KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANSANGAN
Para pelajar yang dikasihi, Sediakanlah payung sebelum hujan! Dengan erti kata lain, jika para pelajar mengidamkan A+ untuk BMSPM, maka persiapan yang awal untuk menempuh peperiksaan mesti dimulakan dari sekarang juga lantaran “masa itu emas”. Berdasarkan pengalaman saya, calon-calon SPM bukan sahaja jahil tentang teknik mengarang karangan yang mantap bahkan membuang masa semasa mengarang. Hal ini demikian kerana anda tidak didedahkan dengan teknik-teknik mengarang yang efektif. Seperkara lagi, janganlah menjadi hamba kepada hawa nafsu kerana “ikut hati mati, ikut rasa binasa”!. Para pemeriksa tidak menghargai karangan yang menggunakan bahasa yang berbunga-bunga mahupun kosa kata yang ‘bombastik’. Amalkanlah kesederhanaan!
GRED CEMERLANG (26 – 30 markah) Isi karangan menepati tema bahan rangsangan; Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat; Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat; Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru; Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Wacananya lengkap; Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik; dan Idea yang relevan dengan tema bahan rangsangan dann dihuraikan dengan jelas dan matang.
KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Isi karangan menepati tema bahan rangsangan; Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat; Penggunaan tanda baca yang betul dan tepat; Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru; Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Wacananya lengkap; Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik; dan Idea yang relevan dengan tema bahan rangsangan dann dihuraikan dengan jelas dan matang.
Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, yakni kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan. Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan.
MENTAFSIRKAN BAHAN RANSANGAN KATA KUNCI : HURAIKAN PENDAPAT ANDA TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT FOKUS : KEPENTINGAN PANJANG : 200 – 250 PATAH PERKATAAN
1.PENGENALAN AYAT RANSANGAN : AMALAN GAYA HIDUP SIHAT MERUPAKAN SUATU BUDAYA YANG SIHAT AYAT HURAIAN : AMALAN INI MENJAMIN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP AYAT ARAHAN : TERDAPAT BEBERAPA LANGKAH UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT Dalam pembinaan apa-apa jua jenis pendahuluan, ketiga-tiga jenis ayat – Ayat Rangsangan (AR), Ayat Huraian (AH), dan Ayat Arahan (AA) menjadi satu kelaziman/kemestian.
CONTOH (AR) Amalan gaya hidup sihat,tidak dapat disangkal,merupakan suatu budaya yang sihat.(AH) Hal ini demikian kerana amalan ini menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup,terutamanya dalam kehidupan kita yang penuh cabaran dan tekanan.(AA)Demi menangani kehidupan kita ini, beberapa langkah ke arah gaya hidup sihat perlu kita amalkan secara konsisitem dan bukannya secara bermusim atau hangat-hangat tahi ayam.
Deduktif = Idea + Huraian + Contoh + Kesimpulan Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis perenggan isi - deduktif, induktif, dan deduktif-induktif. Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif, yakni: Deduktif = Idea + Huraian + Contoh + Kesimpulan Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, yakni ayat topik/judul (menyatakan idea/isi) + ayat huraian (menghuraikan idea) + ayat contoh (menyatakan contoh/bukti) + ayat penyimpul (membuat kesimpulan).
ISI AYAT TOPIK : Antaranya pemakanan yang sihat AYAT HURAIAN : Pengamalan diet yang seimbang Membantu kita hidup dalam keadaan yang sihat AYAT CONTOH : Makanan yang berkhasiat diutamakan AYAT PENYIMPUL : Kita hendaklah mengambil makanan berdasarkan panduan piramid makanan
CONTOH (AT) Antara gaya hidup sihat termasuklah pengamalan pemakanan yang sihat setiap hari. (AH) Pengamalan diet yand seimbang membantu kita hidup dalam keadaan yang sihat. (AC) Misalnya,makanan yang kaya dengan karbohidrat,proten,vitamin dan serat hendaklah diperbanyakkan manakala makanan yang berminyak,masin dan manis hendaklah dikurangkan. (AP) Pendek kata kita hendaklah mengambil makanan berdasarkan panduan piramid makanan yhang disyorkan oleh pakar pemakanan
KOMEN: Perenggan isi bukan sekadar menepati tajuk dan fokus karangan bahkan gaya bahasanya mudah difahami. Hal inilah yang memenuhi ‘cita rasa’ pemeriksa, yakni menepati skema pemarkahan. Tegasnya, sajian ini bukan sahaja menyelerakan malah memberikan kepuasan kepada pemeriksa! Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/ kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu yang mencemari keseluruhan karangan. Perenggan penutup/intiha ini perlu mempunyai 3 ciri utama, yakni kesimpulan, cadangan, dan harapan. Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn).
KESIMPULAN AYAT KESIMPULAN : Gaya hidup sihat menjamin kehidupan yang sihat dan cergas. AYAT CADANGAN : Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihaT AYAT HARAPAN : Diharapkan menjadi modal insan yang produktif dan menjadi pemangkin kepada pencapaian wawasan 2020
CONTOH (Aksmpn) Kesimpulannya,gaya hidup sihat bukan hanya menjamin kehidupan yang sihat tetapi juga menjamin kebahagian hidup. (Acdgn) Jadi,demi memperolehi kesihatan yang sempurna dan terhindar daripada penyakit kronik.Amalan gaya hidup sihat haruslah dijadikan agenda utama dalam kehidupan kita. (Ayhrpn) dengan adanya kesihatan yang sempurna,kita akan menjadi modal insan yang produktif dan menjadi pemangkin kepada pencapaian wawasan 2020.