PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PANITIA MATEMATIK TAHUN 2012 Oleh: Pn. Khor Puay Puay SMK Tropicana
DEFINISI PBS PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif ( emosi dan rohani ) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Key in dalam aplikasi SPPBS
KOMPONEN PBS Akademik : i) Pentaksiran Pusat ii) Pentaksiran Sekolah Bukan akademik: i) Pentaksiran Psikometrik (PPsi) – ditaksir oleh kaunselor ii) Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) - ditaksir oleh guru PJ - Guna aplikasi PAJSK
PENTAKSIRAN PUSAT Pentaksiran pusat merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran, instrument pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) PP menyediakan format dan tugasan . Contoh: soal selidik, kerja kursus, folio dan kajian kes. Tugasan bagi setiap mata pelajaran berbeza mengikut kohort (contoh: kohort 2012 hingga 2014).
TUGASAN Tugasan Utama ( 4 minggu- diberi semasa Tingkatan 1 atau 2 ) Tugasan Mini (1 minggu – diberi semasa Tingkatan 3 sahaja). Jadual pelaksanaan yang seragam akan dikeluarkan LP. Jawab dalam BM/BI. Ada manual prosedur kerja bagi tugasan untuk pelajar dan guru. Pemarkahan/skor diberi mengikut budibicara guru mata pelajaran berdasarkan rubrik yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekiranya pelajar lemah/tidak dapat buat secara sendiri, letak catatan bahawa PBS pelajar dibimbing oleh guru. Perlu bincang isu pelajar lemah/tidak dibuat/dibimbing dalam Mesyuarat Jawatankuasa PBS dan minitkan. Tugasan mesti hasil kerja asli. Pelajar boleh rujuk/mendapat tunjukajar guru mata pelajaran untuk menghasilkan tugasan. Guru mata pelajaran perlu tandatangan senarai semak pelajar dalam tugasan. Guru rekod skor pelajar dalam borang dan key in skor dalam SPPBS.
RUBRIK Guru mata pelajaran akan mentaksir hasil kerja pelajar dengan memberi skor berdasarkan rubrik yang disediakan LP. Namun, penjaminan kualiti ( pemantauan, penyelarasan, pementoran dan pengesanan ) akan dilaksanakan GKMP. Skor minimum bagi pelajar perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah dan diminitkan.
PELAPORAN PBS diperolehi daripada sistem SPPBS yang menerangkan prestasi murid bagi PBS yang terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat dan PAJSK. PSSM dikeluarkan setiap tahun bagi setiap pelajar pada akhir tahun Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Pelaporan kumulatif hanya dilakukan di akhir Tingkatan 3. Justifikasinya, kita dapat melihat perkembangan murid pada setiap tahun dan pencapaian keseluruhan pelajar. Kaedah pelaporan melibatkan 2 transkrip i)Transkrip pertama – pelaporan daripada Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah dan PAJSK ii)Transkrip kedua – pelaporan Psikometri (PPsi) PBS dilaksanakan 100% mulai tahun 2014.
PENTAKSIRAN SEKOLAH Pentaksiran sekolah ialah satu proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut dokumen kurikulum (Huraian Sukatan pelajaran ). Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat keputusan tentangg produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran sekolah dilaksanakan dalam bentuk i) Pentaksiran formatif (sepanjang P&P) – bentuk lisan/bertulis. ii) Pentaksiran sumatif (pada akhir tahun semasa)
TERMINOLOGI Band - Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu - Digunakan untuk pelaporan - Band 1, 2, 3,4 5, dan 6 - rujuk Dokumen Standard Prestasi (DSP) Standard - Pernyataan umum untuk dicapai / objektif yang digunakan dalam HSP. Standard Prestasi - Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pelajar dalam pembelajaran - Tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat pada suatu ketika tertentu semasa proses pembelajaran dan di akhir unit pembelajaran (imej holistik) - Menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard
TERMINOLOGI Deskriptor -Tentang objektif pembelajaran (learning objectives) -Ditunjukkan dalam laporan sistem SPPBS Eviden - Pernyataan tentang bagaimana murid menunjukkan “tahu” dan “ boleh buat " dan akan ditunjukkan dalam laporan sistem SPPBS. - Bukti/hasil kerja pelajar/jawapan pelajar - dalam 2 bentuk: a) eviden murid: tunjuk telah tahu/telah kuasai b) instrumen: bahan/tugasan/kerja amali, penghasilan produk, pemerhatian, persembahan, karya penulisan, projek (Aras kesukaran soalan bergantung kepada tahap pemahaman pelajar – ikut budi bicara guru mata pelajaran)
DOKUMEN STANDARD PRESTASI - BAND 1 Tahu 2 Tahu dan faham 3 Tahu, faham dan boleh buat Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk digunakan pada situasi baru 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan terpuji Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik dan bersikap positif 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab Mithali Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif dan menjadi contoh
FAIL PBS Fail yang perlu ada: (semua fail perlu ditukar setiap tahun dan semua disimpan dalam Bilik PBS) a) Fail PBS induk b) Fail Kes Khas (simpan minit mesyuarat keputusan AJK PBS mengenai masalah pelajar ponteng/tidak hadir/OKU/dsbg.)
FAIL PBS c) Fail induk guru mata pelajaran (disimpan oleh guru mata pelajaran) - simpan checklist Band mengikut topik bagi setiap kelas
FAIL PBS – simpan semua pencapaian pelajar.
FAIL PBS - simpan Dokumen Standard Prestasi (DSP) - simpan Borang Rekod Pelaksanaan PBS sesi 2012 (Checklist Band mengikut bab)
FAIL PBS d) Fail Perkembangan Murid (1 fail untuk 1 pelajar) contoh format Fail: Format muka depan fail (guna 1 warna utk 1 tingkatan):
FAIL PBS letak evidens terbaik untuk topik semasa bagi 14 subjek dalam satu fail. simpan Borang Pencapaian Standard Prestasi Pelajar Tingkatan 1 Matematik (rujuk gambarajah di bawah)
FAIL PBS Fail Showcase (1 fail untuk simpan evidens terbaik dalam tingkatan) - Ikut budibicara sekolah sama ada untuk letak evidens terbaik untuk setiap kelas bagi setiap subjek atau letak evidens terbaik dalam tingkatan. Evidens pelajar / nama pelajar boleh berubah bagi masa tertentu. Simpan Borang Analisis Mengikut Mata Pelajaran
FAIL PBS Simpan Borang Analisis Mengikut Kelas
PEND. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) Terdapat 5 komponen: 1)Body Mass Index (BMI) -Skor BMI adalah berdasarkan National Centre For Chronic Disease Prevention and Health Promotion 2000. 2)Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) - diuji 2 kali setahun (Mac dan Ogos) - format berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2008 - Ada 4 jenis ujian SEGAK: a) Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit b) Ujian Tekan Tubi c) Ujian Ringkuk Tubi Separa d) Ujian Jangkauan Melunjur e) Skor SEGAK adalah berdasarkan National Physical Fitness Standard for Malaysia School Childrens.
PEND. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) – penglibatan dalam sukan dan permainan dalam peringkat sekolah/daerah/ negeri/negara/antarabangsa. -Dasar 1m1s adalah wajib dilaksanakan untuk murid Tahun 4 hingga Ting.6 (murid Prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai tetapi tidak wajib) -Setiap sekolah perlu ada sekurang-kurangnya 6 jenis permainan. Bola Sepak, Olahraga dan Bola Jaring adalah permainan wajib di setiap sekolah. -Hanya markah tertinggi sahaja dari setiap aktiviti sukan dan kokurikulum diambilkira untuk tujuan pentaksiran. -Diuji dari 3 aspek: a) Penglibatan (50m): melihat kepada aspek jawatan, peringkat penyertaan, komitmen (nilai murni) dan sumbangan. b) Prestasi (20m): melihat kepada pencapaian. c) Penyertaan (40m): melihat kepada kehadiran.
PEND. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) -Penglibatan dalam kelab, persatuan dan badan beruniform di peringkat peringkat sekolah/daerah/ negeri/negara/antarabangsa. 5) Ekstra kurikulum -Penglibatan secara sukarela di sekolah/luar sekolah dalam/luar negara. -Perlu ditunjukkan bukti/ada pengesahan daripada guru penasihat/penganjur/jurulatih. -Diuji dalam 4 aspek: a) Anugerah (10m) b) Perkhidmatan (10m) seperti: pengawas, Pengawas PSS, AJK koperasi, AADK, dsbg. c) Nilam (10m) d) Khidmat Masyarakat (10m) seperti penglibatan sukarela dalam aktiviti agama, dsbg. Semua penyertaan pelajar perlu ada surat kebenaran ibu bapa/penjaga dan perlu disimpan dalam fail. Sekiranya tidak dapat surat kebenaran pada masa tersebut, guru perlu hubungi melalui telefon dan dapatkan kebenaran dalam bentuk sms daripada ibu bapa/penjaga.
PEND. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) Pengumpulan data SEGAK dan BMI akan disimpan dalam aplikasi PAJSK. Pentaksiran dibuat oleh guru PJPK. Cara pelaksanaan: Guru PJPK akan rekod dalam Borang Rekod SEGAK. Borang akan ditandatangani oleh pelajar. Borang akan disahkan oleh guru PJPK. Guru Tingkatan akan key in dalam aplikasi PAJSK. Guru Tingkatan akan cetak laporan aplikasi PAJSK. Laporan PAJSK akan diserahkan kepada guru PJPK dan ibu bapa/penjaga.
APLIKASI SPPBS a) Pengisian SPPBS - Guru mata pelajaran akan pilih pelajar yang ditaksir dan pilih band yang dicapai. - Band yang dipilih tidak boleh undo/unclick’. - Perlu muat turun manual pengisian guru mata pelajaran dari laman web LP untuk cara mengisi SPPBS. (http: //www.moe.gov.my/lpm) - Setiausaha PBS akan memberi taklimat pengisian SPPBS pada masa akan datang). - Guru tingkatan akan key in untuk pentaksiran PAJSK dalam SPPBS. b) Laporan SPPBS - Laporan secara bulanan untuk setiap mata pelajaran boleh dicetak. - Laporan formatif dicetak oleh guru matapelajaran 2 kali setahun. Tiada band dicatatkan dan hanya dilaporkan pernyataan apa yang pelajar telah kuasai/mahir. - Laporan sumatif akan dicetak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Oktober. Laporan sumatif ada dinyatakan Band dan dilaporkan pernyataan apa yang pelajar telah kuasai/ mahir. - Laporan sumatif boleh diberi semasa hari terbuka. - Setiausaha PBS akan mencetak Rumusan Pentaksiran Mengikut Mata Pelajaran.
PENGOPERASIAN PBS Terdapat 4 perkara pengoperasian PBS: Jawatankuasa PBS Sekolah 2) Jadual Pengoperasian PBS Mesyuarat Jawatankuasa PBS kali pertama: tetapkan hala tuju, matlamat, jadual aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa PBS kali kedua: Kajian suku tahun pertama Mesyuarat Jawatankuasa PBS kali ketiga: Kajian suku tahun kedua Mesyuarat Jawatankuasa PBS kali keempat: Post Mortem Pelaksanaan
PENGOPERASIAN PBS Pendaftraran murid dalam SPPBS dijangka dalam bulan Januari –Februari Guru mata pelajaran akan key in SPPBS setiap bulan. Pementoran/pemantauan/penyelarasan/pengesanan perlu dilakukan Pengumpulan prestasi murid dalam SPPBS Pengumpulan skor selepas siap setiap tugasan (pentaksiran pusat) Pelaporan prestasi murid akan dicetak laporan formatif 2 kali setahun laporan sumatif pada bulan Mei dan Oktober rumusan mata pelajaran juga perlu dicetak Penyimpanan evidens secara sistematik di tempat yang selamat (semua fail disimpan secara berpusat/di bilik PBS).
PENGOPERASIAN PBS 3) Penjaminan Kualiti PBS Pementoran mengikut keperluan -Mentor dalaman: Ketua Panitia, JU dan Guru Cemerlang -Mentor luaran: pegawai yang dilantik oleh LP/JPN/PPD Penyelarasan mengikut keperluan -Penyelaras dalaman: Ketua Panitia, JU dan Guru Cemerlang -Perlu faham tentang tugasan, kesesuaian sampel dan skor -Laksanakan penambahbaikan Pemantauan sepanjang P&P -Pemantau dalaman: Pentadbir, Ketua Panitia, JU dan Guru Cemerlang -Perlu rancang aktiviti pemantauan, semak garis panduan dan jadual -Perlu sediakan laporan pemantauan -Perlu cadangkan penambahbaikan -Pemantau luaran: pegawai yang dilantik oleh LP/JPN/PPD dan pegawai KPM Pengesanan mengikut masa yang ditentukan oleh LP/JPN/PPD
PENGOPERASIAN PBS 4) Pengurusan Evidens Penyimpanan di tempat yang selamat secara bersistematik Jenis fail bergantung kepada Jawatankuasa PBS Sekolah Evidens bagi pentaksiran sekolah perlu disimpan di dalam 2 jenis fail iaitu Fail Perkembangan Murid (untuk setiap pelajar) dan Fail Show Case (untuk simpan evidens yang terbaik) Evidens Psikometrik juga perlu disimpan di tempat yang selamat dan bersistematik.
ISU YANG TIMBUL a) Isu pelajar tidak hadir/ponteng sekolah - Sekolah perlu wujudkan Fail Kes Khas dan simpan senarai nama pelajar yang bermasalah serta rekod amaran/disiplin. - Kalau pelajar tidak dapat siapkan tugasan/tidak hadir pada masa yang panjang, perlu ada surat MC (kerajaan) atau nyatakan sebab ketidakhadiran. - Sekiranya pelajar yang dibuang sekolah dan rayu balik sekolah, guru mata pelajaran masih perlu mentaksir/menilai pelajar tersebut pada bermula dari masa pelajar masuk sekolah. Skor bagi komponen Pentaksiran Pusat akan direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa. - Sekiranya pelajar ponteng sekolah, perlu ada rekod surat amaran/laporan disiplin dan difailkan ke dalam Fail Kes Khas. - semua isu perlu dibincangkan dan diminitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah.
ISU YANG TIMBUL b) Isu pentaksiran pelajar peralihan - Tidak perlu ditaksir/dinilai. c) Kes pelajar OKU - Sekolah perlu kenalpasti pelajar yang berkategori OKU dan mesti ada dokumen rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mendapat surat pengesahan pegawai perubatan kerajaan. - Pelajar OKU perlu membuat permohonan khas kepada pihak sekolah. Jika tidak memohon, perlu membuat pentafsiran seperti pelajar biasa. - Kemukakan salinan Borang Maklumat murid dari Golongan OKU (ambil dari JPN atau muat turun borang dari laman web Lembaga Peperiksaan) dengan dokumen sokongan seperti Laporan perubatan/Kad OKU kepada Pengarah Peperiksaan melalui Pengarah Pelajaran Negeri. - DSP untuk pelajar OKU adalah berlainan dan pentaksiran pusat/sekolah/PAJSK mengikut band/skor juga adalah berlainan daripada pentaksiran pelajar biasa.
ISU YANG TIMBUL d) Pertukaran sekolah - Sekolah lama perlu: i) menyerahkan satu salinan evidens PBS murid diserahkan ke sekolah baru ii) Pastikan kemaskini skor murid terlebih dahulu (key in) iii) Pengetua maklumkan pertukaran kepada pegawai PBS. - Sekolah baru perlu: i) dapatkan surat rasmi dari sekolah lama sekiranya PBS tidak dilaksanakan ii) perlu laksanakan PBS bermula dari masa pelajar masuk sekiranya tiada rekod PBS sebelum ini. iii) Jika telah tamat tempoh pentaksiran pusat, tidak perlu lagi laksanakan tetapi Pentaksiran sekolah masih perlu dibuat mengikut masa pelajar tersebut berada di sekolah ini.
ISU YANG TIMBUL e) Isu atlet menyertai kejohanan - Laksanakan PBS semasa murid hadir di sekolah. - Bincang dan minitkan isu ketidakhadiran pelajar atlet di Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Failkan keputusan Fail PBS. f) Isu pelajar dari luar negara - PBS dilaksanakan mengikut tahun semasa pelajar berada di sekolah sahaja. g) Isu PEBEL dan PLBS/ULBSuntuk Tingkatan 1 - Tidak perlu laksanakan PEBEL dan PLBS/ULBS untuk tingkatan 1 untuk tahun 2012. h) Isu pencapaian Band 6 - Dalam silibus Tingkatan 1, hanya konsep asas diajar. Oleh itu, Band 6 tidak ditaksir semasa Tingkatan 1. - Pemberian Band 6 hanya sekiranya pelajar boleh menjawab dengan teknik yang baru/cara yang kreatif/inovatif bagi penyelesaian masalah yang kompleks.
ISU YANG TIMBUL i) Isu penyertaan pelajar dalam pertandingan Matematik seperti Olympiad Math dan cara pemberian label Band. - Penyertaan pelajar akan dicatatkan pencapaian dalam bahagian PAJSK (ekstra kokurikulum) dan perlukan pengesahan daripada guru penasihat/pihak penganjur. j) Isu pelajar enggan menjawab atau menulis semasa pentaksiran - Guru boleh menyuruh pelajar menunjukkan jawapan atau menunjukkan tanda bahawa pelajar tersebut tahu seperti menganggukkan kepala sebagai tanda tahu atau setuju dengan jawapan guru. Guru boleh taksir pelajar tersebut dalam Band 1 (tahu).
ISU YANG TIMBUL k) Isu sistem tidak dapat kesan Mykid/Mykad - Guru perlu daftar pelajar tanpa Mykid/Mykad dan minta ibu bapa/penjaga selesaikan dengan pihak JPN. l) Daftar nama lain, keluar nama lain dalam SPPBS - selesaikan dengan pihak JPN. m) Daftar murid dibawah kohort umur/umur lebih - Guru perlu pastikan murid ini ada kelulusan daripada JPN. Guru perlu daftar tanpa Mykid/Mykad.
ISU YANG TIMBUL n) Isu daftar murid bukan warganegara - Guru perlu pastikan hal kelayakan murid telah selesai dan daftar tanpa Mykid/Mykad. o) Isu pentaksiran oleh guru GSTT atau guru ganti - Guru GSTT boleh mentaksir dan mengisi SPPBS tetapi guru ganti tidak boleh. p) Isu guru di sekolah swasta yang tidak mempunyai diploma pendidikan untuk mentaksir - Guru ini mengajar di sekolah swasta maka adalah layak untuk mentaksir pelajar. q) Isu nama guru tiada dalam senarai di SPPBS - Perlu daftar menggunakan menu ’Tiada dalam senarai’
ISU YAN G TIMBUL r) Isu guru pindah - Perlu menggunakan menu ’Hapus’ dan pastikan nama guru tersebut telah terhapus supaya dapat daftar nama guru baru. s) Isu pertukaran mata pelajaran yang diajar oleh guru - Perlu kemaskini guru mata pelajaran asal dengan menghapuskan mata pelajaran lama. Pastikan mata pelajaran lama dihapuskan. Daftar nama dan mata pelajaran guru baru. t) Isu setiausaha PBS juga merupakan guru mata pelajaran - Setiusaha PBS perlu daftar sebagai setiausaha dan juga daftar sebagai guru mata pelajaran kerana log in mengikut ID yang berbeza.
ISU YANG TIMBUL u) Isu tidak dapat masuk markah prestasi pelajar Pastikan guru pilih bulan dan tekan ’CARI’ Isu tidak dapat simpan maklumat prestasi Guru perlu tekan ’SIMPAN’ selepas meletakkan prestasi. w) Berapa kali prestasi perlu dicetak setahun - Prestasi pelajar perlu dimasukkan setiap bulan dan laporan perlu dicetak pada bulan Mei dan Oktober. x) Isu pengajaran berdasarkan DSP - Guru perlu mengajar seperti biasa menggunakan HSP dan mentaksir menggunakan DSP. y) Penggunaan konsep ’Assessment for Learning’ adalah ditekankan dalam PBS.
PEGWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI - Hubungi En. Mohd. Mashudi Jelani (Email: Mashudieani@moe.gov.my Tel: 03-88843494) Laman web SPPBS adalah http://apps.moe.gov/sppbsmlat/sppbsm/index_m.cfm
SEKIAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN DAN KERJASAMA ANDA