Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
SEJARAH BAHASA INDONESIA
Advertisements

Materi 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA
BAB I Kompetensi Dasar: Mahasiswa dapat menjelaskan tentang sejarah perkembangan dan eksposisi perkembangan bahasa Indonesia Bahasa Indonesia berasal.
1. PENGENALAN TAMADUN MELAYU
Sejarah Perkembangan dan Problematika Bahasa Indonesia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
PENYEBARAN BAHASA MELAYU  .
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
FALSAFAH BAHASA MELAYU
TUJUAN UMUM BAHASA INDONESIA
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Abad ke-20 Zaman BM abad ke-20 boleh dibahagikan kepada beberapa subzaman berikut: 1. Zaman awal abad kedua puluh mempunyai perubahan.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
PENGENALAN.
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
Bab 7.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Dr. Hirman Mohamed Khamis
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
BAHASA MELAYU KUNO Prasasti-prasati berbahasa Melayu kuno terdapat di pelbagai tempat di Asia Tenggara. Prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno yang didapati.
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
Objektif 1.Untuk memahami konsep pluraliti dan masyarakat plural.
Universitas Negeri Jakarta
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
SEJARAH AWAL NEGARA MELAKA PENJAJAHAN KUASA ASING
KEGEMILANGAN MELAKA.
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
DASAR-DASAR SOSIAL DAN RUKUNEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
BBM 3401: Bahasa Melayu Tinggi
1. KETERANGAN BERDASARKAN ILMU BAHASA LINGUISTIK Bahasa melayu termasuk rumpun austronesia. Kata Malaya dan Melayu sering dikacaukan dengan kata “mlaya”
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA N. AINI PUSPITASARI.
Transcript presentasi:

Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu

Definisi bahasa Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bahasa berfungsi untuk menyampaikan maklumat, menyatakan perasaan, suruhan/ larangan Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke-20 menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi

Perkembangan bahasa Melayu Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden

Bahasa Melayu Kuno

digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah

Agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu - bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada penggayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) bahasa Melayu Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan pada ketika itu Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan

Bukti dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava iaitu: Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Selain bukti penggunaan bahasa Melayu kuno di atas,batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya.

Ciri-ciri BM Kuno Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan BM Kuno ke BM Klasik

Pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan

Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)-ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu

Bahasa Melayu Klasik

Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini Menerima pengaruh Islam dan Arab Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting : zaman kerajaan Melaka zaman kerajaan Acheh zaman kerajaan Johor-Riau

Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) (Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera

Ciri-ciri BM Klasik Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat pasif. Menggunakan bahasa istana - tuanku, baginda, bersiram, mangkat  Kosa kata arkaik dan jarang digunakan - ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)  Banyak menggunakan kata pangkal ayat- sebermula, alkisah, hatta, adapun. Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat Banyak menggunakan partikel `pun' dan `lah'

Perkembangan Bahasa Melayu Moden

dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden kerana sifatnya yang dikatakan agak menyimpang dengan bentuk bahasa Melayu klasik. Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, "Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara (bahasa yang digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan badan berkanun). Laporan Razak 1956 mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan menjadi alat utama perpaduan antara kaum

Perubahan Aksara penulisan BM sehingga kini Tulisan yang mula digunakan ialah pallava (India) Timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut: tulisan Rencong tulisan Pallava tulisan Kawi tulisan Jawi tulisan Rumi

BM pascamoden Badan perancangan bahasa ialah DBP. Perancangan dikembangkan dari 2 segi: perancangan taraf bahasa perancangan korpus bahasa pengekodan/kodifikasi Pemupukan (laras)

Pengekodan i. Pengekodan ialah proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam dari aspek tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan. ii. Pengekodan berhubung dengan aspek ejaan, perkamusan dan tatabahasa. - ejaan (sistem ejaan menerusi MABBIM) perkamusan seperti Kamus Dewan; usaha sekarang ialah menghasilkan kamus ilmiah iii.Tatabahasa adalah dengan pembentukan perkataan dan istilah baharu, pinjam morfem asing dan penambahbaikan struktur pasif iv.Pemupukan bererti menumpukan perhatian kepada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain seperti pemupukan istilah teknikal

Pengaruh bahasa asing dalam bahasa Melayu

Weinreich (1968), menyatakan terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesuatu bahasa meminjam perbendaharaan sesuatu bahasa yang lain. keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep baru dalam bahasa – sukar untuk mencari perkataan yang sama dalam bahasa natif (asli)

kerap menggunakan perkataan asing bagi mengatasi masalah homonim untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat.

Bahasa Sanskrit Imbuhan awalan : maha-, pra-, panca-, eka-, dwi- Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit Fenomena semula jadi - bumi suria bhumi surya Bahasa, pembelajaran, kesusasteraan sastera bahasa sastra bhasa Sifat/keadaan sempurna mesra sampurna misra Imbuhan awalan : maha-, pra-, panca-, eka-, dwi- Imbuhan akhiran : -wan, -wati, -man, nita

Bahasa Arab Bidang contoh Agama Tauhid, umrah, sah, imam, fardhu Ilmu Kamus, hafaz, riwayat, sejarah Benda/ kejadian Haiwan, wajah, sifat Hukum/ peraturan Hakim, adil, zalim, insaf

Bahasa cina Nyonya Angpau Samseng Popia Kongsi camca

Pengaruh Portugis B.Portugis B.Melayu menteiga Mentega Limao Limau Dado Dadu Sapato sepatu

Bahasa Inggeris B.Inggeris B.Melayu Book Buku Lamp Lampu Ball Bola Cheque Cek Mind minda