UNIT 10 KOMUNIKASI SATWA DAN KOMUNIKASI MANUSIA.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Irvan Loekito Andrew Justin Christine Triana Sera Marshella FC
Advertisements

ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS
ILMU PENGETAHUAN ALAM Referensi Glosarium Evaluasi Latihan Materi
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
10 CARA MEMBACA PIKIRAN ORANG LAIN By FEBRIANA SYAFITRI
- FIRST AID - PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN
MINGGU 15 KOMUNIKASI BISNIS Pokok Bahasan:
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
MATAPELAJARAN KEMAHIRAN INSANIAH
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Pengertian Tatabahasa,
KEINGINAN MEMBUNUH DIRI
DI SEDIAKAN OLEH: SM (PA) ZAMRI BIN MAJID
a)INDUKSI SET/SET INDUKSI
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
PENDIDIKAN KESIHATAN KANSER PAYUDARA
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
Ini Pilihan Kami.
MENU Tutup KONSEP BENTUK PENGUCAPAN AWAM TUJUAN CARA PROSES PENUTUP.
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI (Ujian Kecergasan)
Jenis-jenis Wacana Lisan
EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Teori-teori Hubungan Etnik
UJIAN LISAN BAHASA MELAYU
Tidak Sedarkan Diri (Pengsan)
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
BAB 11 Keracunan.
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Memahami tingkah laku manusia
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
KOMUNIKASI.
Konsep-Konsep Penulisan Skrip dan Hubungannya dengan Media Elektronik dan Filem MODUL 2.
BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Kpt. (KRS) Rohaidah Bakar
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM KUMPULAN KECIL
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
Memahami tingkah laku manusia
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
Memahami tingkah laku manusia
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR)
Asas Psikologi & Kaunseling
Dr. nor azura binti adzharuddin
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
Jenis-jenis Wacana Lisan
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
Interaksi Dalam Bilik Darjah
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
PEMBANGUNAN KELUARGA III
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan (Bab 1)
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Elemen Pengajaran yang Baik
Konseling gizi. Gema didalam/gaung/pantulan bunyi ◦ Gema adalah pikiran yang mungkin kita miliki ketika kita mendengarkan orang lain. ◦ Meskipun kita.
KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.
Memahami tingkah laku manusia
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

UNIT 10 KOMUNIKASI SATWA DAN KOMUNIKASI MANUSIA

Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > definisi dan teori komunikasi satwa dan manusia > komunikasi satwa > komunikasi manusia

PENGENALAN Dalam konteks ini, bahasa bermaksud komunikasi. Komunikasi ialah proses menghantarkan dan menerima mesej, berkongsi dan bertukar idea, maklumat dan perasaan Melalui komunikasi, manusia dan satwa dapat memahami mesej antara satu dengan yang lain Komunikasi juga merupakan satu peroses, iaitu sesuatu mesej dipindahkan daripada satu punca (P1) kepada punca yang lain (P2) Idea, pemikiran, nilai, sikap, dan sebagainya disalurkan, dipindahkan atau dikongsi daripada satu objek kepada objek yang lain, atau proses dalam diri objek itu sendiri Komunikasi ialah sebarang jenis kefahaman yang dijelmakan daripada suatu interaksi atau perilaku. Interaksi itu diklasifikasikan sebagai proses komunikasi

DEFINISI KOMUNIKASI Set seni yang menyalurkan maklumat, idea dan sikap, daripada satu objek kepada objek yang lain Satu proses untuk mengongsi suatu orientasi terhadap set tanda maklumat, iaitu proses pengeluaran sesuatu dalam fikiran/perasaan dan menyampaikannya kepada pihak lain Apa-apa sahaja proses perkongsian maklumat, idea dan perasaan Satu proses pertukaran idea, gerak isyarat, atau simbol untuk memberikan maklumat, mempengaruhi tingkah laku, memujuk atau mengubah keadaan fizikal dan mental Satu proses berterusan yang melibatkan perpindahan maklumat daripada P1 kepada P2 dan responsnya

DEFINISI KOMUNIKASI Sesuatu yang dilakukan dengan persetujuan anggota masyarakatnya Komunikasi mempunyai tiga tahap, iaitu: > pemerhatian: proses perhubungan terasing yang memberikan gambaran komunikasi secara umum > tujuan: P1 memancarkan mesej kepada P2 secara sedar untuk mempengaruhi perilaku P2 berdasarkan tujuan tertentu > pertimbangan normatif: komunikasi sebagai pertukaran sesuatu idea secara verbal

DEFINISI KOMUNIKASI Satu proses perkongsian makna yang terdapat dalam idea dan perasaan melalui penggunaan simbol, sama ada lisan, bahasa badan, tulisan, atau simbol lain dengan harapan wujudnya pengertian Rumusannya: > Komunikasi itu sesuatu yang luas, mempunyai tujuan dan kesan > Proses komunikasi adalah kompleks dan berobah mengikut situasi > Komunikasi bukanlah persoalan ya atau tidak atau hitam atau putih, tetapi berada dalam suatu kontinum yang wujud antara definisi yang luas, tidak bertujuan dan tidak mempunyai apa- apa kesan

TEORI Terdapat dua teori yang membincangkan bahasa manusia dan bahasa satwa, iaitu Teori Pertalian dan Teori Penamatan Teori Pertalian: Bahasa manusia berkembang secara beransur-ansur daripada komunikasi satwa yang lebih primitif, iaitu bahasa tumbuh daripada sistem panggilan sejenis primat Pada mulanya, manusia menggunakan set panggilan mudah, seperti bahaya!, ikut saya, jangan ganggu… Panggilan itu beransur-ansur panjang, dan akhirnya berkembang menjadi bahasa Teori Penamatan: Bahasa manusia berbeda daripada komunikasi yang diwarisi satwa. Bahasanya amat terhad, tiada masa lalu, kini dan akan datang. Komunikasi lebih kepada penampilan kesakitan,kegembiraan, keberbahayaan…

KOMUNIKASI SATWA Komunikasi satwa berasaskan bunyi, penglihatan dan aroma. Bunyi merupakan cara komunikasi terbaik di daratan atau di lautan Satwa juga seperti manusia, berhubung dengan ahli keluarga dan yang lain daripada spesies yang sama atau berbeda di dunia persekitarannya Bentuk komunikasi yang tepat akan menjamin keselamatan satwa berkenaan Kebanyakan satwa tinggal dalam kawasan tertentu yang dapat memberikan makanan dan perlindungan daripada bahaya Kebanyakannya mempunyai isyarat tampak untuk berhubung, yang berkesan hanya dalam jarak dekat Tujuan komunikasi satwa lebih kepada makanan, keselamatan, penyamaran, pembiakan, dan sebagainya

KOMUNIKASI SATWA lebah: Dalam komuniti lebah biasa (apis mellifera), tarian merupakan alat istimewa untuk menentukan arah sumber makanan, bilangan lebah yang diperlukan untuk memindahkan makanan, dan sebagainya Tarian lebah betujuan untuk menyampaikan maklumat tentang orientasi dan lokasi sesuatu sumber makanan Bilangan lebah yang terlibat, bergantung pada kepekatan dan jumlah madu, dan bilangan lebah lain yang telah menemukan madu itu sebelumnya. Bilangannya tidak akan melampaui had yang boleh ditanggung oleh sumber madu berkenaan Lebah tidak menari semasa terbang. Ia hanya berjalan atau berlari atas permukaan sarang yang gelap, yang meliputi satu kawasan kecil

KOMUNIKASI SATWA Tarian bulat (round dance): Tarian ini digunakan sebagai perhubungan untuk menunjukkan sumber makanan pada jarak dekat (15 – 25 meter) Lebah yang menemukan sumber madu akan pulang ke sarang, dan menyerahkan sampel madu itu kepada lebah lain yang sedia menunggu. Lebah yang sebaya bukan hanya menerima madu tetapi mengikutinya dari belakang kerana tarikan aromanya Lebah pemungut itu akan menarikan tarian bulat, iaitu menari-nari anak dalam satu bulatan kecil, pusing ke hadapan dan ke belakang pada arah yang bertentangan selepas setiap dua pusingan Lebah yang mengikut dari belakang akan tersentuh dengannya, dan akan mengetahui maklumat sumber makanan yang disampaikan. Selepas membersihkan dirinya, dan membawa sedikit makanan, lebah itu terbang dengan diikuti oleh lebah lain ke tempat sumber madu yang ditemukan itu

KOMUNIKASI SATWA Bersumberkan aroma madu yang berhampiran yang dipadankan pula dengan aroma yang dibawa oleh lebah pemungut, lebah itu berjaya menemukan kedudukan sebenar sumber madu, dan kerja memunggah madu berjalan dengan lancar Tarian akan terjadi jika terdapat sumber makanan yang banyak dan berkualiti (kandungan gula tinggi), dan belum disentuh oleh komuniti lebah yang lain Semakin berkualiti (kepekatan dan gula) dan banyak sumber madu itu, semakin banyak tarian. Lebih pantas dan lebih lama tarian itu. Ini akan menyebabkan lebih banyak lebah menuju ke tempat sumber madu itu

KOMUNIKASI SATWA

KOMUNIKASI SATWA Tarian Gelek (tail-wagging dance): Tarian ini untuk memberikan maklumat tentang jarak sumber makanan yang jauh daripada sarang. Tarian ini lebih baik daripada tarian bulat, dengan kemudahan interaksi dan panduan aromanya yang lebih baik Tarian ini membolehkan kiriman maklumat kimia, dan mempunyai kawalan yang sama tentang kepekatan, banyak dan penggunaan makanan seperti tarian bulat Seekor lebah boleh terbang beberapa batu daripada sarang dan berjaya menemukan sumber makanan yang diberitahu kepadanya. Jarak biasa antara 85 – 100 Meter

KOMUNIKASI SATWA Tarian ini berbentuk seperti angka lapan, yang terdiri daripada satu garisan lurus yang pendek. Lebah itu berpusing ke satu arah dan kembali semula dalam separuh bulatan kepada titik permulaan, diikuti dengan pengulangan larian separuh bulatan keduanya pada sebelah yang lain Larian lurus ini menggambarkan lebah itu menggoncangkan bahagian abdomennya (perut) dengan kuat dari sebelah ke sebelah yang lain. Satu bunyi dengungan dihasilkan, akibat daripada pergerakan otot semasa penerbangan Tarian gelek ini akan diulangi pada tempat yang sama atau berlainan, yang akan mengarah lebah lain mengikutinya ke sumber makanan yang ditemukan, dan tarian akan dinerhentikan oleh satu bunyi kecil yang dihasilkan oleh lebah yang mengikutinya “meminta” contoh makanan

KOMUNIKASI SATWA

KOMUNIKASI SATWA Penanda arah sumber makanan: Penanda arah ini adalah penting. Lebah pekerja selalunya menari atas permukaan datar sebelah luar sarang Jika tarian itu menegak semasa langit cerah, bentuk tarian lurus dalam tarian gelek mengarah kepada sumber makanan. Lebah itu menetapkan sudut yang sama ke atas sumber makanan berbanding dengan matahari semasa terbang ke arah makanan. Jika cuaca gelap, tarian menjadi tidak teratur untuk menunjukkan arah Lebah penari akan menggelekkan abdomennya bergantung pada arah makanan. Gelekan lurus ke atas bermakna, terbang ke arah martahari atau 180 ̊daripada matahari, dan 30 ̊ke kiri daripada gelekan lurus ke atas bermakna terbang 30 ̊ ke kiri arah menghadap matahari

KOMUNIKASI SATWA

KOMUNIKASI SATWA Yang menarik, tarian dalam komuniti lebah bukan sahaja untuk menunjukkan tempat makanan, tetapi juga perkara lain, seperti petunjuk sumber air, pengangkutan untuk membuat sarang dan menentukan lokasi terbaik untuik sarang Kerja pengangkutan dapat dilakukan oleh seekor atau sekumpulan lebah, dan lebah itu tahu jalan kembali berdasarkan tanda sinaran matahari dan aroma sumber Lebah juga mengetahui apa yang patut dibuat, seperti jumlah makanan yang perlu dibawa untuk sampai ke tempat sumber yang ditemukan, iaitu untuk jarak 5 meter: 0.78 milligram, 500 meter: 1.61, 1000 meter: 2.20 dann 1500 meter: 4.13 Lebah ialah satu komuniti serangga yang sangat maju jika dibandingkan dengan serangga yang lain. Pemberitahuan dan penghantaran maklumat tentang lokasi sumber makanan dibuat dengan tepat

KOMUNIKASI SATWA Burung: Burung ialah sejenis vertebrat yang termasuk dalam golongan kelas Aves. Binatang ini berbulu, berkaki, bersayap dan biasanya boleh terbang Burung (jantan atau betina) menghasilkan bunyi yang mudah dan pendek. Bunyi berlagu hanya dihasilkan oleh burung jantan pada musim mengawan Panggilan burung merupakan pentelarasan kelakuan ahli dalam sesuatu spesies, iaitu untuk anak burung, kelompok burung dan pengawannya. Panggilan ini berlaku dalam satu situasi yang merangkumi pemakanan, kekelompokan, migrasi dan respons terhadap pemangsa Antara panggilan burung yang popular ialah panggilan kesukaan, kedukaan, kewilayahan, kecemasan, kesarangan, pemakanan, penyerangan dan penerbangan

KOMUNIKASI SATWA Panggilan burung mempunyai kesan serta merta ke atas kelakuan burung yang lain. Panggilan mempunyai kecenderungan untuk berkelakuan dalam suatu keadaan dan memindahkan suatu maklumat kepada yang lain, yang dapat mengubah kelakuannya Variasi dalam panggilan, keamatan suara atau bentuk pengantaran menggambarkan pertukaran motivasi yang akan dihantar kepada burung yang lain Sesuatu panggilan bermaksud untuk memindahkan maklumat untuk mengesan kehadiran burung daripada pelbagai spesies. Panggilan itu akan diberikan respons oleh burung yang lain Burung camar misalnya, mmempunyai tiga segmen corak panggilan, yang berbeda frekuensi dan masa

KOMUNIKASI SATWA

KOMUNIKASI SATWA Bunyi tertentu juga berlaku antara pasangan burung yang mengawan dalam kitaran pembiakan. Setiap pasangan mempunyai corak panggilan yang berbeda dengan pasangan yang lain Lagu burung membawa dua jenis maklumat, iaitu pengenalan burung itu, dan spesies burung yang berlagu. Aktiviti berlagu berkait dengan pembiakan. Misalnya, burung belatuk bergendang membunyikan lagu instrumental Umumnya, lagu digunakan oleh burung jantan untuk mendapatkan wilayah, dan menarik perhatian burung betina untuk mengawan, merapatkan hubungan pasangan, dan menolak kehadiran jantan yang lain

KOMUNIKASI SATWA

KOMUNIKASI SATWA Tiada burung yang mengeluarkan bunyi yang seakan-akan sama. Setiap burung dalam suatu populasi mempunyai lagu tertentu, seolah-olah menjadi milik mutlak spesies itu Struktur lagu adalah sama sepanjang musim pembiakan. Ini akan memberikan peluang kepada burung lain mempelajari isyarat bunyi itu, dan akhirnya mengenali burung jantan itu sebagai jaguh dalam suatu komuniti Terdapat juga burung yang mengeluarkan bunyi seolah-olah cedera untuk menipu musuh dan menyelamatkan anaknya, seperti burung kedidi biji nangka yang berpura-pura cedera di kepala dan bergerak jauh daripada sarangnya

KOMUNIKASI SATWA

KOMUNIKASI SATWA Burung membuat peragaan dengan menggunakan suara dan gerakan tubuh. Ini dilakukan untuk menyatakan rasa takut, berkumpul, membela kawasan atau manarik pasangan Di kawasan berpokok, kebanyakan burung menyanyikan lagu yang rumit dari tempatnya bertenggek. Di hutan tropika, burung berseru nyaring dan menggunakan warna cerah untuk menarik perhatian Kalkun jantan mengembangkan bulunya yang berwarna merah di hadapan betina. Cenderawasih jantan menggeletarkan bulunya, dan menari di hadapan betina yang warnanya polos. Ruf jantan memperagakan dirinya dalam kelompok sambil berkeliling, dengan bulu lehernya tegak. Camar jantan memberikan ikan sebagai hadiah untuk pasangannya Bangau menari dan membongkok kepada betina, lalu melompat sambil berseru seperti terompet, sehingga betina turut menari. Merak jantan mengembangkan ekornya yang besar, berkilauan seperti warna pelangi untuk menarik pasangannya

KOMUNIKASI SATWA Krustasea: Jenis satwa kecil yang mempunyai cengkerang luar yang keras, dan sebahagian besar hidupnya tinggal dalam air, seperti ketam dan udang Krustasea mempunyai empat cara komunikasi, iaitu secara kimia, mekanikal, akustik dan visual Penggunaan kimia ialah cara komunikasi paling asas untuk kumpulan ini. Signal kimia ini amat penting dalam pembiakan. Misalnya, ketam betina akan mengeluarkan bahan kimia melalui kencingnya untuk menarik perhatian ketam jantan Bahan kimia ini juga membantu anak ketam dan udang menjadi lebih aktif dalam pembesaran dan pergubungan dalam kelompoknya

KOMUNIKASI SATWA Secara mekanikal bermaksud penggunaan rangsangan sentuhan melalui antena untuk perhubungan, pembiakan dan perlawanan Apabila bertemu, krustasea ini akan menggerakkan kaki seolah-olah melambai. Air berkocak, dan ini akan menentukan keadaan berbahaya atau aman Secara akustik melibatkan bunyi yang berbeda. Setiap kumpulan mempunyai dua – tiga bunyi yang berbeda melalui gesekan antena ataupun antena dengan benda keras yang lain Organ penerimaan bunyi terdapat pada persambungan bahagian kakinya. Bunyi ini juga dapat menentukan keadaan bahaya, dan sebagai alat perhubungan dalam kumpulan Cara visual bermaksud pengeluaran cahaya melalui struktur organ yang menyerupai mata dengan kanta dan lapisan pembalikan cahaya

KOMUNIKASI SATWA Anai-anai: Anai-anai melakukan proses trofolaksisi, iaitu bertukar bahan makanan antara satu dengan lain Anai-anai juga menyampaikan maklumat tentang sumber makanan atau keadaan bahaya melalui sejenis bahan kimia yang disebut feromon. Semasa mencari makanan, anai-anai akan meletakkan feromon sebagai panduan untuknya pulang ke sarang. Hak ini juga berlaku pada semut dan kerengga. Sebab itulah anai-anai, semut dan kerengga bergerak dalam satu deretan Jika bertemu dengan sumber makanan, anak-anak ini akan meletakkan rintisan yang lebih kuat untuk menarik perhatian anai-anai lain. Makanan tidak diangkut seperti semut, tetapi disimpan dalam tembolok sebelun dicernakan

KOMUNIKASI SATWA Apabila tiba di sarang, makanan yang dibawa itu akan diberikan kepada anai-anai lain dengan cara mulut ke mulut (stomodeum) atau anus ke mulut (protodeum). Pemberian cara ini penting supaya mikrofuana dimasukkan kepada anai-anai yang meningkat dewasa untuk tujuanpencernaan Kodok mempunyai lidah panjang yang berlendir untuk memerangkap serangga kecil sebagai makanan. Lidah berlekatan pada dasar mulut di bahagian lantai farinks. Cairan lekit akan menyebabkan mangsa terlekat pada lidah, yang kemudiannya ditarik dengan cepat untuk membawa mangsa ke dalam rongga mulut Kodok mempunyai membran timpanum sebagai organ pendengaran. Dalam saluran pernafasannya terdapat pita suara, dan getarannya dapat mewujudkan bunyi yang kuat untuk menarik perhatian betina Bunyi kodok selalunya untuk maksud pengawanan, dan pemberitahuan kehadirannya di wilayah itu

KOMUNIKASI SATWA Labah-labah jala mengayam jaringnya pada waktu malam. Saiz jaringnya kecil, sebesar setem. Labah-labah ini akan memegang jaring dengan kakinya sambil menunggu mangsanya dengan sabar Apabila mangsanya datang, labah-labah ini akan menarik jaring itu menjadi enam kali lebih besar, dan melemparkannya kepada mangsa tersebut untuk memerangkapnya Labah-labah sutera membuat sarang daripada benang sutera, dan meletakkan setitik pelekat pada hujungnya. Apabila mangsanya datang, labah-labah ini akan melemparkan gulungan benang untuk menangkapnya

KOMUNIKASI SATWA Ikan lumba-lumba: Ikan ini mempunyai otak yang seimbang dengan badannya, seperti manusia, dan menggunakan bunyi vokal untuk berkomunikasi sesamanya Contohnya, bunyi klik untuk mengetahui dengan tepat lokasi objek yang menghalang pergerakannya. Bunyi itu berkait rapat dengan emosi ikan lumba-lumba Bunyi siulan bernada tinggi kemudian turun merendah menunjukkan bahawa ikan itu meminta pertolongan kerana dalam bahaya, atau memanggil lawan jenisnya untuk keperluan biologi Gelombang bunyi ikan lumba-lumba ini dapat bergerak dengan cepat dalam air, dan dapat dikesan dengan segera oleh ikan lumba-lumba yang lain, walaupun dalam jarak yang jauh bergantung pada arus aliran air

KOMUNIKASI SATWA Monyet berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi amaran yang berlainan untuk pemangsa yang berlainan. Contohnya, amaran apabila ada helang, membuatkan monyet mendongak ke atas. Bunyi amaran apabila ada harimau bintang, monyet akan memanjat pokok, dan bunyi amaran tentang bahaya ular akan menyebabkan monyet memandang ke bawah Monyet Vervet mempunyai beberapa panggilan amaran: Chutter: menandakan kehadiran ular beludak dan ular tedung Rraup: amaran kehadiran helang Chrip: amaran kehadiran harimau atau singa Uh!: kehadiran puak masai

KOMUNIKASI SATWA Cicak Chuckwalla: cicak besar berkepala raksasa. Pergerakannya sangat gesit, dan suaranya mempunyai ciri khusus. Cicak ini melepaskan sejenis cairan daripada poriparinya untuk menarik lawan jenis. Yang jantan memiliki panggilan tertentu, yang terdengar seperti to kay untuk menandakan kehadiran dan area kekuasaannya Apabila diserang, cicak ini akan lari ke celah batu, dan mengepam badannya hingga kembung dan tidak dapat ditarik keluar. Ekornya dapat diputuskan serta merta jika ditangkap musuh, dan dengan cepat tumbuh kembali Ekornya memiliki banyak fungsi, seperti untuk menyeimbangi berat badan, menjadi tangki bahan bakar untuk menyimpan lemak, dan sebagai komuflase uintuk membuatkannya menghilang

KOMUNIKASI SATWA Skunk akan meninggikan ekornya, dan melengkapkan badan dalam gaya yang mengancam. Satwa ini akan memancutkan cecair berbau busuk daripada kelenjarnya, dan menyakitkan kulit Tebuan dan serangga lain yang bersengat menyuntik racun dalam tubuh mangsanya. Kebanyakan serangga jenis ini berwarna terang, yang merupakan satu bentuk mekanisme pertahanan diri, kerana satwa lain memahami bahawa terang menandakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Oleh itu, pemangsa akan cuba menjauhinya Landak dan tenggiling melindungi diri dengan kulit luar yang berduri. Apabila diserang, satwa ini akan menggulingkan diri seperti bola, dan durinya sahaja yang kelihatan

KOMUNIKASI SATWA Ikan elektrik mempunyai kumpulan otot khas, yang berupaya menghasilkan arus elektrik, dan mengenakan renjatan elektrik kepada organisme yang menghampirinya Ikan buntal akan menelan air hingga badannya kelihatan dua kali ganda daripada saiz biasa apabila berasa dirinya terancam. Duri di badannya akan tercacak serta menakutkan musuh Biawak berambi Australia cuba menakutkan penyerangnya dengan mendesir dan mengembangkan kolar lehernya untuk membuatkannya kelihatan besar dan garang Cicak Australia menakutkan musuh dengan mengembangkan lipatan kulit leher yang menjadikannya kelihatan menggerunkan

KOMUNIKASI SATWA Kupu-kupu mempunyai bintik mata besar yang menyerupai mata pada kepak untuk menipu pemangsa yang menganggap mata itu kepunyaan satwa yang lebih besar Lebah dan tebuan yang bersengat mempunyai badan berbulu yang kelihatan jijik untuk dimakan oleh pemangsa Kacung mempunyai warna yang serupa dengan warna bunga yang dihinggapinya. Hingga mangsanya, yang hinggap di bunga tidak menyedari kehadirannya Kumbang, kupu-kupu dan lalat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyerang dengan kelihatan bersengat, walaupun satwa tersebut tidak mempunyai sengat, atau sebarang bentuk pertahanan yang lain

KOMUNIKASI SATWA Posum dewasa (sejenis tupai) akan membantu anggota yang lebih muda membuat sarang, hingga dapat membentuk wilayahnya sendiri. Yang dewasa akan mengajar yang muda membentuk identifikasi sosial dalam kumpulannya Setiap Posum memberikan tanda wilayahnya dengan air liur dan aroma daripada kelenjar pada dahi dan dadanya Wilayahnya bersifat eksklusif, dan tertutup daripada pihak lain. Oleh itu, kumpulan posum sering juga bertelingkah untuk mempertahankan wilayah masing-masing Musang cuscus berbunyi kuat sambil mengeluarkan aroma busuk apabila diserang. Ini menyebabkan pemangsanya hilang minat untuk meneruskan serangan

KOMUNIKASI SATWA Beruang matahari mengeluarkan bunyi seperti berdengus. Nafasnya turun naik dengan kuat. Beruang itu juga akan meniarap sambil menjelirkan lidahnya, dan mulutnya pula akan dipenuhi buih untuk menakutkan musuh Ular mempunyai corak yang disesuaikan dengan pasir dan rumput. Biasanya ular akan melindungi dirinya dengan bergulung terlentang dengan mulutnya ternganga. Jila ditelengkupkan, ia akan melentang semua supaya musuhnya menyangka ia sudah mati Jika ular mendesis, mata melebar dan kepala naik, mungkin ular itu sedang agresif. Kalau ini terjadi, jangan bergerak tiba-tiba, cukup perlahan-lahan sahaja Belalang ranting melindungi diri dengan menyerupai ranting pokok. Dengan itu kehadirannya tidak dapat dikesan oleh pemangsa

KOMUNIKASI SATWA Mengkarung menakutkan pemangsa dengan cara menyedut udara, sehingga badannya menjadi kembung dan kelihatan lebih besar. Tengkuknya juga mengembang untuk menakutkan pemangsa Wildebeest menjaga keselamatan dengan bergerak dalam kumpulan yang besar. Satwa ini sentiasa berjaga-jaga daripada musuh ketika sedang makan rumput di savana, dan acapkali mengangkat kepala untuk melihat sekeliling Apabila diserang, satwa ini akan lari bertempiaran, berpusing-pusing dan menendang untuk mengelirukan dan menjatuhkannya Burung emu dan kasuari tidak dapat terbang kerana saiznya yang besar. Kakinya besar dan sangat kuat. Ia melepaskan diri daripada pemangsa dengan berlari cepat dan menggunakan kakinya sebagai senjata untuk mempertahankan diri

KOMUNIKASI SATWA Buaya jantan yang besar akan menonjolkan dirinya sebagai penguasa wilayah dengan berenang mundar-mandir dan kerap timbul di permukaan air. Jika ada buaya jantan lain yang masuk ke wilayahnya, ia akan mnengangkat kepalanya sambal menganga mulut, dan berenang ke arah buaya pendatang Kepalanya akan dijatuhkan tiba-tiba, dan mulutnya ditutup dengan pantas. Perilaku buaya itu akan mewujudkan bunyi deburan yang kuat. Perkelahiran berlaku. Yang lemah akan kalah, dan berundur Buaya juga mengeluarkan bunyi melalui getaran otot di tengah belakangnya. Bunyi seperti meneran dikeluarkan dengan menekan udara keluar daripada tubuh melalui mulut Buaya betina bebas memasuki mana-mana wilayah.Buaya betina yang menenggelamkan bahagian kepala dan ekor, sedangkan badannya timbul menandakan bahawa ia sudah bersedia untuk mengawan

KOMUNIKASI SATWA Rama-rama betina mampu mengeluarkan aroma yang kuat untuk menarik perhatian rama-rama jantan yang jauhnya 10 KM Belalang jantan menghasilkan bunyi dengan menggesekkan kaki dengan urat yang paling tebal di bahagian luar sayap. Setiap belalang boleh menghasilkan bunyi yang berbeda Lebih cepat gesekan, lebih kuat bunyi kedengaran. Gesekan perlahan menghasilkan bunyi seperti dengungan lebah. Tujuannya, untuk menarik perhatian belalang betina. Belalang betina berbunyi hanya untuk menakutkan musuh Cengkerik memanggil cengkerik lain dengan cara menggesekkan kaki dengan badannya. Yang jantan akan menghayunkan kakinya dalam pelbagai cara sambil menghasilkan bunyi dengan menggesekkan bahagian atas sayap untuk menarik perhatian betina

KOMUNIKASI MANUSIA DAN SATWA Komunikasi berlaku apabila sesuatu organisme (P1) menghantarkan maklumat dalam bentuk isyarat kepada organisme lain (P2) P2 mentafsirkan dan merespons isyarat berkenaan. Contoh: > lebah pulang ke sarang memberikan maklumat tentang jarak sumber makanan dalam bentuk isyarat (tarian) yang diterima lebah lain dan merespons maklumat berkenaan > Monyet menerima maklumat tentang ancaman pemangsa melalui bunyi amaran yang berbeda. Isyarat itu diterima oleh monyet lain, dan meresponsnya

KOMUNIKASI MANUSIA DAN SATWA Lakuan komunikatif manusia dan satwa dapat dianalisis melalui sumber yang berikut: > P1 memberikan maklumat dalam bentuk isyarat > Bentuk fizikal penghantaran isyarat > P2 mentafsirkan isyarat untuk mendapatkan maklumat yang sahih

KOMUNIKASI MANUSIA Fungsi utama bahasa ialah untuk berkomunikasi, iaitu penyampaian mesej atau makna daripada P1 kepada (P2). Komunikasi akan berlaku jika ada makna untuk disampaikan Persoalan yang wujud ialah apakah makna itu?, dari mana sumbernya?, dan bagaimanakah penyampaian dan penerimaannya? Sumber makna ada dalam minda P1 dan P2. Makna yang mahu disampaikan, mungkin dalam bentuk perasaan, keinginan, pengetahuan, peringatan dan pendapat, yang dialihkan daripada bentuk alat atau media penyampaian dalam minda P1

KOMUNIKASI MANUSIA Penyampaian mungkin dalam pelbagai bentuk, seperti: > isyarat bukan lisan: gerakan badan (jari, tangan, kepala, mata) > bunyi bukan bahasa: ketawa, dehem, batuk… > jarak P2 daripada P1 > isyarat ekstralinguistik: cara berpakaian, tanda pangkat, atau penggunaan mekap (alat solek: bedak, gincu…) Bentuk penyampaian makna terdapat dalam sistem isyarat yang disebut bahasa, sama ada ujaran atau tulisan

KOMUNIKASI MANUSIA Bentuk penyampaian makna dalam komunikasi manusia bergantung pada ciri bahasa manusia itu sendiri Saluran auditori pertuturan: Ciri yang paling jelas, bahasa itu ialah bunyi, iaitu bunyi yang dibentuk melalui alat pertuturan dan mekanisme pendengaran Bunyi ujaran terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan ayat Semua itu (kecuali fonem) ialah unit linguistik yang mempunyai makna

KOMUNIKASI MANUSIA Prosodi: Satu penggalan dalam pertuturan kontinum seperti nada, kelantangan dan irama Prosodi mengandung rentak, jeda dan intonasi dalam ujaran, yang kedudukan dan fungsinya ditetapkan secara linguistik Kedudukan jeda (hentian pendek) dalam ujaran dapat mempengaruhi bentuk kata dan makna. Contoh: > pengantin baharu (frasa) > pengantin, baharu (ayat) > lelaki dan wanita tua itu tersenyum > lelaki, dan wanita tua itu tersenyum

KOMUNIKASI MANUSIA Intonasi (pola turun naik kelantangan atau melodi dalam ujaran) mengandung pola nada dan tekanan dengan penyambungan jungtur (perangkaian antara satu frasa atau klausa dengan yang lain atau dengan kesenyapan), yang menandai sempadan unit nada dan tekanan yang saling bertindak balas Intonasi mengandung makna. Contoh: > Yang tersenyum itu isterinya > Yang tersenyum itu isterinya? > Suaminya di kampung > Suaminya di kampung?

KOMUNIKASI MANUSIA Arbitrari: Berkaitan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entitinya yang sebenar Bahasa manusia menggunakan simbol yang neutral. Simbol ialah lambang, pergerakan, bahasa isyarat… Neutral (tidak menyebelahi mana-mana pihak) berdasarkan penerimaan masyarakat Tiada ketentuan mutlak tentang hubungan antara kata dengan makna. Contohnya, tiada kaitan antara perkataan anjing dengan satwa yang berkaki empat. Satwa boleh dinamakan unchien (Perancis), ein hund (Jerman), canis (latin), animal (Inggeris)… Dalam bahasa Melayu, satwa juga dipanggil binatang atau haiwan

KOMUNIKASI MANUSIA Bahasa mempunyai makna: Keupayaan penggunaan simbol sebagai alat untuk merujuk objek atau tingkah laku Setiap perkataan merujuk makna, sama ada konkrit atau mujarad > almari: perabot yang berttingkat-tingkat dan berpintu untuk menyimpan pakaian, barang… > cinta: perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan, keadilan…; sangat berahi, asyik, kasih dan sayang antara lelaki dengan perempuan Bunyi seperti c.a.t tidak bermakna, kecuali digabungkan dalam susuan bunyi [cat] yang bermakna cecair yang digunakan untuk mewarnai sesuatu Manusia juga dapat membuat generalisasi dengan menggunakan rujukan yang sama untuk semua jenis benda, seperti bunga, rumah, satwa…

KOMUNIKASI MANUSIA Pancaran budaya dan tradisi: Bahasa diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain, sama ada secara lisan atau tulisan, dalam pelbagai genre (posa dan puisi) Contoh prosa Melayu (mitos, legenda, binatang, jenaka, lipur lara, teladan), kesusasteraan hikayat (zaman pra-Islam, zaman Islam), kesusasteraan panji, epik, undang-undang, agama, kitab, ketatanegaraan… Puisi Melayu: pantun, karmina, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, peribahasa, perumpamaan, pepatah, tamsil, rubai, kit’ah, gazal, nazam, masnawi, dikir/zikir, berzanji, tertomba…

KOMUNIKASI MANUSIA Penggunaan spontan dan ikut giliran: Bahasa mempunyai unsur sosial, iaitu hubungan bahasa dengan cara bahasa itu digunakan Penggunaan spontan merujuk cara ujaran secara bebas, mengikut konteks, status hubungan, rasmi dan tak rasmi… seperti penggunaan bahasa dalam kalangan rakan sebaya, orang yang lebih tua, pekerja-majikan, doktor- pesakit, pegawai penyiasat- pesalah… Manusia normal bercakap mengikut giliran. Dalam kebanyakan perbualan, kita tidak bercakap semasa orang lain bercakap. Kita menunggu giliran untuk mencelah pada masa yang sesuai P2 perlu mendengar dan mentafsirkan apa-apa yang diketengahkan oleh P1 sebelum memberikan respons. Dengan cara ini, interaksi akan berlaku dengan efisien dan berkesan

KOMUNIKASI MANUSIA Maklumat dan struktur bahasa: Manusia berupaya menggunakan bahasa untuk merujuk objek atau hal yang melangkaui masa dan tempat. Mereka boleh membicarakan sesuatu yang berlaku dini, kini dan akan datang Struktur bahasa dimanipulasikan dengan pemancangan struktur dalam ujaran. Manusia memahami, bahawa serangkaian perkataan dapat menghasilkan struktur yang berlainan Contoh struktur yang berangkai > Saya lapar kerana saya belum makan > Apabila saya hendak makan, saya tidak pasti apa yang saya patut saya makan > Apa yang ada di kantin itu?

KOMUNIKASI MANUSIA Kreativiti: Manusia berupaya untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan jenis ujaran, dan memahami ujaran yang tidak terbatas jumlahnya. Inilah yang dinamakan produktiviti dan kreativiti Manusia boleh berbicara tetang apa, bila, bagaimana, mengapa… apabila tiba masa yang sesuai. Mereka menggunakan ayat dalam pelbagai bentuk. Antaranya: ayat biasa, ayat songsang, ayat aktif, ayat pasif, ayat tunggal, ayat majmuk (gabungan, pancangan, komplemen)… Walaupun yang diketengahkan itu hanya satu idea, namun, idea itu selalunya dikaitkan dengan perkara lain yang relevan. Contoh: > Ada kilat dan guruh, carilah tempat berlindung! > Lebih baik bawa sidaian masuk ke rumah. Nanti basah dan lambat untuk kering

KOMUNIKASI MANUSIA Parabahasa: Ciri bukan linguistik yang tidak bersistem, yang mengiringi percakapan, dan merangkumi fitur, seperti bisikan, mimik muka, gerak badan, suara tinggi, mersik dan gurau… Apabila kita bercakap, kita menggunakan lebih daripada sistem lisan dan prosodi bahasa. Kita um, ah, ketawa, menangis, merengek, menguap, batuk, dehem… Semuanya merupakan perilaku vokal yang membentuk paralinguistik Tingkah laku simbol budaya, serta tanda yang berfungsi untuk menyampaikan pengertian budaya secara khusus, difahami dan dikongsi oleh budaya berkenaan

KOMUNIKASI MANUSIA Terdapat lima jenis ekspresi badan, iaitu lambang, ilustrasi, pemaparan rasa, ekspresi afektif dan penyesuaian Lambang: Perilaku yang sama ertinya dengan maksud perkataan/frasa tertentu. Tindakan tanpa lisan yang mempunyai makna yang agak khusus dan difahami umum Gerakan perlambangan dilakukan apabila saluran percakapan terganggu atau tidak dapat dilaksanakan kerana sebab tertentu, seperti arahan di lapangan terbang Lambang dapat diterjemah terus kepada perkataan yang dipaparkan secara sedar. Contoh: > Jari berbentuk V menandakan keamanan dan kemenangan > Jari dipusing di tepi kepala nmenandakan tidak siuman atau gila

KOMUNIKASI MANUSIA Ilustrasi: Gambar yang berupa lukisan, dan sebagainya, untuk menerangkan atau menghiasai sesuatu (buku, majalah…) Pengilustrasian secara langsung dikaitkan dengan ujaran kerana keupayaannya memaparkan perkara yang dibualkan itu Manusia bercakap secara berirama dan bergerak selaras dengan tema percakapan mereka. Gerakan tersebut memberikan penekanan terhadap frasa tertentu yang difikirkan/diutamakan Penggambaran turut melibatkan hubungan logika arah dan jarak, seperti ilustrasi yang disertakan dalam kamus untuk menerangkan makna perkataan dengan lebih jelas, terutama yang berkait dengan budaya

KOMUNIKASI MANUSIA

KOMUNIKASI MANUSIA Pemaparan rasa: Aksi yang mengawal interaksi lisan. Aksi ini membolehkan P1 mengulang, menghuraikan, mempercepat, dan sebagainya Aksi ini juga tidak dapat difahami secra terpisah daripada mesej percakapan Kadang-kadang kita sedar terhadap pemaparan rasa itu, dan kadang-kadang kita tidak sedar kerana sebab tertentu yang juga dipengaruhi oleh pelbagai situasi, seperti kebisingan, cuaca, mode (kebiasaan yang berlaku pada sesuatu waktu dan cara: pakaian, perhiasan, corak, fesyen, ragam…) Seseorang akan memaparkan perasaannya secara sedar apabila muka dan badannya merakamkan ketakutan, kegembiraan, kecelaruan, kekecewaan…

KOMUNIKASI MANUSIA Ekspresi afektif: Pelahiran maksud dengan kata-kata, gerak geri dan sebagainya, yang berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir Kebiasaannya ekspresi badan menunjukkan keadaan emosi P1 Oleh sebab ekspresi wajah merupakan cara yang paling ampuh manusia meluahkan perasaan, maka wajah yang menunjukkan kemarahan, ketakutan atau kebencian menandakan sesuatu yang afektif Ekspresi afektif ini biasanya tidak dapat dikawal secara sedar. Namun, ekpresi ini dapat menentukan kebenaran pernyataan yang diucapkan

KOMUNIKASI MANUSIA Adaptasi: Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeda dengan keadaan sebelumnya. Adaptasi merupakan pergerakan yang dipelajari sejak dini, yang dibentuk untuk tujuan instrumental Adaptasi terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: > Pergerakan yang dipelajari untuk diri sendiri, seperti mengelap mulut (self-adaptor) > Pergerakan yang dipelajari dengan memanipulasikan bahan (alter-adaptor) > Pergerakan yang melibatkan penggunaan sesuatu objek (object-adaptor) Orang yang berpengalaman melihat adaptasi sebagai petunjuk tahap pengalaman sosial dan emosi pelaku

KOMUNIKASI MANUSIA Pergerakan badan: Pergerakan badan dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu gerak dan orientasi badan, air muka dan pergerakan mata Gerak dan orientasi badan: Kepala dan muka mendedahkan maklumat tentang jenis perasaan yang dialami, dan bahagian badan yang lain menunjukkan kedalaman perasaan Darjah keghairahan yang tinggi selalunya disertai pengerakan yang besar. Contohnya, orang berstatus tinggi akan memeluk orang yang berstatus rendah, dan kepalanya sentiasa tegak apabila berjalan Orang berstatus rendah cenderung menundukkan kepala apabila bercakap dengan orang berstatus tinggi

KOMUNIKASI MANUSIA Mereka yang senang digertak, sering menjadi mangsa keadaan. Mereka ini selalu berjalan dengan perlahan, ketidakpastian arah tujuan, selalu tunduk ke lantai, tangan asyik menyentak, dan langkahnya pendek Mereka yang kurang pergerakan badan, seperti mengangguk tanda setuju, menggeleng tanda tak setuju atau menggerakkan tangan semasa mengatakan sesuatu, boleh dianggap sebagai kurang minat dan tidak bersemangat, dan boyak (jemu, bosan) terhadap hal yang diperkatakan Cara tegak dan gerak geri badan membawa separuh daripada mesej yang hendak disampaikan. Berdiri tegak semasa bercakap menunjukkan bahawa kita memberikan perhatian serius kepada orang yang dilawan bercakap

KOMUNIKASI MANUSIA Ada beberapa perkara yang tidak patut dilakukan pada masa kita berinteraksi dengan orang lain. Antaranya: > berdiri tegak seperti mahu mencabar orang lain > menuding telunjuk kepada orang lain > menumbuk meja dan memukul benda di sekeling apabila tidak bersetuju > menggetel benda dengan tangan seperti kertas, sapu tangan, kunci, hujung baju, butang, pensil, pen, cincin… > memperosokkan badan di sofa menunjukkan ketidakyakinan > menutup muka atau mulut dengan tangan atau jari semasa bercakap > menggaru-garu kepala atau telinga menunjukkan keraguan

KOMUNIKASI MANUSIA Ekspresi wajah: Ekspresi wajah boleh membentuk tanggapan visual yang kompleks dan unik, sama ada yang menghasilkannya (P1) atau yang mentafsirkannya (P2) Sesetengah ekspresi wajah bersifat sarwajagat, terutama untuk pernyataan suka, takut, terkejut, terkesima, sedih, marah meluat, berminat… Ekspresi wajah melibatkan kenyitan mata, jelingan, renungan, gerak geri bibir, pergerakan kening… Tujuannya untuk menyatakan sesuatu maksud tersirat supaya dapat dimengerti oleh orang lain, seperti jelingan manja sepasang kekasih

KOMUNIKASI MANUSIA Ekspresi wajah juga dapat memerihalkan emosi seseorang dengan tepat. Contohnya: > menggerakkan kening dan dagu ke atas menunjukkan tanda sapaan > memperlihatkan senyuman atas (upper smile) yang menampakkan gigi atas semasa bersalaman dalam majlis sosial, menyatakan kemesraan > memperlihatkan senyuman lebar yang menampakkan gigi atas dan bawah menyatakan perasaan terlalu gembira atau lucu > menurunkan kening menyatakan kesedihan > merapatkan pangkal kening dengan hidung menyatakan kemarahan yang menyinga

KOMUNIKASI MANUSIA Mata merupakan bahagian badan yang paling ekspresi. Kita menggunakan aksi mata untuk menunjukkan minat, marah, geram, merajuk, tidak puas hati, protes… Renungan mata menunjukkan saluran komunikasi, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya, apabila A suka akan B, maka A merenung B, dan renungan mata itulah yang menceritakan segala-galanya Renungan mata digunakan untuk memulakan percakapan, dan elakan renungan mata untuk mengelak percakapan. Dalam konteks ini, wanita mempunyai keupayaan renungan mata yang lebih lama daripada lelaki

KOMUNIKASI MANUSIA Nonverbal, khususnya aspek kinesik dan prosemik ialah alat untuk menjalinkan dan mengukuhkan hubungan guru-pelajar. Jika pelajar dalam keadaan muram dan sedih, guru dapat mentafsirkan mesej dan emosi pelajar itu melalui ekspresi matanya Semasa bercakap, kita nembuat tembung mata seketika, tetapi tidak berpanjangan, dan tidak pula mengalihkan pandangan terus menerus Semasa bercakap, pandang muka orang yang dilawan bercakap, bukannya memandang ke bawah atau ke tempat lain. Pandangan itu jangan terlalu lama, tetapi bergantian, terutama apabila bercakap dengan orang berstatus tinggi atau wanita

KESIMPULAN Komunikasi ialah proses menghantarkan dan menerima pelbagai elemen, seperti mesej, berkongsi dan bertukar idea, maklumat dan perasaan. Manusia dan satwa dapat memahami elemen tersebut. Yang berbeda ialah tahapnya kerana hakikatnya manusia dan satwa memang berbeda Teori yang membincangkan komunikasi satwa dan komunikasi manusia ialah Teori Pertalian dan Teori Penamatan Komunikasi satwa berasaskan bunyi, penglihatan dan aroma untuk maksud makanan, keselamatan, penyamaran, pembiakan, dan sebagainya

KESIMPULAN Antara satwa yang dijadikan fokus kajian oleh psikolinguis ialah lebah, burung, krustasea, anai-anai, kodok, labah-labah, ikan, monyet, cicak, skunk, tebuan, landak, tenggiling, posum, beruang, ular, buaya, rama-rama... Komunikasi manusia bergantung pada saluran auditori pertuturan, prosodi, intonasi, arbitari, bahasa mempunyai makna, pancaran budaya dan tradisi, penggunaan spontan dan ikut giliran, maklumat dan struktur bahasa, kreativiti, parabahasa dan ekspresi badan

MADAH PUJANGGA Wahai anakanda dengarlah peri kepada saudara kasih mengasihi silang sengketa kita jauhi dendam kesumat jangan sekali KEHIDUPAN BUKANLAH SEBUAH MASALAH YANG PERLU DISELESAIKAN, MELAINKAN SEBUAH REALITI YANG PERLU DIJALANI