MINGGU 13 KULIAH 23 & 24 INSTITUSI PENGUATKUASAAN
PENDAHULUAN Dalam rangka melaksanakan hukum Islam serta keadilan di kalangan masyarakat Islam, terdapat 3 lembaga penguatkuasaan hukum, iaitu: Wilayah al-Qadha’ Wilayah al-Mazalim Wilayah al-Hisbah
Wilayah Al-Qadha Dan Bidang Kuasanya
Pengertian Wilayah Al-Qadha’ Menurut etimologi, makna al-Qadha ialah menyempurnakan, menunaikan, menyelesaikan, mewajibkan dan memutuskan perkara-perkara yang dihukum. Secara umumnya, al-Qadha merupakan satu proses untuk menyelesaikan tuntutan mendamaikan pergaduhan dan mengatasi persengketan di antara dua pihak atau lebih , melalui proses undang-undang berdasarkan hukum syara’.
Dari segi teminologinya pula, para ulama telah mendefinisikan al-Qadha kepada beberapa definisi: Sifat kehakiman yang mewajibkan untuk dilaksana segala hukum syara’. 2. Menyelesaikan kes dan memutuskan pertikaian dan pertelingkahan dengan cara yang adil. 3. Menyeleaikan persengketan di antara dua pihak atau lebih bedasarkan hukum Allah.
Bidang Kuasa Wilayah Al-Qadha’ Undang-undang digunakan di dalam proses pengadilan ini dikehendaki berdasarkan hukum syara’. Orang yang menjatuhkan hukuman ini ialah kadi atau hakim. Bidang kuasa pengadilan luas meliputi semua pertikaian dan perbalahan.
Wilayah Al-Mazalim Dan Bidang Kuasanya
Pengertian Al- Mazalim Perkataan Mazalim adalah kata jamak daripada mazlimah, dalam bahasa Malaysia disebut kezaliman 2. Dalam pengertian qadha’ yang dimaksudkan dengan kata itu ialah memberikan haknya dan memutuskan persengketaan dengan hukuman yang adil.
Syarat bagi seseorang kadi (wali) al-Mazalim yang disebut oleh para ulama di bidang as-Siyasah as-Syari’yyah: Jadud al-Qadr ( Berkemampuan tinggi ) Nafiz al-Amr ( Berkemampuan melaksanakan keputusan ). Azim al-Hibah (Memiliki wibawa dan pengaruh yang besar ). Zahir al-’Iffah (Terkenal bersih dan lurus ). Qalil al-Thama’ ( Tidak tamak ). Kasir al-Wara’ (Sangat warak )
HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI Dari sudut bahawa pengadilan ini tidak mesti atas pengaduan yang diajukan, pengadilan ini memiliki kekuasaan untuk hal-hal berikut: Memeriksa dengan teliti perihal para penguasa atau Pegawai yang melaksanakan tugas Memeriksa kecurangan para pegawai yang bertanggungjawab atas pungutan dana untuk negara. HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI
HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI Memeriksa dengan cermat perihal para pegawai yang bertanggungjawab atas pembukuan wang negara { di bank negara} sebagai amanah ummah. Memeriksa secara saksama pelaksanaan dan penyaluran harta waqaf dan waqaf untuk amal, agar berjalan di Saluran yang betul ( tidak diselewengkan ). HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI
Sedangkan kekuasaan pengadilan yang berkaitan dengan perkara yang diadukan, meliputi: Pengaduan para buruh atau pekerja yang gaji mereka dibatalkan atau ditangguhkan. Pengaduan, harta yang diambil secara paksa. Pemeriksaan terhadap persengetan berkaitan waqaf ahliyyah. Pelaksanaan keputusan-keputusan pengadilan yang sulit dan tidak dapat dilaksanakan.
Menelitikan hal-hal di mana wali hisbah ( al-muhtasib) tidak berdaya menegakan al-masalih al-’ammah. Pemeliharaan ibadah-ibadah yang jelas, seperti solat berjemaah, hari raya, haji. Pemeriksaan atas persengketan yang terjadi dalam hal umum dan menetapkan keputusannya.
Wilayah al-Hisbah dan Bidang Kuasanya
Pengertian al-Hisbah Al-Hisbah atau al-Ihtisab itu adalah sesuatu perbuatan yang baik dilakukan dengan penuh perhitungan, dalam cara mendapatkan pahala daripada Allah. Perbuatan yang baik dimaksudkan perhubungan erat dengan prinsip amar ma’ruf dan nahi munkar. Ertinya, menyuruh orang berbuat baik atau melarang orang dari melakukan perkara yang mungkar, adalah merupakan suatu kebaikan yang berhak mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
Perbezaan antara hisbah yang dilakukan oleh individu yang bertindak secara sukarela (al-Muthawwi’) dengan pegawai muhtasib yang dilantik oleh pemerintah atau penguasa.
HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI Bagi muhtasib (pegawai pemerintah) tugas hisbah ini merupakan kewajipan fardu ain, sedangkan bagi muthawwi’ [ sukarelawan} hanya fardu kifayah. Muhtasib dilantik khusus oleh penguasa dalam tugas hisbah, sedangkan bagi muthawi’ , hisbah dilakukan hanya merupakan pekerjaan sambilan. Muhtasib ditugaskan untuk menerima pengaduan, sedangkan muthawwi’ tidak. HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI
HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI Muhtasib mempunyai tugas memeriksa perbuatan- perbuatan mungkar bersama pembantu-pembantunya, manakala muthawwi’ tidak dibenarkan memeriksa { hanya sekadar Memaklumkan kepada muhtasib} kemungkaran-kemungkaran tesebut. Muhtasib berhak mengenakan hukuman takzir terhadap orang yang melakukan kemungkaran, dengan ketentuan yang tidak sampai seberat hukuamn hudud,sedangkan muthawwi’ tidak dapat mengenakan hukuman tersebut. HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI
HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI Muhtasib berhak untuk mendapatkan gaji dari baitulmal, sedangkan muthawwi’ tidak diberi gaji. Muhtasib dibolehkan untuk beritjtihad dalam perkara-perkara yang berkaitan ‘urf dalam cara melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sedangkan bagi muthawwi’ tidak dibolehkan melakukan demikian. HAK MILIK TERPELIHARA USTAZ AHAMD KILANI
KESIMPULAN Kesimpulannya, keadilan yang menjadi tuntutan syara’ tidak akan dapat dilaksanakan tanpa adanya ketiga-tiga lembaga ini, iaitu lembaga al-Qadha’, lembaga al-Mazalim, dan lembaga al-Hisbah.