakaiannya adalah anggun > Pakaiannya ialah anggun > Suaminya akan balik Kelantan > Suaminya akan balik ke Kelantan > Dia masuk tanpa meminta izin > Dia masuk dengan tidak meminta izin

Paradigma:. Pembentukan kata yang memperlihatkan konjugasi Paradigma: Pembentukan kata yang memperlihatkan konjugasi dan deklinasi kata Konjugasi: Sistem perubahan bentuk kata kerja yang berhubungan dengan jumlah, jantina, modus dan waktu Deklinasi/ Tasrif: Sistem fleksi tentang bentulk (nama, adjektif, kata ganti nama, dan sebagainya) untuk menyatakan perbedaan kategori (jenis atau kasus) Kasus: Kategori gramatis kata nama, frasa nama, kata ganti nama atau adjektif yang menunjukkan hubungannya dengan kata lain dalam kontruksi sintaksis

SISTEM, FUNGSI DAN TUGAS TATABAHASA Pernyataan dan definisi tatabahasa itu menunjukkan bahawa tatabahasa (kumpulan sistem) itu perlu dipatuhi untuk mewujudkan bahasa yang baik (tepat dari segi makna), dan indah (dari segi struktur) demi menjamin kemantapannya Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis Ukurannya tidak berasaskan korpus ujaran, kriteria makna, atau darjah penggunaannya, tetapi berasaskan bentuk ujaran, dan ketuntasan maknanya Tugas penting tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Oleh itu, tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari

RUMUSAN PENGERTIAN TATABAHASA Ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis, yang bersifat nalar (pertimbangan tentang baik buruk) dalam sesuatu bahasa Morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa, dan pengaruhnya terhadap makna kata Sintaksis ialah ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat, dan hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.

TATATINGKAT TATABAHASA AYAT: Unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa KATA: Morfem atau gabungan morfem, unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran MORFEM: Unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian

JENIS TATABAHASA Tatabahasa Formal Tatabahasa Deskriptif Tatabahasa Nosional Tatabahasa Preskriptif Tatabahasa Tradisional Tatabahasa Bebas Konteks Tatabahasa Fungsian Tatabahasa Transformasi Generatif Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa Sistemik Tatabahasa Stratifikasi Tatabahasa Struktural

TATABAHASA FORMAL Cirinya ialah: pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik berdasarkan tatabahasa huraian/deskriptif

TATABAHASA DESKRIPTIF Cirinya ialah: dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis kemungkinan itu juga berasaskan ciri bahasa itu

TATABAHASA NOSIONAL Cirinya ialah: sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna dan rasa ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya berdasarkan kesejagatan bahasa berdasarkan struktur yang ideal struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna

TATABAHASA PRESKRIPTIF Cirinya ialah: dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan penggunaan acuan pencarian yang sedia ada penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

TATABAHASA TRADISIONAL Cirinya ialah: mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain bercirikan sikap dan tatacara kajian bahasa sebelum linguistik moden

TATABAHASA BEBAS KONTEKS (Contex – Free Grammar) Jenis Tatabahasa Struktur Frasa Rumus Tulis Semulanya seperti X Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X

TATABAHASA FUNGSIAN (Functional Grammar) Berdasarkan pandangan pragmatik Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia (pragmatik = pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa dalam lakuan komunikasi)

TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (Transformational Generative Grammar) Dipelopori oleh Noam Chomsky pada 1957 Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi

Struktur Luaran (surface structure): struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, iaitu struktur ayat yang sebenar, yang diujarkan oleh penutur, dan diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa Struktur Dalaman (deep structure): struktur yang biasanya mengandung bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat

TATABAHASA PEDAGOGI (Pedagogical Grammar) Tatabahasa khusus untuk kegunaan guru bahasa Berasaskan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran: > bahasa ibunda > bahasa pertama > bahasa kedua > bahasa asing

Bahasa Ibunda (mother Tongue): Bahasa yang biasanya diperoleh semasa kanak-kanak, melalui pergaulan dengan anggota komuniti bahasanya sendiri (bahasa pertama, bahasa asli) Bahasa pertama (first language): bahasa ibunda Bahasa Kedua (second language): Bahasa selain bahasa ibunda, yang dipelajari secara formal, dan dari segi sosiobudaya dianggap sebagai bahasa sendiri. Contohnya bahasa Inggeris di Malaysia (bahasa sekunder) Bahasa Asing (foreign language): Bahasa selain bahasa ibunda, yang lazimnya dipelajari secara formal, dan bukan melalui pergaulan semasa kanak-kanak. Contohnya bahasa Perancis di Malaysia

TATABAHASA SISTEMIK (Systemic Grammar) Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa Penekanan terhadap Teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi, dan Kolokasi

Fonologi prosodi (prosodic phonology): Ciri bunyi yang merentasi struktur segmental seperti intonasi, tekanan dan nada Kolokasi (collocation): Keadaan dua kata atau lebih yang dianggap sebagai butir leksikal yang tersendiri, tetapi lazimnya dikaitkan antara satu sama lain dalam sesuatu bahasa. Contohnya kata tebal berkolokasi dengan kata buku

TATABAHASA STRATIFIKASI (Stratificational Grammar) Diperkenalkan oleh S. M. Lamb pada 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular tahun 1960-an

TATABAHASA STRUKTURAL (Structural Grammar) Bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur itu juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya struktur = cara sesuatu terbina daripada pelbagai bahagian hingga menjadi suatu pola tertentu

Selain itu, terdapat juga istilah lain yang digunakan, iaitu tatabahasa baku, dan tatabahasa filosofis Tatabahasa baku ialah kumpulan kaedah tentang struktur gramatikal bahasa ragam formal yang menjadi panduan pengguna bahasa atau buku yang berisikan kaedah bahasa, yang kerana wibawanya digunakan sebagai acuan karya yang sejenis Tatabahasa filosofis ialah tatabahasa yang tidak berdasarkan penggunaan bahasa tertentu, tetapi mempunyai ciri yang dimiliki bersama oleh pelbagai bahasa

KESIMPULAN Tatabahasa ialah pernyataan umum tentang sifat nalar dan tidak nalar dalam sesuatu bahasa, khususnya tentang peraturan, kaedah dan sistem bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis Tatatingkat tatabahasa bermula dengan morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat Antara jenis tatabahasa ialah tatabahasa formal, deskriptif, nosional, preskriptif, tradisional, bebas konteks, fungsian, transformasi generatif, pedagogi, sistemik, stratifikasi, struktural, baku dan filosifis (nalar = pertimbangan tentang baik buruk; akal budi)

Wahai anakanda buah hati ibu sifat perajuk jangan kautiru MADAH PUJANGGA JANGAN TAKUT MENGAMBIL LANGKAH BESAR, KERANA ANDA TIDAK DAPAT MELOMPATI JURANG HANYA DENGAN LANGKAH KECIL Wahai anakanda buah hati ibu sifat perajuk jangan kautiru orang perajuk tidak bermalu muka tebal hati berbulu