Tajuk: Pembuangan Anak dan Merosakkan Harta Benda Kerajaan dan Awam Projek M.I.B Kumpulan 4: Rifa Jabeen Chua Yi En Lim Hui Jen Sai Saranya Wong Shin Ling Tajuk: Pembuangan Anak dan Merosakkan Harta Benda Kerajaan dan Awam
Pembuangan Anak Anak merupakan anugerah Allah yang paling berharga bagi pasangan suami isteri. Namun, terdapat segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan hingga sanggup membuang anak damit yang dilahirkan sendiri. Mengapakah pula kita manusia sanggup membuang anak sendiri? Terdapat beberapa faktor dalam kes pembuangan anak. Punca utama adalah akibat pergaulan bebas dan luar batasan antara lelaki dan perempuan. Gejala tidak sihat ini menyebabkan mereka berani bersekedudukan sehingga boleh memungkinkan lahirnya anak luar nikah. Oleh kerana malu dengan hasil hubungan yang tidak sah tersebut, seseorang wanita akan tergamak membuang anaknya sendiri.
Antara punca kelahiran anak luar nikah adalah disebabkan berlakunya perkara berikut: Kurang mendapat bimbangan agama Pergaulan bebas antara kaum lelaki dan perempuan Tidak mendapat perhatian ibu bapa Ingin mendapat kebebasan Mudah tertipu oleh pujukan seseorang Tidak memikirkan kesan buruk dan baik Pasangan bukan muhrim dan belum bernikah yang bersekedudukan adalah berdosa besar dan salah di sisi agama Islam mahu pun undang-undang negara. Pasangan yang didapati melakukan perkara tersebut akan dikenakan hukuman oleh mahkamah setimpal dengan perbuatan keji mereka.
Merosakkan Harta Benda Kerajaan dan Awam Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan untuk keselesaan kita seperti tandas awam, perhentian bas, taman bunga, padang permainan, padang sukan dan lain-lain. Kita mestilah sentiasa menjaga dan mengekalkan keselamatan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan. Perbuatan suka merosakkan harta benda kerajaan dan awam mengakibatkan kerugian kepada masyarakat, kerajaan dan swasta. Situasi ini menjadi kewajipan kita untuk lebih berhati-hati dalam menjaga dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan agar dapat dikekalkan kebersihan dan penggunaanya. Kita selaku rakyat dan penduduk negara ini mesti bersyukur dan berterima kasih kerana pihak kerajaan telah memberikan dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam itu. Sebagai bangsa Brunei yang berhemah tinggi, bersopan santun, pemedulian, prihatin, hormat-menghormati, bekerjasama dan berbudi bahasa haruslah menjauhi sikap pemugut.
Kita hendaklah mencontohi negara-negara luar yang sudah maju yang terbilang dengan keindahan dan kemajuannya kerana kita tidak mahu negara ini jauh tertinggal ke belakang dan biarlah negara kita sebanding dengan negara luar.
Terima Kasih!!!