UNIT-UNIT DI KEMENTERIAN KESIHATAN Disediakan oleh; Dr. Hj. ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
Unit Unit Kesihatan Am (UKA) Unit yg bertanggungjawab terhadap bidang kesihatan am yg menyokong lain-lain unit di sesebuah organisasi (spt pejabat kesihatan). Bidang tugas UKA ialah menyelaras aktiviti-aktiviti pendidikan & promosi kesihatan di sesebuah pejabat kesihatan. Cth: Apabila berlaku wabak penyakit UKA mengadakan pameran kesihatan serta mengedarkan bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan kpd orang ramai.
Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM) UKMM berperanan dlm merancang, melaksana, memantau serta menilai program & aktiviti yg berkaitan dgn aspek keselamatan, kualiti & kebersihan makanan. Bertujuan utk lindungi org ramai drp kemudaratan yg berpunca drp kesan buruk pengambilan makanan kpd kesihatan akibat drp pembuatan, pengilangan, penjualan, penyimpanan, penyediaan serta penyajian makanan yg tidak menepati spesifikasi kualiti iaitu selamat, bersih serta berzat. Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM)
Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM) Peranan pegawai UKMM ialah memastikan segala aspek penguatkuasaan yg berkaitan dgn akta & peraturan makanan sentiasa diikuti. ambil contoh / sampel makanan di premis menjual makanan, langkah pencegahan, memantau & mengawasi bahan-bahan makanan tempatan yg dieksport diimport menepati spesifikasi yg ditetapkan serta selamat digunakan oleh pengguna. Unit Kawalan Mutu Makanan (UKMM)
Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) Matlamat utama URKAS utk wujudkan suatu persekitaran sihat & sesuai serta mampu mendatangkan kebaikan kpd kesihatan fizikal & kesihatan mental. Dilakukan dgn mengenal pasti, menaksir & memperbaiki keadaan persekitaran menerusi perlindungan kesihatan, promosi kesihatan serta pencegahan terhadap penyakit-penyakit persekitaran.
Unit Rancangan Kebersihan Alam Sekitar (URKAS) URKAS bertanggungjawab memantau penyediaan kemudahan yg berkaitan dgn sanitasi persekitaran spt bekalan air minuman, pembuangan sampah & tandas. Unit ini juga menjalankan penyeliaan & penyiasatan berkaitan masalah kesihatan awam yg berkaitan dgn alam sekitar spt masalah pencemaran air, tanah & sebagainya.
UNIT RANCANGAN KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR (URKPBV) Unit RKPBV bertanggungjawab ke atas morbiditi & mortaliti penyakit-penyakit bawaan vektor (spt Malaria, Denggi, Filariasis, Japanese Encephalitis, Typhus, Hawar, Penyakit Demam Kuning & Chikungunya)
UNIT RANCANGAN KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR (URKPBV) Objekif Unit RKPBV meliputi:- Mengurangkan kejadian & kematian penyakit bawaan vektor supaya ianya tidak lagi menjadi masalah kesihatan umum Mencegah kejadian penyakit bawaan vektor di kawasan di mana tiada berwabak pada masa ini Mencegah kedatangan semula penyakit Hawar dan mencegah pengimpotan penyakit Demam Kuning
SEKIAN, TERIMA KASIH