JABATAN PELAJARAN SELANGOR MOHD KHAIDIR ABDULLAH – UNIT HAL EHWAL MURID
PENGURUSAN DISIPLIN MURID DAN
PUNCA KUASA DALAM AKTA PENDIDIKAN
ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
TANGGUNGJAWAB GURU BESAR ATAS DISIPLIN 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-murid sekolah itu.
KUASA-KUASA GURU BESAR 5.(1).Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan Murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat:
PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR 6.Guru Besar dari sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut diatas tidak seorang pun Guru atau -
Murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.
PUNCA KUASA DARI SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968: “tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975: “semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001: “… Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001: “….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.” “….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”
PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI Di samping kuasa dan budi bicara pihak berkuasa disiplin, maka dalam pelaksanaannya mereka harus mengamalkan keadilan. ‘Natural Justice’
ISU PENGURUSAN DISIPLIN 2010 1. Murid Murid tidak puas hati dengan hukuman disiplin Murid tidak diberi peluang menjawab pertuduhan Diskriminasi kaum Cara guru menangani disiplin murid
ISU PENGURUSAN DISIPLIN 2010 2. Ibubapa/penjaga & Masyarakat Ibubapa/penjaga tidak faham peraturan sekolah Aduan ibubapa/penjaga/ pihak awam Tindakan Disiplin oleh pihak sekolah Saman Di mahkamah Siaran melalui media
ISU PENGURUSAN DISIPLIN 2010 3. Sekolah Guru tidak faham peraturan disiplin sekolah Guru tidak faham literasi undang-undang Guru tidak puas hati dengan peraturan disiplin Tindakan guru tidak ikut peraturan Tindakan sekolah tidak ikut peraturan
NATURAL JUSTICE
Hak untuk didengar (hearing) Peraturan ini menentukan bahawa seseorang itu mempunyai hak untuk dibicarakan iaitu hak untuk membela diri
Peluang yang diberi haruslah munasabah Seseorang itu belum boleh didapati bersalah sehingga dibuktikan Hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahannya
LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL Langkah Pertama Menerima aduan LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL Langkah Pertama Menerima aduan. Tanggungjawab Guru Besar adalah mempastikan kebenaran aduan itu dan mempastikan sama ada kes itu bersabit (prima facie) atau tidak
Langkah berikutnya adalah membuat siasatan awal serta mengumpul bukti serta menentukan kebenaran dan bukti-bukti tuduhan
Langkah Kedua membuat kesimpulan dari bukti-bukti untuk menjawab kes bersabit (prima facie) itu. Di sinilah peluang yang munasabah diberi kepada murid itu untuk menafikan kesalahannya dan menegakkan kebenarannya
Langkah Ketiga murid beri sebab (To Show Cause) jika murid itu menafikan kesalahannya. Maksudnya murid diberi peluang untuk menyatakan kesnya, iaitu untuk membela diri
Langkah Keempat Dapatan Guru Besar Sekiranya murid itu boleh memberi keterangan yang memuaskan dan dia dapat membebaskan dirinya maka Guru Besar boleh membebaskannya
Pengakuan atau Didapati bersalah Jika murid mengaku melakukan salah laku, atau Guru Besar mendapati bahawa tuduhan itu mempunyai bukti-bukti, maka dia hendaklah membuat keputusan terhadap hukuman yang hendak dikenakan
IMPLIKASI SEKIRANYA “ NATURAL JUSTICE” TIDAK BERLAKU
FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR TERHADAP HUKUMAN
Kesalahan yang dilakukan di luar kawasan sekolah walau pun kuasa disiplin hanya melibatkan murid ketika berada di dalam kawasan sekolah, tetapi sekiranya murid melakukan kesalahan dengan berpakaian sekolah, pengetua/guru besar boleh mengambil tindakan dan mengenakan hukuman.
Kesalahan Melibatkan Kes Polis Sementara menunggu hasil siasatan polis/ menunggu keputusan mahkamah, pengetua/guru besar boleh mengenakan hukuman sekiranya terdapat bukti kukuh yang menunjukkan murid telah melanggar peraturan sekolah.
Beratnya Kesalahan Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan. Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman yang patut diberikan
Perwatakan dan latar Belakang Murid Pertimbangan hendaklah diberi juga kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang melakukan kesalahan
Kekerapan Kesalahan dan kesungguhan Murid Yang melakukannya Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih beratlah hukuman yang boleh dikenakan
PENGERTIAN HUKUM Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman yang menyakitkan bagi sesuatu salah laku Terdapat tiga unsur utama dalam pengertian hukuman ;
Ia hendaklah merupakan aspek hukuman yang bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan
Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum
Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan sesuatu yang disukainya
HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
Pembuangan
SURAT PEKELILING BIL.6/68. BERTARIKH: 10 SEPTEMBER 1968
PEMBUANGAN MURID DARIPADA SEKOLAH-SEKOLAH KERANA KELAKUAN CURANG Murid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis berkaitan kesalahan dan satu salinan borang jawapan disertakan untuk penjaga memberi akuan terima.
Penggantungan Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki kawasan sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah Tidak boleh lebih 14 hari
Hukuman Dera ( corporal punishment ) Hukuman dera ( rotan ) boleh dikenakan ( kecuali ke atas murid-murid perempuan ). Rujuk syarat PPP(DS) 1959
( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan Di bawah peraturan ini [ Subperaturan 5 (1) ] menjelaskannya dengan syarat bahawa ; ( a ) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang ; dan
( b ) hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
Penahanan ( detention ) Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat ( delinquent ) dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan
Denda Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid untuk membayar denda itu
Amaran Setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat lagi
HUKUMAN YANG DITEGAH
Hukuman terhadap fizikal - berdiri lama di tengah panas - lari keliling padang - berdiri lama dalam/luar bilik darjah - memukul diri sendiri/sesama sendiri - berdiri di atas kerusi atau meja - menarik rambut/tarik telinga - belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris - junjung kerusi/ buku - cubit - enjut/ ketuk ketampi/ mendada - ketuk/sekel kepala
Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi - Gunting Rambut Sesuka hati - Berdiri Membuat Latihan - Berleter - Gantung Tulisan di Badan - Memalukan dikhalayak Ramai - Kelas Tahanan pada Waktu Rehat atau Pulang - Memaki hamun - Menjeling - Menyindir - Conteng Muka dengan Kapur - Koyak Buku latihan - Memperlihatkan Air muka yang Marah - Menggugut atau mengertak murid - Tidak Menghiraukan murid - Tidak Menanda Buku latihan
HUKUMAN TIDAK IKUT PERATURAN IMPLIKASI SEKIRANYA HUKUMAN TIDAK IKUT PERATURAN
KUCHING, 30 Okt (Bernama) -- Dalam apa yang dipercayai sebagai kes pertama seumpamanya di Sarawak, seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang disahkan menghidap Japanese Encephalitis (JE) ketika tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan (Cina) Sungai Menyan di Serian pada 2006, telah memfailkan saman terhadap pihak berkuasa sekolah.
SUBANG JAYA, 27 Okt (Bernama) -- Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah. Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam.
HARGA SATU PENAMPAR RM1650.00
PERSOALAN : Jika selain dari yang 6 jenis hukuman itu ditegah untuk dilaksanakan…apa yang guru boleh lakukan? JAWAPAN : Laksanakanlah Program Sistem Penalti
TERIMA KASIH