SEKOLAH DAN MASYARAKAT MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN PGA 103 SEKOLAH DAN MASYARAKAT KECICIRAN & MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Definisi Keciciran keciciran ketinggalan (dalam proses kemajuan dsb), tercicir. - Kamus Dewan Edisi 4. ‘Keciciran merujuk kepada murid berhenti sekolah sebelum tamat pengajiannya sama ada di peringkat rendah atau menengah’ (Laporan Murad, 1972) TAN SRI MURAD BIN MOHD NOR
PENGERTIAN LAIN DROP- OUT ORANG YG. PUTUS SEKOLAH KERANA KURANG BIAYA WHO LEAVES SCHOOL FOR ANY REASON EXCEPT DEATH
2 JENIS KECICIRAN 1. KECICIRAN SENGAJA 2. KECICIRAN TERPAKSA
KECICIRAN SENGAJA Disebabkan oleh faktor sosio-ekonomi, rangsangan dan sikap. Boleh menghadiri sekolah tetapi memilih untuk tidak ke sekolah.
KECICIRAN TERPAKSA Telah gagal dalam peperiksaan dan terpaksa diberhentikan sekolah w/p masih mahu ke sekolah dan berupaya berbuat demikian.
Laporan Jawatankuasa Di Atas Kajian Pendapat Mengenai Pelajaran Dan Masyarakat (Laporan Keciciran Murad -1972)
Laporan Keciciran Murad -1972 Laporan Murad dibentangkan pada tahun 1972 merupakan laporan yang diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor ketika beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran di Kementerian Pelajaran. Fenomena keciciran yang wujud sejak dari awal penubuhan sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin serius sekitar tahun 1960-an telah membawa kepada pembentangan laporan ini. Laporan ini adalah hasil daripada kajian beliau dalam “Operasi Sedar” yang dilancarkan bagi mengatasi masalah keciciran pelajar di luar bandar akibat kemiskinan tegar dalam tahun 1969.
Tujuan laporan - mengkaji punca-punca masalah keciciran dan mencadangkan polisi-polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan di samping membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Laporan keciciran ini merupakan sebuah laporan yang lengkap dan komprehensif kerana dilengkapi dengan hipotesis, statistik sebagai bukti dan menyatakan perkaitan setiap faktor dengan faktor yang lain dalam mempengaruhi masalah keciciran ini. Kajian mengenai keciciran ini dilaksanakan di semua negeri yang melibatkan semua jenis kawasan tempat tinggal iaitu Bandaraya, kota-kota besar, pekan dan luar bandar, para pelajar pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.
PENDIDIKAN & PEKERJAAN FAKTOR KECICIRAN TARAF HIDUP PERANAN GURU MASA & PERJALANAN PENDIDIKAN & PEKERJAAN TARAF KEBERUNTUNGAN SIKAP TERHADAP SAINS DISPERITI
7 CADANGAN Pengecualian yuran dan skim buku teks. Sekolah Berasrama penuh. Biasiswa dan bantuan makanan. samb…
Samb… Rancangan kerjasama kesihatan (gigi, suntikan BCG). Tumpuan kemudahan setempat. Kemudahan infrastruktur di sekolah luar bandar. Pendidikan Pra sekolah.
KEPENTINGAN LAPORAN MURAD Mengetahui punca keciciran Cadangan strategik dan pragmatik Perhatian kpd. pelajar miskin dan luar bandar Kurangkan beban ibu bapa Selaras dgn DEB.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KECICIRAN Suasana sekolah-kebencian terhadap subjek tertentu Faktor keluarga-ibu bapa tidak ambil berat tentang pelajaran anaknya, ibu bapa jarang mencari jalan untuk membantu mereka ,keluarga bercerai Faktor individu-tidak minat untuk belajar motivasi rendah tidak dapat melihat kepentingan pendidikan di masa depan Faktor sosial-pengaruh rakan sebaya, hiburan tiada role model untuk dicontohi.
CADANGAN-CADANGAN Adakan masa untuk mereka Mengetahui apa yang mereka lakukan Elakkan daripada menengking, maki hamun atau menyumpah sahaja Mengetahui siapa rakan mereka Tingkah lakunya di rumah Jangan melindungi mereka jika mereka benar-benar bersalah dan jangan menyalahkan orang kain.
Kadar Keciciran Kadar keciciran di sekolah rendah dan menengah telah menunjukkan penurunan sepanjang tempoh RMKe-8. Bagi sekolah rendah, kadar keciciran telah menurun daripada 20,560 (4.2%) murid bagi kohort 1997/2002 kepada 9,713 (1.9%) murid bagi kohort 2000/2005. Bagi sekolah menengah, kadar keciciran telah menurun daripada 60,413 (14.5%) pelajar bagi kohort 1998/2002 kepada 43,586 (10.3%) pelajar bagi kohort 2001/2005. Kadar keciciran di sekolah rendah ialah 1.9 peratus di bandar dan 1.2 peratus di luar bandar bagi kohort 1999/2004. Manakala, pada peringkat menengah kadar keciciran ialah sebanyak 10.1 peratus daripada saiz kohort di bandar dan 16.7 peratus daripada saiz kohort di luar bandar bagi kohort 2000/2005.
Kerajaan Prihatin Terhadap Masalah Keciciran Pelajar Miskin ALOR SETAR, 27 Mac (Bernama) -- Kerajaan prihatin terhadap masalah keciciran pelajar khususnya daripada keluarga miskin dan sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk menyambung semula persekolahan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai bantuan seperti pakaian, peralatan sekolah dan biasiswa bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan. Kebanyakan kes keciciran berlaku dengan tidak disengajakan seperti kes yang melibatkan pelajar miskin, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Motivasi Pelajar PMR/SPM dan Waris Kawasan Parlimen Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung di sini pada Sabtu. "Saya juga berharap agar Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah dan juga pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa peka terhadap kes-kes keciciran ini dan mengambil tindakan segera agar pelajar itu tidak ketinggalan jauh," katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang telah banyak membantu dalam menangani masalah keciciran pelajar. "Saya akui NGO memang banyak membantu kes-kes yang melibatkan keciciran pelajar terutamanya pelajar miskin yang mahu memulakan semula sesi persekolahan," katanya
YB Dato’ Sri Hishammuddin (Perutusan Tahun Baru, 2006) “... merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang antara mereka yang berkeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.” YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein (Perutusan Tahun Baru, 2006)
Strategi Pelaksanaan Bagi Merapatkan Jurang Pendidikan
STRATEGI Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti
SEKIAN, TERIMA KASIH. ‘Good luck’…