PENULISAN KATA DASAR (BBM3401)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Tanda Baca Tanda titik selalu dipakai 1. pada akhir kalimat
Advertisements

PENULISAN KATA.
Bagian dari set presentasi materi EyD Oleh Shafwan Nugraha
Penullisan kata dan penullisan unsur serapan
Pertemuan 7 Waktu Belajar 100 menit
Kelompok 4 Anom Sulton Iskandar ( )
TANDA BACA.
Ejaan Yang Disempurnakan (EYD). Ejaan yang disempurnakan adalah ejaan bahasa indonesia yang berlaku sejak tahun Ejaan ini menggantikan ejaan sebelumnya,
Tanda Baca.
PENULISAN KATA.
BAHASA DALAM KARANGAN ILMIAH
Pertemuan 5 EJAAN (Lanjutan).
Pemakaian Huruf, Pemakaian Huruf Kapital dan Huruf Miring
BENTUK DAN MAKNA.
MORFOLOGI 1. Batasan : a) bagian dari ilmu bahasa yang
Pemakaian Huruf, Pemakaian Huruf Kapital dan Huruf Miring
Persembahan dari kelompok 1
Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia digunakan secara resmi di seluruh wilayah Republik Indonesia. Kaidah penggunaan bahasa Indonesia dituangkan dalam buku.
Sintaksis Dewi Puspitasari.
PERTEMUAN 10 SURAT PEMBERITAHUAN 8 MEI 2011 Surat Pemberitahuan.
Pertemuan 4. Waktu belajar 100 menit
Tanda Baca Materi 4.
Penulisan kata 1.Kata dasar
Ejaan dan Tanda Baca dalam Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia digunakan secara resmi di seluruh wilayah Republik Indonesia. Kaidah penggunaan bahasa Indonesia dituangkan dalam.
Penggunaan tanda baca.
PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA UNTUK SMA
EJAAN YANG DISEMPURNAKAN (EYD)
Pertemuan 4 EJAAN.
Selamat Datang Para Mahasiswa Pada Mata Kuliah Bahasa Indonesia
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Penggunaan Aspek Kebahasaan dalam Penulisan Karya Ilmiah
AYAT PASIF.
Kelompok 12 Sinta Dwi Lestari Iftaturrohmah
Bahasa Surat Pertemuan III Poni Sukaesih Kurniati, S.IP., M.Si.
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Kata Majmuk.
Tanda koma Muhammad khatami x.9.
Konsep Dasar Bahasa Indonesia
PEDOMAN UMUM EJAAN BAHASA INDONESIA
OLEH : Nima Lestari BAB II UCAPAN DAN EJAAN OLEH : Nima Lestari
MORFOLOGI (Pembentukan Kata).
Pertemuan 5 EJAAN (Lanjutan).
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
PENULISAN KATA DASAR (BBM3401)
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
KATA MAJMUK.
GUNAKANLAH BAHASA YANG BETUL GUNAKANLAH BAHASA YANG BETUL
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
Keterampilan Bahasa Aspek Tatabahasa.
BAHASA MELAYU TAHUN 4 DELIMA
Kesalahan Umum Tatabahasa
Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu
Pemeringkatan Karangan
KATA MAJMUK.
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
KATA MAJMUK Cikgu
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Imbuhan menengah 4exp/5na.
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Kata Majmuk.
Tatabahasa (13) – Kata Majmuk
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA KONSEP IMBUHAN
MAJMUK MANTAP Istilah mantap Kata nama mantap Kata adjektif mantap
Renungkan bersama Jika kita gagal untuk merancang, bermakna kita merancang untuk gagal…
Transcript presentasi:

PENULISAN KATA DASAR (BBM3401) SISTEM EJAAN RUMI PENULISAN KATA DASAR (BBM3401) DR. HASNAH BINTI MOHAMAD 03-89468741/0122078911 hasnah_m@upm.edu.my

Penulisan Kata Dasar 1.1 Kata terbitan 1.1.1 K.t berawalan 1.1.2 K.t. berakhiran 1.1.3 K.t. berapitan 1.1.4 K.t. bersisipan 1.2 Kata Sendi Nama 1.3 Kata Ganti Singkat/Klitik 1.4 Partikel 1.5 Kata Ganda/Kata Ulang 1.6 Kata Gabung (gabungan kata) 2. Penggunaan Tanda Sempang

Kata Dasar Bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan. Penulisan Kata Dasar Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya: Adik sedang tidur. Itu kereta ibu. Sungai itu agak dalam.

Kata Terbitan Bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, baik awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Penulisan Kata Terbitan Kata terbitan ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan Awalan K.Dasar K. Terbitan Anti karat antikarat Auto graf autograf Dwi bahasa dwibahasa Juru mudi jurumudi Poli klinik poliklinik Pra sekolah prasekolah Pro kerajaan prokerajaan Sub kategori subkategori Swa daya swadaya Tata susila tatasusila Tuna karya tunakarya

Kekecualian : Tiga bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar : Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya: bersikap anti hiburan pro dan kontra

apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan 3. Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar, contohnya: se-Nusantara se-Malaysia

Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut: Akhiran Kata Kata Terbitan Dasar -an minum minuman -ah ustaz ustazah -isme ego egoisme -kan masuk masukkan -man budi budiman -nita biduan biduanita -wan harta hartawan

Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut: Apitan Kata Dasar Kata Terbitan ber…an anggap beranggapan ber…kan dasar berdasarkan di…i iring diiringi di…kan umum diumumkan diper…kan tingkat dipertingkatkan ke…an sejuk kesejukan me…i kirim mengirimi me…kan hadiah menghadiahkan memper…i isteri memperisteri memper.kan hamba memperhambakan pe…an rasa perasaan penge..an had pengehadan ter..kan kata terkatakan

Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut: Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan -el- tunjuk telunjuk -em- kuning kemuning -er- gigi gerigi -in- sambung sinambung Penulisan Kata Sendi Nama Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan dengannya.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya: i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu. ii.Mereka belayar menuju ke selatan. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya: i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral. ii.Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari.

Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu tempat atau kata nama umum, misalnya: i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja. ii. Berita itu dihebahkan ke seluruh negara. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya: i. Adiknya tinggal di Kajang. ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan.

Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik) Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya: kaulihat kuamati kautulis kubaca kaubisik kudengar kauberi kuterima

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya: kasihku kasihmu kasihnya rinduku rindumu rindunya temanku temanmu temannya

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan tanda sempang, contohnya: i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku? ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini! iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya, hidayah-Nya, dan petunjuk-Nya.

Penulisan Partikel Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun. Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah, tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar yang terletak di hadapannya, contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu ada-lah adalah bimbing-lah bimbinglah siapa-kah siapakah bila-kah bilakah apa-tah apatah

Partikel pun ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis serangkai atau ditulis secara terpisah. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya: i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu: adapun ataupun andaipun bagaimanapun biarpun kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun sekalipun sungguhpun walaupun

Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang) Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan. Penulisan Kata Ulang Semu: anai-anai biri-biri hati-hati kuda-kuda kupu-kupu labah-labah labi-labi tupai-tupai laki-laki undang-undang

Penulisan Kata Ulang Jamak jawatan-jawatan borang-borang projek-projek dewan-dewan program-program aktiviti-aktiviti Penulisan Kata Ulang Berentak bolak-balik gerak-geri mundar-mandir lauk-pauk kuih-muih ramah-tamah serba-serbi kucar-kacir Penulisan Kata Ulang Berimbuhan keanak-anakan akhir-akhirnya bersiar-siar segala-galanya karang-mengarang menulis-nulis

Penulisan Gabungan Kata 1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah. i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah: air hujan duta besar balai raya jalan raya bom tangan luar biasa model linear garis lintang tengah hari nasi minyak

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah: hidup mati adik kakak ibu bapa miskin kaya tua muda besar kecil

darah muda tangkai jering iii.Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah: buah hati hati batu bulan madu pilih kasih darah muda tangkai jering Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis secara terpisah dibentuk dengan hanya mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan: Bentuk Dasar Bentuk Berulang balai raya balai-balai raya guru besar guru-guru besar kapal laut kapal-kapal laut kertas kerja kertas-kertas kerja

Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya. i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai: ambil alih jadi pengambilalihan anak emas menganakemaskan lipat ganda melipatgandakan tidak adil ketidakadilan

ii. Bentuk mantap yang ditetapkan dieja secara serangkai ii. Bentuk mantap yang ditetapkan dieja secara serangkai Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu: antarabangsa pesuruhjaya bumiputera setiausaha jawatankuasa sukarela kakitangan suruhanjaya kerjasama warganegara tanggungjawab olahraga matahari tandatangan

iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai: jawatankuasa jadi jawatankuasa-jawatankuasa pesuruhjaya jadi pesuruhjaya-pesuruhjaya tanggungjawab jadi tanggungjawab-tanggungjawab

iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan: setiausaha jadi kesetiausahaan tanggungjawab jadi penanggungjawaban warganegara jadi kewarganegaraaan tandatangan jadi menandatangani

Penggunaan Tanda Sempang ( - ) Tanda sempang digunakan untuk: i.menulis semua jenis kata ulang (kata ganda): bukit-bukau gunung-ganang sekolah-sekolah kekuning-kuningan cita-cita keanak-anakan ii.memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris, contohnya: Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan pertimbangan pi- hak Fakulti.

memperjelas ungkapan: ber-evolusi ber-revolusi merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama: anti-Amerika hamba-Mu ISBN-nya pro-Malaysia

merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal: ke-24 ( kedua puluh empat) ke-125 ( keseratus dua puluh lima) merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an: tahun 60-an (tahun enam puluhan) tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

Menyatakan hubungan antara kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah: alat-pandang dengar mesin-ketam roda-gigi

SEKIAN TERIMA KASIH