MIB Dalam Menangani Isu-Isu Perspektif Ekonomi &Teknologi MELAYU ISLAM BERAJA MIB Dalam Menangani Isu-Isu Perspektif Ekonomi &Teknologi Zatil Ridh'wah Hj Darot
ekonomi Ekonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi disebut sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjelaskan akibat dari berbagai pilihan yang ada untuk sekumpulan tanggapan-tanggapan tertentu, dan disebut sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil. Subjek dalam ekonomi dapat dibahagi kepada dua cabang besar: ___________________: yang berhadapan dengan keputusan ekonomi di tingkat individu. ____________________: melihat ekonomi secara keseluruhan (termasuk inflasi, pengangguran, pengeluaran industri, dan peranan pemerintah). Aspek yang menerima perhatian khusus dalam ekonomi adalah penyediaan bahan, pengeluaran, pengedaran, perdagangan dan persaingan.
Prestasi ekonomi Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan menganjurkan Taklimat Prestasi Ekonomi Negara yang disampaikan oleh pihak Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, KSSUP. Sesi taklimat tersebut bertujuan untuk menerangkan prestasi ekonomi Negara Brunei Darussalam bagi beberapa tahun kebelakangan serta jangkaan prestasi ekonomi bagi beberapa tahun akan datang. Beberapa isu diketengahkan dalam taklimat tersebut antaranya mengenai prestasi ekonomi negara yang menunjukkan _______________________(contracting) pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2016, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan penurunan sebanyak 2.5 peratus yang disebabkan oleh penurunan keluaran sektor minyak dan gas sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Bagi tahun 2017 ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan KDNK bagi negara ini akan menguncup lagi pada kadar 1.3 peratus, sementara bagi tahun 2018, pihak IMF menjangkakan peningkatan pada kadar 0.7 peratus sahaja. Untuk mengimbangi penurunan keluaran sektor minyak dan gas serta membantu usaha-usaha dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi serta menjana pertumbuhan KDNK, antara perkara yang disyorkan ialah agar keluaran sektor lain selain dari sektor minyak dan gas akan dapat tumbuh dengan pesat. Keluaran sektor-sektor tersebut meliputi keluaran sektor pertanian dan perikanan; keluaran sektor pembuatan; keluaran sektor perkhidmatan; keluaran sektor pengangkutan, perhubungan dan logistik; keluaran sektor info-komunikasi; keluaran sektor perkhidmatan kewangan (perbankan dan insurans), keluaran sektor pelancongan; keluaran sektor perdagangan dan keluaran bagi lain- lain sektor perkhidmatan. Sementara itu, pegawai KSSUP menyampaikan taklimat ringkas mengenai sasaran KSSUP untuk meningkatkan sumbangan sektor Pertanian, Perikanan dan Perhutanan dari 1 peratus KDNK kepada 5 peratus KDNK menjelang tahun 2020, iaitu dengan nilai KDNK BND200 juta pada tahun 2015 kepada sekitar BND1 bilion menjelang tahun 2020. Pelita Brunei, Jun 2017
perdagangan Laporan Bank Dunia 'Doing Business 2018' menyatakan Negara Brunei Darussalam telah disenaraikan sebagai ekonomi yang paling meningkat di dunia selama tiga tahun berturut- turut dalam usaha untuk _________________________________. Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar berkata Laporan 'Doing Business 2018' yang mengukur tahap kecekapan dan pengawalseliaan perniagaan tempatan telah merekodkan peningkatan Negara Brunei Darussalam sebanyak 16 anak tangga kepada kedudukan ke-56 di kalangan 190 negara-negara di seluruh dunia, dengan peningkatan skor pada lapan petunjuk dan skor 'Distance to Frontier' sebanyak 70.60 daripada 100.
'Peningkatan yang ketara dalam kedudukan Doing Business dalam tempoh empat tahun yang lalu mencerminkan komitmen yang serius pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memudahkan iklim perniagaan, sejajar dengan titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Ulang Tahun Baginda yang Ke- 71 Tahun yang menekankan keperluan bagi usaha yang berterusan dalam menggalakkan kemajuan ekonomi dengan kemasukan 'Foreign Direct Investment' (FDI) dan peningkatan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSMEs). Dalam hal ini, kerjasama erat antara sektor awam dan swasta adalah ________________________________________________________
Ini menandakan bahawa negara ini perlu terus giat untuk meningkatkan usaha, di samping untuk terus _______________________________________________________________ lagi kedudukan negara dalam petunjuk-petunjuk 'Doing Business’. Di sebalik kejayaan dalam tempoh empat tahun ini, masih banyak pembaikan perlu dilakukan bagi negara untuk mencapai sasaran negara indeks 'Doing Business' untuk memastikan persekitaran pro-business. Dalam hal ini, kerjasama yang lebih erat, penglibatan dan komitmen yang berterusan dari kedua-dua sektor awam dan swasta adalah diperlukan bagi mendokong Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035 dalam meningkatkan daya saing negara. Pelita Brunei, Oktober 2018
Pengangguran Isu pengangguran di negara kita sering kali menjadi bahan perbincangan di kalangan masyarakat. Isu ini sudah pasti memberi impak terhadap negara, terutama dalam ______________________________. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Namun, masih belum ada penyelesaian yang konkrit.
Jumlah pengangguran Brunei, sebanyak 6 Jumlah pengangguran Brunei, sebanyak 6.9 peratus adalah lebih tinggi daripada purata ASEAN iaitu sebanyak 3.3 peratus dan penyelesaian bagi pengangguran belia (29.9 peratus berumur lingkungan 15 hingga 24 tahun) telah menjadi dasar yang ditekankan oleh kerajaan kerana penduduk belia terdiri daripada 60 hingga 70 peratus merupakan generasi masa depan negara. Media Permata, April 2018
Kepentingan belia dalam pembangunan negara Setiap belia harus menanamkan ___________________________bahawa usaha dan kemahuan yang tinggi juga membantu dalam mencapai setiap keinginan yang diharapkan tanpa menunggu bantuan dari pihak tertentu. Misalnya, belia yang baharu sahaja menamatkan pelajaran di universiti harus berfikiran positif dengan mencari dan __________________________. Jelaslah bahawa peranan belia itu sangat penting dalam pembangunan negara asebagaimana yang terkandung dalam titah Baginda sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010 iaitu: “Masa depan negara tidak syak lagi, banyak bergantung kepada golongan belia. Kerana itu mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran, semangat jati diri serta aqidah yang mantap.
Cabaran yang di hadapi Isu ini adalah satu cabaran bagi negara kita oleh kerana solusinya tidak begitu jelas dan tidak semestinya akan berjalan dengan lancer. Antara cabaran yang di hadapi adalah: _______________________________________
Punca masalah pengangguran Pilihan pekerjaan yang sangat terhad Jangka masa pekerjaan di tingkatkan hingga 60 tahun (bersara) Kelulusan yang tidak sesuai dengan keperluan negara Jumlah penduduk yang meningkat Pekerja di ganti oleh mesin-mesin canggih Kebanyakan penduduk di Brunei memilih pekerjaan: Taraf Pendidikan ____________ Keselesaan
Implikasi terhadap pembangunan negara Ekonomi yang merosot Pembaziran potensi dan masa untuk generasi muda Kebanyakan ________________, kurang arif dalam bidang teknologi masa kini Kadar jenayah yang semakin meningkat
Cara mengatasi Membuka perniagaan sendiri (tidak tergantung pada kerajaan) Bekerja di sector swasta Memendekkan jangka masa pekerjaan (50 tahun) Memberi kesedaran kepada generasi muda _______________________________________oleh negara pada masa kini
Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah pengangguran di NBD demi mencapai wawasan negara 2035. Sokongan dan bimbingan dari setiap sector amatlah penting bagi merealisasikan hasrat murni negara. Konsep Melayu Islam Beraja dan Konsep Negara Zikir haruslah menjadi panduan setiap belia dalam ___________________________________-dan kemajuan negara itu dapat dicapai.
teknologi Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi ialah ____________________________________________________________________
Pusat STEP Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar atau Science, Technology and Environment Partnership (STEP) Centre, Kementerian Pendidikan telah diperkenankan penubuhannya pada 16 Oktober 1997 oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui warkah HMPO 1/1984/V. Pusat ini memulakan operasinya pada awal tahun 1999 dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara Kementerian Pendidikan dengan Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad, selaku rakan kongsi pertamanya. Matlamat penubuhan Pusat STEP ialah untuk memberikan dukungan/sokongan dalam memastikan terdapatnya peluang perkembangan pendidikan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, bagi meningkatkan perkembangan sumber tenaga manusia yang mahir dalam bidang-bidang berkenaan terutama untuk sektor perniagaan dan industri. Melalui peranan Pusat STEP, ianya diharapkan dapat menyumbang bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam usaha mempelbagaikan sumber ekonomi.
Antara program-program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan: Pusat STEP menyediakan dan memberi peluang kepada pelajar di ________________________, guru serta masyarakat sekolah untuk menyertai program dan aktiviti STEP serta bidang lain yang berkaitan. Antara program-program dan aktiviti-aktiviti yang diadakan: Science and Mathematics Olympiad Program Robot Technology seperti pertandingan RoboTech dan Brunei Robotic Olympiad Program ICT seperti Inforama Program Matematik seperti eXplomaths, seminar dan bengkel Matematik Program mengenai Environment Awareness Program mengenai Energy Awareness Program mengenai Improve Science Achievement (PPPS)
Pusat STEP akan menjalin dan meningkatkan kerjasama di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa bagi menyediakan dan mengendalikan program dan aktiviti pendidikan dalam bidang sains, teknologi dan alam sekitar serta bidang lain yang berkaitan. Istilah ‘kerjasama’ dalam konteks ini bermakna program dan aktviti yang dikendalikan dengan cara usaha sama dan perhubungan rapat di antara sektor pendidikan dengan kementerian- kementerian, jabatan-jabatan, perniagaan dan industri serta pertubuhan atau organisasi bukan kerajaan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Melalui kerjasama ini, adalah ___________________________________________________________. Di peringkat nasional, Pusat STEP diharap akan menjadi penghubung atau perantaraan (hub) dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan pendidikan sains, teknologi dan alam sekitar. Selaku organisasi penghubung di antara sektor pendidikan (misalnya sekolah dan maktab) dengan agensi lain, Pusat STEP memainkan peranan untuk menyediakan satu landasan bagi mewujudkan rangkaian perhubungan dan seterusnya dapat memenuhi keperluan serta mengurangkan cabaran kedua belah pihak.
Di peringkat antarabangsa, selaras dengan Millennium Development Goals (MDG), negara ahli disarankan untuk mewujudkan kerjasama di peringkat global untuk perkembangan dan pembangunan negara. Sebagai salah satu negara ahli, Negara Brunei Darussalam bertanggungjawab untuk mencapai matlamat tersebut. Dengan adanya kerjasama berkenaan akan dapat memberi peluang kepada negara (tambahan) untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi. Oleh yang demikian, melalui Kementerian Pendidikan, Pusat STEP mempunyai komitmen menggunakan strategi kerjasama di peringkat global dengan organisasi serantau dan antarabangsa untuk mencapai objektif-objektif negara. Oleh itu, dengan adanya kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa untuk mengendalikan program dan aktiviti pendidikan, akan mendatangkan kebaikan kepada negara terutama kepada pelajar dan guru, untuk mempelajari serta mengetahui dengan lebih cepat bagaimana mengembangkan bidang sains, teknologi, alam sekitar serta bidang lain yang berkaitan. Dengan cara ini, negara akan _____________________________________________Negara Brunei Darussalam dalam jangka panjang menjadi negara yang lebih produktif melalui penggunaan perkembangan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh rakyatnya sendiri.
Tugasan - Perbincangan 1 Isu pengangguran sama ada dari lepasan sekolah rendah, menengah atau lepasan graduan- graduan dari universiti dalam negeri mahupun luar negeri, sama ada atas perbelanjaan kerajaan atau atas perbelanjaan persendirian sering dibangkitkan. Walaupun pihak kerajaan mengambil langkah untuk melayakkan mereka itu seperti menubuhkan i-Ready dan lain-lain serta membuka peluang peratus-peratus pekerjaan dengan mengadakan projek-projek sama ada atas peruntukan kerajaan ataupun melalui Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment - FDI), namun jumlah pengangguran tidak berkurangan. Adakah kamu setuju dengan adanya program seperti i-Ready mencukupi untuk membantu penurunan kadar pengangguran?
Tugasan- Perbincangan 2 Adakah lagi pusat-pusat di NBD yang dapat membantu dan memberi peluang kepada rakyat dalam bidang-bidang teknologi?