Peribahasa (9) – Perambahan Brunei 1. amas tampawan – orang yang sangat dikasihi 2. anak akun-akunan – anak yang diangkat pada nama sahaja kerana mengambil tuah tetapi masih dalam tanggungan ibu bapanya yang sebenar. 3. babasah bakaring – bekerja dengan tidak mengenal penat lelah dan tidak menghiraukan sebarang kesukaran yang dihadapi
4. babuyah mulut - banyak bercakap kerana menasihati seseorang tetapi nasihat itu tidak diikuti. 5. amai tangan - suka menjangkau-jangkau sesuatu tanpa tujuan. 6. aitam malangut – hitam legam 7. jahat rasa – badan kurang sihat
8. tais liur – ingin makan sesuatu. 9 8. tais liur – ingin makan sesuatu. 9. lamah liat – lambat menyiapkan sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya sempurna. 10. luncit dua – perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang bermusuh-musuhan untuk kepentingan dirinya sendiri.
Tuliskan perambahan Brunei yang betul ke dalam tempat kosong. Faizah berasa ___________ apabila melihat iklan makanan yang disiarkan di dalam televisyen, apatah lagi sekarang ialah bulan puasa. Muthu memang terkenal dengan sikap ______________. Dia seorang yang bermuka-muka dan suka menghasut orang yang sedang perang dingin demi kepentingan diri sendiri. Sudah _____________ ibu menasihati abang supaya segera mencari pekerjaan dan tidak membuang masa dengan melepak sahaja, namun segala nasihat ibu tidak diendahkan. Sikap Saleh yang berubah menjadi pendiam dan murung sejak kebelakangan ini adalah kerana gadis yang menjadi __________nya telah berkahwin dengan pemuda lain.
5. Oleh sebab mengenangkan nasib keluarganya yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Pak Cik Bukhari _______________ mencari rezeki untuk memperbaiki ekonomi keluarganya. 6. Linda telah terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam kejohanan bola jaring. Kulitnya yang asalnya putih melepak bertukar menjadi __________________ kerana menjalani latihan di padang setiap hari selama beberapa bulan. 7. Kami tidak berasa risau walaupun Kadijah masih belum menghantar tugasan itu kerana kami sedia maklum bahawa dia seorang yang ____________. Walaupun lambat, hasil kerjanya sangat mengagumkan.
8. Kami bercadang untuk melawat Tina yang sudah beberapa hari tidak hadir ke sekolah kerana ______________ pada petang ini. 9. Walaupun Safwan hanyalah _______________ kepada Pak Muiz dan Mak Bedah, hubungan mereka sangat rapat dan hampir setiap minggu Safwan akan melawat mereka. 10. Seseorang yang bersikap ______________ sememangnya tidak digemari oleh orang ramai kerana perbuatan itu dianggap tidak pandai menghormati harta benda awam atau milik seseorang individu.