Perjumpaan Bersemuka Pertama Semester Kedua Sesi 2010/2011 18 Disember 2010 BBM3413 Kaedah Penyelidikan Bahasa Melayu Pensyarah: Prof.Madya Dr. Noor Aina Dani FBMK UPM
TUGASAN Sesuatu cadangan penyelidikan mengandungi tiga bab, iaitu Bab I, Bab II dan Bab III. Tulis satu draf cadangan penyelidikan yang mengandungi Bab I sahaja. Markah Penuh 20%. Diterima oleh pensyarah kursus selewatnya 2 minggu sebelum peperiksaan akhir bermula. Terdapat dua jenis cadangan penyelidikan, iaitu Format A dan Format B. Format A sesuai untuk kajian lapangan yang memerlukan sumber dan maklumat di luar. Cth: Kajian di sekolah atau di tempat kerja. Format B sesuai untuk kajian teks atau kajian pustaka. Cth: Kajian novel atau laporan akhbar.
Isi Kandungan format A Bab 1: Pendahuluan latar belakang kajian penyataan masalah objektif kajian kepentingan kajian skop kajian definisi istilah Isi Kandungan format B penyataan masalah metodologi kajian
Disarankan setiap tajuk ditulis tidak melebihi 15 perkataan. Contoh: Tajuk ialah identiti penulisan. Tajuk yang baik merupakan satu pernyataan yang pendek, sempurna dan mudah difahami. Tajuk yang menggunakan istilah yang betul dapat membayangkan isi penulisan. Istilah dalam tajuk mesti berkaitan dengan isi dan analisis penulisan. Penggunaan tajuk yang tidak sesuai boleh mengagalkan penulisan tesis. Disarankan setiap tajuk ditulis tidak melebihi 15 perkataan. Contoh: Bahasa Melayu di Pulau Kokos, Australia. Gangguan Ekspresi Verbal Anak Autistik dari perspektif Neurolinguistik. Konsep Pemikiran Melayu Nusantara dalam Peribahasa Melayu. Struktur dan Tatabahasa Teks Berita Surat Khabar Indonesia.
Latar Belakang kajian Dimulakan dengan huraian umum. Perbincangan ditumpu kepada pengkhususan bidang yang akan dikaji. Isi tertumpu pada tajuk. Isi boleh dimulakan dengan sejarah, kedudukan muktahir kajian atau isu semasa. Sebaiknya isi tidak menyentuh definisi pada tajuk.
Pernyataan Masalah Asas kepada haluan kajian. Pernyataan masalah akan memberi panduan kepada penyelidik bagi memberi penumpuan pada analisis isu yang dikaji. Perlu ditulis dengan bahasa yang mudah. Setiap ayat mesti mengandungi satu makna dan satu maksud sahaja. Cara penyampaian pernyataan masalah akan mempengaruhi reka bentuk kajian dan analisis. Sebaiknya ditulis mengikut urutan: Sejarah masalah/perbincangan lampau Masalah dalam kajian. Tujuan masalah dikaji
Objektif Matlamat kajian pada objektif. Perbincangan dan dapatan kajian berdasarkan objektif. Objektif mesti merujuk permasalahan atau pemboleh ubah yang dibina penyelidik. Sekurang-kurangnya 3 objektif dalam sesuatu kajian. Objektif bermula dengan perkataan, “Untuk mengkaji, menyelidik, mencari, meninjau, untuk dsb.
Kepentingan Kajian Memberi penjelasan pentingnya kajian penyelidik. Kepentingan merujuk pada luar kajian atau selepas kajian, cth; Kepentingan kajian terhadap persepsi luar. Kajian untuk memperoleh maklumat baru dsb.
Skop Kajian Penyelidik menyatakan lingkungan kajian mengikut: Objektif, Kaedah kajian, Lokasi dan sampel. Tujuan penulisan supaya kajian tidak keluar dari lingkungan
Bibliografi dan rujukan Rujukan bebas tanpa sekatan asalkan relevan untuk kajian. Boleh tiru kaedah kajian tetapi jangan tiru gaya penulisan. Pembaca akan mengandaikan penulis rajin/ banyak buat rujukan. Petik kata-kata penulis asal dengan guna perkataan menurut, menyatakan, berdasarkan
Petikan ayat asal, contoh: “…dalam transformasi generatif, hanya frasa kerja membentuk keseluruhan ayat..”(Noam Chomsky, 1968) Petikan dari bahasa Inggeris juga boleh digunakan tanpa menterjemahkan petikan tersebut Sekiranya ada jadual atau gambarajah yang diambil dari buku lain, nyatakan sumber asal di bawah jadual.
Contoh Bibliografi Noor Aina Dani, 1996. Pemindahan Bahasa di Kalangan Pelajar Dwibahasa, Tesis Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. Abdul Hamid Mahmood (1990). “Penguasaan Bahasa Malaysia Baku di Kalangan Pelajar-pelajar” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34: 4, hlm. 243-252.