PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak
Advertisements

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DAN HURAIANNYA
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
Jenis-Jenis Organisasi
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Ini Pilihan Kami.
BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MEMPUNYAI PRESTASI TINGGI ATAU PUNCAK
PRINSIP PENGURUSAN ORGANISASI
PENGENALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Kepuasan Kerja.
EKSPOSITORI KARANGAN EKSPOSITORI.
TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER
Pembelajaran Secara Kontekstual
SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
PERTANDINGAN POWER POINT PENDIDIKAN MORAL
Perkembangan Sosial.
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203)
PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID
Memahami tingkah laku manusia
PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN
BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
Kepuasan Kerja.
Integrasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
TOPIK 2: Kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam KBSR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
MODUL 7 KAUNSELING.
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
Memahami tingkah laku manusia
EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
PSIKOSOSIAL SUKAN Personaliti dan Sukan
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
Career Anchor.
APA ITU KEPENGAKAPAN Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD
KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF
Pandangan terhadap manusia 1
PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN
Pandangan terhadap manusia 1
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DR. NOR AZURA BINTI ADZHARUDDIN
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM
NORDIN TAHIR JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPGM KAMPUS IPOH
Kepuasan Kerja.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
UJIAN PERSONALITI.
HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Masalah tingkahlaku.
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
Career Anchor.
MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
HUBUNGAN MATEMATIK KBSR DENGAN MATEMATIK PRASEKOLAH
BUDAYA ORGANISASI.
PENAMBAHBAIKAN UPSR DAN PMR
KEIBUBAPAAN DAN ANAK REMAJA
Memahami tingkah laku manusia
Pandangan mengenai sifat manusia: 1
PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF
TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
Transcript presentasi:

PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN JABATAN PENGAJIAN BAHASA SGRC 3043 –PENDIDIKAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK KUMPULAN 5 PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK UNTUK PERHATIAN : DR. MARDZELAH BINTI MAKHSIN KETUA KUMPULAN : NORAINI BT ISMAIL

PEMBINAAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI KANAK-KANAK. INTERAKSI KANAK-KANAK DENGAN ALAM SEKELILING. PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI POSITIF. KOMPONEN-KOMPONEN KONSEP KENDIRI DAN PERANAN GURU BAGI MENINGKATKAN KENDIRI POSITIF.

Kumpulan 7 PROSEDUR PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN nama BIL NAMA NO.MATRIKS 1. NORANI BT ISMAIL 210121 2 ZUZANARIAH BT OSMAN 210164 3 FARINA BT OSMAN 210165 4 ZALEHA BT MAT DESA 210204 5 ZAHARINA BT HAMZAH 210482 6 SALMAH BT ISMAIL 210222 Kumpulan 7 PROSEDUR PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN

ISI KANDUNGAN Pengenalan Konsep Kendiri Pembentukan Konsep Kendiri Struktur Konsep Kendiri Jenis Konsep Kendiri Konsep Kendiri Positif Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Positif Konsep Kendiri Negatif Faktor Yang Mempengaruhi Konsep Kendiri Negatif Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif Ciri-ciri Konsep kendiri Negatif Cara-cara membentuk Konsep Kendiri Positif Penutup

PENGENALAN Konsep kendiri setiap individu berbeza antara satu sama lain. Kita mempunyai satu kendiri benar atau kendiri tulen “jadi anda sahaja”. Kendiri kita ada yang disukai atau sebaliknya.

KONSEP KENDIRI Pengertian: Ditakrifkan sebagai persepsi tentang diri sendiri dan merangkumi gambaran tentang rupa, kesihatan, kelemahan, kekuatan dan tingkah laku kendiri seseorang individu. Dibentuk hasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan penyesuaian diri dengan alam sekitar.

KONSEP KENDIRI Penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama secara positif atau negatif. Harter (1983) dalam buku personaliti ‘Becoming a Person’: konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya.

KONSEP KENDIRI Rogers (1951): konsep kendiri terdiri daripada gabungan antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya sendiri seperti rajah berikut:

KONSEP KENDIRI KENDIRI Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya Penilaian individu dan persepsi orang lain terhadap dirinya Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya KENDIRI Penilaian orang lain akan diri individu

pembentukan KONSEP KENDIRI H.W.Marsh dan R.J. Shavelson (1985); pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Terbahagi kepada 3 bahagian dalam bidang yang berbeza, iaitu: Inggeris Matematik Non-akademik

struktur KONSEP KENDIRI Konsep kendiri terdiri daripada 4 struktur utama. Elemen-elemen ini berkait rapat antara satu sama lain. Elemen tersebut ialah: Konsep kendiri positif Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif Konsep kendiri negatif Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif

KONSEP KENDIRI Penyesuaian yang berjaya konsep kendiri positif Penyesuaian yang gagal konsep kendiri negatif

jenis konsep kendiri Positif Negatif

konsep kendiri positif Seseorang yang dikaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri positif. Mereka sentiasa mendapat layanan dan perhatian yang baik daripada ibu bapa, keluarga, guru, rakan dan orang persekitarannya. Sentiasa lebih banyak berjaya berbanding kegagalan. Sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi.

faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif Sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga. Tidak akan merasa kekurangan atau kekosongan. Sentiasa dihargai dan merasakan ada orang bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Persekitaran keluarga yang stabil dan harmoni. Keluarga ceria membuatkan ahli keluarga berasa selamat dan gembira.

faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif Sentiasa mendapat pengiktirafan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Mereka sentiasa riang dan gembira kerana membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayainya dan yakin dengan kebolehannya. Keyakinan yang tinggi dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri positif. Seseorang akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa berasa takut mengalamin kegagalan.

konsep kendiri negatif Individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan dalam apa bidang sekali pun. Sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk dan perasaannya mudah tersinggung. Individu ini sering dimarahi, dikritik sama ada daripada ibu bapa, guru, rakan atau sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Individu berkenaan akan berasa dirinya mempunyai keyakinan yang rendah. Kesannya individu akan menjadi pasif dan suka melakukan kerja-kerja mudah dan senang untuk menjamin kejayaannya.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI NEgatif Kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Suasana keluarga yang kucar kacir. Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah. Aspek fizikal yang tidak sempurna, misalnya kecacatan yang dimiliki dirasakan menjadi penghalang kepadanya.

ciri-ciri murid yang meMpunyai konsep kendiri positif Mengalami lebih kejayaan daripada kegagalan Sering mendapat pujian, gembira, yakin & percaya Dapat menghadapi masalah & cabaran dengan tabah Optimistik, terbuka, sedia menerima kritikan orang lain Lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain & senang dihampiri Mempunyai emosi stabil Dapat kasih sayang, perhatian ibu bapa, guru & rakan yang lain

ciri-ciri murid yang meMpunyai konsep kendiri negatif Sentiasa mengalami kegagalan akademik/kokurikulum. Selalu dikritik oleh guru, rakan dan ibu bapa. Emosi tidak stabil (mudah tersinggung & merajuk). Kurang diterima oleh rakan.

ciri-ciri murid yang meMpunyai konsep kendiri negatif Keyakinan diri rendah, pasif, menarik diri dari bersosialisasi. Suka bermain dengan individu yang lebih muda. Mempunyai daya intelek yang rendah. Kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Gemar membuat kerja mudah, tiada cabaran.

cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif Guru perlu menjaga konsep kendiri murid-muridnya. Perlu mengembangkan potensi yang sedia ada dalam murid- murid sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Guru tidak boleh membandingkan murid-murid kerana setiap murid adalah berbeza dan unik. Guru mesti pandai menggunakan penilaian fleksibel kerana prestasi akademik murid-murid sentiasa berubah. Tidak boleh melabel seperti memanggil murid-muridnya ‘bodoh’ atau ‘lambat’ kerana bimbang lambat laun murid- murid tersebut akan mempercayai bahawa mereka betul- betul bodoh.

cara guru membantu pembentukan konsep kendiri positif Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran murid-murid. Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan dalam proses pembelajaran. Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka. Menerima murid-murid sebagai dirinya. menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya. Memberi peluang kepada murid-murid untuk memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Memupuk nilai-nilai murni.

kesimpulan Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Semakin banyak bergaul, pengalamannya juga bertambah. Seseorang yang memiliki konsep kendiri yang baik akan membantunya menuju ke arah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Konsep kendiri perlu ditingkatkan agar murid dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang.

RUJUKAN Atan Long. (1978). Psaikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Shah Alam : Fajar Bakti.  Ishak Alishah Ahmad . (2002). Panduan Pengajaran Tematik Prasekolah. Selangor : Aras Mega (M) Sdn Bhd . Modul PRA 3107. PAKK 2. Program Pensiswazahan Guru (PPG). IPG Kampus Darulaman. Jitra. Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993. Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia : Kementerian Pelajaraan Malaysia. Kuala Lumpur .  

Sekian Persembahan Kami