PANTUN EMPAT KERAT (MUAFAKAT) ADAM RAFIQ ALYA AFFIQAH ATHILA AREEJ
MAKSUD PANTUN Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah senang akhirnya akan membawa kejayaan Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat Sikap bekejrasama dan bergotong royon perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan keutamaan Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat sekiranya mereka berpegang pada sikap saling mempercayai Perpaduan akan diperkukuh andainya sikap tolak –ansur dan hormat-mengormati diamalkan
Tidak luput hingga ke senja, Ke lurah sama diharungi, Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga ke senja, Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat, Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Turun ke paya memetic kangkung, Hati-hati terkena getahnya, Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia. Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para, Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera. Sawah padi luas terbentang Kuning keemasan indahnya maya Percara mempercayai asas berpegang Barulah muafakat kekal selamanya Harum sungguh bunga melati hiasan sanggul amat memikat bertolak ansur hormat menghormati mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat
TEMA Amalan bermuafakat dan kerjasama dalam masyarakat akan membawa kesejahteraan.
PERSOALAN Pentingnya bersama-sama dalam keadaan susah mahupun senang Kepentingan kesepakatan hidup bersama Pentingnya mempraktikkan amalan gotong-royong Sikap saling mempercayai dalam mengekalkan kesepakatan Sikap bertolak ansur dan hormat-menghormati mengukuhkan perpaduan
BENTUK Bentuknya terikat Empat rangkap Empat baris serangkap Ada pembayang dan maksud Bilangan kata tiga hingga lima sebaris Sembilan hingga lima belas suku kata sebaris Rima akhir abab
GAYA BAHASA Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris ) Cthnya: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Repetisi ( perulangan kata, baris atau rangkap) Cth: Hidup muafakat , hidup bahagia Imej Alam Cth: Pelangi, paya , kangkung , beras d) Peribahasa Cth: Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat
UNSUR BUNYI Asonansi (perulanagn vocal a) Cth: Usaha bersama membawa bahagia, bulat manusia kerana muafakat, barulah muafakat kekal selamanya. (perulanagn vocal e) Cth: Bulat air kerana pembetung, negara damai aman sejahtera (perulangan vocal u) Cth: Hidup muafakat hidup bahagia, harum sungguh bunga melati Aliterasi ( perulanagn konsonan k) Cth: Kulitnya keras isinya kelat (perulanagn konsonan m) Cth: Andai seluruh masyarakat muafakat.
NILAI Permuafakatan.Contohnya,permuafakatan dalam kalangan masyarakat akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera Kerjasama.Contohnya,sikap sentiasa bekerjasama memudahkan pekerjaan yang dilakukan Tolak ansur.Contohnya, rakyat yang mengamalkan sikap bertolak-ansur akan menjamin kedamaina sesebuah negara Saling mempercayai.Contohnya, persefahaman yang berkekalan akan wujud sekiranya masyarakat saling mempercayai antara satu sama lain.
PENGAJARAN Kita hendaklah bersama-sama menghadapi saat semasa susah ataupun semasa senang Anggota masyarakat hendaklah mengutamakan permuafakatan Kita perlulah mengutamakan sikap bergotong-royong demi kepentingan bersama Kita perlulah saling mempercayai antara satu sama lain Kita hendaklah bersikap toleransi agar perpaduan dapat diperkukuh