Penilaian Polisi @ Analisis Polisi
DEFINISI Penilaian polisi melibatkan Penilaian terhadap kandungan dan proses polisi Penilaian terhadap impak dan kesan polisi
Penilaian Polisi Sering Dianggap Sebagai X Analisis Polisi
ANALISIS POLISI Pemecahan, pengasingan dan pemeriksaan sistematik di dalam usaha untuk menerangkan fenomena atau komponen-komponen suatu polisi. Ia dilakukan untuk menentukan keberkesanan dan juga kecekapan setiap komponen (bahagian) serta tindakan yang terlibat di dalam perjalanan suatu polisi.
Maka, penilaian polisi secara tepat tidak boleh disamakan dengan analisis polisi. Ia adalah sebahagian daripada analisis polisi. Kedua-duanya saling berkait-rapat antara satu sama lain dan memainkan peranan yang penting.
Penilaian Polisi Seringkali disalahanggap sebagai proses terakhir di dalam kitaran pembuatan polisi. Hakikatnya, ia BUKAN merupakan peringkat terakhir di dalam kitaran pembuatan polisi.
Contoh Di dalam proses memilih instrumen polisi yang paling sesuai, ia melibatkan penilaian terhadap pelbagai alternatif instrumen yang dicadangkan oleh pelbagai pemegang taruh.
Penilaian Polisi Pada kebanyakan masa, penilaian polisi tidak dilaksanakan walaupun suatu polisi itu telah digubal untuk sekian lama. Akibatnya: Ia mungkin menyumbang kepada ketidakberkesanan atau kegagalan polisi. Pembaziran waktu dan sumber. Membawa kepada masalah atau isu sampingan/lebih serius.
Kepentingan Lantaran itu, penilaian dan analisis polisi adalah sangat penting. ‘Untuk menyoal sama ada sumber-sumber, material, urusan pentadbiran, dan peranan yang telah ditetapkan bagi setiap projek dan program dapat menjamin kejayaan sesuatu polisi’.
Kepentingan Tahap keberkesanan suatu polisi tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana persekitaran yang sentiasa berubah (dinamik). Terdapat juga limitasi di dalam perlaksanaan polisi kerana ia melibatkan kepentingan dan aktiviti pelbagai agensi dan pemegang taruh. Oleh itu, penilaian berterusan amat perlu untuk memastikan polisi yang sedia ada bersesuaian dengan keadaan dan persekitaran semasa.
Sasaran Polisi dapat dilaksanakan dengan berkesan. Polisi yang digubal sentiasa bersesuaian dengan persekitaran yang sentiasa berubah. Polisi dapat sentiasa memenuhi kehendak, keperluan dan jangkaan aktor-aktor penting polisi. Perlaksanaan polisi adalah selari dengan panduan yang telah ditetapkan.
Analisis Polisi Apabila suatu polisi itu digubal, ia melibatkan pelbagai unit: Sistem Fungsi Proses Fenomena
Kesemua unit atau komponen yang terlibat merupakan perencah yang dapat menerangkan pembentukan, kandungan dan impak sesuatu polisi itu.
Lantas, analisi polisi memerlukan.. Pemecahan dan penyiasatan ke atas setiap unit. Proses ini mirip proses memisahkan pelbagai komponen/unit sebuah jam bagi mendapatkan informasi tentang bagaimana jam tersebut berfungsi.
Jadi, fakta dan maklumat adalah amat penting di dalam menganalisis suautu polisi itu.
Penilaian Polisi Secara Lebih Mendalam Penilaian yang berpandukan matlamat polisi yang telah ditetapkan. Informasi yang diperoleh semasa proses analisis polisi seterusnya dikategorikan, diproses dan menjadi asas kepada proses penilaian polisi. Aktiviti yang berterusan.
Penilaian Polisi Melibatkan perbandingan hasil polisi dengan objektif/matlamat polisi yang telah ditetapkan pada peringkat awal polisi digubal. Memastikan keberkesanan perkhidmatan yang diberikan dan juga keberkesanan segala aktiviti yang telah ditentukan untuk mencapai matlamat/objektif polisi.
Latar belakang sejarah Sistem Polisi ‘Input’ Proces ‘Output’ Keadaan persekitaran Latar belakang sejarah Keperluan Kepentingan Ekspektasi Instrumen Agensi Tugas pentadbiran dan Operasi Produk dan perkhidmatan yang memberi Manafaat umum
Input polisi Keperluan Rakyat Sentiasa berubah dari semasa ke semada. Perlu sentiasa menilai persekitaran semada untuk mengenalpasti keperluan untuk: Memenuhi keperluan positif. Menghalang keperluan negatif.
Polisi biasanya digubal untuk membina persekitaran yang sihat atau menhindar persekitaran yang boleh membawa keburukan kepada manusia sejagat.
Proses governing enabling utilizing operational Melibatkan pelbagai jenis proses governing enabling utilizing operational INPUT OUTPUT
Kesan Polisi Sesuatu polisi itu pasti akan mendatangkan impak ataupun kesan ke atas persekitaran. Kesan tersebut boleh terbahagi kepada dua: Diingini Tidak diingini. Dua perkataan yang sering digunakan untuk menggambarkan kesan polisi adalah: Keberkesanan: Keupayaan polisi untuk proaktif dan mengadaptasi kepada persekitaran yang sentiasa berubah Kecekapan: Penggunaan sumber secara bijak dalam usaha untuk mencapai matlamat.
Hasil Polisi Indikator persekitaran: Kadar jenayah, kadar pengangguran, kadar perceraian, kadar pencapaian pelajar lelaki dan perempuan di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, universiti dan sebagainya.
Hasil polisi 2 ciri utama: Ex ante Ex post
‘Ex Ante’ Penilaian yang melibatkan elemen retrospektif. Menilai polisi yang telah dilaksanakan sebagai panduan untuk mencorak polisi baru yang akan digubal pada masa akan datang. Penilaian sedemikian melibatkan pelbagai persoalan tentang polisi yang sedia ada seperti kewangan, pencapaian objektif, keberkesanan dan kecekapan agensi dan sebagainya.
‘Ex Post’ Penilaian ‘ex post’ mengandungi elemen jangkaan. Cuba menjangkau ke masa hadapan untuk mengenalpasti penyelesaian atau langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul daripada polisi yang sedang dilaksanakan. Penilaian ini dilakukan untuk memastikan pencapaian matlamat polisi. Walau bagaimanapun, membuat jangkaan bukanlah suatu perkara yang mudah.
Peringkat Pembuatan Polisi INPUT PROSES OUTPUT POLISI HASIL POLISI ANALISIS & PENILAIAN HASIL & KESAN ANALISIS & PENILAIAN POLISI ANALISIS & PENILAIAN PROSES ANALISIS & PENILAIAN PRODUK/ PERKHIDMATAN MASA