UNIT PENGURUSAN KEWANGAN TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN TAKLIMAT INDUKSI TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN SECARA TENDER
PRINSIP PEROLEHAN AMALAN TADBIR URUS BAIK (GOOD GOVERNANCE PRACTICES) a) Akauntabiliti awam (public accountability) b) Diuruskan secara telus (transparent) c) Nilai faedah terbaik (best value for money) d) Saingan terbuka (open competition) e) Adil dan saksama (fair dealing)
PERANCANGAN TENDER Perancangan tahunan dan perancangan awal. Kajian pasaran. Tentukan jenis perolehan. Peruntukan kewangan/pembiayaan. Pendaftaran Kontraktor. Item Kontrak Pusat/Kontrak Panel. Menyediakan carta/jadual proses. Penggunaan borang-borang piawai
PENYEDIAAN SPESIFIKASI Jawatankuasa Spesifikasi Teknikal hendaklah sekurang kurangnya 3 orang pegawai mahir dan berkelayakan. Dilantik oleh Ketua Agensi. Masa yang mencukupi. Butiran spesifikasi yang jelas. Tidak mengkhusus kepada jenama atau buatan tertentu, bagaimanapun jika tidak dapat dielakkan, guna ungkapan ‘atau persamaan’.
PENYEDIAAN SPESIFIKASI (Samb.) Berasaskan fungsi penggunaan dan sekurang- kurangnya memenuhi Standards Malaysia (MS) atau Standards Antarabangsa yang diiktiraf oleh Kerajaan. Spesifikasi yang disediakan hendaklah ditandaaraskan (benchmark) dengan barangan buatan tempatan yang memenuhi piawaian yang diiktiraf. Kelulusan MAMPU bagi perolehan yang melibat teknologi maklumat kecuali pembelian peralatan komputer secara stand alone.
BUTIRAN SPESIFIKASI Lazimnya mempunyai ciri-ciri berikut: Jenis Warna Saiz Berat Bentuk/ukuran Kualiti Pembungkusan Cara penghantaran Nisbah kandungan
BUTIRAN SPESIFIKASI (Samb.) Tempoh masa Bilangan yang diperlukan Perolehan secara pukal Jumlah tenaga manusia Tahap kepakaran/ kelulusan Keupayaan minimum Butir-butir lain yang berkaitan hendaklah dinyatakan dengan jelas tanpa sebarang keraguan.
DASAR-DASAR PEROLEHAN YANG PERLU DIPATUHI Dasar Semasa Kerajaan selaras dengan DPN seperti: - penggunaan bahan/barangan/perkhidmatan tempatan - perolehan secara Free on Board (FOB) Dasar - Dasar khusus: - Dasar Pemindahan Teknologi - Dasar Penggunaan Mata Wang
TATACARA TENDER Nilai perolehan melebihi RM500,000 bagi: Bekalan/Perkhidmatan Barangan Tempatan – Menggunakan Harga Bersih Barangan import – Harga Free On Board (FOB) Kerja bernilai tidak melebihi RM30 juta dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan milik warganegara bernilai RM30 juta hingga RM50 juta dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan atau syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia melebihi RM50 juta dipelawa kepada syarikat 100% milik tempatan atau syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia atau syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia
PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER Dokumen Tender Perlu Mengandungi: Tajuk tender Syarat-syarat dan arahan kepada petender Spesifikasi Borang tender Contoh Surat setuju terima Syarat-syarat kontrak Senarai kuantiti/ringkasan tender Jadual kadar harga
Dokumen Tender Perlu Mengandungi (Samb.) Lukisan teknikal/pelan Tempat penghantaran Cadangan pemindahan teknologi Prestasi/rekod pengalaman Profail dan kedudukan kewangan petender Senarai Semak Perkara lain yang berkaitan.
PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER Arahan Khusus bagi Tender Bekalan dan Perkhidmatan Sediakan dokumen berasingan untuk perincian teknikal dan harga. Tawaran perlu dikemukakan dalam sampul yang berasingan dan berlakri serta kedua-dua sampul perlu dimasukkan ke dalam satu bungkusan. Syarat wajib nama syarikat dan harga tidak dicatat dalam dokumen tawaran teknikal.
PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER Arahan Khusus bagi Tender Kerja Perlu menggunakan Borang JKR Siri 203 untuk tender kerja secara konvensional, Borang PWD DB/T untuk projek yang dilaksanakan secara Turnkey atau Design and Build. Borang JKR Siri 203 digunakan bagi projek yang dibiayai oleh peruntukan asing setelah dipersetujui. Memasukkan peruntukan Seksyen 34(2) Akta CIDB 1994 (Akta 520) berkaitan levi sebanyak 0.125% bagi tender kerja melebihi RM500,000 bagi petender yang berjaya.
PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER Arahan Khusus bagi Tender Antarabangsa Petender perlu mengemukakan cadangan pembiayaan ke atas tawaran tender sama ada secara pinjaman dua hala, kredit pembekal atau pembiayaan perniagaan yang lain. Cadangan pemindahan teknologi bagi membantu industri tempatan mempertingkatkan kepakaran dalam pelbagai bidang terutama yang berteknologi baru dan terkini. Bagi barangan import, tawaran harga perlu secara FOB kecuali bagi perolehan ubat-ubatan (SPP 18/2002) dan perolehan perisian ICT yang diimport (SPP 16/2001).
Kadar Bayaran Dokumen Tender - Dijual dalam bentuk hard copy dengan harga minimum RM50, sekiranya Agensi boleh menyediakan soft copy, tambahan RM10 dikenakan kepada petender. - Tawaran tender hendaklah dikemukakan dalam bentuk hard copy sahaja. - Bayaran dibuat dalam bentuk bank draf atau kiriman wang pos (money order) atau wang kiriman pos (postal order) di atas nama Ketua Agensi.
Penjualan Dokumen Tender - Semak sijil asal pendaftaran dan penjualan dokumen tender berasaskan syarat-syarat yang dinyatakan dalam iklan tender - Dokumen tender mempunyai nombor siri - Daftar penjualan dokumen tender - Satu petender dibenarkan membeli satu dokumen tender dan mengemukakan satu tawaran tender sahaja. Tawaran alternatif tidak dibenarkan
Tempoh Sah Laku Tender - Agensi perlu menyediakan satu jadual pelaksanaan bagi menentukan anggaran masa. - Tempoh sah laku tender perlu mengambil kira keseluruhan proses tender dari mula sehingga Surat Setuju Terima dikeluarkan. - Minimum 90 hari dari tarikh tender ditutup. - Sebarang pelanjutan tempoh sah laku perlu dilakukan sebelum tarikh tempoh sah laku asal tamat dengan kelulusan Pengerusi Lembaga Perolehan Agensi. - Sebarang pembatalan tender perlu mendapat kelulusan Pengerusi Lembaga Perolehan Agensi dan perlu memaklumkan kepada Lembaga Perolehan Agensi mengenai sebab-sebab pembatalan.
IKLAN TENDER Tender Tempatan - Sekurang-kurangnya 1 akhbar harian utama berbahasa Melayu. - Tempoh tender sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh dokumen tender dijual. - Tempoh tender yang melibatkan lawatan tapak, sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh lawatan tapak yang ditetapkan. - Kenyataan tender dimasukkan ke dalam laman web agensi dan pautan ke dalam portal MyGovernment (myGov). Untuk tender kerja, maklumat iklan tender perlu dimasukkan ke dalam laman web CIDB.
Tender Antarabangsa - Sekurang-kurangnya 2 akhbar harian tempatan utama (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris). - Tempoh tender sekurang-kurangnya 56 hari dari tarikh dokumen tender dijual. - Tempoh tender yang melibatkan lawatan tapak, sekurang-kurangnya 56 hari dari tarikh lawatan tapak yang ditetapkan. - Kenyataan tender dimasukkan ke dalam laman web agensi dan pautan ke dalam portal MyGovernment (myGov)
- Agensi yang memanggil tender Kandungan iklan tender: - Agensi yang memanggil tender - Tajuk tender - Jenis tender, sama ada terbuka dan/atau khas Bumiputera - Syarat-syarat kelayakan petender - Tempat, tarikh dan masa dokumen dijual - Tempat, tarikh dan masa bagi lawatan tapak (jika ada) - Harga, cara dan kepada siapa bayaran dokumen tender - Tempat, tarikh dan waktu tender diterima dan ditutup.
BANTAHAN SPESIFIKASI Bantahan spesifikasi yang menjurus kepada sesuatu jenama boleh dibuat oleh petender dalam tempoh: - 14 hari dari tarikh dokumen tender mula dijual bagi tender tempatan; - 28 hari dari tarikh dokumen tender mula dijual bagi tender antarabangsa. Agensi perlu menubuhkan satu jawatankuasa untuk menimbang bantahan
ANGGARAN HARGA JABATAN Agensi hendaklah menyediakan anggaran harga Jabatan bagi setiap tender dan memasukkannya ke dalam peti tawaran ketika tarikh tutup tender Sekiranya sukar menentukan harga anggaran, masukkan harga pembelian lampau PENERIMAAN TENDER Peti tawaran hendaklah dikunci, dilabel tajuk dan tarikh Waktu tutup jam 12.00 tengah hari pada hari bekerja Tawaran lewat tidak boleh diterima
PEMBUKAAN TAWARAN TENDER Pembukaan Peti Tawaran - Dibuka secepat mungkin - Oleh Jawatankuasa Pembuka Tender * sekurang-kurangnya 2 pegawai, seorang daripadanya hendaklah pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional; * dilantik oleh Ketua Jabatan secara bertulis;
Tugas Jawatankuasa Pembuka Tender: - Buka peti tender pada tarikh dan waktu yang ditetapkan; - Menyemak setiap tawaran diterima berdasarkan nombor siri dokumen tender dengan rekod penjualan dokumen; - Membuka dan memberi nombor kod bersiri bagi setiap tawaran; - Menyempurnakan borang jadual tender dengan mencatatkan: * nama petender * amaun yang ditender * tempoh siap/tempoh penyerahan. - Tandatangan ringkas setiap lembaran yang menyatakan harga dan apa-apa pindaan;
-. Menyediakan Jadual Harga Tender dengan - Menyediakan Jadual Harga Tender dengan menggunakan nombor kod untuk dipamerkan di Papan Kenyataan atau dimasukkan ke laman web agensi; - Memastikan tidak tercatat tanda pengenalan petender pada dokumen spesifikasi teknikal dan sekiranya ada hendaklah dicatatkan dalam borang jadual tender.
Tugas Urusetia Tender: Menguruskan perancangan awal dan jadual pelaksanaan tender; Menguruskan iklan atau pelawaan tender; Menyediakan rekod penjualan dokumen tawaran dan mengatur lawatan tapak/premis (jika berkenaan); Menutup peti tender pada tarikh dan masa tutup yang ditetapkan; Menjaga keselamatan peti tender dan dokumen tender; Mengatur pembukaan tender; Mengatur penilaian tender; dan Mengatur mesyuarat Lembaga Perolehan.
Pembukaan Tender di Hadapan Awam - Bagi tender yang melebihi RM30 juta untuk bekalan/perkhidmatan dan melebihi RM50 juta untuk kerja sahaja. - Pembukaan tender di hadapan awam hanya khusus dibuka kepada petender yang membeli dan mengemukakan dokumen tawaran tender sahaja.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN: Dokumen tender diklasifikasikan sebagai SULIT; Semua proses tender hendaklah dirahsiakan; Syarat melarang pengiklanan dan publisiti dimasukkan dalam syarat pelawaan tender dan dokumen kontrak; Penjelasan lanjut berkenaan tender daripada petender perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengerusi LPA dan diuruskan oleh Urus Setia Tender; Dilarang mengubah maklumat di dalam dokumen tender yang dikemukakan.
PENILAIAN TENDER Bekalan/Perkhidmatan dan Tender Kerja yang berasaskan Turnkey dan Design and Build - Jawatankuasa Teknikal - Jawatankuasa Penilaian Harga Kerja - Jawatankuasa Penilaian
Penilaian Teknikal - Jawatankuasa Penilaian Teknikal hendaklah tidak kurang daripada 3 orang dan sekurang-kurangnya seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional - Terdiri daripada pegawai-pegawai mahir, berpengalaman dan berkelayakan - Berasaskan spesifikasi teknikal yang disediakan dan syarat tender - Dibuat secara mesyuarat - Proses penilaian seboleh-bolehnya tidak melebihi 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen tender oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal - Laporan ditandatangani oleh semua ahli jawatankuasa.
Penilaian Harga - Jawatankuasa Penilaian Harga hendaklah tidak kurang daripada 2 orang dan sekurang-kurangnya seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional. - Penilaian meliputi syarat pembayaran, kadar pembayaran, tempoh, diskaun dan sebagainya. - Perbandingan di antara satu tender dengan tender yang lain berasaskan kepada faktor atau unsur yang sama. - Dibuat secara mesyuarat. - Proses penilaian seboleh-bolehnya tidak melebihi 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen tender oleh Jawatankuasa Penilaian Harga. - Laporan penilaian hendaklah ditandatangani.
Penilaian Tender Kerja - Satu Jawatankuasa Penilaian sahaja yan dianggotai tidak kurang daripada 3 orang dan sekurang- kurangnya seorang ahli terdiri Juruukur Bahan atau pegawai teknikal dalam bidang berkenaan - Dibuat secara mesyuarat - Proses penilaian seboleh-bolehnya tidak melebihi 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen tender oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal - Laporan ditandatangani oleh semua ahli jawatankuasa.
PERAKUAN TENDER Diperakukan oleh Ketua Jabatan berasaskan laporan penilaian tender. Hendaklah mengambil kira dasar semasa kerajaan.
PENYEDIAAN KERTAS TAKLIMAT TENDER Disediakan oleh Urus Setia Tender Perlu mempunyai maklumat/dokumen berikut: - Salinan iklan surat khabar; - salinan spesifikasi tender; - jadual tender diterima; - salinan sijil pendaftaran; - penilaian, syor dengan justifikasi perakuan; - maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
PERTIMBANGAN LEMBAGA PEROLEHAN Lembaga Perolehan dilantik oleh YB Menteri Kewangan dan diwartakan (AP 192) bagi memutuskan tender dalam had nilai kuasa yang dibenarkan; Urus Setia Lembaga Perolehan hendaklah merekodkan segala keputusan penting ketika LPA bersidang; Keputusan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan Jabatan, laman web Jabatan dan dipautkan kepada laman web MyGovernment Portal dengan mencatatkan nama syarikat yang berjaya; Keputusan yang perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan muktamad hendaklah dikemukakan dalam masa 7 hari selepas keputusan.
PENTADBIRAN KONTRAK
SETUJU TERIMA TENDER Surat niat (jika perlu) Surat setujuterima Tandatangan kontrak - Ditandatangani oleh Menteri atau mana- mana pegawai yang diberikuasa oleh Menteri secara bertulis (Seksyen 2, Akta Kontrak Kerajaan 1949); - Tandatangan hendaklah menggunakan dakwat hitam yang kekal;
SETUJU TERIMA TENDER (Samb.) Tandatangan kontrak (Samb.) - Selewat-lewatnya 4 bulan dari tarikh keluar Surat Setujuterima. - Tarikh kuat kuasa kontrak (effective date) hendaklah dinyatakan sebagai tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani oleh petender yang berjaya manakala tarikh kontrak ialah tarikh kontrak ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
BON PELAKSANAAN a) Bon Pelaksanaan merupakan suatu aku janji tidak bersyarat dalam bentuk:- i. Jaminan Bank ii. Jaminan Insurans iii. Jaminan Syarikat Kewangan iv. Jaminan Bank Islam v. Jaminan Takaful
vi. Jaminan Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank); vii. Wang Jaminan Pelaksanaan (untuk kontrak kerja sahaja).
b) Kadar bon pelaksanaan bagi kontrak bekalan/perkhidmatan: i) 2.5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak yang bernilai RM200,000 hingga RM500,000; ii) 5% daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak yang bernilai melebihi RM500,000; dan
iii). Bagi kontrak bermasa yang berkuatkuasa iii) Bagi kontrak bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua tahun atau lebih, peratusan perkiraan bon pelaksanaan hendaklah dikira mengikut nilai kontrak satu (1) tahun sahaja. (Tiada Bon Pelaksanaan dikenakan untuk perolehan secara Pembelian Terus dan Sebut Harga)
PENGIRAAN KADAR BON PELAKSANAAN CONTOH 1 (Bekalan/Perkhidmatan) Tempoh Kontrak : 3 tahun Nilai Kontrak : RM 4.5 juta Kadar Bon : 5% (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta) (iv) Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00 CONTOH 2 (Bekalan/Perkhidmatan) Nilai Kontrak : RM 800,000.00 Tempoh Kontrak : 2 tahun Kadar Bon : 2.5% (berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00) Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%) = RM10,000.00 (bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)
C) Kadar Bon Pelaksanaan bagi kontrak kerja: - 5% daripada nilai keseluruhan kontrak CONTOH (KERJA) Tempoh Kontrak/Siap : 3 tahun/36bulan Nilai Kontrak : RM 15 juta Kadar Bon : 5% Jumlah (RM15 juta X 5%) = RM750,000.00
Tempoh Sah Laku Bon Pelaksanaan a) Kontrak Kerja Dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan. b) Kontrak Bekalan Dua belas (12) bulan selepas penghantaran terakhir atau tarikh tamat kontrak yang mana terkemudian.
c) Kontrak Perkhidmatan Dua belas (12) bulan selepas tamat kontrak.
PELEPASAN BON PELAKSANAAN Kontrak Bekalan/Perkhidmatan - Setelah obligasi kontrak selesai dengan mengeluarkan surat pelepasan (letter of discharge) Bagi barang guna habis boleh dilepaskan lebih awal sekiranya Agensi berpuas hati segala obligasi kontrak telah selesai Kontrak Kerja- Jaminan Bank/Insurans/Takaful 50% selepas Sijil Perakuan Siap dikeluarkan Permohonan secara bertulis oleh kontraktor Minta bon yang baru Selepas terima baru, Agensi boleh melepas bon yang asal Baki dilepaskan selepas 12 bulan
PELEPASAN BON PELAKSANAAN Kontrak Kerja- Wang Jaminan Pelaksanaan boleh memulangkan 50% selepas Sijil Perakuan Siap dikeluarkan Baki dilepaskan selepas 12 bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan atau setelah Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan, mengikut mana yang terkemudian.
BAYARAN PENDAHULUAN Bekalan dan Perkhidmatan Dibayar kepada kontraktor bekalan, perkhidmatan dan kontraktor bertaraf pembuat oleh Kementerian Kewangan dan membekalkan barangan secara kontrak kuantiti sahaja. b) Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada nilai keseluruhan kontrak atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi pembuat dan pembekal tempatan. c) Jumlah pembayaran sehingga 15% daripada nilai kontrak atau maksimum RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi pembekal pekhidmatan tempatan.
d) Kontraktor dikehendaki mengemukakan satu jaminan bagi jumlah yang sama nilainya dengan bayaran pendahuluan. Jaminan tersebut dalam bentuk Jaminan Bank/Syarikat Kewangan/Insurans/Bank Islam/Takaful/ Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad. e) Agensi hendaklah mendapatkan balik bayaran pendahuluan melalui potongan ke atas bayaran kemajuan mengikut peringkat kerja atau mengikut peringkat bekalan yang telah disempurnakan. Tempoh pembayaran balik ini tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak.
BAYARAN PENDAHULUAN Kerja a) Dibenarkan bagi kerja yang dipelawa secara tempatan sahaja. b) Jumlah pembayaran sehingga 25% daripada nilai kerja pembina (builder’s works) sahaja atau maksimum RM10 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi kontraktor utama. c) Jumlah pembayaran sehingga 20% daripada nilai pakej kerja atau maksimum RM5 juta mengikut mana yang lebih rendah bagi Nominated Sub Contractor (NSC).
d) Sebelum bayaran pendahuluan boleh dibayar: i. Surat setuju terima telah ditandatangani dan dikembalikan; ii. Bon pelaksanaan telah dikemukakan; dan iii. Polisi-polisi insurans seperti yang di- tetapkan dalam syarat-syarat kontrak telah dikemukakan.
e) Kontraktor dikehendaki mengemukakan Jaminan Bank/Insurans/Syarikat Kewangan/ Bank Islam/Takaful yang sama nilainya dengan dengan jumlah pendahuluan. f) Agensi hendaklah mendapatkan bayaran balik pendahuluan melalui potongan bayaran kemajuan dan diselesaikan selewat-lewatnya semasa projek pada tahap 75%. Tempoh pembayaran balik tidak boleh melebihi keseluruhan tempoh kontrak.
PEMILIKAN TAPAK DAN PERMULAAN KERJA Tarikh Milik Tapak - Agensi menetapkan tarikh milik tapak tidak melebihi 4 minggu dari tarikh Surat Setuju Terima. Kontraktor yang dipilih perlu memulakan kerja tidak lewat dari 2 minggu selepas tarikh milik tapak. Permulaan Kerja Kontraktor memulakan kerja-kerja awalan (preliminaries). Sekiranya gagal memulakan kerja tanpa sebarang sebab, Kerajaan berhak menamatkan pengambilan kerja kontrak Sebarang penamatan kontrak perlu memaklumkan kepada Agensi yang bertanggungjawab berkaitan pendaftaran iaitu Kementerian Kewangan, PKK dan CIDB
PEMATUHAN DAN TANGGUNGJAWAB Agensi hendaklah mematuhi semua peraturan kewangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan termasuk: - Arahan Perbendaharaan (AP) - Pekeliling Perbendaharaan (PP) - Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) - Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) Pengecualian daripada mana-mana peraturan kewangan yang ditetapkan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri, mengikut mana yang berkenaan
TERIMA KASIH
PROSES TENDER 1 Tentukan spesifikasi/skop tender 2 Penyediaan dokumen tender 3 Iklan tender Penutupan & pembukaan tender 4 Penilaian teknikal 5a 5b Penilaian kewangan Penyediaan kertas taklimat tender 6 Pembentangan kertas taklimat tender kepada LPA 7
Adakan rundingan dan dapatkan persetujuan PROSES TENDER (Samb.) 7 Pembentangan kertas taklimat tender kepada LPA < RM100 juta > RM100 juta atau keputusan tidak sebulat suara 8 LPA Kementerian Kewangan terima perakuan 11 Keputusan bersyarat Keputusan Tanpa syarat 12 Kem. Kew Keputusan bersyarat Keluarkan Surat Niat 9 Keputusan tanpa syarat 10 Adakan rundingan dan dapatkan persetujuan 13 Keluarkan surat niat Keluarkan Surat Setuju Terima 15 14 Kemas kini kontrak/ Tandatangan kontrak Adakan rundingan dan dapatkan persetujuan 16 Pentadbiran kontrak 17 18 Bayaran