الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع KITAB JUAL BELI
KITAB BUYU’ Definasi dari sudut Bahasa: Buyu’ بيوع adalah kata jama’ daripada bai’ بيع yang berkmaksud penukaran antara sesuatu. Kalimah ini digunakan dengan 2 makna samada pembelian atau juga penjualan sebagaimana perkataan Syira’ di gunakan menggunakan kedua makna. Definasi dari sudut syara’ adalah pertukaran sesuatu harta dengan harta dengan tujuan pemilikan dengan apa yang menandakan keatasnya sighah / bentuk akad perkataan dan apa yang menunjukkan keatasnya dengan perbuatan. Ijab dan qabul
DALIL PENSYARIATAN JUAL BELI ADALAH BERIKUT Al Kitab: ( و أحل الله البيع و حرم الربو ) Al Sunnah ”البيعان بالخيار ما لم يتفرقا“ Ijma’ ulama Al Qiyas
RUKUN JUAL BELI Al ‘Aqidan (Penjual & Pembeli) Sigha Al Ma’qud ‘alaini (Barang jualan)
Rukun (1) Al ‘Aqidan Syarat-Syarat Penjual/Pembeli: Baligh Sempurna Akalnya Berbijak dalam membeli/menjual Tidak dipaksa untuk dijual/membeli Penglihatan
Rukun (2) Sighah: Ijab & Qabul Ijaab ialah kata yang dikeluarkan oleh penjual seperti aku jual kepadamu Qabul ialah kata yang dikeluarkan oleh pembeli seperti aku beli daripadamu Lafaz Sorihah (Nyata): Perkataan yang menunjuk kepada satu makna sahaja Lafaz Kinayah (Kiasan): Perkataan yang menunjuk kepada lebih dari satu makna
Rukun (2) Sighah: Ijab & Qabul Syarat-Syarat Ijab & Qabul: Tidak mempunyai perpisahan yang panjang diantara Ijab & Qabul Hendaklah Qabul berpadanan bersama Ijab Tidak boleh mensyaratkan waktu atau sebab
Rukun (3) Al Ma’qud ‘Alaihi Syarat-Syarat Al Ma’qud ‘Alaihi (Barang Jualan): Wujudnya barang jualan semasa Aqad Mempunyai nilai didalam pandagan Syar’i Mempunyai faedah didalam pandangan Syar’i dan Awam Boleh diserahkan secara fisikal atau Syar’i Haq mutlaq (Ba’i Fuduliy) Hendaklah Penjual/Pembeli jelas akan barang yang dibeli/dijual dan juga harganya
Hukum jual beli Kaedah al aslu fi asya’I هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا Jual beli yang diharamkan kembali kepada 3 sebab asas : Kaedah riba Kaedah al gharar dan jahalah Kaedah al khidaa’ dan taghrir
Boleh saya jual dan beli tanpa Ijab & Qabul ? Terdapat perbezaan pendapat di dalam masalah ini.
Ba’i Mu’athoh (بيع المعاطاة) Ba’i Mu’athoh adalah akad jual dan beli tanpa adanya Singha (Ijab & Qabul) Pendapat masyhur Mazhab Syafi’e, setiap akad jual dan beli harus berserta Ijab & Qabul. Dan sebahagian Fuqaha’ Mazhab Syfi’e berpendapat, boleh hanya untuk jualan yang tidak berharga Imam Nawawi berpendapat, boleh selagi mana aqad itu telah terbiasa bagi Uruf (Awam)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI Khiyar Majlis Khiyar Aib Khiyar Syarat
KHIYAR MAJLIS Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya, mereka belum berpisah. Jika mereka telah berpisah daripada majis jual beli, khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan.
Bagaimana cara & maksud berpisah dalam khiyar ini ? Maksud dengan berpisah boleh dirujuk kepada amalan yang diguna pakai (uruf).
CARA BERPISAH DALAM MAJLIS JUAL BELI Jika kontrak dimeterai di dalam sebuah rumah yang besar, sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap berpisah. Jika mereka berada di dalam rumah yang kecil, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut.
Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau di atas kapal atau sebagainya, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah beberapa tapak. Sekiranya mereka berdua keluar bersama-sama atau berjalan bersama-sama, majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar.
Jika penjual berkata : “Pilih antara teruskan atau batalkan jual beli” Adakah penjual mempunyai hak khiyar ? Bagaimana pula dengan pembeli ?
Sabda Rasulullah s.a.w “Dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi” (Riwayat al-Bukhari, Muslim) Ibnu Umar telah menafsirkan hadis ini melalui perbuatannya kerana beliau adalah periwayat hadis ini. Imam Malik meriwayatkan dari Nafi’ rh.a katanya : “Jika Ibnu Umar membeli sesuatu yang disukainya, dia akan meninggalkan penjualnya” (Riwayat al-Bukhari)
Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r Juga diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a katanya : “Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-wadi dengan sejumlah harta miliknya di Khaibar. Setelah selesai kami berjual beli, saya segera berpaling dan keluar dari rumahnya kerana saya bimbang dia akan meminta semula jualannya. Menurut sunnah, dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehinggalah mereka berpisah” (Riwayat al-Bukhari)
KHIYAR SYARAT Berlaku apabila salah satu atau kedua-dua pihak menetapkan syarat dia mempunyai khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu. Syarat ini boleh dinyatakan ketika memeterai kontrak atau pun selepas daripada itu, tetapi mestilah sebelum mereka berpisah dari majlis tersebut.
SYARAT-SYARAT KHIYAR SYARAT Tempoh tertentu mesti dimaklumi Tempoh yang ditetapkan tidak boleh melebihi tiga hari jika barangan tersebut tidak mudah rosak dalam tempoh tersebut Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak
Apakah diperbolehkan mensyaratkan khiyar untuk orang lain ?
BILAKAH HAK KHIYAR SYARAT TERBATAL ? Tamat tempoh yang disyaratkan Jual beli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik.
HUKUM BARANGAN DALAM TEMPOH KHIYAR Hak milik barangan dalam tempoh khiyar Kerosakan barangan dalam tempoh khiyar
HAK MILIK BARANGAN DALAM TEMPOH KHIYAR Jika kedua-dua pihak memegang hak khiyar : Hak milik barangan dibekukan sehingga ada keputusan sama ada kontrak tersebut diteruskan atau dibatalkan.
Sekiranya kontrak tersebut dibatalkan, hak milik barangan tersebut kekal sebagai hak milik penjual. Jika jual beli tersebut diteruskan, barangan tersebut menjadi hak milik pembeli bermula daripada tarikh kontrak dimeterai dan bayaran kepada barangan tersebut menjadi milik penjual.
Jika pemegang khiyar hanya dimiliki oleh satu pihak sahaja : Barangan tersebut menjadi hak miliknya kerana hanya dia sahaja yang mempunyai hak menggunakan barangan tersebut.
KEROSAKAN BARANGAN DALAM TEMPOH KHIYAR Jika kerosakan berlaku sebelum barangan diterima oleh pembeli : Jual beli tersebut terbatal dan hak khiyar dilucutkan. Sebabnya, barangan tersebut tidak dapat diserahkan oleh penjual kepada pembeli. Dengan itu penjual terpaksa menanggung kerugiannya.
Maka jual beli tersebut tidak terbatal. Jika kerosakan berlaku selepas barangan diterima oleh pembeli : Maka jual beli tersebut tidak terbatal. Ini kerana kerosakan barangan di bawah tanggungan pembeli disebabkan barangan di bawah tangannya.
Khiyar masih diteruskan, tidak kira sama ada pemegang hak khiyar adalah pembeli ataupun penjual. Sebabnya ialah keperluan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak daripada penipuan masih wujud. Pihak yang memegang hak khiyar masih berhak meneruskan atau membatalkan jual beli tersebut.
Apabila kontrak tersebut dimeterai, pihak pembeli perlu membuat bayaran kepada penjual kerana barangan itu kini sah miliknya. Jika jual beli dibatalkan, pihak pembeli perlu menggantikan barangan yang sama atau membayar nilai barangan pada waktu kerosakan berlaku. Sementara bayaran yang telah dibayar oleh pembeli perlu dikembalikan. Ini kerana jelas barangan tersebut belum lagi menjadi milik pembeli.
KHIYAR AIB Apabila kontrak jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa dinyatakan kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari wujudnya kecacatan pada barangan tersebut, jual beli tersebut masih sah.
Walau bagaimanapun pembeli diberikan pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual beli tersebut dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat. Dia dibenarkan berbuat demikian sekiranya dia tidak mengetahui kecacatan tersebut wujud ketika kontrak dimeterai mahupun ketika penerimaan.
Dalil-dalil bagi masalah ini ialah : Hadis Aisyah r.a ; Seorang lelaki telah membeli seorang hamba. Ketika menggunakan khidmat hamba ini, didapatinya hamba ini cacat. Lantas dia mengembalikan hamba ini kerana kecacatannya. Namun penjual berkata : Dimana keuntungan hamba saya ini ? Nabi s.a.w bersabda : “Keuntungan menurut tanggungan” (Riwayat Ahmad)
Berpandukan kepada rasional ; Pada dasarnya, jual beli mestilah melibatkan barangan yang sempurna. Pihak pembeli akan membuat bayaran penuh bagi memperolehi barangan yang sempurna. Dengan ini barulah wujud timbal balik antara bayaran yang dibuat dengan barangan yang dijual.
Jika barangan yang dijual tidak dapat digunakan kerana kecacatan yang ada, ini bermakna tujuan pembelian tersebut tidak tercapai dan tidak bertepatan dengan persetujuannya. Dengan ini, pembeli berhak membatalkan kontrak tersebut dan memulangkan semua barangan yang dibeli dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat.
SYARAT DIBENARKAN KHIYAR AIB Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh menjejaskan nilai barangan. Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut tidak wujud.
BILAKAH BARANGAN KHIYAR AIB BOLEH DIPULANGKAN ? Hak memulangkan semula barangan kerana khiyar aib diberikan sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenal pasti, namun ia perlu menurut amalan setempat (uruf) yang diguna pakai.
Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau solat, pemulangan boleh dilewatkan sehingga dia selesai. Jika disedari pada waktu malam, dia boleh memulangkannya pada waktu pagi. Jika dia lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan dia mampu melakukannya lebih awal, hak khiyarnya digugurkan.
Hak ini juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah menyedari kecacatannya dan sebelum menggunakannya, dia mampu memulangkannya. Ini kerana kelewatan memulangkan barangan tersebut menjadi tanda dia memilih untuk meneruskan jual beli walaupun menyedari wujudnya kecacatan.
PERTAMBAHAN PADA BARANGAN YANG CACAT Pertambahan pada barangan yang cacat tidak menggugurkan haknya untuk memulangkan semula barangan tersebut Tetapi perlu dilihat pada beberapa perkara:
Jika pertambahan tersebut tidak boleh dipisahkan, pembeli boleh memulangkan semuanya ataupun meneruskan jual beli tersebut. Jika pertambahan tersebut berasingan, pembeli boleh memulangkan barangan tersebut tanpa pertambahannya. Ini kerana pertambahan berlaku dalam tempoh pemilikannya atau dalam tempoh tanggungannya.
KECACATAN TAMBAHAN KEPADA KECACATAN SEDIA ADA Jika berlaku kecacatan baru selain daripada kecacatan sedia ada, hak pembeli untuk memulangkan semula kepada penjual secara paksa digugurkan.
Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu dilihat : Jika penjual bersetuju menerimanya : Pembeli boleh memulangkannya. Jika pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut : Pembeli boleh menggunakannya terus.
Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju : Pilihan yang ada ialah sama ada : a) pembeli membayar ganti rugi bagi kecacatan baru dan memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual b) penjual perlu membayar gantirugi bagi kecacatan sedia ada kepada pembeli.
Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan salah satu penyelesaian ini, mereka boleh menggunakannya. Ini kerana masing-masing mempunyai hak dan persetujuan kedua-dua pihak adalah perlu.
Jika mereka masih tidak mencapai persetujuan; → Penjual menuntut supaya barangan itu dipulangkan kepadanya dan meminta pembeli membayar gantirugi bagi kecacatan yang baru terjadi, sementara pembeli pula mahu terus memiliki barangan tersebut dan meminta penjual membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada.
→ Atau pun pembeli mahu memulangkan semula barangan tersebut dan bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan baru, sementara penjual pula mahu pembeli terus mengambil barangan tersebut dan dia juga bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada. Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang menuntut supaya kontrak tersebut dikekalkan akan diberikan hak. Dalam kes pertama pembeli akan diberikan hak. Manakala dalam kes kedua, penjual diberikan hak.
SYARAT TIADA CACAT CELA Jika penjual meletakkan syarat kepada pembeli ketika kontrak, bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang ada pada barangan yang dijual, kontrak tersebut sah. Ini kerana syarat tersebut mengukuhkan lagi kontrak dan menafikan hak pembeli untuk memulangkan semula atau membatalkan pembelian
Adakah ini bermakna khiyar aib digugurkan dan pembeli tiada hak untuk memulangkan semula barangan tersebut atau membatalkan jual beli tersebut jika didapati wujud kecacatan sedia ada, seperti mana hak yang diberikan kepada pembeli yang kita ketahui ?
Jawapan bagi masalah ini perlu dilihat kepada beberapa perkara : Jika barangan tersebut tidak bernyawa: Syarat tersebut tidak terpakai. Jadi pembeli masih berhak memulangkan semula dan penjual perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang wujud pada barangan tersebut.
Jika barangan yang dijual tersebut bernyawa : Penjual boleh melepaskan sebarang tanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja pada barangan tersebut pada masa kontrak dan di luar pengetahuannya. Sebabnya, pada kebiasaannya benda yang bernyawa mepunyai kecacatan tidak nyata.
Jika kecacatan itu kelihatan dengan jelas, penjual tidak berhak melepaskan tanggungjawabnya kerana kecacatan tersebut mudah dilihat. Demikian juga jika kecacatan itu diketahui oleh penjual, penjual bertanggungjawab memberitahu mengenainya. Jika tidak, dia dianggap telah menipu. Demikian juga jika pembeli tidak tahu tetapi kecacatan tersebut kelihatan dengan jelas.
Penjual juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya jika kecacatan tersebut berlaku selepas kontrak dimeterai dan barangan tersebut belum diterima oleh pembeli. Ini kerana syarat tersebut hanya merujuk kepada kecacatan yang ada ketika kontrak. Jika penjual meminta pelepasan tanggungjawab daripada kecacatan yang akan berlaku, permintaannya tidak dibenarkan kerana permintaan tersebut dianggap menggugurkan sesuatu yang belum berlaku.
Adakah ini melanggar hak khiyar? Ada sesetengah penjual meletakkan syarat bahawa setiap pembelian tidak boleh dikembalikan. Adakah ini melanggar hak khiyar?
Saya ada beli sos cili dan kicap Saya ada beli sos cili dan kicap. Selepas digunakan, rasanya kurang sedap sedikit. Bolehkah saya melakukan khiyar?
Setelah membeli set sofa, Ali mendapati beberapa kecacatan Setelah membeli set sofa, Ali mendapati beberapa kecacatan. Dua minggu selepas itu, barulah Ali memberitahu kepada tuan kedai. Boleh ke Ali mendapat khiyar?
Ada sesetengah pembeli membeli barang yang ada kecacatan walaupun sudah diberitahu oleh penjual, kerana ia lebih murah. Apabila sampai di rumah, dia mengamuk pula dan ingin memulangkan semula barangan tersebut. Boleh ke dia buat begitu?