EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Konsep Strategi.
Advertisements

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
a)INDUKSI SET/SET INDUKSI
SCLM 5103 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
PENEKANAN 6 FOKUS UTAMA   Fokus Pentadbiran Fokus Pegawai FasiLINUS Fokus Guru Fokus Pembelajaran dan Pengajaran Fokus Murid Fokus Ibubapa.
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Norfatinah Binti Jiamil PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2010
UNIT 9: MEMBACA, MEMBINA DAN MENULIS RANGKAI KATA
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
AIMAN DANIEL & AMMAR SUFI
KAJIAN TINDAKAN KERTAS CADANGAN Oleh En. Zamri Bin Abd. Aziz.
BAHASA MELAYU MOHD SUFRI YAKUP PISMP PENGAJIAN SOSIAL SEMESTER 5/2011
KAEDAH FONETIK ( “BIG BOOK”)
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
Pembelajaran Secara Kontekstual
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan
KEMAHIRAN BERTUTUR OLEH : HABIBU MORSILI JPM.
KURSUS KELESTARIAN LINUS2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA TAHUN 1
BAHASA MELAYU TAHUN 7 (BCAT 1)
KERTAS 2 MASA : 1 jam 15 minit.
Taklimat matapelajaran Bahasa melayu
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
Lima Dimensi Pembelajaran Bahasa Kedua
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
Pembelajaran Secara Masteri dan Konstruktivisme
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
FORMAT KERTAS SAINS UPSR 2016 Science 038 BY EN.P.NADARAJAN
أهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَباً بِكُمْ إلى كُلِّيَّةِ اللُغاتِ الحْدِيْثَةِ وَالاِتِّصَالِ جَامِعَة فترا الماليزية.
EDU 3105 BAB 4 Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian
STRATEGI PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR (2)
Integrasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGAJARAN MIKRO.
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
5. Pelaksanaan Kurikulum Dalam Bilik Darjah/Pengajaran
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
TEORI PEMBELAJARAN BAHASA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
KEMAHIRAN LISAN Kemahiran lisan melibatkan dua komponen, iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar ialah kemahiran yang melibatkan.
PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
Oleh: Nor Fida Binti Abdul Hamid GP 02647
أهْلاً وَسَهْلاً وَمَرْحَباً بِكُمْ إلى كُلِّيَّةِ اللُغاتِ الحْدِيْثَةِ وَالاِتِّصَالِ جَامِعَة فترا الماليزية.
Edup 3033 Murid dan pembelajaran
EED 3217 (EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK)
KEPELBAGAIAN PELAJAR (KPD 4033)
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
KANDUNGAN MODUL 1 Konsep PM 2 Langkah PM 3 Pelaksanaan PM.
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
Kursus kelestarian linus
Pembelajaran Pembelajaran Masteri Masteri.
Transcript presentasi:

EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA

Konsep Pendekatan, kaedah, teknik Definisi : arah atau hala tuju yang diambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. “to come near to in any sense” Berasaskan teori atau generalisasi tertentu. Sebagai pembuka haluan. contoh pendekatan : Induktif, deduktif, elektik, komunikatif, tematik, konstruktivisme, kontekstual, masteri.

Kaedah Definisi : cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), kaedah ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Hassan Langgulung (1981), kaedah ialah aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun.

Jenis-jenis kaedah Kaedah natural Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah terus Kaedah ajuk hafaz Kaedah linguistik Kaedah kod kognitif Kaedah bahasa komuniti Kaedah oral-aural

Teknik Definisi : muslihat atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera dan maksimum pada waktu pengajaran. Alat atau aktiviti yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan pengajaran yang dipilih.

Jenis-jenis teknik Ada empat jenis teknik Teknik drama Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita

Pendekatan Kaedah Teknik

Pendekatan Pengajaran Membaca Pendekatan membina (sintesis) Pendekatan cerakinan (analisis)

Pendekatan membina Berdasarkan prinsip sintesis Menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi unit yang besar. Contohnya: untuk mengajarkan ayat Adik ada baju merah Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u Perkenalkan suku kata – ba, a, dik, ju, rah, me, da Perkenalkan perkataan – baju, adik, merah, ada Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada. Perkenalkan ayat - adik ada baju merah.

Pendekatan cerakinan Berbeza dengan prinsip sintesis. Berdasarkan analisis atau cerakinan. Dari unit yang besar ke bahagian-bahagian yang kecil. Perkenalkan ayat - adik ada baju merah. Perkenalkan rangkai kata - baju merah, adik ada. Perkenalkan perkataan – baju, adik, merah, ada Perkenalkan suku kata – ba, a, dik, ju, rah, me, da Perkenalkan huruf - a, b, d, e, h, j, k, m, u

Pendekatan elektik Menggunakan campuran kedua-dua pendekatan. Cara membina terdiri daripada kaedah bunyi, kaedah huruf, dan kaedah suku kata. Cara cerakinan terdiri daripada kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat.

Kelebihan Pendekatan ini mengikut prinsip psikologi membaca. Dapat mengikut kehendak dan kebolehan murid dan mengikut situasi. Dapat menggunakan kaedah yang difikirkan paling sesuai mengikut peringkat kesediaan dan kebolehan murid. Menggabungkan beberapa kaedah.

Cara mengajar Bentuk huruf : setiap huruf diajarkan bunyinya sahaja bukan nama huruf tersebut. a - ayam p - payung i - ikan Bentuk bahasa : suku kata diajarkan menerusi perkataan. ba - baju, bakul, bawang Alat bantuan sangat penting. Kad imbasan, kad ayat, kad kata, kad suku kata, power point.

Kaedah Mengajar Awal Membaca Abjad, fonetik, dan suku kata. Seluruh perkataan Cerakinan Kaedah gabungan

Abjad, fonetik, suku kata Kaedah Abjad (huruf) Kaedah yang tertua, sejak zaman Greek dan Rom. Mementingkan pengenalan huruf dan bunyi huruf. Dimulakan dengan mengenal nama-nama huruf.

Bunyi-bunyi vokal diperkenalkan. Huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf-huruf vokal dan dibunyikan. Bunyi-bunyi diftong diperkenalkan kemudian. Bunyi-bunyi disambung menjadi suku kata. b + a = ba, s + u = su

Suku-suku kata disambung menjadi kata. ka + ki = kaki su + su = susu kata-kata digabung menjadi rangkai kata. Pengenalan ayat secara berperingkat. Akhirnya murid diajar membaca setelah mampu membaca ayat.

Kelebihan kaedah abjad Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang jelas. Membolehkan murid membaca perkataan baharu setelah mereka mengenal huruf dan bunyi vokal dan konsonan. Kaedah ini memberikan asas dan binaan yang kukuh dalam aktiviti membaca. Murid yakin dan tidak terkeliru.

Kelemahan Aktiviti membaca mementingkan bunyi, kadang-kadang murid tidak memahami apa-apa yang dibaca. Hanya sebutan dan kelancaran yang dipentingkan. Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Hal ini menjejaskan pemahaman. Membosankan murid apabila diberikan latih tubi yang berlebihan. Dikatakan tidak selaras dengan psikologi murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

Kaedah Mengeja Mengeja dan mengulang suku kata seperti b,a = ba; t,u = tu - batu. Mengeja terus sesuatu perkataan - b,a,j,u Mengeja kata dengan suku kata pendek terlebih dahulu. Kebaikannya; Murid mahir mengeja. Memudahkan guru, tidak memerlukan ABM yang banyak.

Kelemahannya Murid tidak lancar membaca kerana perlu mengeja perkataan terlebih dahulu. Tahap kefahaman murid rendah kerana murid lebih mementingkan ejaan dan sebutan. Murid membaca secara berlagu, tidak mempedulikan rangkai kata dan jeda. Bertentangan dengan psikologi pendidikan yang mementingkan pengajaran dari keseluruhan kepada bahagian-bahagian.

Kaedah bunyi Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikan suku kata, dan akhirynya perkataan. b (beh), a (ah) = ba j (jeh), u (uh) = ti ba + ju = baju Kebaikannya; Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana suku kata dalam bahasa Melayu agak setara.

Membolehkan murid membaca perkataan baharu walaupun di luar perbendaharaan kata mereka. Kelemahannya; Bacaan murid tidak licin kerana tumpuan mereka terhadap suku kata satu demi satu. Tidak menarik kerana suku kata itu tidak mempunyai makna yang nyata pada murid.

Kaedah Pandang Sebut Mementingkan dua perkara Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan gambar rangsangan. Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Prosesnya; Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhan gambar rangsangan. Setelah dicam, tidak dieja tetapi terus disebut perkataan berkaitan gambar. Begitu juga untuk pengajaran tentang ayat. Memerlukan pengulangan dan latih tubi yang banyak. Sesuai untuk pengajaran bacaan jawi.

Kelebihan Dapat menarik minat murid kerana mempelajari sesuatu secara keseluruhan. Kaedah ini mementingkan makna. Murid dapat memahami apa-apa yang dibacanya. Guru dapat melatih murid membaca dengan sebutan dan rentak irama yang betul.

Kelemahan Bacaan murid terhadap bahan yang ditunjukkan dalam gambar sahaja. Murid-murid tidak mengenal huruf secara formal. Murid tidak mempunyai asas bacaan untuk membaca sendiri. Lambat tercapai kemahiran membaca.

KSSR Tahun 1 Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul; ii. membaca dan memahami perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul;

KSSR Tahun 1 iii. membaca ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul; iv. membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda mengikut tanda baca dengan betul; v. membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan untuk mengenal pasti idea utama dan membuat klasifikasi dengan betul;

vi. membaca, memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dengan betul dan memindahkan kepada bentuk bukan grafik; dan vii. membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata dan menambah pengetahuan.

Tahun 2 Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;

Tahun 2 ii. membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul; iii. membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;

Tahun 2 iv. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul; dan v. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.

Tahun 3 Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan : i. membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul;

ii. membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul; iii. membaca kuat bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat, ayat tunggal susunan biasa dan ayat tunggal susunan songsang dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas;

iv. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan multimedia untuk mengenal pasti pertautan idea, membuat penilaian dan ramalan dengan betul; v. membaca, memahami dan menaakul bahan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk ayat dengan betul; dan

vi. membaca dan memahami pelbagai bahan sastera dan bukan sastera untuk menambah ilmu pengetahuan dan mendapatkan pengajaran