PENDEKATAN SAINTIFIK DALAM PENYELIDIKAN
APAKAH SAINTIFIK? Segala bentuk dakwaan dan penemuan yang perlu dibuktikan Penyebab kejadian tidak boleh didasarkan kepada khabar angin semata tetapi dibuktikan secara empirikal iaitu melalui pengalaman dan pancaindera
DUA CIRI ASAS PENYELIDIKAN SAINTIFIK Perkara yang dikaji mestilah diteliti (observed). Ia boleh direkod,dianalisis dan dijadikan sebagai pemboleh ubah yang menjadi asas dalam membuat laporan hasil penyelidikan Penyelidikan hendaklah menepati unsur logik dan rasional termasuk aspek merangka objektif, rangka teori dan penggunaan bahasa
APAKAH MAKLUMAT AWAL? Cetusan idea yang muncul dalam minda penyelidik Muncul menerusi pelbagai sumber seperti pengalaman peribadi, pembacaan, pemerhatian, kajian literatur dan perbincangan
BAGAIMANAKAH LANGKAH MEMBINA TAJUK? 1.Masalah dalam keupayaan pengkaji 2. Masalah diminati oleh pengkaji 3. Masalah meningkatkan kefahaman penyelidik (knowledge added) * Dalam membina tajuk, tiga unsur penting hendaklah terangkum dalam satu ayat iaitu:permasalahan,matlamat dan metodologi
TEORI Satu set andaian berkenaan sebab kepada sesutau fenomena dan keterangan bagaimana sebab tersebut bertindak Dua ciri asas teori: i)Teori mempunyai asas yang kukuh untuk meyakini sesuatu fenomena boleh berlaku dalam situasi tertentu ii)Teori berupaya diuji melaui kaedah empirikal
LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN TEORI Menjelaskan skop teori Membiasakan diri dengan literatur Membina teori Membuat ramalan (teori perlu diuji dengan data) Menguji data secara empirikal
MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA Kewujudan data (Availability) Kesahan data (Authenticity)-penyelidik membuat ‘cross check’ terhadap kesahan data yang dikumpul. Sumber primer diberi keutamaan Kecukupan data (Adequacy)-data yang cukup dalam membuat generalisasi.Kekurangan data menyebabkan laporan kajian dipersoalkan Ketepatan data (Accuracy)-data yang berbentuk angka hendaklah diteliti dan dikumpul dengan baik supaya tidak menyalahi data sebenar
RANGKA MASA Kaedah Cross-sectional – misalnya penyelidikan penerokaan perlu menepati satu tempoh masa tertentu Kaedah Longitudinal: Kajian Trend-masa pengumpulan data dikutip pada tempoh tertentu dibandingkan dengan tempoh sebelumnya tetapi dalam ruang lingkup kajian yang sama Kajian Cohort-sekumpulan manusia yang dilahirkan pada period yang sama misalnya dikelaskan mengikut kumpulan generasi 60-an,70-an etc Kajian panel-kajian yang dilakukan pada masa tertentu terhadap sekumpulan sampel dan kemudiannya dalam tempoh tertentu kajian dilakukan lagi terhadap mereka untuk melihat perubahan dengan bertanyakan soalan yang sama
PENEMUAN KAJIAN Penemuan yang dijangka berdasrkan objektif kajian Hasil kajian dinilai oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang Penemuan kajian yang baik perlu lulus 5W1H (Who,What,When,Which,Where, How)
BAGAIMANAKAH PENYELIDIKAN TIDAK BERSIFAT SAINTIFIK? Pemasalahan tidak jelas Pengabaian terhadap metodologi pengumpulan data Penganalisisan data secara salah Mengenepikan nilai-nilai kritis