BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Bentuk-bentuk Karya Sastra Melayu Klasik
Advertisements

Pertemuan ke-5.  Budaya adalah ciptaan manusia, tapi budaya menguasai kehidupan manusia, karena itu kebudayaan disebut superorganik  Contoh: manusia.
FILOLOGI SEBAGAI ILMU BANTU
Kuliah 3 (M3) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI
AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Teori-teori Hubungan Etnik
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
DSKP SEJARAH.
BBM 3104 Kuliah 7 M4 Kitab Penulis Zaman Acheh
Bab 7.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU
Tumpuan ulang kaji untuk ujian pertengahan Semester Kedua 2014/`015
Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik
BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Pendekatan Stilistik Kuliah 5-6
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
CIRI-CIRI TAMADUN 6 CIRI TAMADUN PETEMPATAN KEKAL BERORGANISASI
HIKAYAT HANG TUAHHIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 6.
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
BBM 5402 Kuliah 6 Bahasa Antara
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 5402 Kuliah 6 Rumusan Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
BBM 3104 Kuliah 8 M5 Analisis Kandungan Bustanus Salatin
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat:
HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7
Tumpuan ulang kaji untuk ujian pertengahan Semester Pertama 2011/`012
SISTEM BERAJA KONSEP.
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
PERUBAHAN NILAI MELAYU
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Transcript presentasi:

BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM

Pengenalan Hang Tuah, mewakili bangsa itu sendiri mengenai cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman Hikayat Hang Tuah juga tercakup segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu khususnya seperti ungkapan semangat Melayu “Takkan Melayu hilang di dunia”.

Hikayat Hang Tuah sebuah epik Melayu. Di dalamnya lahir cita-cita dan kebesaran bangsa Melayu. Ia telah mencatatkan riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati zaman pembangunannya ke zaman kebesarannya hingga nahasnya pada 24 Ogos 1511. tokoh utamanya Hang Tuah, mewakili bangsa itu sendiri, cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman.

Terdapat beberapa edisi Hikayat Hang Tuah iaitu: Edisi dalam tulisan Jawi dan rumi oleh W.G. Shellabear[1908] Edisi Balai Pustaka [1966]-pertama kali dikeluarkan pada tahun 1924 Edisi DBP oleh Kassim Ahmad 1964-Cetakan kedua 1966.

ANALISIS KANDUNGAN KARYA HIKAYAT HAN G TUAH Aspek Ketatanegaraan a. Ketatanegaraan Konsep Negeri Beraja Hikayat Hang Tuah, lebih menitik-beratkan konsep raja dan kerajaan; sistem pemerintahan; kecemerlangan dan kejatuhan kuasa politik. Gullick[1970] menyifatkan peristiwa itu sebagai tanda bermulanya sebuah sistem politik bumiputera.

Pengaruh Hindu mendesak pengarang Hikayat Hang Tuah menghubungkan raja dengan kayangan, iaitu satu lapisan alam yang difahami secara amat samara-samar dan tidak pernah dicakup secara konkrit tetapi amat bermakna untuk memberi ciri- ciri ketuhanan atau kesucian kepada raja. Mitos-mitos ini dipinjam untuk memberi satu kedudukan yang tinggi kepada raja.

Dalam Hikayat Hang Tuah, konsep negeri beraja merujuk kepada satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dengan dibantu oleh pembesar-pembesar dan menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat sesebuah negeri atau jajahan takluknya.

Konsep Kepimpinan dan Keperwiraan Konsep kepimpinan dan keperwiraan boleh dilihat pada watak Hang Tuah yang mewakili pahlawan Melayu yang agung. Hang Tuah merupakan tunggak keagungan kerajaan Melaka selain daripada mahkota Siguntang. Dengan kata lain, Hang Tuah merupakan ‘ayam tambatan’ kepada Raja Melaka.

Politik Kerajaan Melaka Tua Dalam Hikayat Hang Tuah. Sistem politik Melaka menjadi model yang ideal untuk kerajaan-kerajaan Melayu Semenanjung yang muncul kemudian.

Fungsi Politik Dan Pentadbiran. Raja yang memerintah dalam Hikayat Hang Tuah disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara sekular. Dengan kedudukan raja yang istimewa dalam sistem berkerajaan, sumber kuasa yang dimiliki oleh raja tadi, disalurkan pula bagi menggerakkan jentera serta teraju pemerintahan dan pentadbiran. Daulat yang dikonsepsikan di sini mungkin berbeza dengan daulat yang di fahamkan pada hari ini. Daulat pada hari ini merujuk kepada kerajaan yang memerintah serta negara yang diperintah.

Aspek Budaya dan Kemasyarakatan Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat termasuk sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama juga merupakan dua aspek sosial yang menjadi pegangan masyarakat. Masyarakat pada masa itu menganuti agama Islam dan mengamalkan dua bentuk kepercayaan [bukan agama] iaitu berunsurkan animisme dan Hindu-Buddha.

Aspek Kesusasteraan di dalam Teks Hikayat Hang Tuah Unsur-unsur Mitos Mitos- suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Mitos asal keturunan raja Melaka Mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri Mitos keistimewaan Hang Tuah

ASPEK BAHASA DAN TULISAN Jenis Aksara Tulisan atau aksara dalam hikayat ini dipinjam daripada bahasa Arab. Kemudian ditambah dengan huruf-huruf baharu seperti pa[ڤ],nga[ڠ],ga[ڬ] dalam ejaan [pegawai] dan [pentang].

Menepati ciri bahasa Melayu klasik Penggunaan Puisi dan Ungkapan Berirama. Hang Jebat Hang Kasturi Budak2 Raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata

Maka Laksamana pun memakai, Berserual kuning, ungkapan untuk menggambarkan kecantikan pakaian yang dipakai oleh Hang Tuah: Maka Laksamana pun memakai, Berserual kuning, Berkain kesumba murup di-antelas, Bertepi bersirat, Berikat pinggang chindai natar kuning, Berbaju hijau di-gangsa, Berdastar warna pelangi,

ungkapan semasa Hang Jebat mengamuk; Maka segala orang banyak itu pun jatuh bertimpa2; Ada yang jatoh tertiarap, Ada yang jatoh terduduk Ada yang patah kaki-nya, Ada yang patah tangan-nya, Ada yang patah pinggang-nya, Ada yang pehcah muka-nya, Ada yang pehcah hidong-nya, Ada yang pehcah dahi-nya, Ada yang luka, Ada yang mati.

ungkapan lucu untuk menggambarkan kelakuan para pegawai istana ketika mabuk Ada yang mencari sambil melompat2, Ada yang menari sambil tertonggeng2, Ada yang menari sambil terkentot2, Ada yang tidak sempat pulang ka-rumah tertidor, Pada tempat minum itu.

Pengaruh Bahasa Asing. Pengaruh Bahasa Arab. firasat, hatta, mukah, shahadan, al-kesah, kaus,ikrar, wasiat Pengaruh Bahasa Portugis. lanchao yang bermakna sejenis perahu layer yang laju; armada [halaman 85] gebernador[halaman 42] yang bermaksud gabenor; seridadu yang bermaksud soldadu [halaman 429] dan di muka surat 434 terdapat perkataan di- mitar-nya yang bermaksud ditujunya.

Pengaruh Bahasa Tamil Maka kata Bendahara pada isteri-nya’ “Ayo adinda, inilah anak tuan, Saudara Tun Mamat.”

Pengaruh Bahasa Jawa perajurit [halaman 26] yang membawa maksud pejuang atau askar upahan, pateh [halaman 39], iaitu penasihat utama kepada raja, rama andika, iaitu ayah tuanku, menira bermaksud saya, paman [halaman 45] iaitu bapa saudara sebelah emak atau dibahasakan juga kepada orang-orang lebih tua, kedayaan [halaman 46] bererti ‘pengiring’, lawang [halaman 109] membawa maksud ‘pintu luar’ dan lain-lain lagi.

Pengaruh Bahasa Sanskrit, Parsi dan Kawi. mahkota, singgahsana, pustaka, duta, dirgahayu, dan lain-lain lagi. nobat, akhkar, bius dan lain-lain lagi.

Penggunaan Peribahasa “Enggang sama enggang, pipit sama pipit” [halaman 92]. puteh tulang tiada puteh mata!”

Bahasa Perbandingan / Simile. Maka dilihat Hang jebat itu seperti harimau yang galak tiada membilang akan lawannya ‘maka keris-nya bernyala2 seperti gunong api hendak membaka.’ seperti api itu jika kecil dapat dipadamkan, dengan berbagai-bagai ia padam apabila ia besar sudah sukarlah kita memadamkan dia.” “Pada bicara hati patek, ada anak Betara Majapahit seorang, terlalu amat baik elok rupanya, warna mukanya seperti bulan purnama empat belas haribulan tubohnya seperti emas sepuluh mutu.

Bahasa Simbolik. “Wah! Sayangnya mahkota jatoh ka-dalam ayer!”

KESIMPULAN Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya mantap yang ingin dipaparkan sebagai satu madah untuk menonjolkan jati diri Melayu. Jati diri Melayu telah disorot melalui watak Hang Tuah lima bersaudara dari segi fizikal, mental dan rohaniah. sesuai dengan falsafah pendidikan yang ingin membentuk individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.